Thursday, October 29, 2009

Wakil Rakyat...ke, Wakil Duit?

Ha..nak bincang jugak la isu kepolitikan ni kan..
Sementelah malam tadi I tengok berita keburukan perangai wakil-wakil rakyat yang dah berapa kali tangguh persidangan. Yang kecoh nya semacam. Macam lah diorang tu the most importan person in the universe. As if kalau diorang tak jadik wakil rakyat, kesemua rakyat akan mendapat penyakit kusta.

Hehh...Sebenarnya, saya meluat menengoknyer....
Tetapi, yang membuatkan saya terfikir ialah...Kalau kita sebagai ADUN tidak datang ke perhimpunan atau persidangan dewan rakyat, makanya...Apakah tugas kita sebenarnya? Opps...let me rephrase it ok...

Salah satu tugas dan tanggungjawab ADUN adalah hadir ke persidangan dewan rakyat dan mintak la apa-apa yang rakyat mintak selama ni..Duit, jalan raya, sekolah, pindaan undang-undang, pindaan akta, etcetera...

Ha...kalau dah gitu, kalau ko tak pegi masuk dewan tu, or buat kecoh kat dewan tu, apa keje ko buat ek? Makan gaji buta la gamaknya kan...Dok sebok rebut baju SPEAKER. Tak kira la, pembangkang ke, kerajaan ke...Kalau dah gitu perangainyer...aku pun nyampah.

Agak-agaknya la kan...disebabkan perangai orang yang kita undi begitu (wakil rakyat ke, menteri ke, Pengarah ke), sebab tula, kebanyakan sistem operasi kita ni masih lagi macam ta**. Eh...boleh kait ke?

Monday, October 26, 2009

Oh...Evolusi manusia...Saya tidak mahu kurus sangat...:)

"the vital statistics of 2,238 postmenopausal women participating in the Framingham Heart Study, which has tracked the medical histories of some 14,000 residents of Framingham, Mass., since 1948. Investigators searched for correlations between women's physical characteristics - including height, weight, blood pressure and cholesterol levels - and the number of offspring they produced. According to their findings;
it was stout, slightly plump (but not obese) women who tended to have more children - "Women with very low body fat don't ovulate," Stearns explains - as did women with lower blood pressure and cholesterol levels. Using a sophisticated statistical analysis that controlled for any social or cultural factors that could impact childbearing, researchers determined that these characteristics were passed on genetically from mothers to daughters and granddaughters.

http://news.yahoo.com/s/time/20091024/hl_time/08599193175700

Tuesday, October 20, 2009

Managing Management

I did not know which one is worse. Having to leave some work behind because you have to start something (work) new or having to start a new one because you have to leave the recent work. Hmm..You get me?
Nope? Me neither. Hahaha...

I've been given a new portfolio which is totally different from the recent one I was handling. Okay..But it made my goal even more clearer. I have yet to feel an excitement, or remorse or afraid or even doubt on my ability to handle this.

So, as positive as I could be, I'm telling myself to gather my faith so that I won't fall even though I might once in a while staggered on the rough lane that I've chosen. But, in case of a fall...???

Sunday, October 11, 2009

Dato'Isa yang saya ingat

Saya membesar di Felda Lui Timur dan Sg. Lui. Sebelum itu ada juga di Felda Serting, Palong Timur dan entah mana lagi yang saya tak dapat recall.
Tanyalah kakak saya, masa saya kecik2 dulu, saya dah tahu Menteri Besar N. Sembilan adalah Dato'Isa Samad. Lama dia jadi MB kan...sejak saya darjah 1 lagi, saya dah dapat menyalami tangan dia sewaktu majlis penyampaian hadiah di sekolah. Teruslah darjah 2, 3. Tapi, darjah 4 saya tak dapat kerana sudah berpindah ke Felda Sg. Lui. Di Sg. Lui, para guru tak bersusah payah jemput MB kerana sekolah yang kecil.

Yang saya nak cerita, bukan kisah hidup saya pada ketika itu. Bukan juga kisah lamanya Dato'Isa menjadi MB. Semasa berbual2 dengan kakak dan emak saya, tentang hal ehwal negara (maklumlah, mak saya berpengetahuan lebih dlaam hal ini sedangkan saya yang berkerja dengan Gomen) hehehehe...ayatnya berbunyi begini..
"Lama dah Dato'Isa tu..orang nak lagi ke kat dia? "
"Bukan apa, walaupun dia ada kes dulu, tapi, orang n.sembilan suka dengan dia. Cuba ingat dulu...wakil rakyat mana yang kita senang2 nak jumpa, boleh salam2. Sebab tu orang n.sembilan suka."
"Haah ek..dulu kita amik hadiah berapa kali dia datang sekolah. Merasa rupanya kita salam dengan MB"

Haa...itulah dato'Isa yang kami kenal. Bukan nak berkempen ya. Mengikut sumber2 yang boleh dipercayai, pernah dia mengikut Dato'Isa, sehari sampai 6 jemputan berjumpa rakyat dia pergi. Sampai tak sempat nak makan pun. Memang dia tak suka hantar wakil. Seboleh-boleh dia akan pergi sendiri. Tak payah karpet merah pun. Simple je sambutan dia.

Mungkin ramai lagi wakil rakyat lain yang begini.  Saya yang tak jumpa kan...

