Showing posts with label Going places. Show all posts
Showing posts with label Going places. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Apa ada di Padang?

Well..mula-mula rasa seronok sebab dapat jenjalan dengan reduced price..sebabnya, dah bahagi2 kos dengan ayahanda..hehehehehe...kejikah aku sebagai seorang anak? Tambahan pulak, kat sana dah ada orang nak sponsor penginapan...maka, haruslah kepang kepang kan...

Then, bila mencari itinerary nak pergi mana kat Padang...semua adalah tempat bersejarah..Which I classified as...boring...Well, considered I as shopping freak...ahahahahaha...Window shoppers jer..

But then..penyesalan pertama adalah: Kenapa la pegi lama sangat? Tiket aku yg beli ooooiiii...nape la ko tak balik awal lagi..5 hari 4 malam...apa ko nak buat kt sana tu? Pegi bandung yang banyak tempat leh shopping pun, aku pegi tak selama itu...T_T

Well...look at d bright side..Tak banyak duit aku habih nanti...Lagipun, aku temankan mak ayah aku pergi..Lagipun, separuh tiket ayah aku tanggung kan...hehehehehe...Maka, gembira mak dan ayah, haruslah aku gembira..Dan harap aku, si suami terchenta ini, tak sangkut kat imigresen..termasuk aku skali!!!! Sebabnya, passport dah nak mati bulan 7 ni..errrkkk...sempat x nak renew?

Tuesday, August 9, 2011

KL-Bandung (part 2)

Bandung...Seronok la, tgk tempat orang..Tapi, compared to Malaysia, aku masih rasa sangat bertuah menjadi penduduk Malaysia. Walaupun korupsi oleh kebanyakan sektor, government dan individu kaya mentedarah rasuah masih berleluasa...menipu dan menganiaya...eheheh...ini dah jadi isu lain pulak ni...

So, back to cerita Bandung...
Alhamdulillah, hari kedua bermula dengan tenang dan cerah. Tiada tanda2 hujan. Dan perjanjiannya, kitorang akan ke Pasar Besar. Tapi, sebelum tu, isi perut dulu...

Aku boleh makan jer lauk pauk stail Padang ni...dilambaknya atas meja. Kena cuit sikit, harusssla bayar kan..so, sama ada tanya, sapa nak amik lauk ni, or tunggu kot2 ada orang nak amik lauk yg sama, baru la berbaloi nak makan... Air dia? Takyah la try...wajib beli air mineral, minum air mineral jer...takyah ngengada nak order. Sapa perut kebal, boleh la try...
Pengalaman naik keta kat sini rasanya, memang takkan jumpa kat Malaysia. Kecuali kat tempat yang ada jual nombor tikam. Contoh? Masjid Tanah jer...takyah jauh2. Yang menarik berbanding kat Malaysia, kat sekitar bandar ni, ada artis2 jalanan. Sementara menunggu traffic light, kita bisa dihiburkan nyanyian. Ada gak yang sedap suaranya..Ayu siap cakap..."Apsal tak masuk AF jer" hehehehe...Bak kata CWK, "terasa macam dalam video clip pulak [ada orang nyanyi kat tingkap kereta]"...hehehehe...siap gitar [ok lagi] siap deram tu yang tak tahan...menceriakan suasana...Tapi, walaupun sedap, nama nak turunkan tingkap hulur duit, mmg kitorg tak berani...huhuhu...Second time, ada cowok yg nyanyi, pastu, bila kitorg buat tak tau jer, dijeritnya..."Dasar monyet!!!"...Cisss....Bedebah!!!!


Masuk hari ketiga, CWK dah ulang Pasar Besar kali yang keberapa ntah. Aku dgn Ayu dok sibuk mengukur Jalan Dago, cari factory outlet. Maklumla...hajat di hati nak cari pakaian dan t-shirt untuk suku sakat di Malaysia...Namun, aku kesakitan perut dan hilang mood nak memilih...banyak jenama Burberry, CK, Hugo, Bebe,Polo, Lacoste dan beberapa lagi yg aku dah tak ingat dah..but, I mind U...kat sana saiz reduced 1 size. Andai kita pakai saiz L kat sini, sana kena cari XL baru ngam. Kalau tak, sama ada fit sexy atau muat2... Paling best bila pegi Pasar Baru...and regretfully, aku terlupa nak amik gambar tempat tu. Berbaloi betul beli telekung kt sana sebab banyak pilihan. Kalau berhajat nak cari Lace Solstiss, French Lace, Japanese Cotton, dan lain2 lagi yang Jakel jual mahal kt cni, pegi la beli kat sana [jangan lupa kos kapal terbang, ok]. Patutla Memey n Norman Hakim beli persiapan kawen kat sana [koff...koff...itu jer ker, standard artis glamer tu?], sama jer standar dgn aku ghopenyer...

