Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

DR. MIKI MOS

Aku ni, xnk la guna carutan2 yg melampaui batas itew..
Anyway, aku sebenarnya pelik la dgn orang2 yang mcm alim giler, konongnya, "jgn membuka keaiban orang", "umat islam tak boleh mencarut", dan mcm2 lagi la. Tapi, bila dia menipu orang boleh?

Macam sorang doktor ni, gila2 bahasakan entri aku, aku maleh nak sembang balas..{well, sebab mmg ilmu x berapa nak byk pun}...Tapi, bila dia bahasakan entri aidid mu'addib, mmg salah langkah la, pokcik weii...

Ko bagi la hadis, dalil quran mcmana pun, perkara paling asas yg ko belajar sejak kecik, mana2 agama pun, suruh jgn tipu org..aku rasa tak perlu keluarkan apa2 fatwa pun kan..kalo ko dah menipu orang, tetap salah. Mencarut pun, of cos la salah kan..And, aku takdela nk mengagungkan si blogger yang suka mencarut tu. Tapi, kena la ko sebijik, dua bijik, kekadang org yg mcm ko ni [belagaks alim. tapi, mata npk duit je bai...hilang dah, kepercayaan kpd Tuhan]...kena bahasakan mcm gini baru nk dengar apa org nk cakap..u know what I mean?

Entri aku pun tak pulak membuka aib dia. Aku cuma bertanya apa research dotor yg diagung2 kan nih? setakat bagik link, tapi, link dh x authentic, ape jadahnya bai oiiiiiii.....Dah takde dah link tu..Kalo nk buat research, buat reference, mmg tak laku laaaaaaaaa.........aku ngamuk pun boleh tahan gak...Tapi, ada tak aku mencarut di sini? ADA? TAK ADA?

Hohohoho............bak kata laki aku...Leko dek kau laaa.....

Monday, December 20, 2010

Preggie or NO?

Bila dah tak ada rezki tu, macam-macam cara buleh jadi.
Heh...Intro yang mendebarkan...

Jeng...jeng..jeng..
Sebelum ke persoalan yang lebih hangat, sudilah kiranya sama-sama menyelami perasaan insan yang sepatutnya dah dapat gaji, tetapi hingga sekarang, gaji takdak lagi...uuuuwaaaaa!!! Tak taula...untuk memperolehi pahala dalam keadaan serba kekurangan ni, saya rasa bukan salah sesiapa..saya yang salah..kerana meletakkan gaji dalam CIMB..hohhoho..Juga, kemungkinan yang membolehkan pahala kesabaran ini berkurangan ialah, adalah malaun mana-mana yang buat gaji aku dan ramai lagi yang gajinya masuk kat CIMB, tak dapat gaji seperti yang dijadualkan, which is HARI INI (tanggal 20 Disember 2010). Atau, mungkin juga ianya hanya berlaku dalam kalangan warga bahagian aku sahaja? Maka, buleh la I nak salahkan malaun tertentu..CIMB sucks!!!

Hisyy...tak baik...tak baik...Tak payah nak salah sesapa..Ok..kembali ke keadaan tanpa sebak, muka tulus dan mulus menerima suratan Ilahi. Mudah-mudahan, petang ni, or pagi esok, gaji dah masuk...Err..at least, gaji aku lum habis lagi..And, untuk menambah rempah, nanti orang lain gaji dah habis, aku nyer lum habis lagi...hakhakhak...gila busuk hati..Pastu, bila orang nak pinjam duit, mula la, kedekut taknak bagi...Astaghfirullah.. Belum tentu lagi dapat petang ni atau esok hari. Buatnya, dapat sekali dengan gaji bulan depan, tak ke lagi haru? Macamana nak survive bulan ni?

Rezeki kedua yang nak dibicarakan lebih berkaitan dengan tajuk di atas. hehehe...Nak ikutkan, dari Hari Jumaat dah rasa tak pregnant pun. Sebab, ada stained. Well, kecewa gak sebab mmg expect nak pregnen. 3 hari berterusan dengan hanya stained. Pastu, dari semalam dah takde stain lagik. Well, nak buat test, rasa tak berbaloi..Malas nak membazirkan duit..err..boleh tak?