Sepanjang saya 5 tahun berkhidmat di Masjid Tanah, Melaka, tak pernah pun Ketua Menteri dia memenuhi jemputan kolej kami untuk majlis bersama pelajar, atau apa-apa majlis yang seumpamanya. Adalah satu tahun tu, digembar gemburkan dia akan datang...Maka, gegak gempitalah seluruh rakyat menyambut khabar yang disampaikan. Yang buta datang teraba-raba, yang tempang datang bertongkat, yang kudung datang mengengsot. Sayugia, semua rakyat berusaha memperindahi tanah tumpah darah mereka bagi menyambut ketibaan KM yang dinanti-nanti. Jalan raya dilepa emas, supaya tidak patah roda pengangkutan, tiang yang bengkok di tegakkan, rumput ditarah menjadi indah saujana memandang.


Boleh bayangkan? Akhirnya, khabar itu menjadi angin yang lalu sahaja.beruntung juga si rakyat, mendapat jalan baru, tiang tegak dan lain-lain lagi.. Si ketua Menteri tak nampak bayang pun..apatah lagi, nak bersalam.Maka, nilailah sendiri...Alkisahnya...

Sapa ingat dia terrer!!!

Cepat..cepaT...Sapa terrer...ingat tak lagu ni?

"Alkisah, 1 cerita
Kononnya bermula, di sebuah desa
Rakyatnya, berbilang bangsa
Hidup aman, damai, bahgia
Hantu Jebalangga, banyak berkeliaran
Dia cuba nak menghasut
Perpaduan rakyat
Rupanya macam manusia
Perangai macam SETAN
Dalam Hikayat Hang Setia..
Teng tereng tereng teng teng!!!"

Sapa dapat nyanyi balik lagu ni, dia memang best!!!

Wednesday, October 7, 2009

Feeling so Sad..

Sedih sesangat...Sangat sedih.
Duk kat Sarawak hujung minggu hari tu, tak terasa sedih walaupun padahal penat giler. Kat sana tak sempat nak pikir pasal diri sendiri...

Tuesday, October 6, 2009

Masuk Kuching, Mengiauu..

Baru balik dari Kucing.

*Buat apa pergi sana? Amboi amboi amboi...dah takde keje la tu. Sempat jalan-jalan*


Saya pergi kerana menjalankan tugas laa..Kena buat promosi untuk program matrikulasi. Ramai lagi orang sik tauk tentang matrikulasi.

Ini perbincangan awal sebelum pelanggan sampai.Strategi nak habiskan leaflet yg dibawa.

Nampak tak leaflet yang melambak atas meja tu? itu baru 1/5 dari yang dibawa. 
Kena habiskan semua.

*Best ke Pergi sana? Banyak shopping?*


Best? Halaaa...Pergi tempat baru, teruja la, nak menyemak2 carik benda2 yg takder di semenanjung. Contohnya?

Haaa...lauk yg tengah2 tu, mmg tak jumpa kat semenanjung kecuali ada org sarawak sendiri yang nak buat.
Nama dia UMAI . Sedap, dari ikan segar (TAK MASAK)

Shopping? halaaa...tgh save budget la...apa sangat yang saya beli..hmmm...itung kira, banyak jugek ringgit habis..Iskkk...apa yg saya beli ek?
ERR...org kirim terubuk masin...kek lapis sarawak...yang saya punya ada la alas meja corak Pua Kumbu, T-shirt dan kain pelekat untuk ayah dan B-I-L. Aik...itu ajer? Ohh...ada beras bario, sos lada hitam..keychain untuk sahabat seopis.

Nak tau duit habis tang mana? Pergi urut refloxology...Lengoh kaki oooo...Berdiri sepanjang pagi, jalan pulak sekitar kucing, nak carik laksa sarawak, sourvenir dan bagai-bagainya...sepanjang 4 hari pegi ni, 2 kali kitorg berurut..bestnyer...kalau dapat urut satu badan mesti lagik best...Sebelum pergi lagik duit abih dah..Persiapan org first time pegi promosi...


apakah relevannya kasut ini dengan perjalanan saya ke Kucing? Banyak relevannya...Inilah persiapan paling penting untuk tugas saya sebagai "Promoter! Promoter". Kasut tumit flat dan lembut.


Oleh kerana akan berdiri lama, maka apabila terjumpa kasut ini di 'SALE'kan di SOGO, maka saya menyambarnya tanpa berfikir kali ke-empat (fikir 3 kali jer). 80% maaa...
 
Yg ini..penting untuk mengangkut semua keperluan semasa berkerja, berjalan dan menebeng di lapangan terbang. Supaya segala maknika (spt HP2 dan kad2 penting) mudah dicapai jika diperlukan.
Berbaloi-baloi...RM47 jer..kat SOGO gak..ahahahaha...


Macam gaya wartawan Harian Metro, buat liputan Bagaimana Pemandu Kapal Terbang memarkir kenderaan masing2?



Sempat kacau kucing kat waterfront...I mmg pantang nampak kucing.
Belakang tu, sungai Sarawak.


Pandangan dari Muzium Kucing (Cat Muzium) di atas bukit.
Kurus tak I? Tak?...tau...


Haa...pilih...pilih...kucing mana paling comel..
Dua dari kanan ya...




Gemok saya, gemok lagi kucing ni, walaupun dia tak makan..:)



Penat jalan. 
Bot takde, duk menebeng tepi sungai walaupun bon*** panas..