Wah..wah..tajuk macam ramai nau orang baca belog awak...hahahahaha
Tak kisahlah. Kenapa tah, lama tak membelog. Nape? Bosan? Banyak benda nak buat? Mungkin semua di atas, atau tiada satu pun jawapan di atas. So, untuk come back post ni, sikit je lah ye...ai nak solat dulu.. (Macam ada orang baca ye tak)...huhuhuhu...
Wednesday, April 9, 2014
Thursday, May 10, 2012
Samsung Tablet..
Labels:
Handphone
Issyyy..dah bersawang blog nih..hehehe...Apasal tah...lama dah x berbelog...Ni nak citer pasal Samsung tablet..Apa yang bestnya Tablet ni? Apa yg x bestnya? I'll try to compare dgn hp yg I pernah ada jer..hehehe..x banyak pun..
Sebelum tergedik2 nak beli Samsung Tablet ni, I ada baca review sana, review sini. Masa tu tengah pakai HTC Cha Cha..
Well..so far, Cha Cha can be my favorite except for its battery life. It sucks. It needed to be charged a few times a day even though I did not use wifi or internet connection. What I like most about Cha Cha is the keypad. Unlike Blackberry or Blueberry or other phone in it's league, the keypad is awesome and easy to press. It is also a touch screen and easy to connect to a laptop and have a universal charger that could be shared with a few of Nokia models (recent models). But, as a person that spend most of the time traveling, battery life is the essential part to consider for a mobile phone. So, I have to put down Cha Cha and look for another mobile phone with longer battery life and have more useful function to beat the best part of Cha Cha. Cha Cha produce good pics too (but not as good as iphone)..hehehe.
While searching, I stumbled upon Galaxy Notes and Tablet (7.0 & 10). Galaxy Notes is sooooo tempting..But its price...?? I would not afford it even if I could..hehehe..And Tablet 10 is not impressive enough..As I considered I already have a laptop, why should I bring along (another) something big in my bag? No..then, I would have to change my handbag..hahaha..what a convenience..
Then, a few friend suggested that I take a smaller tablet. So, when I review Tablet 7.0, it is still in the high price list..It's better if I take Galaxy Notes. It is smarter and can make call as well. But then, I came across Tablet 7.7 that yet to be launched. This one has a few application than stand above Notes and Tablet 7.0:
- It has words, excel and power point application that I could read and write using that apps.
- It is a phone.
So, the first beats Notes, and the second beats tablet 7.0. But I did not buy it though because it is launched with the price over than 2k..I keep it on hold, waiting for the price to go down.
Unfortunately, my lappie went down first. It suddenly does not work anymore. Sob...sob..And, having a lappie is important during study. Especially when I needed to read and write and edit document. So, I took Tablet 7.7, and let go of my Cha Cha, putting aside the price thing.
Well, so far, it is way much better than Cha Cha. The size is considered ok..it is not too big (like ipad) to be carried around and it is slim. So, it fits nicely in my handbag. It comes with soooooo many apps (Samsung provide) that are not necessary (for me) and could not be removed or uninstalled..*sigh..The pics display is goooooodd..(LED maaa). But the quality is yet to be compared (maybe with iphone *again)..hahaha
Another issue I have with my Tablet is...the headphone Samsung provided is not convenient to receive or make phone calls. I'd still need to turn on speaker which is a nuisance especially when we are having a private calls (which is most of the time). Maybe its the headphone or maybe its the tablet itself. I need to ask Samsung about this matter. So, if this problem is not settled, then I need to find another phone and maintain this Tablet as a tools for internet usage only..hmmm...One way to solve the problem with calls is find a bluetooth which is wayyyy less expensive than finding a phone..betoi tak?
Hehehe...malas la nak banyak2 sangat gadget dlm beg..Skang ni dah tak payah dah nak bawak lappie ke hulu ke hilir sebab nak menaip bila dtg ilham kan *gaya2 ala penulis gittew*..Kalau sampai kt lab, boleh buka fail dan edit kalau perlu..Anyway, Polaris Office dalam Tablet ni, xde la perfect sangat macam words dalam PC kan..tapi, untuk tulis, baca dan edit sikit2 ok jer..Nak baca pdf file pun boleh. So, boleh simpan jurnal dalam Tablet ni..Dah x takut kena tinggal laptop dalam keta, keta kena pecah kan..Walaupun sesekali mmg kena bawak laptop (laptop pinjam), tapi, kalau setakat jejalan n tetiba rasa nak baca jurnal or menulis literatur yang jarang sekali berlaku, sambil lepak2 kat McD Tablet adalah sangat membantu..hehehehe..Cuma...I segan la nak amik gambar pakai Tablet..besau benau dan tangan asyik goyang jer..gambar pun blurr..Mulalah verangan nak beli DSLR kan...hohohoho
Monday, March 5, 2012
Apa ada di Padang?
Labels:
Going places
Well..mula-mula rasa seronok sebab dapat jenjalan dengan reduced price..sebabnya, dah bahagi2 kos dengan ayahanda..hehehehehe...kejikah aku sebagai seorang anak? Tambahan pulak, kat sana dah ada orang nak sponsor penginapan...maka, haruslah kepang kepang kan...
