Showing posts with label Jalan-jalan... perut Kenyang. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan... perut Kenyang. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Udang Masak Lomak

Meh..meh..nak kongsi resepi..
Sapa2 yang dah pandai, tak payah la kisah sangat kan..
Ni nak kongsi masak lomak orang negeri sembilan.
Resepi my MIL..

Bahan2:
Udang galah (segar, bersih dan tangkap sendirik hehehe)
Cili Api (makesure yang pedas)
Kunyit
Serai
Asam keping
Santan (yang pekat punyooo).
Tapi, santan ni, saya pakai yg kotak punyer jer. Pandai2 la adjust bagi dia tak cair...

Bahan2 ditumbuk: cili api + kunyit
Ini rupanya...konvensional...

Jangan lupa tumbuk (ada org kata titik) serai...

Lepas tu, MIL saya guna istilah keringkan udang..
Tapi, keringkan di sini maksudnya...
Yaa...letak je udang tu dalam periuk bergaul dengan bahan2 tumbuk
Nak letak sekali serai pun boleh..macam saya buat...
So, terbalik-balik kan udang tu...bagi rata.

Dah rata kering udang tu, masuk la santan..(kalau perah santan, biar pekat punya)
Ikut gak citarasa kan...ada org suka tak pekat..
Kalau pakai santan kotak, saya letak air + asam keping
Lepas tu, baru adjust santan. So, awal2, tak payah letak air banyak2
Kan...dah bergenang tu...santan ni lum pekat lagi..
Sikit2..Lum pro lagi...Perosak ada la..haha
Lastly, tambah la apa nak tambah..saya tambah terung telunjuk @ terung tikus
Make sure, terung tu betul2 lembut, baru leh makan dgn penuh perasaan..
Kalau ada rebung, letak rebung, sedap juga...yummmm!!!
Kalau dapat udang segar, cepat2 la masak...memang heaven...

Hnsssssss *kembang idung*..My mother must be proud of me...
My MIL must be proud of me too...hehehe..feveret anak dia maaa...

Monday, September 20, 2010

Masak Lomak Cili Api

Senang jer rupanya masak lemak cili api ni..Ini yg stail orang N9 punya..piauuu..
Ketuk [tumbuk] jer cili api dengan kunyit. Jangan lupa serai..
Tak kira la apa yang dimasak pun [udang, daging, ayam kampung, sotong], itulah bahannya..
Yang penting, first thing, kecutkan dulu [udang, daging, ayam kampung, sotong].
Kecutkan bersama campuran cili dan kunyit tadi..Maksud kecutkan disini ialah: biarkan jer daging (sbg cth) dalam periuk tu, bertenggek atas api bersama2 campuran cili dan kunyit. Nanti air dia pun kuar, sampai kering..

Hati2 la, jgn sampai hangus pulak kan.
Pastu, tambahlah serai dan santan [mengikut kepekatan yang digemari masing2] dan sukatan asam keping mengikut selera masing2..Ohh..lupa lak..garam secukup rasa..

Sonang yoo..xyah berbawang2...sebelah mata je buleh siap...hehehe...sodap ko tidak, tak tau la kan..

Tapi satu pulak...kalau masak lomak lotak ghobung (rebung), tak yah lotak sorai pun xpo...Mak mentuo den koba...nanti bau sorai tu hilang dek bau ghobung tu..

Rumusan:
Cili + Kunyit + Serai (jika perlu) + santan + asam (buleh asam gelugor, buleh belimbing buloh dll) + garam.
Err...Ada yg tertinggal ke??Hehehe...

Friday, September 17, 2010

Kedai Makan yang Mengecewakan

Kalau ada sesiapa yang sedang bersiar2 atau berurusan di Senawang Square atau nama lebih glamer lagi, Taipan Senawang, dan kemudian terasa lapar dan perlukan nasi berlauk campur, ini saya nak cerita pengalaman saya...

Macam la pengalaman ngeri sangat ek..hehehe..
Takde, storynyer simple jer...Saya makan kat kedai Ulam Raja, dan saya tak puas perut hati. Kebanyakan lauk adalah berunsurkan ayam.
Tapi, mungkin pada waktu tu baru jam 12 tengah hari, pada hari Jumaat, maka banyak lauk belum siap.
So, saya amik telur goreng dan kuah asam pedas sekali dengan bende.

Ok, fine..mungkin saya salah lauk kot. Mungkin yang saya amik itu bukan lauk asam pedas. Mungkin ia adalah lauk kuah bercili yang ditambah perisa masin dan sedikit manis dan sedikit masam. Tetapi, bukan asam pedas. So, saya telah tertipu. Kesimpulannya, saya tak tau lauk apa tu. Rupa dan kaler macam asam pedas, tapi bukan, ok. So, utk org2 Melaka, Johor atau orang yang pernah makan asam pedas belah sana, percayalah cakap saya. Kalau taknak menyesal, takyah la cedok.

Telur goreng dia, berminyak.. Maybe sama dengan kebanyakan kedai lain di Malaysia ni.
Bila kunyah nasi + kuah cili + telur tu, rasa macam tengah try goreng telur berlada dalam mulut, cuma takde api untuk menggoreng jer...hohoho...Bayangkan sendiri laaa...BORING..