Hari keempat, mode sakit perot + dah mula sakit kepala

Hari ni, kitorang mmg berhajat tak nak shopping (jenjalan) jauh2 sangat...nak  rest kononnya. Yang pasti, wajib pegi Kampung Daun, which is an infamous place for refreshment or dining. So, sampai sana dah gelap. Aku pulak dah poning kepalo tak hengat...makanan dah duk kat pangkal tembolok jer...yewwww...still can feel the throbbing...sejuk Kampung Daun ni, sebab dia duk atas bukit, macam Cameron Highlands.Tapi, aku dah tak terasa dah...sebab berpeluh2 menahan sakit kepala dan muntah berahaak kat sana. segala isi perut keluar....
Tgk tu, mode tak ikhlas AYU dan CWK..sebab aku rasa lauk tu mcm tak sedap sangat....hehehehe
Ayu dengan CWK try Nasi Luwet...sedap tak? kenala tanya diorang...aku tengah suffer masa tu...Konon, nak makan sup, mintakla Bakso Tahu...yang datang, rupa dan rasa macam wonton...sebiji rasa macam maggie punya...aduiiii....Malam ni, kitorang dah tidur sebilik berempat...sebab esok pagi2 nak bertolak ke airport...flight jam 6...



Tamatla kisah Bandung..walaupun ada story yang tak dapat aku nak sampaikan, sebab tak der gambar...tak syok la kan...nak story, kena ada gambar, baru feel...so, sapa yg nak pegi Bandung, harap story ni leh bantu korang. kalau tak banyak pun, sikit. Yang penting, bawak la bekalan Maggie ke, biskot ke, yang penting ada air mineral, check in dalam flight, sebab tak leh bawak air dalam hand luggage...bengong!!!

Saturday, July 23, 2011

KL-Bandung (part one)

KU ingatkan...aku pemakan yang gagah...boleh makan segala...tetapi ku tewas di Bandung...

Err...last week hari yg sama, I n ayu...terbang ke tanah Indo...Bandung to be exact..dengan semangat berkobar ala-ala shopaholic gitew..kononnya nak beli mcm2...bawak balik segala, shoping2 tak hengat donia...nak bisnes la kononnya..

Berbekalkan pengalaman terbang ke UK bersama CWK, saya memimpin pula perjalanan cik Ayu kita..ahahahaha...backpacking jer, kitorg oiii...gamble betoii...Flight lak delayed for an hour..so, melangutla kt LCCT tu..(yes...Air Asia)..Nasib baik sempat telan ayam goreng McD tadi..CWK dh sampai kt sana dah...berapa outlet lak dia dah berabih ni..Aku dgn ayu baru nak naik kapal terbang ni...see...

abaikan pengembangan yang kelihatan itu ok...

fresh start...
Hari yg indah...insya Allah..
beautiful horizon...
Tanah yg padat...dah terbayang kesibukan bandar ni...

Sampai jer, terus check in...masa tu sampai kul 5.30 ptg...waktu Indo..tapi, dh gelap..keluar dari airpot Bandara tu, sejam kemudian...lama giler beratur nak cop pasport...siap ambik gambar dgn cap jari lagi...a thing yg kerajaan kita baru nk buat kat pendatang sekarang ni...merasa la aku jd pendatang asing...Terus beli sim card, contact CWK..Pegi hotel...letak barang.
Masa boooking, tgk katil besar jer..skali, tgk life, alahai...boleh ke aku dgn ayu muat ni? sian ayu...nasib baik la, dia tak bising...huhuhuhu..bilik ni, RM72 semalam...len kali, aku datang, aku tak cari dah hotel ni...Hotel Cihampelas2.. One good thing about this hotel is...azan dia betul2 berkumandang kat sebelah telinga...so, pagi2 subuh gerenti tak terlajak punya...ngahahahahaha...

