Monday, September 27, 2010

For those Who are interested

Jualan Foot Detox Patch.

1 pack RM 15 (10 patches)*
100 patches: RM100*
*Tidak termasuk kos penghantaran.

Jika berminat, sila ke blog berikut:
http://bingj.blogspot.com/

Tuesday, September 21, 2010

Correct Me...

Please...correct me if I'm wrong.
Outside Malaysia, the title 'Dr.' has only been used by a medical examiner or degree holder in the respective field (medicine, forensic etc). But for those who had attained PhD only put initial PhD at the end of their name?

Betul ke? Kalau nak ikutkan, memang patut juga kan. Sebabnya, sekarang, kalau kita sebut Doktor, dah kena tanya, doktor hospital ke, doktor PhD? Heh..

Tapi, penat juga nak dapat PhD ni kan...harusla kena bubuh title tu kat depan.

Then, isunya, Kalau Doktor Perubatan kita tulis DR. Kalau Doktor Falsafah, kita tulis Dr. Hmm...

Sejauh mana orang tau pasal ni? Aku pun, masuk admin ni, baru tau ada perbezaan menulis antara kedua-dua title. Tapi, ada orang kata "oh...ini orang tak kisah. Tulis DR untuk Doktor falsafah pun boleh dah sekarang"..

Mmm...masalahnya, betul ke?

Monday, September 20, 2010

Masak Lomak Cili Api

Senang jer rupanya masak lemak cili api ni..Ini yg stail orang N9 punya..piauuu..
Ketuk [tumbuk] jer cili api dengan kunyit. Jangan lupa serai..
Tak kira la apa yang dimasak pun [udang, daging, ayam kampung, sotong], itulah bahannya..
Yang penting, first thing, kecutkan dulu [udang, daging, ayam kampung, sotong].
Kecutkan bersama campuran cili dan kunyit tadi..Maksud kecutkan disini ialah: biarkan jer daging (sbg cth) dalam periuk tu, bertenggek atas api bersama2 campuran cili dan kunyit. Nanti air dia pun kuar, sampai kering..

Hati2 la, jgn sampai hangus pulak kan.
Pastu, tambahlah serai dan santan [mengikut kepekatan yang digemari masing2] dan sukatan asam keping mengikut selera masing2..Ohh..lupa lak..garam secukup rasa..

Sonang yoo..xyah berbawang2...sebelah mata je buleh siap...hehehe...sodap ko tidak, tak tau la kan..

Tapi satu pulak...kalau masak lomak lotak ghobung (rebung), tak yah lotak sorai pun xpo...Mak mentuo den koba...nanti bau sorai tu hilang dek bau ghobung tu..

Rumusan:
Cili + Kunyit + Serai (jika perlu) + santan + asam (buleh asam gelugor, buleh belimbing buloh dll) + garam.
Err...Ada yg tertinggal ke??Hehehe...

Sunday, September 19, 2010

Monday Night Fever...

Ahakss...tajuk macam gempak sangat..
Actually, ini adalah sindrom Hari Isnin..
Rasa sangat malas, ok..
Tambahan pulak, esok nak puasa..[*baru niat nak puasa dh terbayang2 Nando's, boleh tak?]
Heh...malas..malas...malas..
Tapi, rasa excited gak nk g opis sok...Nak tengok sapa yang ada...kebanyakan org dah kena pindah sebab naik pangkat..
So, aku bila lagik ek? Hehh...perasan!!!
Dah tentu ko malas, nak naik pangkat cepat2 pulak...
Sedar la oiii...ikhlas sikit buat keje tu...
Hehehehe...*nasihat ku kepada diri sendiri*

Ini Saya Sukaaa...

Look at this pic below...

*by Tupperware..Sila abaikan kesepahan yang menjadi latar belakang gambar ini*






Owhh..I really like this One Touch design...cute..
Tengok lagi yaa... These 2 are in small sizes.

Suka..lalalalalaa....