Nak ikutkan selera makan, memang macam tak berenti skang ni. Asalkan mulut berenti kunyah jer, rasa macam mulut tu penat. Bila kunyah jer, rasa bertenaga..hahahaha..10 minit lepas makan, dah rasa lapar balik. Naik antu ke aku ni kan. Tapi, bila di fikir2 balik, selera macam sama jer macam masa duk kat Melaka dulu kan...so, takyah la nak perasan-perasan yang awak tu preggie..hohoho...Segala ilmu teori berkaitan perkembangan manusia (Biologi) memang takleh dah aku nak relate dengan masalah aku ni. Yang paling boleh kait ialah, yang boleh aku simpulkan ialah...memang aku ni ada masalah pemakanan dan metabolisme badan. Sebab tu, diet macamana pun berat badan tak kurang-kurang...Hadoilaaaa...Kesimpulannya..nak  buat test ke idak niiii?????

Sunday, October 24, 2010

Hari Yang Sejuk

Hari ni, hari Ahad...
Hujan turun dari malam tadi [tak ingat sejak pukul berapa]
Dan berterusan sampai petang..
Nak ikutkan, semalam dah rancang hari ni nak kuar, pegi window shopping..
Tapi, as usual..kalau WS sesorang, boring la..so, in the end, jadik couch potato jer..
Hari ni, berjaya masak asam pedas. Tapi, sebab takde ikanyg sesuai, masak asam pedas ayam jer..
Hmmm...kalau ada mi siput kan bes...leh makan mi siput dgn asam pedas....huhuhuhu...sedappppnyaaaa....
Rumah pun, lebih kemas dari biasa..Petang ni, kena jugak kuar ada urusan...Nak tengok sample t-shirt..
Huhhh...Isnin sok, kelam kabut lagi..urusan pakej tak setel lagi..
Ok...here we go...

Sampai hati si polan ni, dah la dia tak luluskan lagi pakej aku yang dah aku hantar sejak bulan lapan dulu, boleh dia cuti...PTD really suckss...
That's all that I could right now..
Aku memang tgh nyumpah2 dalam hati nih...
Kalau la aku boleh tadah kata2 pujangga yg aku nak sampaikan orang yg berkenaan ni, mmg dh berbakul2...

Tak payah lah cemarkan ruangan indah ni dengan perkara2 tak manis nih...hehehe

Makcik sebenarnya cemas...anyway, I miss my hubby too...

Thursday, October 21, 2010

Kalau Hidup Nak Nyusahkan Orang...

I temper dalam seminggu dua ni..
nasib baik drama berakhir dengan baik..
Alkisahnya, pegawai yang menguruskan permohonan buat pakej ni..
Awak tu, sepatutnya, membantu orang, bukan nyusahkan orang.
kalau la nak follow the book sangat, follow la betul2...Bagi buku tu skalik kat kita yang tak tau apa2 ni...
*sighing*

Urusan kita yang sepatutnya, lebih awal lagi dah setel, x setel2 jugak. Dari minggu lepas lagik..dok query.
Satu...satu di query...Hello, ko buat keje ke idak ni? Aku dah antar sejak sebulan lagi, ko baru nk query. itu pun, sebab kitorg pg push...*special thanx to my colleague*

Manusia ni, memang la...kalau ada kuasa tu, esp kalau dia yg sain bg lulus or tak lulus, mula la...macam2 karenah. Yang aku dok pelik sangat2 tu, pakej bulan tujuh haritu, dia jugak yang luluskan. Takde pulak minta bukan2. Yang aku mohon ni, pulak dia mintak waran itu la, nombor kad pengenalan la.. mentang-mentangla, haritu, org laki2 yang mohon...dia pun kekwat la  [sangkaan buruk aku semata-mata].Aku check dalam pakej lain, takde pun jadah2 tu sumer...Hanginnn....Macam la, duit yang nak diluluskan tu, duit poket dia or, duit bahagian dia...Oppss..itu duit kerajaan...yer...saya akur...tapi, program tu buat untuk pelajar kita jugak...anak2 kita. Bukan la aku buat program tu untuk aku bersantai2 kat tepi pantai, berlari2 di gigi air...hnssss....

Actually, aku pun hinsap (insaf) atas kejadian ini. Pengajarannya, we could not expect that everything could go on smoothly every time. Macam-macam masalah akan timbul sebab kita keje dengan manusia. Semoga Allah memaafkan segala salah-silap aku memaki hamun mereka2 yang berkaitan dan juga memaafkan kesalahan dia kerana menyusahkan kerje org lain....huhuhuhuhu...kena mintak maaf ke???

P/s: permohonan yang aku hantar dari bulan 8 lum lulus lagi, amacam?