Nasib baik TEH AIS dia sedap. Walaupun tak Marvellous, tapi, sedap.
So, nak 'ngeteh' kat situ, boleh. Minum teh ais je la. Air lain saya tak try. hehehe..

Monday, July 13, 2009

Indahnya zaman kanak-kanak

Seronok...hohoho..
i had a wonderful weekend last Sunday...

Hari Ahad lepas dimulakan dengan mimpi yang meletihkan tidur aku. hahahaha..Yela, pukul 1 pagi ada orang telefon:
"Tengah buat apa?"
"Tido la"
"Aik...dah tido dah?"
"Abih tu, nak buat apa? Kul baper dah ni..."
"Esok nak pergi rumah abang pukul berapa?"
"Ha? Nak pergi rumah abang? Buat apa?"
"Yela, nak amik manggis. Pukul berapa nak?"
"Ikut abang ar..pukul berapa" [aku tengah mamai, dia nak suruh pikir temu janji lak]
"Kul 9, boleh?tunggu kat Tesco"
"Ha, pukul 9? Ok lah..kul 9. Tesco"
"Sok kalau nak gerak call abang tau"
"Ha, yelah"..[yang aku dengar kalau nak gerak bagitau abang. Lupa lak tu, kul 9 tu, waktu jumpa ke, waktu aku nak bertolak dari umah aku?]
ZZZZZZZZZZZ....

Sampai umah dia, aku nampak warna kuning dgn merah jer...wahhhh...bestnyer!!!Aku yang agak ke'darat'an rasa macam nak lompat dan terus panjat pokok2 rambutan...hehehe..dgn gaya sopan berbaju blaus kain syifon [lupa nak bwk t-shirt dgn track suit], aku pun petik rambutan tu dari poko satu-satu.

Sambil2 tu, berfikir..."bila agaknya kali terakhir aku petik rambutan dari pokok, kupas buah dan campak kulit dia ke tanah ek?"...Ish...dah lama sungguh. Last pokok rambutan yang aku ada, masa kat Felda Sg. Lui dulu. Masa tu, keliling umah ada pokok rambutan, pokok jambu air (sedaaaaaaap), pelam telur (lagi sedaaaaap), kelapa (wajib ada), jambu takdek bijik, pokok orkid (mak aku bela) dll. Semua pokok tu aku panjat (kecuali pokok orkid mak aku..mana leh panjat pokok orkid kan) termasuk pokok jambu air yg ada kerengga. Hoh...tak caya? Caya la, siap sangkut terbalik kaki kat atas, kepala kat bawah lagik.

Hehehehe..tetapi itu semua tinggal kenangan....Zaman 'kecik' dulu. Sekarang dah 'besor', pokok pun tak tahan nak menampung aku kalau aku panjat. Hahahahaaha.....

Adegan semalam dimulakan dengan adegan mencemaskan oleh Syahril...Kono penyongek maso nak manjek pokok manggis. Sudah eh, jolok yola buah manggis tu kek pokok lain. Gilo! 10 songek dio kono. Telingo bosa sebolah, jadi macam cendawan yang warna cokolat tu.. Ngeri gak aku nengok kan...Sian....

Disebabkan dia hero kampung, dia manjat lak pokok rambutan (setelah berehat dalam 20 minit dan mendapat sokongan padu dari aku) hehehehe...

Sebenarnya, semalam tu, sawan memanjat aku ada jugak datang. Tapak tangan dengan tapak kaki aku rasa gatal dan menggerutu jer...aku tahan kan ajer. Yela, masa tu, mak dia ada. Lum kawen lagik lak tu. Kalau dah kawen, aku layan kan gak sawan manjat aku tu. Ahakss...

Mak dia kata... "Kak Dah ko,kuek manjek eh, Jannah"
"Dio pun gomar yo manjek tu mak" [syahril nyampuk dari atas pokok]..
"Saya ni, sebab ada makcik jer...Kalau makcik takder, lamer dah saya sampai atas pokok tu..hehehehe"

Friday, June 12, 2009

Ikan Kembong Pedas, Air Suam

hmmm...here, again, in my hunt for satisfaction...asking for sup cendawan... This time, I went to an open resraurant, but still in Bangi..To be exact, at Fasa 4 Tambahan. Actually, my purpose that evening was to go to Jalan TAR, KL. Looking for goodies for my Bunga Pahar...hehehehe... Instead, with so many holding back thought, I stroll (driving my car :)) slowly down the Fasa 4 Tambahan and saw the restaurant.

Actually, it was not my first venture though. As a UKM student a few years back (good old time) we had had quite a good time spending our money at that restaurant. As a Mamak restaurant, so, i expect that the 'Teh Tarik' would be satisfying. I felt a crave in my mouth just thinking about it. Yummie...

Still with my diet, so I asked for a bowl of 'sup cendawan', 'Ikan Kembung Pedas', and air kosong...hehehehe...diet maaaa...





Feeling a bit guily, I asked for a half plate of 'nasi' but i ate only half of it... The soup was fantastic! It had fresh cendawan and the cendawan itself was thick (montok)...sedap woooo... Hehehe...And the 'Ikan Kembong'...delicious. So, in the next visit, I promised myself to order 'Teh Tarik'..