Bandung ni, sejuk gak rupanya..esp malam, macam kt genting or Cameron Highland...Lepas letak beg, terus kitorg jejalan kat Cihampelas street...Kalau org tanya, best tak Cihampelas Street tu? aku jawab...macam Petaling Street jer....Tapi, di sebalik Cihampelas Street tu, ada CIWALK yang 'A la Grande' jugak tempat shopping complex dia. Kebetulan mlm tu, ada pulak pameran motor Honda dgn band tgh wat show...so, tak pasal2 kitorg jd antara org yg hang out kat situ...padahal, kitorang lapar nk carik tpt makan...
 Tgk...cik ayu kita posing depan kedai kt CIWALK, pakai serkop (aku tatau nama menda alah atas kepala dia tu) yg baru dibeli kt CIhampelas Street...hehehehe...

pameran motor honda...aku melewati saja...

Dah makan, dah ada tenaga, kitorg pun bergerak balik ke hotel...menempuh kesesakan jalan yang sangat2 gila...termasuk rayuan2 penjual cenderahati...erggghh...rimas...jauh jugak rupanya kitorg jalan dari hotel tu...sampai hotel, terus call tukang urut...urut satu badan...nyaman nyaaaaa.....tidur dgn nyenyak...inspite of everything....

end of part one...



Wednesday, July 13, 2011

Berpantang maut sebelum ajal

Alkisah...
Saya dan suami sedang makan-makan (mentedarah) kat satu restoran (sebab mmg malas nak masak), bersama a few kawan yang bawa anak masing-masing..
Kat restoran tu pula, ada akuarium yang berisi ikan Toman dan Talapia.
Yang sedang buat aksi ngeri...
Rupanya, si Toman pun lapor. Asik kita jer yang mentedarah...mana buleh tahan kan...
Tapi, adakah Talapia tersebut telah tertewas?
Jeng...jeng...jeng...
Walaupun telah berlubang badan, namun, mengaku kalah masih belum lagi...
Ikan Talapia ni masih berenang-renang dalam akuarium..
Sampai kitorang balik, dia masih hidup..but barely...mata dia dah start putih, berenang pun dan senget2..
sob...sob...sob..

Friday, December 3, 2010

Jauh Pemandangan Scotland...

Kali ni nak show off sikit gambar2 amatur yang diambil menggunakan hp SE saya...
Tapi, gamba yg ada pun, bermula dari Glasgow. Gambar utk Perjalanan yg bermula dari KL tak payah la kan...Stansted, perlu ihsan CWK.

 Kat sini, kita panggil limau. Kat sana, diorang panggil 'Clementine'..
"My sweet Clementine"


Gambar ni diambil waktu pagi...
Rumput2 kebanyakannya dh frosted..keras jer biler pijak

Ini tempat yg sama..
Masa ni dah terasa ada benda x kena...kepala dah fening2..
Tapi, disebabkan pemandangan yang cantik, sejuk mencengkam tulang sum-sum,
dan gunung yang puncaknya dilitupi salji (atau frost, saya tak tau), semua kemudaratan itu hilang begitu sahaja.
Istana Ellen Donen. Free. Tak payah bayar...
Very windy, actually, tempat ni masa ni air tengah surut. Kalau pasang, sebenarnya, dah buleh dikira laut ni.
Yang keperang-perangan itu adalah rumpai laut, alga perang tu..
Dah la sejuk, berangin pulak ...Tapi, for me, this was the best stop. Banyak gambar amik kat sini.
This is d most precious photo taken (by me)...Salji dah mula meliputi gunung2..
Sejuk tak hengattt...Oh ya...malam tu kitorg overnite kat Scotland Youth Hostel..
Gunung ni betul2 depan hostel tu. Selain kitorg, ada ramai pendaki duk kat situ dan pagi2 ni, angin kuat dan hujan. All those hikers were waiting inside. But, we ventured anyway for the sake of beauty...
Cantikkk....Berbaloi la, freezing kat luar tu..
Tengok bukit ni, rasa macam semangat. Perasan macam kalau daki bukit ni, sekejap jer sampai...kan?
 Sungai mengalir..menambah kepada kesejukan yang entah berapa Celcius tu.
Teringin nak nengok air sungai beku...hehehe...

Macam dalam lukisan...Antara pemandangan yang dilukis untuk cenderahati pelawat.
This place was at the foot of a ski range..
Unfortunately, it was raining and I was a bit dizzy and nauseated. So, I just enjoyed d view from inside of the car. The rest...they ventured out to take photos.
Dalam teksi di Glasgow. 'No drinks and food allowed'.
This taxi took me and CWK to Glasgow's Travelodge.
Cost us 5 pounds.
Perjalanan pulang dari Glasgow ke Leeds.
dari pemerhatian saya, kambing2 di sana sangat khusyuk dengan kerja mereka.
Tak kira hujan, ribut, mendung, sejuk...Mereka tetap meragut.
kalau kambing kat Malaysia, dah kelam kabut, lari dan mengembekkk...dah..
Diorang???rilek...