Then, bila mencari itinerary nak pergi mana kat Padang...semua adalah tempat bersejarah..Which I classified as...boring...Well, considered I as shopping freak...ahahahahaha...Window shoppers jer..
But then..penyesalan pertama adalah: Kenapa la pegi lama sangat? Tiket aku yg beli ooooiiii...nape la ko tak balik awal lagi..5 hari 4 malam...apa ko nak buat kt sana tu? Pegi bandung yang banyak tempat leh shopping pun, aku pegi tak selama itu...T_T
Well...look at d bright side..Tak banyak duit aku habih nanti...Lagipun, aku temankan mak ayah aku pergi..Lagipun, separuh tiket ayah aku tanggung kan...hehehehehe...Maka, gembira mak dan ayah, haruslah aku gembira..Dan harap aku, si suami terchenta ini, tak sangkut kat imigresen..termasuk aku skali!!!! Sebabnya, passport dah nak mati bulan 7 ni..errrkkk...sempat x nak renew?
Thursday, January 26, 2012
Bank Islam...
Labels:
Bank
Bank Islam ada satu servis yang bagus, yang aku rasa tak dibuat oleh mana2 bank.. Opppss..mungkin ada, tapi ai tak tau..eheheheh...
Servis yang dimaksudkan adalah TAP servis. Servis ni membolehkan kita dapat makluman bila2 ada transaksi di akaun kita dan servis ini tak menggunakan kemudahan internet.
So, disebabkan tak mahu ketinggalan dan rasa sangat berguna servis itu, [terutamanya utk maklumkan kepada daku apabila gaji sudah masuk] maka saya pun tergedik2 la nak daftar TAP. Baru ni je pun sexcited, sebab baru ada akaun Bank Islam yang gerenti aktif setiap bulan..hahahaha..especially, masa withdraw money kt ATM, ada maklumat ttn pendaftaran TAP: "Go to the nearest branch"..
Kebetulan, aku ada di Segamat, dan kebetulan lalu dan tak payah parking kereta [sebab ayah aku yg bawak keta], so, aku pun tergedik2 sekali lagi nk daftar TAP. So, kaedah nya adalah seperti berikut:
- Lapor diri dulu dengan JAGA bank kat kaunter depan.
- JAGA bank akan bagi borang. SO, isi borang tersebut.
- Then, ambik nombor and wait..
- Ok..nombor dipanggil..so, bawak la badan tu ke kaunter, serahkan borang dan kad pengenalan [walaupun diorang belum minta Mykad tu].
- Pegawai kt kaunter akan terus..: "Mintak telefon!"
- "Ha? M.I.N.T.A.K telefon?" *sambil akur mengeluarkan telefon*.
- "Ya, bagi telefon puan.."sambil mengambil telefon anda dan pandai2 membelek telefon macam dia dah biasa sangat dengan telefon ittew. Sedangkan, aku yakin dia belum lagi reti nk unlock keypad hp aku...MUAHAHAHAHA...
- "Tekan yg atas tu encik", beri arahan apabila melihat pegawai masih lagi terkial2.
- "Boleh ke?" Tanya dengan penuh prihatin *bukan nak sombong*.
- Berikan pegawai tersebut masa untuk mengeset *buat apa2 yg patut* sambil rakan2 nya menjengah hp anda. [Pastikan tiada gambar telampau kt wallpaper hp anda].
- Selepas beberapa minit, pegawai masih lagi mencari 'Sim Tool Kit' dan telah membuat beberapa pengubahsuaian kepada paparan/susunan icon hp anda, sambil merungut menunjukkan dia tak dapat cari apa yang hendak dicari.
- Pegawai tersebut akan minta anda keluarkan simkad anda dari telefon tersebut [mungkin nk pindahkan ke hp yang boleh].
- Kemudian, rakannya akan maklumkan kepada pegawai tersebut "HTC tak boleh woi. HTC memang tak boleh"
- Apabila hp pertama tidak boleh, beri option nombor yang lain, yang menggunakan hp lain yg lebih dikenali [seperti NOKIA].
- Sekali lagi, pegawai tersebut akan tercari2 setting yang diperlukan mungkin kerana hp yang sangat tidak biasa digunakan..
- Dan sekali lagi, pegawai minta anda keluarkan simkad apabila setting tak dapat dibuat di hp anda.
- Penukaran nombor perlu juga dibuat di dalam borang.
- Sambil anda mengeluarkan simkad, pegawai akan masukkan nama dalam sistem dan....
"Haah. Kenapa".
"Kalau macam tu, nak kena verify tandatangan puan. Lambat sikit la. Dalam 40 minit".
"La..macam tu pulak"
"Ya, puan. Nak kena org di Putrajaya verify tandatangan puan, baru boleh proceed".
