Tuesday, November 24, 2009

Tudung Era Baru?

Saya sangat 'conscious' dengan pemakaian tudung..Emm..kalau dah lawa tu, pakai apa jer lawa kan?

Heh...tidak bagi saya. Ni saya nak show tudung style ala-ala Ariani, yang dijahit sendiri oleh kakak kawan saya..



Ini muka sebenar saya pakai tudung biasa...Bawal...


Ni pakai tudung yg glamer skang ni...Ok tak? Ada rupa lain ke?


Ini pandangan sisi....rasa macam cun jer...Ahahahahahaakkkk....

Ehemmm...sebenarnya, paparan ini adalah iklan...So, sapa2 yang teringin nak beli, contact me ok...Dari segi labuh dan saiz, boleh dibincangkan. Material pun, you all boleh decide nak jenis apa...tapi, bab pilih material tu, kalau you all ada cadangan nak beli sekali banyak contohnya untuk satu team bola sepak ke, bola jaring ke, untuk budak sekolah ke, untuk Wanita UMNO ke, Muslimat PAS ke...hehehe...

Kalau nak beli borong, untuk meniaga ke, untuk pakatan kenduri mahupun kumpulan nasyid, adalah digalakkan. Kita boleh sama2 meniaga. Tudung-tudung adalah dijahit sendiri oleh kakak kawan saya.

Ada beberapa jenis, yang jenis inner - Kalau ada yang nak pakai untuk selendang (mcm org nak nikah tu).
Yang I pakai ni yang jenis biasa, outdoor. Ada jugak yang request nak labuh lagik...Layannn...

So, any request, do contact me at this emel: ajandaus@yahoo.com.

In the future update, I'll try to display the sample colour for the materials. Opppss...about the material, its the soft fabric a bit similar with the climacool of Nike's fabric. Kalau kat Malaysia ni biasanya org panggil kain jersi jer...Tapi, bukan kain jersi yang buat langsir tu ya...Ini yang sejuk dan lembut..Senang di basuh dan tak payah dry cleaning...No worry attach...

Ke Pontian Kali Pertama

Saya telah berjaya menjejakkan kaki ke bumi Pontian untuk kali pertama...berseorangan pulak tu.
Ada jugak la makan langsat sikit2...Hehehehe...
Rupanya kat Pontian ni ada satu je hotel (yg established), sebelah je dengan Giant dan restoran (mamak punya la). Hotel ni mmg betul2 dekat dengan laut, menderu2 bunyi ombak memukul pantai..cewwahh...

Saya tengah pening ni, nak carikan baju sejuk untuk adik saya nak pegi London..Kesian dia..Boleh jer buat tak tau..Tapinya, saya terfikir kalau saya di tempat dia mesti sedih kalau pegi sana takde kelengkapan yg cukup untuk 10 hari. nasib baik la bakal abg ipar dia janji nak tolong carik kat bundle...hehehe...anyway, nanti balik kena ajak dia pegi Universal Traveller, dengarnya ada sale...

Hmmpphh...Padahalnya, aku target nak beli brg2 untuk hantaran kawen, sempena Year end sale ni...Kena la tunggu dulu. Bongsu...bongsu....

Friday, November 20, 2009

Jauh Perjalanan....

Sempit la poket...

Penat...tak yah cerite...tapi, nak cerita gak.

Penat tapi, masih lagi aku terpacak kat Seventhheaven (nama laptop) ni. Berapa lama dah tak update?
Dari mingu lepas dok merayap...

Penat...tapi, seronoknya tetap ada...banyak pengalaman dapat. Pengalaman apa?

Hari pertama perjalanan:

