Friday, December 31, 2010

Year End Entry

This is my last entry for this year.
 Been spending this end of the year with my folks..minus sister, minus brother, minus husband.

Yeah...only the 3  of us..macam masa pegi Tawau, 2 tahun lepas.
In fact, this photo was taken at the Tawau airport, right after landing. 
*Dengan bangganya menyatakan, saya bawa mereka jalan-jalan kat Tawau*

What? Where's my hubby? Pegi mancing. Hari Senin baru balik.
We should be celebrating our 1st New Year together, and he's somewhere on boat..*sigh*
Adik? lepak kat rumah...citer panjang pun tak guna...
Anyway, it's good that you still have the opportunity to spend time with your parents.
And I felt blessed. Forgot about having husband, forgot about not having anything. I still have time for my parents...that's big dude...

'Harap-harap, nanti bila dah tua, anak masih nak luangkan masa dengan saya...insyaAllah..'
Oh ya...azam utk tahun baru?
Macam-macam. Tapi, yang paling utama adalah, tingkat prestasi, kurangkan emosi...yeahhh..

Wednesday, December 29, 2010

Malu...Malu..

Saya merasa malu kerana telah menjadi antara orang yang terlupa dengan ajaran fizik masa sekoleh dulu. Hisyyy...penat-penat belajar, sudahnya kena tipu. Anyway, [untuk menyedapkan hati], saya tak rasa rugi pula beli Premium Beautiful kerana pemakaian korset [mana-mana korset pun sebenarnya], akan membantu membentuk kelenturan badan dan postur. Dan at least, membuatkan kita beringat apabila saiz yang biasa kita pakai sudah tidak muat lagi...hohoho..Satu hal lagi, PB itu adalah sangat mahal maaa...macamana aku buleh kena pujuk beli, aku pun taktau. masa tu, takde pulak berhajat tinggi nak paksa orang beli kan [padahal memang takde skill persuade org beli barang sendiri]. cehhh!!!

Sesiapa yang nak cuba faham apa yang saya perkatakan  ni, silalah menjenguk ke blog http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/corset-premium-bloodyfool-buat-jerut.html

Janganlah mudah terpengaruh dengan janji-janji MLM...Go to hell!!!

Monday, December 27, 2010

Minggu yang aneh

Entry ni takde kaitan pun dengan sebarang ramalan luar biasa. Just nak sembang-sembang cerita-ceriti tentang minggu yang saya alami.

Minggu lepas memang aneh. Boleh dikatakan mencabar minda, kesabaran dan fizikal.

Bermula dengan gaji yang masuk lambat [yang bukan aku sorang alami]. Nasib baik setel pada hari yang sama juga [tahniah kepada yang menjalankan tugas], kalau tak, melahu la nak tunggu kan. Buatnya memang berlaku kesilapan yang menyebabkan gaji aku ditunggakkan ke Januari 2011 (kononnnya nak kayakan aku la masa bulan Januari tu). Alhamdulillah [tula manusia, bila senang jer Alhamdulillah..eh, tu antara aku dengan Tuhan ok].

Then, setel pulak misteri mengandung tak mengandung…hahahaha…yg ni perasaan jer woiii…isi perut adala banyak. Isi kandungan jer x jadi2..Well, belum rezeki lagi kan…[bukan nak salahkan rezeki]. Anyway, hari seterusnya, aku senggugut dengan amat siksa sekali. Terpikir gak…ada penyakit ke aku ni. Mana la tau…kita ni manusia biasa, lemah. Anyway, cabaran mental dan fizikal ni, dalam sakit2 perut tu, aku harung jugak ke klinik dan balik seremban. Puas la berjoget dalam keta tu, menahan senak dan pening dan rasa nak muntah. Macam yang biasa aku fikir bila kena senggugut ni, “macam ni ke sakit nak bersalin? Ni baru satu persepuluh je kot..Ya Rabbi, ampunkanlah dosa-dosa aku”. [bila sakit baru nak ingat dosa pahala]. Setel satu hal lagi.

Bawak ke hari Jumaat, keta dah terhencot-hencot. Boleh dia kejap-kejap mati. Rasa macam bawak manual pulak hari tu. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan balik, hiway jammed plak..dah, kejap-kejap kena start keta. Tengah2 belok simpang, enjin mati. Gilo! Stereng pun jammed wooo..Tutup air-cond, ok sket. Pastu, hujan pulak. Masuk tol seremban, aku dah kuyup separuh badan. Mana taknya, kalau tutup tingkap, kelabu asap cermin keta. Sampai kat tol, mati. Nak jalan lepas bayar tol, mati. Kat lampu trafik, mati. Sumpah-seranah orang belakang aku tak tau dah berapa bakul. Hon takyah cerita la. Nak berenti, lagi takut, sebab hujan lebat, pastu kang aku lak lemas dalam keta tu. Basah pun, basah lah. Nasib baik skill bawak keta manual leh pakai lagi. So, imagine la, bawak keta auto tapi, skill manual. Bukan calang-calang oooo…sampai kat bengkel, nasib baik la cina tu tunggu. Rupanya, throttle body dia problem. Sekejap je pun nak baiki dia. Cina tu pulas tak sampai seminit pun. Tapi, dia punya azab, dari putrajaya sampai ke seremban aku harung.