Mykad ko yang beria-ia ko jaga selama kini tu, takde dipandangnya. Apa yang aku pelikkan, takkan la, option untuk pengesahan hanya guna tandatangan? Apalah salahnya ko gunakan option yang lebih relevan iaitu cap jari? Ada sepuluh jari kat tangan aku ni. Kalau semua dah, habis, boleh la ko guna tandatangan pulak kan...ehhh...kalau dah habis semua jari, macamana pulak aku nak tandatangan? Sampai sudah la, aku takleh nak verify? Cuba jawab BAnk Islam Oiiiii...Geram aku nyahhh...
Dalam keta, aku tengok, susunan icon aku kt wallpaper mmg berubah..pandai2 betul. Kalau tak tau, tanya la. Sombong pulak tu kan..pastu, jakun benor tgk hp aku. Tau la, hp aku x glamer, bukan blackberry, bukan Iphone...huhuhuhuhuhuhu...
Sunday, December 18, 2011
Suka vs Tidak suka OMBAK RINDU
Labels:
Movies
Trending now is Ombak Rindu..The latest collection that I heard (which was 2 days ago) was 9mills..
Apa yang syoknya tengok Ombak Rindu? Apa pulak yang tak bestnya tengok Ombak Rindu? Mahu yang mana satu dulu ni? Yang best ke, yang tak best?
Well..yang tak best dulu lah..Ada yang simply tulis pada wall fb: "Aku dah tgk Ombak Rindu. Tak best pun citer ni. Tengok Mission Impossible lagi bagus"...I don't blame them. Compared with a different genre? That's not fair..Terang-terang la menunjukkan yang anda bukan drama material. You opt for thriller, action and everything that explode, moving fast and suspense.
Tapi, ada juga yang compare Lagenda Budak Setan lagi best...So, that's more fair..For me, Kalau compare dgn Twilight yang buatan orang putih tu, aku rasa mata aku cerah lagi tgk citer ni. Tgk Twilight, nak nguap pun aku tak sempat..terus terlelap jer...
So, for me....Yang tak bestnya Ombak Rindu ni:
- Filemnya pendek berbanding novel. Banyak perangai Izzah dan haris yg tak dapat ditunjukkan. But, who to blame? Nak citer semua? Berapa lama nak melangut dlm panggung tu?
- Technically, filem ni kualitinya kurennggg...sket. Ada beberapa scene yang tiba2 jer faded macam tengah nak imbas sesuatu or, Izzah tengah berangan tentang benda lain masa Datuk Sufiah bercakap. Siapa aku, nak cakap pasal technical dalam filem kan? Yang pasti, mengganggu okey..Tapi, bagus jugak sebab tak perlu nampak muka pelakon yang memainkan watak Datuk Sufiah (yg aku mmg x berapa nk gemar). So, kalau filem ni tak dpt anugerah filem terbaik aku tak heran la..
- Watak Datuk Sufiah yang dibawa over..Tak seperti yang aku bayangkan masa baca novel ni. Bagi aku, Datuk Sufiah tu tak manja mengada-ngada dengan anak dia si haris tu
saja-saja amik kesempatan nak peluk si Haris. Dia lebih kepada dingin dan tegas walaupun memang dia sayangkan si haris..(mungkin jugak aku yg terover bayang ek). Hahaha.. - Adegan yang terlalu intim..hehehehe..mmg la mak suka tgk keromantisan Haris dan Izzah nyah..Tapi, kalau nak klasifikasi citer ni kepada UMUM, rasanya ada adegan romantik yang tak perlu diperincikan. Yes! Ada macam-macam teknik boleh buat utk orang assume yang adegan itu adalah intim antara dua pasangan..so, bab meraba-raba dan mencium2 atas katil itu, Tuan Pengarah boleh lebih kreatif sikit ye...untuk tontonan anak-anak. Sebab ada jugak rakan-rakan wanita di luar sana nak bawa anak-anak kecil menonton citer ini...sama ada terpaksa atau rela, I tak tau.
- Part Haris ugut mak dia bila dia dapat tahu yang mak dia tahu pasal Izzah tak ada. That part penting sebab menunjukkan yang Haris ni keras kepala dan tegas juga.
- Kening Izzah yang nampak sangat dicukur2. Rasanya tak berapa sesuai dengan watak Izzah yang cuba digambarkan dalam filem ni. Kalau buku, Izzah tak pakai tudung. Tapi, bila dalam filem ni, kening dia jadi buruk. Aku rasa kening Maya Karin pernah lebih lawa dan kemas dari itu.
- Sebab pelakon dia adalah Aaron Aziz dan Maya Karin. Sorryla Fauziah Ashari...kalau filem ni bukan dibuat pada zaman ini, aku tak taula berapa kutipan dia. Dan, aku tak boleh nak bayangkan orang lain selain abg eron melakonkan watak Hariz. Ok..cuba bayangkan kalau Ombak Rindu dibikin dalam tempoh...