Ok...sampai di sini dulu...the next visit will be Ireland...babaiii





Monday, November 22, 2010

Post-UK syndrome

"Ohhh...sangat panas la ini country.."

Hehehehe...buat pertama kalinya, saya berada di luar Malaysia.
Perasaan masa first time passport kena cop kat imigresen pun lain macam..Kalau orang kata gayat ke, ja*** ke, I tak kisah. Yang penting, I dah sampai UK...walaupun tak sampai dengan hubby, tapi I tetap gumbira..hahaha..
Best oooo, dapat pegi dgn member, best fren dan sebagainya...sokongan padu semasa pemilihan barang2, sangat dihargai. Kalau pegi dgn spouse, lum tentu ada sokongan. Peduli pun ntah..Pegi dengan duit sendiri yang tak berapa banyak ni, maka, nafsu pun kena la kontrol. Nasib baik telah terlatih mengawal diri di tempat sendiri,maka bila berada di kejauhan, nafsu shopaholic itu tidak menguasai diri sepenuhnya..Ulang, sepenuhnya....

Bila dah balik ni, mula terbayang-bayang handbag Radley, purse Ted Baker, Kasut Bally... Nyesalnye...nyesalnye...nape la tak kumpul duit banyak2 haritu...Bila dah sampai M'saia balik, mula la, nak beli online la, kirim kat kengkawan la....hisyyy...harus la kumpul duit lagi. Anyway, trip kali ini bukanla merugikan [in the sense of shopping lagi dan lagi], tetapi, banyak mende aku explore...

  1. Scotland sangat cantik ok...[gambar I belum boleh upload]
  2. Nak kira perbelanjaan, jangan convert kpd RM ok...kalau tak meraung!!! Cth:Naik teksi 15 GBP=RM75
  3. Teh tarik di Ireland sedap (Kedai NYONYA, org Malaysia)..."jauh2 pegi, carik teh tarik jugakkk"
  4. Naik Tube di London, keretapi dan bas..kemudahan pengangkutan awam di England memang mudah.
  5. Perbelanjaan pengangkutan & penginapan, siap lebih awal, lagi murah. Online saja. Kalau walk in, mahal giler.
  6. Nak check in flight, awal2 ok...last minute kalu, beg tinggal...huhuhu
  7. Merasa makan Subway sehari suntuk. Perisa Tuna. Sendawa pun pun rasa ikan. hiiii..
  8. Beli buku kat kedai second hand sangat berbaloi...murah dan masih utuh. T-shirt bundle pun, tak masyam maaaa...
  9. Barang2 baby murah2...belum ada anak pun sibuk shopping barang baby..konon nak jual, tapi, simpan dlm almari sendirik...hehehehe
  10. Makan doritos...sedap...
  11. Solat dalam fitting room...hmmm...

Kesimpulannya, len kali, kalau I tercampak balik kat London tu, leh la I target nak beli mende..Tambahan pulak, sekarang ni dah tau dah sebut jenama2 barang2 yg standard. Selain handbag coach [err, coach tidak ada di UK ok...bayang tali pun takdek...hawhawhaw...], tau dah Iu, jenama lain yang terkenal, tetapi, tidak disebut2 di Malaysia..Kalau ada pun, rege dia riban-riban.

Dan yg penting sekali, atas jasa baik kawan2 CP dan CWK, I dapat melawat ke Istana Buckingham...yang tersohor...konon la...Gambar nanti I update ok...citer pasal g UK ni, takkan abih 1 entry jer...:)

Wednesday, November 3, 2010

PTPTN Blacklist???

Aduii...baru hari ni teringat warning my fren...
Pegi check kot2 nama ko kena blacklist..Kang, babai kat airport kang..
Hehehe...Betul gak tu...Rasa x confident pulak. Bukan ai tak bayar, ok.
Tapi, ai bayar tak banyak...

Tadi, turun dari kapal terbang, abih mesy kat Penang baru teringat macam2 yang tak prepare lagi...
Hayoyoyoyoyo...
En. Suami pulak buat lawak hangus...