Wednesday, September 15, 2010

Demam Raya

Hoh...demam raya
agaknya, sebab x dpt mkn rendang mak aku buat..
mungkin juga sebab ngada2 nak berehat kat umah..
kebetulan pulak mak ayah n adik datang sebab adik ada interview..
terbang segala rehat aku..
nasib baik esok cuti lagi.
Makanya, dapat la aku berehat-rehatan..
Oppss...lupa pulak nak kena beraya kat umah kawan2..
Namun, suami ada hal kena out station..
Temper nyer rasa...hadoi laaa...

Friday, September 3, 2010

Pemimpin kah saya?

Melihat kepada pemimpin sekarang, saya rasa masih jauh perjalanan saya.
Tak perlu tengok yang jauh-jauh..
Melihat dalam lingkungan kecil persekitaran kita sahaja...
Apabila saya melihat pemimpin yang ada, saya terfikir..
Andai saya di 'situ',
  • Rapuh kah saya atau teguh kah?
  • Tetap kah saya atau goyah kah?
Betul lah kata orang.."nak tengok perangai sebenar seseorang, berilah dia kuasa"
Banyak pemimpin kita yang di "atas" kayangan sana, sering suruh akar umbi berjuang..
Ya...di akar umbi mmg berjuang. Berhempas pulas, menjaga kejiranan, adab dan tata susila,
menjaga integriti dan meningkatkan kecekapan..telus, mulus, kudus...yang terpeleot pun ada jugak..
Tetapi, mereka yang di atas, sibuk mentedarah, kembungkan poket dan perut masing-masing.
"Yang penting, poket aku x kosong. Aku dah menang, orang dah sokong."
Ini lah masa nak besarkan rumah, luaskan tanah...
Itu kalau politik.
Yang tak politik pulak, bila dah ada jawatan, sibuk pulak jaga periuk nasi sendiri dulu.
"Orang bawah, xpe...bia dulu. Yang penting, aku selamat. Diorang sapa-sapa buleh ganti.
Aku ni tengah sibuk, apa pembaharuan yang aku nk bawak ni..
Kalau xde trademark, nanti orang tak kenal aku sapa"

Sebelum aku diberi kuasa, inilah pemikiran aku..Muak tengok org di atas nun dengan perangai masing2...
Ada yang...'Pandai tak boleh diikut, bodoh tak reti2 nak belajar boleh diajar'.
Nak dibiarkan, ini tanah tumpah darah kita..
Nak di 'salak', apalah daya kita.
Entah, kalau aku dah ber'kuasa' nanti...rupa dan gaya lebih teruk lagi...


Wahai pemimpin, janganlah sampai tergadai tanah tumpah darah, menjadi hamba di tanah sendiri.
Kau laungkan perjuangan. Tapi, kau ludah setiap darah dan keringat yang kami titiskan...

Wednesday, August 4, 2010

Kita yg Tiada KUASA

Emm...tak pernah dalam diri berhaja tmenjadi GiPang...Hahaha Gila Pangkat ok..
So far, dalam diri angan-angan paling tinggi ialah rasa diri macam layak jadi Ketua Jabatan. Hehehe..

Especially, sekarang ni, bila tengok bos-bos yang jadik pengarah ni, aku rasa:
"Eeeeiiiii.....tak mo la jadik org besor2 ni..Nauzubillah...aku jadik macam diorang ni.."
kadang2, rasa macam ni: "Orang pompuan kalau jadik bos, macam ni ke?"
Padahal diri sendirik pon pompuan jugak..
Emosi ok...orang pompuan ni...Namun begitu, ada jugak aku admire bos pompuan. Ada pon, sorang dua jer...yang lebihnya, aku perlu perhati dengan lebih mendalam.

Pengajaran yang aku perlu ambil:
  1. Janganla emosi bila jadi bos.
  2. Kot ko nyampah dengan orang bawah ko, jangan la tunjuk sangat..
  3. Dah jadi bos ni, buang la perangai menggosip tu...hahahaha
  4. Tak payah la nak buat muka talam (talam dua muka) @ lidah bercabang..Dah jadi ketua, be firm ok...
  5. Kalau dah jadi bos, berani la nak fight...Kot jangan nak jaga periuk nasi ko sorang jer...Orang bawah ko pegi mampuss sama mereka...