- 10 tahun dulu: Hero mungkin Rosyam Nor? Norman Hakim? Hairi Othman?errkkk...mcm x boleh blah jer..Eizlan Yusof? boleh tahan sikit laaa..Heroin pulak? Kalau dah abg Rosyam, heroin tak lari la dari Eja?(itu kalau drama kot), Rita Rudaini? (kalau drama jugak), Nasha? (most probably)...Diorang tu buat adegan romantik? errkkk...no comment...Kalau Nasha, takde dah rupa org kampung. nehi..nehi..
- Cuba kalau masa zaman filem azura...ahahahaha...sapa pulak ek? Masa tu yg top Azmil Mustafa, ebby saiful, Salleh Yaakob n Jamal Abdillah. Heroinnya pulak, Ogy, Liza Abdullah (mak Mertua Dhia) Suhana Yahya...hehehehe...Tapi, masa tu, cerita Ombak Rindu lom keluar lagi..just nak ajak berangan jer...hissyyy...
- Watak Izzah yang pemaaf. Dari segi ekspresi muka, Maya Karin mmg best bawak watak ni. Macam Izzah ni penyabar sangat. Tapi, tak mustahil juga akan ada yang kata Izzah ni bodoh, menyerah sangat. So, terpulang pada cita rasa masing-masing. Dah dapat kawin dgn org macam Haris, nak lari watpe..ahahahaha...mterialistik, ok.
- Abang Eron kenyit mata..hissyyy...rasa macam aku pulak yang kena ngorat ok...cair mak...
- Filem ni tak meleret2 (in comparison with Twilight). So far, bahagian naratif pun tak panjang sangat. Dari satu scene ke satu scene tak meleweh2.
- Lagu dia pun best..
Ada jugak yang kata filem ni didokong oleh tragedi murahan..???? Aku pening nak pikir, apa maksud tragedi murahan? Ada ke tragedi yang mahal eh? Tak sangka pulak aku penulis dalam akhbar boleh ada pandangan mcm gitu. Nak buat macamana, pandangan masing-masing kan...
So, walaupun filem ni tak sepenuhnya menceritakan perjalanan sebenar Ombak Rindu (novel), sebagai filem berunsurkan drama, bagi aku cerita ni memang boleh mengundang ketawa, menangis dan marah. Dan tak boleh nak tolak faktor terpenting adalah abg eron (bias ok). So, disebabkan oleh Abg Eron, aku telah bias cerita ini. Mungkin pandangan aku akan berbeza kalau org lain yang melakonkan watak Haris, mungkin juga tidak. Contohnya, Aku tak boleh nak habis tengok Lagenda Budak Setan (LBS movie) kerana heronya adalah Farid Kamil, sedangkan, aku follow novel ni sampai ke sequel Katrina.
Dengar cerita, kononnya Ombak Rindu nak dibuat drama. Harap2 pelakonnya tak membuatkan aku turn off nak tengok cerita ni. Lagi sekali, contohnya LBS. Pelakon perempuan dalam drama LBS membuatkan aku tak terasa langsung nak tunggu drama ni..Novel Ombak Rindu pun ada sequel dia, mungkin ke filem ni nak dibuat sequel gak? Rasanya, lebih baik dibuat dalam drama jer..tak gitu? Tapi, kalau cerita Fauziah Ashari yang baru tu...yg Bisik-bisik ....tu. Rasanya tak payahla buat filem or even drama. macam merepek jer cerita tu..
Oklah..ciow dulu. Kalau suka, baca. Kalau tak suka, tutup jer page ni, ok? No one force u to read this. Babai...
Saturday, December 17, 2011
My most favorite from "Thepoplook.com"
Labels:
shopping
Cik Wan Kembang introduced thepoplook.com to me..
And I love most of the dresses and tops, especially its blouses..But the one that really caught my eyes are these:...well, at least to suite my size and style...hehehe
Tara Blouse
![]() |
| http://thepoplook.com |
...and matched with this skirts
![]() |
| http://thepoplook.com |
So, Why don't yall take a look at Thepoplook.com and have your own favorite too?
Friday, October 21, 2011
New Toy In The Kitchen
Labels:
Tupperware
I've just got this...
Its a chopper...for onion, garlic, chillies...(not for flying),
without cuttingboard, no knife and...
No thumping!
No tears..
No hassle..
Dan hasilnya?
jeng..jeng..jeng...
Yes...sangat ringan dan mudah digunakan.
Tak pedihkan mata!!!
hehehehe
Friday, October 14, 2011
Cantiikkah?
Labels:
Hand Bags
My new Sunshine....
Sangat berbahagia rasanya bila telah memperoleh beg ini...
My new Hobby
Sebenarnya, hobi dan minat ni macam dah tertanam dalam diri ini. Tetapi, tau sendiri tak ada bakat..Cuma, keyakinan tu meningkat sejak akhir-akhir ni especially masa sibuk uruskan gubahan hantaran adik haritu..
Paling best, bila masuk kedai bunga kat Nilai...kepala terus BLANK!!! idea semua hilang...Yang aku nampak, bunga-bungaan yang cantik..kalau letak atas meja...mesti cantik...kalau letak kat sudut ni, sudut tu...buat macam ni...gabung dengan bunga ni...bla...bla...bla...pastu mula la hilang arah tujuan sebenar aku masuk kedai tu..which was...gubahan pertunangan adik aku...Ok...sempat juga mencapai beberapa tangkai bunga dan pasu...kononnya utk gubah sendiri..ehehehehehehehe..