Eh...Awak tu VISA dah siap lum?
Visa card (credit card) ada dah...Nak visa apa lagi?
VISA pelancong la moiii...kalau keluar ASEAN kena ada visa..Aiyooo...
Sudah mau jalan belum buat lagi ka????
Ha? Kena ke? Passport kan ada...Abang jangan main2 ....
Pegi call Supi, tanya dia kena VISA tak..
P...kena buat VISA ke?
Heh? Mana ada. Pegi sana tak payah laaa...
Kah!Kah!Kah! [ketawa besar dari En. Suami]. Haa...Comehhh!!!

Ciss...bedebah!!!Kena memain dgn laki aku sendiri.

ok...mari kita tengok...kena blacklist tak....

Jeng...jeng...jeng...

Lega...Saya boleh berlepas dengan tenangnya ke tempat yang dituju.
Terima kasih, PTPTN kerana tidak menghitamkan nama saya...
Syukurrrr...

Pengajaran: Dah pinjam duit tu, bayar laaa...duit rakyat tu weiii...biarpun sikit, yg penting....
B A YA R

Monday, November 1, 2010

Journey Preparations

Winter Jacket? Checked
Jumper? Checked
Glove? Checked
Socks? Checked
Cash?....checked?

Ohoho...I'm wondering, what I'm gonna miss most..Food? Family? pets?
And most of all, I'm wondering what it would be like to be in a foreign country, as this is my first trip outside. I'm going to be a tourist!A foreigner!
Uhuh...nothing to be excited about..accept that, I might bump into Hugh Grant, maybe? hehehe
What worry me most is time for solat..For a 12 hours flight, when is Subuh? and, with winter is on the go in UK, when will zuhr, Asr etc...ohh...this is a trip that would give me another insight of the world, and i'm looking forward to it..And I totally rely on my fren..Hope she won't leave me there...huhuhu

Somehow, my excitement is repressed with anxiety as I'm gonna handle a meeting starting today in Penang.
Hope that everything will be fine and marvellously perfect...
What am i scared of?????

Monday, October 25, 2010

Tandas Awam

Saya sebenarnya sibuk...dan kusut..dan kalut...
Tetapi, saya nk menyelit sesi berbelog nih kerana tadi saya baru keluar dari tandas..
Dan apa yang berlaku sebenarnya dah banyak berlaku di tandas2 awam di merata tempat yang saya dah pergi.
Tak kiralah, tandas kat supermarket yang kononnya banyak golongan elit pergi...
Ada juga di tandas2 awam lebuh raya..
Ada juga tandas awam majlis daerah...
Dalam tandas rumah persendirian jer saya lum jumpa keadaan nih..

Orang masukkan tisu tandas dalam mangkuk or lubang tandas...
APAKAH????
Kenapa org buat macam tu ek?
Memang la dah guna tisu tu. Tapi, bakul sampah kan ada???

Terperanjat kot dengan tandas tu yang boleh flush automatik...
Terus tercampak tisu tu dalam mangkuk tandas...hmmm

Ni nak tunjuk satu toilet yang sedikit old school tapi, cantik dan kemas [dari luaran. Dalam dia mak saya kata ok]
Sekali pandang, tak macam tandas pun yer...

Tandas di Stesen Keretapi Gemas
Diambil masa saya hantar Mak, Ayah, Adik naik Ekspress Rakyat ke Pulau Pinang
16 September 2010

Thursday, September 2, 2010

Seperjalanan bersama Abang Umar..

Hari merdeka tempoh hari saya meneruskan perjalanan ke Seremban seorang diri..
Sampai di rumah kakak saya, ada penumpang menyertai perjalanan saya...
Iyaa...dialah Abang Umar...
Semasa nak memulakan perjalanan, kakak dia dah terjerit,meraung2, diikuti oleh adik bongsu dia yang join sepelaung jeritan kakak dia. Cuma adik dia ni lagi dramatis sebab siap lompat2 sambil menjerit2 dan menggegar pintu pagar.
Huhhh...And Abg Umar?..Maintainnn bebbbb...

Tak banyak yang saya nak ceritakan..Cuma, saya nak lampirkan transkrip perbualan antara saya dan Abang Umar...dan sedikit sebanyak, ia memberi gambaran perjalanan tersebut...