Friday, September 17, 2010

Kedai Makan yang Mengecewakan

Kalau ada sesiapa yang sedang bersiar2 atau berurusan di Senawang Square atau nama lebih glamer lagi, Taipan Senawang, dan kemudian terasa lapar dan perlukan nasi berlauk campur, ini saya nak cerita pengalaman saya...

Macam la pengalaman ngeri sangat ek..hehehe..
Takde, storynyer simple jer...Saya makan kat kedai Ulam Raja, dan saya tak puas perut hati. Kebanyakan lauk adalah berunsurkan ayam.
Tapi, mungkin pada waktu tu baru jam 12 tengah hari, pada hari Jumaat, maka banyak lauk belum siap.
So, saya amik telur goreng dan kuah asam pedas sekali dengan bende.

Ok, fine..mungkin saya salah lauk kot. Mungkin yang saya amik itu bukan lauk asam pedas. Mungkin ia adalah lauk kuah bercili yang ditambah perisa masin dan sedikit manis dan sedikit masam. Tetapi, bukan asam pedas. So, saya telah tertipu. Kesimpulannya, saya tak tau lauk apa tu. Rupa dan kaler macam asam pedas, tapi bukan, ok. So, utk org2 Melaka, Johor atau orang yang pernah makan asam pedas belah sana, percayalah cakap saya. Kalau taknak menyesal, takyah la cedok.

Telur goreng dia, berminyak.. Maybe sama dengan kebanyakan kedai lain di Malaysia ni.
Bila kunyah nasi + kuah cili + telur tu, rasa macam tengah try goreng telur berlada dalam mulut, cuma takde api untuk menggoreng jer...hohoho...Bayangkan sendiri laaa...BORING..

Nasib baik TEH AIS dia sedap. Walaupun tak Marvellous, tapi, sedap.
So, nak 'ngeteh' kat situ, boleh. Minum teh ais je la. Air lain saya tak try. hehehe..

Wednesday, September 15, 2010

Demam Raya

Hoh...demam raya
agaknya, sebab x dpt mkn rendang mak aku buat..
mungkin juga sebab ngada2 nak berehat kat umah..
kebetulan pulak mak ayah n adik datang sebab adik ada interview..
terbang segala rehat aku..
nasib baik esok cuti lagi.
Makanya, dapat la aku berehat-rehatan..
Oppss...lupa pulak nak kena beraya kat umah kawan2..
Namun, suami ada hal kena out station..
Temper nyer rasa...hadoi laaa...

Tuesday, September 14, 2010

Post-Raya Syndrome

I caught flu..or...Flu caught me..my hubby's condition is worse. Don't know when it started or where we caught it.
My hubby started badly and I was holding on. But today, it has worsen.
I hope for an MC...Yeayyy...hehehehe...

At least, at home, I could rearrange my house..be prepared for any visit from my relatives or frenz.
Hehehehe...Tak bersedia la...rumah tak berapa bes lagi. Mak segan nyahhh...

Monday, September 13, 2010

Tupperware Raya

Tupperware ada kempen baru sempena raya ni...Kempen ni bermula pada 4 - 25 September 2010..sempatla dapat gaji..hehehe
Butterfly beauties ni memang cantik. Cuma, saiz kali ini saiz yang kecil ; 950ml untuk OT Topper, 2L untuk OT Canister (yang panjang sket tu).

Small saver tu pulak mmg kecik...sesuai untuk isi biskut2 untuk perjalanan atau untuk beri hadiah kepada orang..Siap dengan kotak. Sebab tu sesuai jadi hadiah. Tinggal balut je dengan riben. Beli 2 set, harga RM49.90 jer. Kalau tak, RM32 x 2 = RM 64..Jimat kan...

**Kempen Tupperware Brands
Yang ni, saya sendiri rasa macam nak beli. Senang, letak pes lada kering yang dah kisar, ada sudu sekalik. Untuk 2 orang makan, cukup la bekas ni. Tak payah besar2, jimat ruang dalam peti sejuk. Suami saya tanya, bawang tu dia nak beli. Macam sedap jer...Cehhh...Pisau dalam gambar ini juga hanya untuk hiasan tau.