So, hasilnya...baru petang tadi siap...
Sila jangan ketawa ok...aku rasa oklaa...utk first timer...
OoooOoooOoooo...
Inila dia...boleh improve lagi...ok kan? ok kan?
Monday, October 10, 2011
Suasana Baru, Jadual Baru
Labels:
Suke-suke
The nervousness has subsided. Anticipation takes place. This time I have a new determination. Warn me, I did. For I hope that this determination won't just linger. So that I have every minute set on achieving. Errrr...the question should be.. What do I want to achieve? Temptation, divergent...which way to step?
Monday, September 5, 2011
Hari-hari terakhir di pejabat
Labels:
Memories...
Hmm...3 tahun je di sini. Next journey would be much more complicated. Seronok bercampur dengan sedih? Mmm..naaah..not that sad. Relief maybe. But I'll miss those I've worked with..they've been real superb..Thanx a lot.
Inila dia...katak nak memulakan sabuah perjalanan baru..Nak keluar dari tempurung keselesaan ini. Nak tambah lagi ilmu dan pengalaman. Katak harap dapat pengalaman dan ilmu penting untuk peningkatan kerja katak pada masa akan datang. Katak berharap tidak jadi katak lagi. Atau sekurang-kurangnya, katak dapat bisa baru. So, nanti ular yang nak makan katak, katak boleh gigit atau ular tu sendiri mati bila makan katak. Dapat la katak menghalang dia dari makan spesis katak yang lain. Katak keluar ni pun, sebab ada orang tolong. Tolong katak agar katak dapat belajar di luar dari tempurung ni. Kalau orang tak tolong, entah bila katak dapat keluar. Nak harapkan belajar dari dalam tempurung ni, entah boleh entah tidak. So, katak berjanji akan buat bersungguh-sungguh agar bantuan yang diberi tidak sia-sia.
![]() |
| Tempat keje katak.. |
![]() |
| Pejabat ... masa ni semua orang dah keluar, ada jamuan perpisahan..khas untuk katak.. |
![]() |
| Punch kad terakhir...next 2 years, punch balik...hehehe |
Friday, August 19, 2011
Kisah Dongeng
Labels:
Suke-suke
Kusedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka, yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berkias, hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang suci
Mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sendu, dalam waktu hiba
Kuharapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Saat bagiku memerlukan hati ikhlas seorang teman
Tulus ikhlas mencurah kasih sepenuh hati
Jika dibanding mereka, yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berkias, hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang suci
Mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sendu, dalam waktu hiba
Kuharapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Saat bagiku memerlukan hati ikhlas seorang teman
Tulus ikhlas mencurah kasih sepenuh hati
Tuesday, August 9, 2011
KL-Bandung (part 2)
Labels:
Going places
Bandung...Seronok la, tgk tempat orang..Tapi, compared to Malaysia, aku masih rasa sangat bertuah menjadi penduduk Malaysia. Walaupun korupsi oleh kebanyakan sektor, government dan individu kaya mentedarah rasuah masih berleluasa...menipu dan menganiaya...eheheh...ini dah jadi isu lain pulak ni...
So, back to cerita Bandung...
Alhamdulillah, hari kedua bermula dengan tenang dan cerah. Tiada tanda2 hujan. Dan perjanjiannya, kitorang akan ke Pasar Besar. Tapi, sebelum tu, isi perut dulu...Aku boleh makan jer lauk pauk stail Padang ni...dilambaknya atas meja. Kena cuit sikit, harusssla bayar kan..so, sama ada tanya, sapa nak amik lauk ni, or tunggu kot2 ada orang nak amik lauk yg sama, baru la berbaloi nak makan... Air dia? Takyah la try...wajib beli air mineral, minum air mineral jer...takyah ngengada nak order. Sapa perut kebal, boleh la try...
Pengalaman naik keta kat sini rasanya, memang takkan jumpa kat Malaysia. Kecuali kat tempat yang ada jual nombor tikam. Contoh? Masjid Tanah jer...takyah jauh2. Yang menarik berbanding kat Malaysia, kat sekitar bandar ni, ada artis2 jalanan. Sementara menunggu traffic light, kita bisa dihiburkan nyanyian. Ada gak yang sedap suaranya..Ayu siap cakap..."Apsal tak masuk AF jer" hehehehe...Bak kata CWK, "terasa macam dalam video clip pulak [ada orang nyanyi kat tingkap kereta]"...hehehehe...siap gitar [ok lagi] siap deram tu yang tak tahan...menceriakan suasana...Tapi, walaupun sedap, nama nak turunkan tingkap hulur duit, mmg kitorg tak berani...huhuhu...Second time, ada cowok yg nyanyi, pastu, bila kitorg buat tak tau jer, dijeritnya..."Dasar monyet!!!"...Cisss....Bedebah!!!!