Friday, July 30, 2010

Sambungan entri CWK

Hehehe...sori yer, CWK...dgn izin....Mak nk enterframe, so boleh la panggil interframe. Boleh dikira sambungan dari "aku pun byr lesen laa..."oleh cikwankembang.blogspot.com

Well...siri pengenalan pemandu2 ni, ada jugak yg jenis parking keta masing2 ikot suka hati diorg jer. Mcm dia dh bayar cukai jln terlebih2, so boleh parking kat mana2.
Paling aku temper waktu pagi2, bila lalu kawasan sekolah kat Bangi yang ada pejabat polis tu. Sekolahnya, kat seberang jalan nun. Yang jamnya, laluan yg datang dari tol Bangi. Boleh kerrr? Adaka, jalan tgh sibuk [kat situla kilang, kat situla ada traffic light, kat situla org kuar dari round about], boleh dia berhenti terhegeh2 kat lane kanan n then, suh anak dia melintas jalan. Kitorang yg dari tol ni, kena la mengelak diorang yang berenti kat lorong kanan. Adduuiii...susah nak cakap la ini orang.

Bab parking pulak [masih lagi kat sekolah], kalau dia menunggu anak tu, takde la aku marah. Ni tak, parking tgh2 simpang. Yang dianya entah lesap ke mana? Tak sayang keta ke kak oiii...

Kalau kat hiway pulak...Sekarang ni penunggang motor makin berani. I'm not talking about high speed motor. kalau motor berkuasa tinggi tu, nampak sekejap, sekejap je dah hilang. Tapi, motor yang lain ni, dah le duduk lorong tengah2. Pastu kang tetiba jer nyusup sebelah, dekat2 dgn keta kita dari belah kiri. Tak terhenti jantung berdegup? Terperanjat mak, Nyahhh... Kot ia pon, duk la lane kiri skalik tu [kalau ada 3 lane].

Belum lagi, cakap pasal lori, bas yang lebih laju dari keta kita ni. Pastu, siap bagi2 lampu. Padahal speed limit dia takat 90km/j je kat hiway...urrggghhh

Friday, July 16, 2010

Tulisan...Doktor, pleasssseee laaa...

Saya sebenarnya sebelum ni takder la perasaan sangat dengan cliche ini:
"biasala tu, tulisan doktor.."
Tapi, bila dah terkena kat batang hidung sendiri, barulah nak mikir sesungguh ye tak..[biasala manusia biasa]..
Anyway, saya sebenarnya, tak berapa setuju sangat la kalau doktor seharusnya kena tulisan cakar ayam ni.
[Read: Saya jarang la jumpa doktor yang tulisannya boleh dibaca dengan lancar]

The problem is...
  1. Kalau la tulisan itu mmg seharusnya dibaca oleh rakan sejawat dan seperjuangannya [spt jururawat, misi dan MA], takder la saya kisah sangat. Esp kalau ia melibatkan terms dan nama obat-obatan yang org biasser ni tak paham.
  2. Ini, kalau dah surat perakuan rawatan atau perakuan doktor untuk pesakit menjalani rawatan, dah tentu la yang akan baca bukan doktor sahaja kan. [ai la contohnya]. Esp kalau dia tau pesakit tu nak bagi surat tu ke siapa...orang yang tak belajar perubatan dan tak der kemahiran tinggi membaca tulisan orang [seperti FBI dan InterPol] macam ai ni...boleh tak kalau maklumat berkenaan tu di tulis elok sikit, atau pun buat macam hospital putrajaya...taip. So, kalau istilah seperti ophtalmology atau yang superb dan extravaganza saya tak paham, mmg la salah saya sendiri. Tapi, kalau perkataan (ayat) seperti "I hereby confirmed the above patient is undergoing continuous treatment for having fractured .........tibia. Hope she/he will be excused from her/his programme or postponed..........."

Eh...macam boleh baca la pulak kan...hehehe...itu contoh sahaja ok...sesetengah perkataan itu adalah perkataan ciptaan yang dicipta sendiri berdasarkan common sense [sambil membayangkan diri sendiri adalah doktor] yang mungkin. Kalau salah, maka, salahla.

P/S: Doktor, saya menyanjung tinggi your profession. Tapi, bila saya dapat surat pelajar untuk diuruskan dan terpaksa berkerut2 mata nak membaca surat akuan u, pening la makkk...hehehe...[ini luahan hati insan yang lemah ok. kalau tak suka, sila tutup saja page ini]...macam la ada doktor yg nak baca entri ini kan...kan...kan...

Sunday, June 27, 2010

Happy Birthday To me...Love U Alwaysss...

Oh yaa...hari ni besday saya...
thn sblm ni, saya citer pasal present yg tunang sy bg..tapi, hari ni, sy x dpt present pun...huhuhu
belom pun lg setahun...
Hahahaha...
Sebenarnya, x kisah pun. Yg paling bes, bila suami buat ucapan yang sy x terfikir dia nk buat...hohoho.
[suami seorang yg tidak manis mulutnya ya...maklumla asyik berasap jerrr]
So, bila suami buat sesuatu yg di luar dugaan, I dah suka nyahhh...