**Kempen Tupperware Brands
 
Set CozyNest ni hanya jika buat belian sebanyak RM300 baru boleh beli dengan harga RM48.80. Kalau tak, harga dia RM85.40. Ada kawan saya beri set ini untuk hadiah kawen saya baru2 ni. Seronok..Mudah nak guna. Yang kecik tu, saya buat letak garam. Senang nak buka, senang nak tutup.

Raya sebagai orang baru

Alhamdulillahh...selesai sepurnama berpuasa.


Yeayy...selesai juga saat kritikal berhari raya...
Kenapa kritikal ya?
Hmm...macam2 hal yang berlaku nak menghadap hari raya ni..
Mana nak sedia duit raya..2 belah pihak. Bank pulak asyik habis duit kecik. Nak bagi duit besar mana la larat.
Bajet maaaa....
Nak bahagi giliran berhari raya.
Nak ambil cuti pulak berapa lama.
Mana nak service kereta pulak.
Nak save duit untuk kegunaan lepas raya.
Baju raya pulak satu hal. Baju raya suami tak beli baru pun, sebab baju hantaran hari tu ada. Tapi, sampai sekarang, x jumpa2. Mana pulak peginya. Mandom saya...sebab semangat nak sedondon, baju pulak buat silap mata.
At last, pada hari Rabu, saya ajak suami mencari sekali lagi kat umah dia...
Saya: Bang, meh cari baju tu.
Suami: Haa...cuba lah carik kat sini. Abang dah cari, takde. Ha, tengok...tengok..
Saya: Hmmm...eh..tu. Ni haaaa...
Suami: Bukan..Tu bukan tu..
Saya: Ni lah dia...
Suami: Bukanlahhhh...
Saya: [mengerutkan dahi, mata dah separuh]
Suami: Eh...yalah...yang ni lah..Laaa...abang ingatkan kaler lain..Hahahaha...dalam kepala bayangkan kaler lain.
Saya: [muka kemenangan...dan tersenyum puas hati]..dalam hati gembira kerana boleh raya sedondon...yeayyyy...setel satu masalah.

Kesudahannya, berakhir dengan baik.
Tahun ni kali pertama beraya dengan orang baru...suami dan keluarganya.
So, atas persetujuan bersama, raya pertama di kampung suami.
Tapi, esok raya, hari ni saya masih kerja. Siap bertolak ke pejabat dari kampung suami...
hehehehehe...poyo...macam penting sangat awak kat pejabat tu..
Anyway, 2-3 hari sebelum raya adalah hari yang paling menggembirakan untuk ke pejabat. Kenapa?
Sebab lalu lintas sangat lah lenggangnya...Kaki saya tak krem lagi menekan clutch. Tempat parking tak berebut2...Jalan kat hiway pun x perlu laju2...seronoknyaaaa....

Beraya di tempat orang untuk pertama kali...Not bad.. Saya tak mengalir air mata pun..hohoho..Semua adalah peranan suami tersayang yang memang tarak romantik langsung...hahahaha...Bersalam-salaman pun gayanya macam lepas pinjam duit kat Ah Long..Hmm...itulah suami saya...Bukan perkara tak baik. Tapi, dia berjaya menghilangkan rasa syahdu yang saya mula rasa bila teringat emak kat kampung yang gerenti punyelah kelam kabut siapkan rendang di pagi2 raya. Malamnya, dia tido lambat. Bangun seawal pagi yang mungkin.
Berbeza dengan di Tg. Ipoh, hari khamis masa saya balik dari kerja dah buleh dah makan rendang cili api ayam kampung. Sedap ooo...Adalah perbezaan juadah berbanding kalau raya kat Johor.Lemang pun, main order je...Jadik, tak delah berkecah macam kat Johor.