Masuk hari ketiga, CWK dah ulang Pasar Besar kali yang keberapa ntah. Aku dgn Ayu dok sibuk mengukur Jalan Dago, cari factory outlet. Maklumla...hajat di hati nak cari pakaian dan t-shirt untuk suku sakat di Malaysia...Namun, aku kesakitan perut dan hilang mood nak memilih...banyak jenama Burberry, CK, Hugo, Bebe,Polo, Lacoste dan beberapa lagi yg aku dah tak ingat dah..but, I mind U...kat sana saiz reduced 1 size. Andai kita pakai saiz L kat sini, sana kena cari XL baru ngam. Kalau tak, sama ada fit sexy atau muat2... Paling best bila pegi Pasar Baru...and regretfully, aku terlupa nak amik gambar tempat tu. Berbaloi betul beli telekung kt sana sebab banyak pilihan. Kalau berhajat nak cari Lace Solstiss, French Lace, Japanese Cotton, dan lain2 lagi yang Jakel jual mahal kt cni, pegi la beli kat sana [jangan lupa kos kapal terbang, ok]. Patutla Memey n Norman Hakim beli persiapan kawen kat sana [koff...koff...itu jer ker, standard artis glamer tu?], sama jer standar dgn aku ghopenyer...
![]() |
| Hari keempat, mode sakit perot + dah mula sakit kepala |
Hari ni, kitorang mmg berhajat tak nak shopping (jenjalan) jauh2 sangat...nak rest kononnya. Yang pasti, wajib pegi Kampung Daun, which is an infamous place for refreshment or dining. So, sampai sana dah gelap. Aku pulak dah poning kepalo tak hengat...makanan dah duk kat pangkal tembolok jer...yewwww...still can feel the throbbing...sejuk Kampung Daun ni, sebab dia duk atas bukit, macam Cameron Highlands.Tapi, aku dah tak terasa dah...sebab berpeluh2 menahan sakit kepala dan muntah berahaak kat sana. segala isi perut keluar....
![]() | |||||
| Tgk tu, mode tak ikhlas AYU dan CWK..sebab aku rasa lauk tu mcm tak sedap sangat....hehehehe |
Ayu dengan CWK try Nasi Luwet...sedap tak? kenala tanya diorang...aku tengah suffer masa tu...Konon, nak makan sup, mintakla Bakso Tahu...yang datang, rupa dan rasa macam wonton...sebiji rasa macam maggie punya...aduiiii....Malam ni, kitorang dah tidur sebilik berempat...sebab esok pagi2 nak bertolak ke airport...flight jam 6...
Tamatla kisah Bandung..walaupun ada story yang tak dapat aku nak sampaikan, sebab tak der gambar...tak syok la kan...nak story, kena ada gambar, baru feel...so, sapa yg nak pegi Bandung, harap story ni leh bantu korang. kalau tak banyak pun, sikit. Yang penting, bawak la bekalan Maggie ke, biskot ke, yang penting ada air mineral, check in dalam flight, sebab tak leh bawak air dalam hand luggage...bengong!!!
Saturday, August 6, 2011
Tuning Mode vs Bisnes Mode
Labels:
oh...Tidak
Haii....(keluhan)
Mode adalah sangat mengancam prestasi hidup.
Dalam kepala, ada a few things yang nak dibeli untuk kemandirian bisnes kecil-kecilan ai...hehehehe
Manakala minda penuh sedar pula sedang buat tuning untuk persediaan belajar. Tapikan, mode untuk shopping juga sedang memunculkan diri (x sedar diri namanya tuh)...ahahahahaha
Mode adalah sangat mengancam prestasi hidup.
Dalam kepala, ada a few things yang nak dibeli untuk kemandirian bisnes kecil-kecilan ai...hehehehe
Manakala minda penuh sedar pula sedang buat tuning untuk persediaan belajar. Tapikan, mode untuk shopping juga sedang memunculkan diri (x sedar diri namanya tuh)...ahahahahaha
Well, saya bukan nak bisnes besar-besaran dan bukan ada produk specific pong...tapi, what I have in mind, terasa sangat nak buka kedai Nando's di Seremban...oppocot...melampau sangat ke? Hehehe...macam tak relevan dengan kenyataan "bukan ada produk spec" di atas tu...iye idak?
Itu adalah kerana nafsu makan terhadap Nando's yang tidak dapat dijumpai di Negeri 9 ini. Ai sangat frust ok...Ehh...mcm dah lari dari dua mode yang dinyatakan dalam tajuk di atas...
Persiapan untuk belajar telah membuka mode untuk shopping gitew...so, siapa yang harus dipersalahkan? Panggilan belajar? Atau, musim sale yang sedang bermaharajalela ini? Itulah kesan daripada persiapan untuk belajar. Selain menyediakan mentaliti untuk belajar, dapat pulak tajuk yang aku ni memang kurenggg sket...woooooo....Ada kebimbangan di situ. Maka Tuning Mode telah bertukar kepada Mode Bisnes. kenapa? kerana nak dapat duit lebih, so, boleh shopping lebih..