Bab 1
Tak jauh dari rumah yang kami tinggalkan:
Abang...Abang Umar tengok kakak dgn adik tadi menangis, tak sedih ke?
Sedih..kita sedih.
Abis, abang umar tak nangis pun..
Kita sedih..mak ngah, kenapa amru tak boleh ikut?
Amru kecik lagi. Nanti susah la ayah nak jaga awak, nak jaga amru lagi. Amru suka main..Nanti kalau dia nak kencing, tak cakap dengan ayah kan susah. Ayah kan nak keje..
Kita kalau nak kencing kita cakap...
Haa...bagus la tu. Sebab tu abang umar boleh ikut..
Haah. Kita kalau nk kencing kita cakap..Mak Ngah, nak kencing..
Saya buat dono je..ingatkan dia tunjuk contoh ayat..rupa-rupanya...
Mak Ngah!! kita nak kencing!!!
Laaa...yeke..Mak Ngah ingat main-main je...Kejap..kejap eh...makngah cari tempat..
Kereta dh pelahan dah, nk berhenti tepi. Si Umar ni tengok kat tingkap, terus cakap...
Kita tak suka kencing kat rumput..
Hah???Alaa...hah yelah...yelah...tahan ye..
Ok...nasib baik ada jumpa tandas awam. Tapi, xde air pulak..belasah je la. Nasib baik saya ada bawak wet wipes..

Bab 2
Mak Ngah, boleh tak kita pegi kedai tu. Kita nak makan.
Hah? Ishh....mana boleh. Sekarang kedai makan tutup. Orang puasa la. Abang Umar ni...Kita kan bawak bekal.
Yeke..
Haah..Nah bekal. Ada sandwich tu. sedapp...
Ok..kita suka sandwich.. Mak dgn ayah buat sandwich sedap..
yolah tuu..
Mak Ngah, kita tak suka ni...(sambil tunjuk bawang)...
Haaa...kalau tak suka, meh bagi makngah..(sambil saya hulur tangan).
Maka, sepanjang dia menghabiskan sekeping sandwich tu, saya terpaksa habiskan sebeban bawang. kembung perut tau...

Bab 3
Mak Ngah..budak perempuan tak boleh ikut ke?
Kakak dgn Kak Ngah kan sekolah. Jadi, diorang tak boleh ikut.
Kita suka sekolah. Cikgu kita ambik gambar kita. Gambar kita dengan cikgu.
Abang Umar kat sekolah dah belajar apa?
Entah.
Aik??Abang Umar dah pandai baca lum?
Belum. Kita baru 4 tahun. Kita tak pandai baca. Kak ngah pandai baca. Kat sekolah ada buku. Banyak2. kak Ngah selalu baca buku. Kita tak pandai.
Kalau tak pandai, kenala belajar betul2.
Tak. Kita tak pandai.
Apa pulak tak pandai. Abang Umar kan dah kenal huruf. kan Abang Umar selalu eja B.A = ba..
Haah..B.A=ba, J.U=ju...BAJU..B.A=ba, C.A=ca..BACA.
Ha, tu pandai tu. Abang..tak ngantuk ke. Abang Umar tido la..
Taknak..Mak Ngah, ni dah sampai seremban ke? 
Belum. Abang kalau ngantuk tido la.
Kita tak ngantuk. makngah, kita nak duduk belakang.
Ok. Duduk elok2.
Kita suka duduk tengah2.

Mmm...macam2..

Friday, July 30, 2010

An Evening in Kuala Kangsar

Lama dah tak menjengah Kuala Kangsar..
Ehhh...lupa lak..tahun lepas ada pg kenduri kawen kawan...

Well...Kuala x byk berubah banding thn lepas...
Perubahan paling ketara yg aku nengok adalah air sungai dia dh surut. especially yg kt jeti tu...yg dulu aku dgn aini naik bot pg seberang (Kg. Sayong) tu..Masa tu, tahun 2004.
Ikut cerita pegawai PPD kt situ, fenomena itu terjadi akibat dari pengawalan aliran air di empangan untuk mengelakkan banjir kilat berlaku...[wahh..rasa mcm pembaca berita pulak]

Kali ni, pegi krn urusan rasmi. Pastu pulak, En. Suami tidak follow. Maka, saya menjemput adik lelaki saya dgn penuh takzimnya utk menjadi supir...hehehhee...gilir2 drive. Takde la penat sgt.
Sampai Rawang, baru perasan...jeng..jeng...jeng...
Baju yg nak pakai bagi ceramah sok tak dibawak. Elok tergantung2 kt penyidai kt umah...Hawauuuu...
Baju yg ada? Toksah cerita la...Kang PPD kuala kata aku nak ngajo org buat pasu sayong pulak...
Maka, haruslah bershoping baju yang bersesuaian dengan imej sbg penceramah @ Sales Person utk company, ye tak. Kasut? Ok.....mmg dh tersadai dalam keta selama kini.