Satu lagi yg paling bes ialah bila anak sedara telepon, wish birthday...mengingatkan saya bahawa saya sudah ada anak sedara yg besar...Maknanya, saya juga sudah tua...hauhauhauhau...
Haruslah cari hadiah utk diri sendiri kan...
Di usia 30 ni, xkan nk harap org belikan hadiah utk kita lagik yer...[sebenarnya, konsep adiah utk diri senirik ni saya dah apply bertahun2]
Seronok ooo....beli hadiah utk diri senirik...Buleh dpt apa yg dihajati kalau ongkosnya mencukupi..hehehehe...

Saya ada ajak CWK bershoping dgn saya, tp dia ada hal lain maka, terpaksala sy tunda pencarian hadiah utk diri senirik [padahal hari biasa2 pun beli gak barang utk diri senirik kan..] well..biasser laaa....birthday kan...

Apa sy nak utk birthday kali ni ek? Mmmm...sila bantu saya menghayati perkara2 yg boleh dijadikan logik akal utk dibeli:
Beg tangan coach [paling buleh pun wat masa ni, kena beli yg imitate gred A nih]
Kasut ...logik gak...kasut pg pejabat dh kopak dh...
Perfume...yg ada pn x abeh lagik...
Mesin jahit? errr...mcm ada yg x kena lak dgn idea nih...
Barang kemas?...X cukup fund maaa

Alahhh...beli jer set tupperware...dpt gak points sbg member...hehehehe...

Thursday, June 17, 2010

I've lost it...

The creative side of me is missing [consider i've ever had it b4]...And I want it back!!

I couldn't match 3 color's without feeling like..."gosh! it was hideous like h***!
I couldn't pair up 2 matching pics to share stories...
I couldn't mutter up 2 interesting lines to write...
I need an inspiration...hohoho
I want a DSLR...
err...relevan kah?

Thursday, March 25, 2010

Discriminating...

"u are discriminating English language! U r working with government, u are suppose to be able to speak in english beautifully. I didn't hear any english word from u! Why? U can't speak in English?"-

A late evening conversation that took place while I was struggling to come up with a proposal to change a procedure. 

First, he banded our system, saying that our system is nonsense and so on, because he was left out not knowing that application for Matriculation Programme had been done from July to October last year.

Then, he said that our system is wasting tax-payers' money because we are all messed up.

 Next, he was talking non-stop because I (mistakenly) told him that we did not advertise in The Star, while in fact, we did. He was angry with me because I did not speak in english..Well...
...Saya tertakluk kepada Perlembagaan (152), 'Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi'

Thursday, February 4, 2010

Petua...

Mohon...sapa-sapa yang ada petua nak ilangkan penyumbat hidung yang menyesakkan pernafasan ku..
Tolong...
Nanti nak khatam Quran nafas tak panjang...
Pastu pasti akan tercungap-cungap sebab tak dapat bernafas melalui hidung yang sepatutnya dapat menyedut udara 1 gelen sekali sedut ini..
Mayday!mayday...
Dan ia juga menyebabkan kepala jadik sakit sebab tekanan dalam telinga berubah-ubah..
So, pleassssseeeeeeeeee.........

Wednesday, February 3, 2010

flu all the way

Ok...this is my worst flu ever. I need to go to the doctor, as a good samaritan would ...to prevent from infecting others...and because of the H1N1 still lingers among us..

And cause of that too, I have to minimize seing people esp those who are at higher risk of that disease... God forbid.

Hidung sumbat maaa...nak cakap pun susah. feninggg...

Thursday, January 28, 2010

Kereta ku..

Saya masih tak dapat amik kereta saya...Yaaa...ia masih tersadai kena clamp bodoh tu...
Nak claim kena pegi Parcel C ya..... Halalaaaaa...saya takde kenderaan.
Yang geramnya, pagi tadi, ada jer kereta parking kat tempat yang tidak dibenarkan. Tak pulak kena clamp. Saya rasa, kereta kesayangan saya jadik bahan eksperimen...hohohoho.

Urusan hanya semasa waktu pejabat...8.45 pagi hingga 4.00 petang sahaja. Beza betul waktu pejabat di 'negeri' sana. Mak tak kuasa nak fikir. Banyak kerja tergendala akibat dari tindakan yang dilakukan. Sebagai rakyat, apa saya boleh buat ye, untuk kesejahteraan diri tanpa dianiaya sebegini?