Itu adalah sangat sekular. Maka ada lah yang nak menghentam aku nanti ni..."Duit bukan segalanya"...kebahagiaan itu dalam hati...Ohh...adusss...sangat mengancam.
Sekarang ni, dah mula belajar2 cuti, dan bila dah tak ada kerja ni, mula la berangan-angan nak beli macam-macam. Tolooooooongggg....Cepat la mendaftarkan diri sebagai pelajar, agar Tuning Mode itu lebih berkesan. Manakala bisnes mode itu boleh la dilaksanakan secara kecil-kecilan...
Ehh...nak Nando's!!!!waaaaa...Apa dah jadi kat aku???
Monday, July 25, 2011
CIMB Kajang...hampasss
Labels:
Bank
Untuk CIMB bank cawangan Kajang sahaja ya....
Pleaseee....laa...kalau dah namanya awak melayan pelanggan, tolong gunakan bahasa dan nada yang lebih baik.
quotation seperti...
"Ohh...kitorang memang tak call pelanggan. Sebab kita kena layan banyak pelanggan kan...kita tak sempat la nak call pelanggan..."abih tu...yang aku ni, bukan pelanggan ke? Kalau tak suka kat aku [or suara aku tak sedap] pun, orang lain yang call pun, pelanggan juga kan....
"mmm...whatever"...wadehel...ape kenanya yong? Ada yang tak dapat ke? Cis!!!bedebah! Aku bengang!
At last, aku bagi yang paling simple..."Macam ni awak cakap dengan pelanggan ya..." Tap! Letak telefon...muahahahahaha...
Pleaseee....laa...kalau dah namanya awak melayan pelanggan, tolong gunakan bahasa dan nada yang lebih baik.
quotation seperti...
"Ohh...kitorang memang tak call pelanggan. Sebab kita kena layan banyak pelanggan kan...kita tak sempat la nak call pelanggan..."abih tu...yang aku ni, bukan pelanggan ke? Kalau tak suka kat aku [or suara aku tak sedap] pun, orang lain yang call pun, pelanggan juga kan....
"mmm...whatever"...wadehel...ape kenanya yong? Ada yang tak dapat ke? Cis!!!bedebah! Aku bengang!
At last, aku bagi yang paling simple..."Macam ni awak cakap dengan pelanggan ya..." Tap! Letak telefon...muahahahahaha...
Saturday, July 23, 2011
KL-Bandung (part one)
Labels:
Going places,
Memories...,
shopping
KU ingatkan...aku pemakan yang gagah...boleh makan segala...tetapi ku tewas di Bandung...
Err...last week hari yg sama, I n ayu...terbang ke tanah Indo...Bandung to be exact..dengan semangat berkobar ala-ala shopaholic gitew..kononnya nak beli mcm2...bawak balik segala, shoping2 tak hengat donia...nak bisnes la kononnya..
Berbekalkan pengalaman terbang ke UK bersama CWK, saya memimpin pula perjalanan cik Ayu kita..ahahahaha...backpacking jer, kitorg oiii...gamble betoii...Flight lak delayed for an hour..so, melangutla kt LCCT tu..(yes...Air Asia)..Nasib baik sempat telan ayam goreng McD tadi..CWK dh sampai kt sana dah...berapa outlet lak dia dah berabih ni..Aku dgn ayu baru nak naik kapal terbang ni...see...
abaikan pengembangan yang kelihatan itu ok...
fresh start...
Hari yg indah...insya Allah..
beautiful horizon...
Tanah yg padat...dah terbayang kesibukan bandar ni...
Sampai jer, terus check in...masa tu sampai kul 5.30 ptg...waktu Indo..tapi, dh gelap..keluar dari airpot Bandara tu, sejam kemudian...lama giler beratur nak cop pasport...siap ambik gambar dgn cap jari lagi...a thing yg kerajaan kita baru nk buat kat pendatang sekarang ni...merasa la aku jd pendatang asing...Terus beli sim card, contact CWK..Pegi hotel...letak barang.
Masa boooking, tgk katil besar jer..skali, tgk life, alahai...boleh ke aku dgn ayu muat ni? sian ayu...nasib baik la, dia tak bising...huhuhuhu..bilik ni, RM72 semalam...len kali, aku datang, aku tak cari dah hotel ni...Hotel Cihampelas2.. One good thing about this hotel is...azan dia betul2 berkumandang kat sebelah telinga...so, pagi2 subuh gerenti tak terlajak punya...ngahahahahaha...
Bandung ni, sejuk gak rupanya..esp malam, macam kt genting or Cameron Highland...Lepas letak beg, terus kitorg jejalan kat Cihampelas street...Kalau org tanya, best tak Cihampelas Street tu? aku jawab...macam Petaling Street jer....Tapi, di sebalik Cihampelas Street tu, ada CIWALK yang 'A la Grande' jugak tempat shopping complex dia. Kebetulan mlm tu, ada pulak pameran motor Honda dgn band tgh wat show...so, tak pasal2 kitorg jd antara org yg hang out kat situ...padahal, kitorang lapar nk carik tpt makan...