Kalau di Johor, Ketupat daun atau nasi himpit dah pasti wajib ada. Seminggu sebelum raya dah sibuk2 nganyam ketupat. Lauk-pauk yang ada macam-macam. Rendang daging, ayam masak merah, kuah lodeh, sambal kacang. Tambahan makanan Kedah, iaitu ketupat daun palas yang disediakan oleh ayah + emak.

Di Tg. Ipoh pula, makanan wajibnya adalah lemang dan rendang serta sup tulang....s.a.h.a.j.a..Pagi lomang, tengahhari sup. Petang kang lomang balik..hohoho...lama dah tak makan lomang. Nasib baik sedap.

Suasana...meriah jugak di Tg. Ipoh. Adik beradik suami ramai dan anak sedara jugak ramai. Tapi, menjelang malam raya baru la bertambah bilangan umat kat rumah tu. Itupun, saya dah tido berdengkur, tak sedar orang sampai. Bertuah punya menantu! Walaupun meriah suasana kat Tg. Ipoh, meriah lagi di Johor. Tahun ni, mak dan adik beradiknya berkumpul di rumah arwah Atok, so, gerenti la meriah. Makcik2 saya kalau dah berkumpul, gegak gempita..Yang berlawak lain. Yang marah anak lain. Yang mengumpat satu grup. Yang mengenakan orang satu grup. Belum lagi kumpulan orang lelaki. Ada je sembang diorang. Pastu tak pasal2 ketawa. Berlawan-lawan mercun..Opppsss....takleh citer lebih. Nanti kena tangkap. Budak2 punya hal lagi havoc. Main berkejar2. Tak pikir penat. Main kat dalam rumah kena marah, sambung kat luar rumah. Pastu bersangkut ke belakang rumah. Kali ni, belakang rumah Atok tak berapa lapang, so, diorang tak pegi pun main kat belakang. Agaknya....

Raya kedua baru balik ke Johor. Tak sempat pun jalan2 kat rumah suku sakat atok. Kereta suami buat hal...tersemput2..Kejap2 kena berhenti. Saya dah suruh bawak keta saya, dia taknak..sebab tak basuh lagi katanya...Ceh...underestimate my car...Yela...org workaholic kan...mana nak sempat basuh keta...Mana lagi bisnes...kahkahkahkah...

Sampai2 je umah Atok, satu lauk raya pun tak ada!!!. Kecewa betul. Yang ada, ketupat jerrr...haiyaa...Pastu, kelaparan, kena masak sendiri pulak tu. Sudahnya, raya kedua dah makan sardin..Mantap...Maka, saya kecewa kerana tidak dapat memaksa suami makan lauk orang Johor walaupun dia sebenarnya hanya suka lauk rendang...Takpe...tahun depan ada lagi...

Friday, September 3, 2010

Mimpi...oh mimpi..

Sejak seminggu lepas, tido saya dipenuhi mimpi..
Let's check out apa mimpi-mimpi saya..
Sapa2 nak tolong interpret, saya alu-alukan..
Just untuk suka-suka..

Oh ya...mimpi minggu lepas berlaku berturut-turut...Check them out...

Malam 1
Saya sedang berjalan dengan laju sambil mengendong seekor unta yang BESAR, ok...bukan anak unta.
Tetapi, unta dewasa.
Unta tu x berbau pun dan saya tidak rasa susah dan penat mengendongnya. 
Bayangkanla...bukan ke unta kakinya panjang? Macam mana saya boleh mengendongnya (di hadapan mcm angkat guni 5 - 10 kilo).

Malam 2
Saya mimpi saya berjalan di suatu kawasan berumput yang luas, di tepi sebuah rumah batu.
Dalam keadaan renyai-renyai.
Sampai di tepi rumah, kawasan berumput tu dah ada lopak-lopak air yang sangat jernih.
Dalam lopak tu, ada ikan-ikan kecik berenang-renang..
Saya leka tengok ikan tu.
Tiba-tiba saya ternampak ada seekor ikan di luar lopak dan mengadap atas...mati..
Yang mati ni, saiznya lebih besar sikit dari yang ada dalam air..