So, Isnin ke Jumaat, aku dapat rasa terkejut, syukur, terkujat, lega, kuyup, bersyukur dan begitulah seterusnya…kesimpulannya, sabar separuh dari iman..

Wednesday, December 22, 2010

Kalau dah rezki tu..

Syukur...segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam..

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada mereka (individu2) yang terlibat dalam memastikan gajiku dan mungkin ramai lagi yang senasib denganku, masuk ke dalam akaun CIMB pada petang 20hb yang lalu. Memang kalau dah rezeki, akan sampai juga ke kita.

Ada sorang klik saya, kenaikan gaji yang sepatutnya diterima sejak 2008, sampai sekarang masih belum terima. Gaji dia masih statik. Dan ada juga tiba-tiba, tak terima gaji selama 5 bulan. Alasan? Dia baru pindah. Macam-macam cara dugaan datang ya. Saya ni, baru delay gaji beberapa jam dah libang-libu..hehehe..Actually, pada hari berkenaan tak berapa pikir sangat tentang gaji tu. Sebabnya, dok sibuk pikir pasal rezki yang satu 'tu'. 

Dan, kesimpulannya, saya telah terbukti BELOM pregnen lagi. Confirm dah period..hahahaha..buek comeh yooo...CWK...nasib baik x test lagi...ahaksss...

Ralat juga sebenarnya. Memang saya x guna apa2 kaedah control pregnancy nih. Control cun ada la... Tapi, as I've said before, belum rezki kan..Allah lebih mengetahui apa yang sesuai untuk kita. Anyway, saya dan suami masih meneruskan 'usaha'. Tidak syak lagi...[apsal rasa macam entry PG or 18SX nih?].

Mudah-mudahan, berkat doa rakan-rakan dan keluarga, akan ada rezeki kami untuk sambung keturunan kami. InsyaAllah.

Monday, December 20, 2010

Preggie or NO?

Bila dah tak ada rezki tu, macam-macam cara buleh jadi.
Heh...Intro yang mendebarkan...

Jeng...jeng..jeng..
Sebelum ke persoalan yang lebih hangat, sudilah kiranya sama-sama menyelami perasaan insan yang sepatutnya dah dapat gaji, tetapi hingga sekarang, gaji takdak lagi...uuuuwaaaaa!!! Tak taula...untuk memperolehi pahala dalam keadaan serba kekurangan ni, saya rasa bukan salah sesiapa..saya yang salah..kerana meletakkan gaji dalam CIMB..hohhoho..Juga, kemungkinan yang membolehkan pahala kesabaran ini berkurangan ialah, adalah malaun mana-mana yang buat gaji aku dan ramai lagi yang gajinya masuk kat CIMB, tak dapat gaji seperti yang dijadualkan, which is HARI INI (tanggal 20 Disember 2010). Atau, mungkin juga ianya hanya berlaku dalam kalangan warga bahagian aku sahaja? Maka, buleh la I nak salahkan malaun tertentu..CIMB sucks!!!

Hisyy...tak baik...tak baik...Tak payah nak salah sesapa..Ok..kembali ke keadaan tanpa sebak, muka tulus dan mulus menerima suratan Ilahi. Mudah-mudahan, petang ni, or pagi esok, gaji dah masuk...Err..at least, gaji aku lum habis lagi..And, untuk menambah rempah, nanti orang lain gaji dah habis, aku nyer lum habis lagi...hakhakhak...gila busuk hati..Pastu, bila orang nak pinjam duit, mula la, kedekut taknak bagi...Astaghfirullah.. Belum tentu lagi dapat petang ni atau esok hari. Buatnya, dapat sekali dengan gaji bulan depan, tak ke lagi haru? Macamana nak survive bulan ni?

Rezeki kedua yang nak dibicarakan lebih berkaitan dengan tajuk di atas. hehehe...Nak ikutkan, dari Hari Jumaat dah rasa tak pregnant pun. Sebab, ada stained. Well, kecewa gak sebab mmg expect nak pregnen. 3 hari berterusan dengan hanya stained. Pastu, dari semalam dah takde stain lagik. Well, nak buat test, rasa tak berbaloi..Malas nak membazirkan duit..err..boleh tak?