Tgk...cik ayu kita posing depan kedai kt CIWALK, pakai serkop (aku tatau nama menda alah atas kepala dia tu) yg baru dibeli kt CIhampelas Street...hehehehe...
pameran motor honda...aku melewati saja...
Dah makan, dah ada tenaga, kitorg pun bergerak balik ke hotel...menempuh kesesakan jalan yang sangat2 gila...termasuk rayuan2 penjual cenderahati...erggghh...rimas...jauh jugak rupanya kitorg jalan dari hotel tu...sampai hotel, terus call tukang urut...urut satu badan...nyaman nyaaaaa.....tidur dgn nyenyak...inspite of everything....
end of part one...
Wednesday, July 13, 2011
Berpantang maut sebelum ajal
Labels:
Going places
Alkisah...
Saya dan suami sedang makan-makan (mentedarah) kat satu restoran (sebab mmg malas nak masak), bersama a few kawan yang bawa anak masing-masing..
Kat restoran tu pula, ada akuarium yang berisi ikan Toman dan Talapia.
Yang sedang buat aksi ngeri...
Rupanya, si Toman pun lapor. Asik kita jer yang mentedarah...mana buleh tahan kan...
Tapi, adakah Talapia tersebut telah tertewas?
Jeng...jeng...jeng...
Walaupun telah berlubang badan, namun, mengaku kalah masih belum lagi...
Ikan Talapia ni masih berenang-renang dalam akuarium..
Sampai kitorang balik, dia masih hidup..but barely...mata dia dah start putih, berenang pun dan senget2..
sob...sob...sob..
Thursday, July 7, 2011
Keinginan yang terbatas
Labels:
Hand Bags
Hari adalah sangat mandom..
Belek-belek blog bagaholic...
Belek-belek Princess Victoria's ...adalah sangat mengujakan..
Sangat memerlukan beg untuk belajar...
Coach - Julia Leather
Sesuai kah???
hehehe...mungkin yg ini lebih sesuai..
COACH POPPY SIGNATURE LUREX TOTE
mmmhh...
dapat yang ini pun sangat ok dah...
Ohh...ohhh..
Sabar...sabar...kita tengok di Bandung nanti, apa yang ada ya...err...mcm tak convinced jer, kat Bandung ada natang nih...lalalalalalala...
Wednesday, June 22, 2011
MBMJ
Labels:
Designer stuff
Yeayyy...
My new sunshine...please...be happy for me...ehehehehe...
Sengih jer ni...
lalalalalalalalalalalalala....hadiah untuk diriku...hohohoho
My new sunshine...please...be happy for me...ehehehehe...
Sengih jer ni...
lalalalalalalalalalalalala....hadiah untuk diriku...hohohoho
Thursday, June 16, 2011
Biasiswa oh Biasiswa
Labels:
oh...Tidak
Seumur hidup aku...ini yang pertama...
Dah banyak ke, lecturer-lecturer muda yang sebaya ku? Arghhh...maybe, lagi mudah lah kan...bila sebaya, lagi senang nak kawtim...errkkk...yeke? Ataupun akan memalukan kampeni apabila memberi idea-idea bodoh yang ketinggalan zaman...
Alhamdulillah, untuk peringkat pertama, saya mendapat khabar gembira..Hihihihi...excited maaa....tak pernah seumur hidup dapat biasiswa..
Tapi, pada masa yang sama, terbayang-bayang rupa sendiri nak jadi pelajar semula...Oh...oh...Ada lagi ke, student-student hensem...atau dah banyak yang jambu-jambu...ngehngehngeh..
Dah banyak ke, lecturer-lecturer muda yang sebaya ku? Arghhh...maybe, lagi mudah lah kan...bila sebaya, lagi senang nak kawtim...errkkk...yeke? Ataupun akan memalukan kampeni apabila memberi idea-idea bodoh yang ketinggalan zaman...
Hisyyy...banyak persediaan nak dibuat ni..Biasiswa, biasiswa juga. Tanggungjawab dari segi semangat dan penampilan menjadi pelajar perlu dititikberatkan juga...hakhakhak..err...macam kena shoping apparel pulak nih...hohohohoho.....bertenang...bertenang...
Wednesday, June 8, 2011
Spam emails..
Labels:
shopping
Tak suka laaa...kita ni tgh tunggu item kita beli online...tapi, banyaaaakkk sangat "DHL notifications"...sangat meragukan. Mcm pelik2 jer...biar betul...kita nak sangat pakai barang yang kita beli tu..Pastu, tak sabar2 pulak nak beli benda lain...hehehe...for example, beg aigner, coach Sophia, buku 'Kasih yang Suci'...hohoho..
Macam dah mudah, tetapi, masih belum percaya sepenuhnya..selagi saya tak dapat item yang saya beli tu, saya menahan diri dari membeli barnag lain walaupun blognya, macam boleh sangat dipercayai... hisssyyy...bila nak dapat ni, janganla kena tipu..
Subscribe to:
Posts (Atom)


