Malam 3
Saya mimpi saya mati. Seolah-olah membayangkan rasa sakit nyawa dicabut. 
Terasa macam nafas sesak terutama di kerongkong..(agaknya, masa tu, muka saya tertutup bantal kot).
Kemudian, roh saya merayau tengok orang-orang yang saya sayang...
Siap jadi macam hantu lagi, follow orang yang nak buat jahat...hahahahaha...

Selesai deretan 3 serangkai mimpi pada minggu lepas.

Dalam minggu ni, saya ada 1 je mimpi yang saya ingat...Malam semalam..

Saya mimpi suami saya ada 3 isteri, saya isteri yang pertama.
Suami saya sayang sangat dengan saya, dia buat tak peduli jer dengan isteri-isterinya yang lain.
Seorang isterinya memberontak dan marah-marah, lalu saya pujuk (perempuan tersebut ya)..
Kononnya seperti begini..."Suami saya tak nak kawen dgn awak, tapi, awak paksa dan buat sampai jadi macam ni. Then awak nak paksa dia sayang kan awak. Awak kenala paham.."
Perghh...macam drama Siti Zulaikha siottt...Kalau real life, mau aku nampor kan si pompuan tu dengan laki aku skalik sebab...."HOW COME KO BOLEH TERKAWEN DGN DIA, KALAU KO TAKNAK"...bukan ke laki2 yang sambut akad...hohohoho

Pemimpin kah saya?

Melihat kepada pemimpin sekarang, saya rasa masih jauh perjalanan saya.
Tak perlu tengok yang jauh-jauh..
Melihat dalam lingkungan kecil persekitaran kita sahaja...
Apabila saya melihat pemimpin yang ada, saya terfikir..
Andai saya di 'situ',
  • Rapuh kah saya atau teguh kah?
  • Tetap kah saya atau goyah kah?
Betul lah kata orang.."nak tengok perangai sebenar seseorang, berilah dia kuasa"
Banyak pemimpin kita yang di "atas" kayangan sana, sering suruh akar umbi berjuang..
Ya...di akar umbi mmg berjuang. Berhempas pulas, menjaga kejiranan, adab dan tata susila,
menjaga integriti dan meningkatkan kecekapan..telus, mulus, kudus...yang terpeleot pun ada jugak..
Tetapi, mereka yang di atas, sibuk mentedarah, kembungkan poket dan perut masing-masing.
"Yang penting, poket aku x kosong. Aku dah menang, orang dah sokong."
Ini lah masa nak besarkan rumah, luaskan tanah...
Itu kalau politik.
Yang tak politik pulak, bila dah ada jawatan, sibuk pulak jaga periuk nasi sendiri dulu.
"Orang bawah, xpe...bia dulu. Yang penting, aku selamat. Diorang sapa-sapa buleh ganti.
Aku ni tengah sibuk, apa pembaharuan yang aku nk bawak ni..
Kalau xde trademark, nanti orang tak kenal aku sapa"

Sebelum aku diberi kuasa, inilah pemikiran aku..Muak tengok org di atas nun dengan perangai masing2...
Ada yang...'Pandai tak boleh diikut, bodoh tak reti2 nak belajar boleh diajar'.
Nak dibiarkan, ini tanah tumpah darah kita..
Nak di 'salak', apalah daya kita.
Entah, kalau aku dah ber'kuasa' nanti...rupa dan gaya lebih teruk lagi...


Wahai pemimpin, janganlah sampai tergadai tanah tumpah darah, menjadi hamba di tanah sendiri.
Kau laungkan perjuangan. Tapi, kau ludah setiap darah dan keringat yang kami titiskan...

Thursday, September 2, 2010

Seperjalanan bersama Abang Umar..