Nak ikutkan selera makan, memang macam tak berenti skang ni. Asalkan mulut berenti kunyah jer, rasa macam mulut tu penat. Bila kunyah jer, rasa bertenaga..hahahaha..10 minit lepas makan, dah rasa lapar balik. Naik antu ke aku ni kan. Tapi, bila di fikir2 balik, selera macam sama jer macam masa duk kat Melaka dulu kan...so, takyah la nak perasan-perasan yang awak tu preggie..hohoho...Segala ilmu teori berkaitan perkembangan manusia (Biologi) memang takleh dah aku nak relate dengan masalah aku ni. Yang paling boleh kait ialah, yang boleh aku simpulkan ialah...memang aku ni ada masalah pemakanan dan metabolisme badan. Sebab tu, diet macamana pun berat badan tak kurang-kurang...Hadoilaaaa...Kesimpulannya..nak  buat test ke idak niiii?????

Monday, December 6, 2010

Penilaian Tahunan

Hmm...it's now time for evaluation..
I'll be evaluated..And I'll be evaluating person.
Where do I stand?
Adil? No Hard Feeling?Personal?

Bukan apa..bila menilai orang ni, ada bebarapa sudut yang perlu diberi perhatian. Lebih berhati-hati.. Kita menilai dari sudut individu? Baik ke, orang tu dengan kita? Adakah dia melawan? Adakah dia ada masalah peribadi?

Sepatutnya, kita menilai dari sudut profesional sahajakah? Sejauh mana kerjanya dilakukan dengan cekap dan berkesan? Melakukan kerja dengan betul? Mampu menyampaikan idea tapi kerja buat tunggang langgang?

Well...this is my first time evaluating my co-worker, clerk or maybe I could call colleague. So, I hope that I could be natural. Despite him being ignorant and hard-headed, I hope I could justify his work clearly, without any grudge clouding my judgement. 


Friday, December 3, 2010

Jauh Pemandangan Scotland...

Kali ni nak show off sikit gambar2 amatur yang diambil menggunakan hp SE saya...
Tapi, gamba yg ada pun, bermula dari Glasgow. Gambar utk Perjalanan yg bermula dari KL tak payah la kan...Stansted, perlu ihsan CWK.

 Kat sini, kita panggil limau. Kat sana, diorang panggil 'Clementine'..
"My sweet Clementine"


Gambar ni diambil waktu pagi...
Rumput2 kebanyakannya dh frosted..keras jer biler pijak

Ini tempat yg sama..
Masa ni dah terasa ada benda x kena...kepala dah fening2..
Tapi, disebabkan pemandangan yang cantik, sejuk mencengkam tulang sum-sum,
dan gunung yang puncaknya dilitupi salji (atau frost, saya tak tau), semua kemudaratan itu hilang begitu sahaja.
Istana Ellen Donen. Free. Tak payah bayar...
Very windy, actually, tempat ni masa ni air tengah surut. Kalau pasang, sebenarnya, dah buleh dikira laut ni.
Yang keperang-perangan itu adalah rumpai laut, alga perang tu..
Dah la sejuk, berangin pulak ...Tapi, for me, this was the best stop. Banyak gambar amik kat sini.
This is d most precious photo taken (by me)...Salji dah mula meliputi gunung2..
Sejuk tak hengattt...Oh ya...malam tu kitorg overnite kat Scotland Youth Hostel..
Gunung ni betul2 depan hostel tu. Selain kitorg, ada ramai pendaki duk kat situ dan pagi2 ni, angin kuat dan hujan. All those hikers were waiting inside. But, we ventured anyway for the sake of beauty...
Cantikkk....Berbaloi la, freezing kat luar tu..
Tengok bukit ni, rasa macam semangat. Perasan macam kalau daki bukit ni, sekejap jer sampai...kan?
 Sungai mengalir..menambah kepada kesejukan yang entah berapa Celcius tu.
Teringin nak nengok air sungai beku...hehehe...

Macam dalam lukisan...Antara pemandangan yang dilukis untuk cenderahati pelawat.
This place was at the foot of a ski range..
Unfortunately, it was raining and I was a bit dizzy and nauseated. So, I just enjoyed d view from inside of the car. The rest...they ventured out to take photos.
Dalam teksi di Glasgow. 'No drinks and food allowed'.
This taxi took me and CWK to Glasgow's Travelodge.
Cost us 5 pounds.
Perjalanan pulang dari Glasgow ke Leeds.
dari pemerhatian saya, kambing2 di sana sangat khusyuk dengan kerja mereka.
Tak kira hujan, ribut, mendung, sejuk...Mereka tetap meragut.
kalau kambing kat Malaysia, dah kelam kabut, lari dan mengembekkk...dah..
Diorang???rilek...

Ok...sampai di sini dulu...the next visit will be Ireland...babaiii