Sampai KK dh 6.30 ptg. Rilek2 jap, nk kuar balik kul 8. So, harusla mandi menyegarkan badan, ye tak?
Sekali, carik sabun dgn syampu xder pulak...sabun yg biasa saya bawak, tertinggal jugak...aduuuiiii...
so, what's next? Haruslah call receptionist, buat suara ala2 mengamuk, mcm kita amik bilik paling mahal kan?
Agaknya, bilik ni bilik yg dh potong harga, so, sabun pun x letak...

Aikk????telepon pun xder? Hnnnsssnnnsss...Ini tabley jadi nih....Haruslah aku buat silat pulut kan...
Takpela, semayang dulu. Mana tau, pandangan mata aku tertutup dek keletihan...hehehehe

Sudahnya, dah kul 8, keluar je la. kang lalu lobi, amuk jer.
Toksah harap...sorang pun x tunjuk batang hidung. Waaa...ini sudah melampau...Aku pulak, dah tergarok2 mcm kera kena kutu...Takkan nak mengamok sambil tergaruk-garuk kan? haruslah wangikan badan dan vogue dulu baru amok..Perut pulak dh lapar...elok kita pg jln2 carik makan [my feveret acara di setiap trip]

Sampai la kami ke pekan KK. Yeah...ini dia gambaran KK waktu mlm..

Dlm jalan sambil mencari 3 mende:
  1. Kedai baju kurung + tudung
  2. Peralatan mandi
  3. Kedai makan sedap..


Baju kurung x jumpa. Sok kul 9 baru kedainya buka. Peralatan mandi dah jumpa. So, apa lagi??? Isi perut la Nyahhh..
Dalam jalan2 tu, terperasan lak satu kedai terselit belakang deretan kedai. Tepi sungai, tepi bukit, Kat Sek. Raja (P) Kalsom. Nama kedai? 'Benteng'.. Sempoiii...


Sambil makan, ada pertunjukan Memerang 'n' family...hahahaha...
Saya pesan Nasi Goreng Cendawan. Boleh tahan la...berminyak sket. Yg penting, teh tarik dia sedap. Skala A- gitu [A+, A, A-].




Boleh tahan la ini kedai. Nengok org lain ada order ikan siakap, mcm2 lagi la...mengancammm...tapi, I jaga budget dan jaga perut, belasah je la yg biasa2 ni. Kenyang jugak...

Esok paginya, kuar mencari baju kurung.. dapatla carik yg bersesuaian untuk acara pd ptgnya. Kos? RM80 untuk baju kurung + tudung. Ok la kan? Ok sangat2.
Lepas bagi ceramah, terus balik. Target nk masuk KL sblm mlm. Sampai umah mlm gak...kul 8.30. Hmm..apa lagi, ajak husband carik kedai la...O yaaa...lupa nk citer. Kat Mambau ada kedai jual sate sedaaaappp...nanti sy update kedai feveret kitorg ni ya..

Friday, July 23, 2010

3 Rasa

In the excitement of Dublin...
Ada juga risaunya...
Cukup ke, duit aku nak pegi jenjalan teman kawan ni?
Hehehe...harusla pau suami tersayang kan...
Bila lagi nak menguji kasih sayang pasangan.
Selain itu, ada rasa buruk lantak juga...
hohoho...apa nak carik kat sana ek?
Nak amik gambar je ke?
yang pasti, mari kita cuba senaraikan pro-cons nya...ahahahaha

Senarai KEHENDAK:
  1. Jam tangan..
  2. Sunglasses
  3. Handbags (note: bukan 1 ok)
  4. Kekasut (juga bukan 1)
  5. Pakaian budak2...
  6. Stroller bayi...(utk kegunaan akan datang. Kalau baby xde gak, leh buat jualan)
  7. Women apparel such as: cardigan, jumper, coat (untuk visit yg akan dtg :) ngeee)

Apa lagi nih...hoooo...mcm banyak sangat duit belanja. Takut kang habih kat tiket flite jer...huaaaa

Thursday, July 22, 2010

Dublin...Dublin


Kawan saya offer teman dia pg Food Tech Conference..
And....I said...
YESSSS!!!
My husband said YES tooo...mmmuahhhh...
So, now I'm dreaming about wearing winter coat like WInter Sonata..
Berhantu seyyy citer tu...aku rasa indah sangat cerita tu..
Ehhh....apsal lari tajuk ni..
ok...tgk di bawah...saya suka tgk winter coat dlm winter sonata...
yg heroin dia pakai pg sekolah tuu.. at least pn, mcm yg ni...