  1. E ticket yang dinanti2 sejak hari khamis (sebelumnya) belum dapat. Jam 7.30 pagi dah nak kena naik teksi sebab flight dari KLIA jam 8.15 pagi. Apa jadahnya...6.50 am sampai opis, try buka emel tapi, disuruhnya kik link itu la, inilah...bagi je la nombor e-tiket tu kan...punyer la panjang ayat dalam emel tu, nak tulis nombor tu pun susah ke? Bangang betul...[sumpahan yang jujur lahir dari hati yang kalut]. Sudahnya, nombor tak dapat jugak sebab internet down...POYO.
  2. Teksi sampai lambat 5 minit. Tiba di KLIA jam 8 pagi. So, tak terlewat check in. Nasib baik leh retrieve nombor e-tiket kat sana dan wat self check in. Okey...settle...soru.
  3. Jeng..jeng...jeng...distracted kat bahagian sye shadow Lancome. OMG!!!! Tiba2 jer aku jadik glamer kat KLIA. Namaku yang berjela org susah nak ingat tu, diumumkan untuk panggilan terakhir. Tak pasal2 aku berjoging dalam KLIA. Hawau punyer Lancome.
  4. Selamat menaiki pesawat dan dapat duduk sesorang dalam kapal terbang. Tak pernah2, aku pening dalam flight. Semua benda aku rasa busuk. Kerusi busuk, laki2 kat depan aku aku rasa berbau, yang kat belakang, aku rasa wangi sangat. sampai kat airport penang, cari tandas,Uwekkkk!!! fuh, lega sket.
  5. Tunggu beg, sampai ke penghabisan beg, beg aku tak muncul2. Aik!!toleh2, ada 5 orang lagi tengok aku. beg diorang pun takde. Lega sket, bukan aku sorang. Maknanya, bukan sebab aku berjoging tadik la kan... So, buat report, kena la tunggu beg tu dikesan. Orang kolej Perlis dah tunggu, aku cabut jer. Ada majlis perasmian jam 2.45 pm. Tengok bawah, JEANS!

    Takkan aku nak hadir majlis rasmi pakai jeans? Yang lain semua ok, kasut bertutup. Tudung cun, baju korporat, ok la, rasmi la jugak walaupun tak ayu. Hnsss...apa nak buat ni? Apa lagi, suruh la driver singgah mana2 kedai beli seluar slack. dengan duit yang ada dalam tangan, nak beli satu set [baju kurung sampai kain dalam], tak sempat aku nak uruskan. Akhirnya, dalam masa 15 minit aku dapat selai slacks. Alhamdulillah. Sampai kolej Perlis jam 2.15 pm. Sampai rumah tamu, mandi sejirus, solat, buat regangan badan sekilas dua, kena pegi balik ke dewan untuk majlis perasmian. Huhhh...
  6.  

Tamat la kisah yang meletihkan aku. Itu baru separuh hari pertama...yang hari lain2, takyah la aku citer....


Tuesday, November 10, 2009

My expression....

Ok...I've got this from pretty/uglysideofme and I love it...This is how I would describe about my fiance..


Friday, November 6, 2009

Pemandu Bas Gila

Huh...sangat membahayakan..

Pagi tadi saya memandu ke tempat krja dari rumah kawan saya di Senawang. Hujan lebat tau...
And as i was driving carefully and maintaining the speed at 90km/h, but still trying to overtake a sloww lorry.
Masalahnya bukan lah lori itu. Tetapi bas yang tiba-tiba muncul di belakang saya dan membunyikan hon yang berpanjangan.
Hello, mabuk ke? saya bawak 90km/j tau...itu adalah kelajuan maksimum bas di atas lebuh raya tau! Dah la hujan. considerate la! Tau la, saya kancil. Nak potong, pegi la lane sebelah kanan. Highway ada 3 lorong tau!

Tak mau la saya bagitau syarikat bas apa. Warna dia hijau di bawah, putih di atas. Saya hon dia balik tapi, saya tau la..mesti macam tikus yang menejrit-jerit kat gajah jer..huhuhu...

Saya tak pernah lagi kata padan muka kalau ada berita bas kemalangan. Tetapi, kalau gini la perangai semua pemandu bas, memang merbahaya. Bukan pada dia...tetapi kepada pemandu lain. Saya tengok lori-lori yang ada di lebuh raya tadi, elok je berjujuk di sebelah kiri. Kalau jalan cerah dan tak hujan takpe la jugak kan...

Monday, November 2, 2009

Jauh perjalanan

Ohh...untuk kawan-kawan yang tak tahu ke mana saya hujung minggu yg lalu...

Saya ke Kelantan...mengempiskan dompet...Terapi minda akibat kemelut tarikh perkahwinan saya yang kelam kabut ni..hehehe...alasan je tu.
Sebenarnya, saya dah tempah tiket tu dari bulan 3 dulu lagi..Tambang pergi balik sorang RM85. Tidur kat hotel Azam, semalam RM90. So, datang berdua dengan Kak zu (office mate), seronok la sebab ada geng..

Yang palin gbest ialah, bila besfren saya Aini pun tetiba memunculkan diri di sana..ewwahhh...apa lagi...
Tapi kan, saya tak sempat nak cerita panjang pd entry ini. Kerana seharusnya saya sudah bertolak ke Port Dickson pula untuk bengkel yang akan berakhir hari Khamis nanti. Banyak atur cara nak dibuat ni...

psst...kalau dah kat PD tu, atur cara dating mesti terselit jugak.Ahakhakhakhak... Baiiii....