Yaaa....jawapannya...Parking kereta di tempat yang sepatutnya. Kalau dah takde parking tu, ko pusing je balik, pegi parking kat pejabat ko pastu, balik jalan kaki. Pedulik hapa jauh ke, dekat...yang penting, duk kat putrajaya ni, kalau boleh jangan pakai kereta langsung. tunggu je la bas yang kalau sejam pun belum tentu lalu tu...
Atau paling tidak pun, dah parking di tempat yang sepatutnya, ko tido je dalam kereta tu. So, nanti masa dia wat keje2 clamping tengah malam buta waktu orang dah tentu tido, tak lalu lalang, ko leh kawtim dengan diorang, or alihkan kereta ko tu.
Yaaa....diorang sangat rajin berkerja pada waktu  tengah malam. Orang lain sedap tido, diorang belek tayar kereta orang.Cehhhh...Aku hangin betol nih...

Wednesday, January 27, 2010

Cerita Putrajaya

Iyer...nak cerita mende yang sakit hati la...
Atas kesalahan sendiri..
Pagi ini, saya tidak dapat pegi kerja naik kereta sendiri. Nasib baik la kuar sama-sama dengan housemate, boleh tumpang kereta dia.

Punca utamanya ialah, kat kawasan apartment ni, tempat parking kereta dah tak cukup dah. Saya balik ke rumah jam 11 malam, dah takde dah tempat parking. Maka, saya pun parking la di tempat yang mengikut kriteria berikut:
  1. Tidak menghalang laluan (blocking) kereta orang lain yang dah cantik parking di tempat sepatutnya.
  2. Tidak menghalang laluang kenderaan, atau lebih mudahnya, bukan di tengah jalan.
  3. Saya akan keluar seawal 6.45 pagi, maka, takdela kereta tu akan menyusahkan mana-mana pihak.
  4. Tempat yang saya letakkan kereta itu, pernah digunakan oleh pemilik kereta lain yang menghadapi masalah yang sama seperti saya.
Namun begitu, kereta saya tetap di kunci tayar pagi tadi..huaaaaaaaaaaa..........Bila nak claim balik eh? Sudahnya, kalau seminggu tak claim, apa dia nak buat ek? hahahahahah...Padan muka dia dan aku jugak.
Untuk makluman, bukan kereta saya saja yang kena clamp ya....Tapikan, di blok sebelah, tak pula di kunci...APAKAH?????
Mungkin juga, mereka telah kehabisan clamp yang digunakan. Apakah maksudnya itu???? Fikir fikirkan ya, Putra**** Hold***...

Wednesday, December 2, 2009

Soalan yang Tak Ingin Kita Jawab...

Haiyyooo...dah seminggu tak melihat meja yang serabut ni..Serabut serabut pun, meja ni la yang menyimpan segala tohmahan yang aku lemparkan, menyimpan tugas2 dan perasaan yang aku ada selama kerja kat sini. hahahaha...

Sebelum raya, pegi ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian...Kagum aku dengan pensyarah-pensyarah yang bertugas di sana. Disebabkan kolej itu masih di peringkat permulaan pelaksanaan maka, pegawai yang ada sangat la sikit. Lebih kurang macam ni la...1 pensyarah memegang hampir 5 jawatan. Just name it...Felo, Ketua Unit, Timbalan Pengarah, PEK (nak order barang ya), pensyarah, Ketua jabatan..Haaa...jgn tak caya... Memang aku tabik sprin...anyway, tahniah kepada tenaga kerja yang terlibat...Kalau I, mungkin I tak berjaya di situ...But, belum cuba belum tahu ye tak...

Hehehe...Lepas raya bertugas pulak di KMM. Kali ni, pegi tempat lama beb...Best jumper kengkawan lama tapi, yang tak best nya...

Soalan-soalan yang telah aku kumpul dari KMM...sila jawab kalau buleh jawab ya..