Kalau tak pon, mcm ni pn ok gakss..hehehehe

RM 219...kt SOGO...hihihi

Anganan je laaa...I tak kisah pon kalau pakai yg bundle nyer...pinjam je kat adik.
CWK pon musti ada byk collection winter dia kan..hohohoho...
namun begitu, I tetap nk ada 1 utk pemilikan peribadi.
Sebagai kenangan or nak memulakan koleksi peribadi???

Tuesday, April 13, 2010

Weekend Getaway

Yeay...berjaya pegi holiday dgn hubby.
Sekali dengan abang ipar saya dan kakak ipar hubby...hehehe
kakak saya dan suaminya laaa...
Mak saya pun ada, dua anak sedara saya pun ada...
Asalnya, pegi mencandat sotong...skali pegi, bot uzur gila..

Ya...bot ni dikagumi kerana masih mampu bergerak. Mmm..saya bandingkan dengan bot di Tioman..

Biar saya define uzur ya...
kemudi patah. perlu kemudi bot dari belakang...hahahaha...
 Ya..tekong duduk di belakang bot bersama2 penumpang...dlm hati masing2 aku tatau berapa panjang doa...
Tengok x apa yg tekong tu pegang? itula kayu yang sambungkn brek bot...
kaki dia kontrol kemudi...

takda toilet...wohhooo....Macamana setel? diam2diam dahla...hahaha

kepulan asap bot yg dikagumi krn mampu membuat bentuk lingkaran...
bau dia...takyah citer la...mcm duk blkg lori, bwk motor, x pakai helmet...
atau pun, mcm ekzos motor disambung terus kt hidung...minyak diesel ok...

Apapun, kitorg teruskan semangat yg membara nk mencandat..
suami kt sebelah dh membebel-bebel...
the worst bot la, tak penah mcm gini la...
the worst experience la...
lastly, abg ipar kata...
"asalkan mencandat"
hah...kalau dh gitu, mari kiter teruskn perjalanan...
Popeye the sailorman...poot..poot...
sabo je la ya...this is my first time. Hubby kononnya nk ek la dgn kemahirannya mencandat...hahaha
ini pasangan yang terpaksa melupakan anak2 mereka demi untuk mencari rezeki...hahaha
yang penting kita happy...

perjalanan ke tengah laut...kami optimis...

mari lihat tangkapan pertama kami oleh tok guru...

inilah sotong pertama tok guru...merangkap yg terakhir..
haahahahaha...aku yg first time ni pun dpt tangkap sekor...
kira sama taraf la dgn tok guru kan...so, pencapaian membanggakan laa...hahaha
sebenarnya, trip kali ni serba tak kena...
Anyway, kitorg tetap enjoy di akhir perjalanan...walaupun sebenarnya, cabaran paling besar adalah cabaran masa perjalanan balik...
mabuk laut? tak, mabuk diesel ada...
saya dan hubby sepakat nk pegi lagi skalik...kali ni, nk pegi yg kt Pulau Kapas punyer...
Naik kat Marang. Biar betul2 trip mencandat...

Masa balik, bot kitorg tersadai ya...harus kena tunggu jam 3 ptg baru air leh naik, bot leh jalan...nak mampus...
pundi kencing dah keras menahan kencing...
3 hero kitorg turun tolak bot la kononnya...
yihaaaa
hero saya di sebalik hero yg tengah tersengih tu ya...saya terpaksa cover n censor byk perkara,
maka saya siarkan gambar ini...
Ya, inilah wajah tok guru yg terpaksa mengakui ketidak hebatannya kali ini...hahahahaha


Rescue 911...bot penyelamat dh dtg...kami berdua masih belum lega krn pundi kencing masih menahan ...hehehe

akhirnya, yg tetap happy adalah mereka ini...

Kami duduk di resort Awang's. Sapa nk try mehla...ok jer resort ni..betul2 depan laut. Bilik ada ekon RM120...katil double bed 2...heh...mcm promosi pulak..
Ok, nanti kalau ada trip lg, sy update...