Hari merdeka tempoh hari saya meneruskan perjalanan ke Seremban seorang diri..
Sampai di rumah kakak saya, ada penumpang menyertai perjalanan saya...
Iyaa...dialah Abang Umar...
Semasa nak memulakan perjalanan, kakak dia dah terjerit,meraung2, diikuti oleh adik bongsu dia yang join sepelaung jeritan kakak dia. Cuma adik dia ni lagi dramatis sebab siap lompat2 sambil menjerit2 dan menggegar pintu pagar.
Huhhh...And Abg Umar?..Maintainnn bebbbb...

Tak banyak yang saya nak ceritakan..Cuma, saya nak lampirkan transkrip perbualan antara saya dan Abang Umar...dan sedikit sebanyak, ia memberi gambaran perjalanan tersebut...

Bab 1
Tak jauh dari rumah yang kami tinggalkan:
Abang...Abang Umar tengok kakak dgn adik tadi menangis, tak sedih ke?
Sedih..kita sedih.
Abis, abang umar tak nangis pun..
Kita sedih..mak ngah, kenapa amru tak boleh ikut?
Amru kecik lagi. Nanti susah la ayah nak jaga awak, nak jaga amru lagi. Amru suka main..Nanti kalau dia nak kencing, tak cakap dengan ayah kan susah. Ayah kan nak keje..
Kita kalau nak kencing kita cakap...
Haa...bagus la tu. Sebab tu abang umar boleh ikut..
Haah. Kita kalau nk kencing kita cakap..Mak Ngah, nak kencing..
Saya buat dono je..ingatkan dia tunjuk contoh ayat..rupa-rupanya...
Mak Ngah!! kita nak kencing!!!
Laaa...yeke..Mak Ngah ingat main-main je...Kejap..kejap eh...makngah cari tempat..
Kereta dh pelahan dah, nk berhenti tepi. Si Umar ni tengok kat tingkap, terus cakap...
Kita tak suka kencing kat rumput..
Hah???Alaa...hah yelah...yelah...tahan ye..
Ok...nasib baik ada jumpa tandas awam. Tapi, xde air pulak..belasah je la. Nasib baik saya ada bawak wet wipes..

Bab 2
Mak Ngah, boleh tak kita pegi kedai tu. Kita nak makan.
Hah? Ishh....mana boleh. Sekarang kedai makan tutup. Orang puasa la. Abang Umar ni...Kita kan bawak bekal.
Yeke..
Haah..Nah bekal. Ada sandwich tu. sedapp...
Ok..kita suka sandwich.. Mak dgn ayah buat sandwich sedap..
yolah tuu..
Mak Ngah, kita tak suka ni...(sambil tunjuk bawang)...
Haaa...kalau tak suka, meh bagi makngah..(sambil saya hulur tangan).
Maka, sepanjang dia menghabiskan sekeping sandwich tu, saya terpaksa habiskan sebeban bawang. kembung perut tau...

Bab 3
Mak Ngah..budak perempuan tak boleh ikut ke?
Kakak dgn Kak Ngah kan sekolah. Jadi, diorang tak boleh ikut.
Kita suka sekolah. Cikgu kita ambik gambar kita. Gambar kita dengan cikgu.
Abang Umar kat sekolah dah belajar apa?
Entah.
Aik??Abang Umar dah pandai baca lum?
Belum. Kita baru 4 tahun. Kita tak pandai baca. Kak ngah pandai baca. Kat sekolah ada buku. Banyak2. kak Ngah selalu baca buku. Kita tak pandai.
Kalau tak pandai, kenala belajar betul2.
Tak. Kita tak pandai.
Apa pulak tak pandai. Abang Umar kan dah kenal huruf. kan Abang Umar selalu eja B.A = ba..
Haah..B.A=ba, J.U=ju...BAJU..B.A=ba, C.A=ca..BACA.
Ha, tu pandai tu. Abang..tak ngantuk ke. Abang Umar tido la..
Taknak..Mak Ngah, ni dah sampai seremban ke? 
Belum. Abang kalau ngantuk tido la.
Kita tak ngantuk. makngah, kita nak duduk belakang.
Ok. Duduk elok2.
Kita suka duduk tengah2.

Mmm...macam2..