  1. Eh..Jan! Buat apa kat sini? O....org bahagian ya...(soklan ni mmg aku tak jawab dah...buang masa je).
  2. Eh...Dah berisi ( atau ada yang guna perkataan lain seperti gemuk, tembam, bulat dsb)...Bahagia eh kat sana....-jwpn: Biasa la....sambil sengih dan dalam hati, "aikk...org bahagia kena jadik bulat ke? Kalau tak, merana la agaknya aku ni?" Kih...kih...kih...maknanya dulu aku duk kt KMM ni, aku merana la...cetttt!!!!
  3. Eh..Jan!!!Berseri2....-jwn: (walaupun belum berbentuk soalan, aku jawab terus)..."Bahagia kak"...Muahahahaha....
  4. Jan..seronok tak keje kat sana? - yang ni, susah sket aku nak jawab...mana2 tempat keje mana ada seronok? Kalau buat keje dengan gembira aku terima la...Bagi aku seronok masa berseronok la...contohnya, pegi tgk wayang dgn best fren, pegi shopping dengan supi, aini bespren, pegi makan2, balik kampung main2 dengan anak2 sedara aku...Kadang2, waktu shopping pun x seronok apa...bila takder duit...nak beli beg coach pulak tu...hahahaha...merepek.....so, apa jawapan aku?...."Seronok.. (dalam kepala fikir..mencabar jugak soklan ni). Biasa la...pengalaman kerja lain dari pensyarah. jadik pensyarah pun, kadang2 ada gak stress dia kan...sama aja..rutin kerja je lain." Fuhhh...diplomasi siottt..
  5. Macamana keje sana? Rindu tak nak ngajar? Aku mmg la stress dengan soklan nih..."Memang la rindu mak oiii...Tapi, dah keje, pengalaman baru, berbaloi la duk sana (putrajaya).." Ayat ni, mcm nak sedapkan hati aku gak ni...
  6. Eh..bila nak langsung?...Langsung apa? Siaran langsung? Tengok la jadual kat surat khabor? Hnsss... 
  7.  Eh...muka dah elok la...pakai apa sekarang?...Pakai baju la kak oiii...hahahahahaha. Aku bagi 3 petua pada orang yang bertanya ni iaitu:
    • Jangan duduk di Melaka.
    • Duduk dalam pejabat berhawa dingin 24 jam.
    • Bahagiakan hati...
Tercengang jugak la orang yang menerima jawapan aku tuh..Aku nak mengulas soalan terakhir tu...Pasal muka aku ni yang katanya dah makin elok...alhamdulillah..Sebenarnya, set off yang betul2 mula kulit aku elok sket dari jerawat yang menggerutu dulu adalah selepas aku pegi pakar kulit kat Melaka. Aku tak ingat nama jalannya..Nama klinik tu aku ingat ler...Klinik Subra...Doktor perempuan yang tengok muka aku tu, dia kata masalah muka aku ialah excessive oil production...

Nih aku recite apa dia cakap kat aku...ingat lagi wehhh..."when u sweat, the dirt or your cosmetic will be trapped in your pores. That's why ada acne on your skin...So, I'll give u medication to help control your oil production. But, these pills will make your body dehydrated. So, make sure that you drink enough water. Bila U nak kahwin?" Hehhh...jgn terkejut eh...mmg doc tu tanya soklan tuh kat aku...ikuti sambungan perbualan ini...


"Saya belum nak kahwin lagi doktor" (3 tahun yang lepas ok...aku xder skandal dengan sapa2 pun masa tu). "Betul ni? Make sure aaa u tak kahwin dalam masa terdekat ni. I bagi ubat ni untuk u try dalam 3 bulan. Lepas 3 bulan, u datang balik, kita tengok progress mcmana. Dalam tempoh u ambil ubat ni, u tak boleh pregnant tau..sebab tu I tanya bila u nak kawen.."
"Tak boleh pregnant ke, dilarang pregnant doc?"
"Tak dibenarkan mengandung. U have to sign the form. Kalau tidak kita tak boleh release ubat ni"
Ok...ini serius (nyanyian wonderpets)
"Ok...saya memang belum nak kahwin pun"



So, lepas tu aku dibekalkan dengan ubat pill yang melarang aku mengandung tu, 2 ubat sapu (yang boleh dibeli di farmasi dgn harga yg lebih murah). 1 sapu kat jerawat (C-Mycin from T tree), 1 lagi sapu kat seluruh muka 2 malam sekali (Differin). 
Mmg aku follow arahan doktor tu, ubat tu mmg mengeringkan badan.. Bibir pecah2 so, mmg kena minum byk air. Tapi, lepas tu, aku tak tahan, aku amik ubat tu 2 hari sekali, kurang skit kering. kalau tak 1 biji satu hari..tak lama lepas tu, mmg muka kurang berminyak dan jerawat mula kering. Patutnya, lepas 3 bulan aku  jumpa doc tu...Aku tak pegi pun...Mahall.....sekali pegi RM 200...masa pulak susah nak dapat cuti... Lagipun, the next year aku kenal dengan tunang aku...maka lupa lah segala maslah yang melanda...hahahaha



Tapi, alhamdulillah, lepas tu muka ok la sket...tapi, sebab air kat KMM tu, mmg jaki sangat dgn muka mulus aku ni, so, gatal2 gak la jerawat aku naik kat muka. Bila pindah dari Melaka, muka jadik makin elok. Pengeluaran jerawat dah tak meriah macam nak keluar bunga api...cuma macam cendawan tumbuh bila hari hujan jer...maksudnya, ada musim la...hahahaha....Dan mungkin juga faktor hati yang bahagia tu menyumbang kepada keserian wajah kita...eheheheheh...malu pulak...

Friday, November 6, 2009

Pemandu Bas Gila

Huh...sangat membahayakan..

Pagi tadi saya memandu ke tempat krja dari rumah kawan saya di Senawang. Hujan lebat tau...
And as i was driving carefully and maintaining the speed at 90km/h, but still trying to overtake a sloww lorry.
Masalahnya bukan lah lori itu. Tetapi bas yang tiba-tiba muncul di belakang saya dan membunyikan hon yang berpanjangan.
Hello, mabuk ke? saya bawak 90km/j tau...itu adalah kelajuan maksimum bas di atas lebuh raya tau! Dah la hujan. considerate la! Tau la, saya kancil. Nak potong, pegi la lane sebelah kanan. Highway ada 3 lorong tau!

Tak mau la saya bagitau syarikat bas apa. Warna dia hijau di bawah, putih di atas. Saya hon dia balik tapi, saya tau la..mesti macam tikus yang menejrit-jerit kat gajah jer..huhuhu...

Saya tak pernah lagi kata padan muka kalau ada berita bas kemalangan. Tetapi, kalau gini la perangai semua pemandu bas, memang merbahaya. Bukan pada dia...tetapi kepada pemandu lain. Saya tengok lori-lori yang ada di lebuh raya tadi, elok je berjujuk di sebelah kiri. Kalau jalan cerah dan tak hujan takpe la jugak kan...

Wednesday, October 7, 2009

Feeling so Sad..

Sedih sesangat...Sangat sedih.
Duk kat Sarawak hujung minggu hari tu, tak terasa sedih walaupun padahal penat giler. Kat sana tak sempat nak pikir pasal diri sendiri...

Tuesday, August 11, 2009

1 dari 3 perkara...

5 Ogos yang lepas, genaplah tujuh (7) tahun aku memegang ijazah (sarjana muda). Sekarang ni, tengah sibuk nak buat proposal untuk buat master (pendaftaran kali kedua).

Adui...apa yang dah aku capai ni? Nak banding dengan dua kawan baik aku (Sufee dan Farie), aku memang jauh ketinggalan. Walaupun aku dapat kerja lebih awal dari diorang (1 dari tiga perkara yang menjadi penting dalam perancangan kitorang sebaik habis ijazah sarjana muda dulu), aku boleh anggap aku ketinggalan..Hehehe...apa dia tu?

  1. Sambung Belajar (Pasca Siswazah)
  2. Kerja
  3. Kahwin

Bab kerja, aku dulu. Ok...Tahniah Ani! (sedutan Roda Impian yang selalu jadi frasa lawak kitorang). Sebelum grad, aku sempat jadi cikgu ganti kat felda Jelai. Adala kerja dlam 3 bulan. Sebenarnya, nak terus sambung macam Sufee. Tapi, sebab masa tu, kakak aku nak kawen bulan sembilan, mak dengan ayah pulak masa tu macam kelam-kabut pulak (anak first la katakan), dengan duit takde masa tu (nak uruskan kenduri kakak), so, aku tangguh aku punya perancangan nak buat master. Hujung tahun baru aku daftar..So, aku masuk hujung tahun 2002 (sekali dengan farie), Sufee dah abih1 semester...

Awal tahun 2003, aku dapat tawaran jadi pensyarah Kolej Matrikulasi. Hmm...rezeki. Tawaran yang tidak dapat aku tolak. Sambil kerja, kena pulak buat KPLI-KDC. So, dah berkecamuk Master dengan Dip.Ed. Hadoi...kan? Hehehehe...Tangguh 1 semester master, tinggal 1 semester lagi. Menyesal...kalau teruskan pun lagi baguih. Masa tu, kereta takde, nak ulang-alik (lesen pun xde lagik).

Last2, Sufee pun grad. Aku, masih berkerja. Dan dapat lantikan and so on. Then, Farie pulak Grad. Huuhuhuhu...Aku? Berkerja.

Lepas tu, Sufee kawen. Aku...berkerja. Lepas tu, pergi kenduri kawen Farie (dengan Sufee dan hubby dia). Aku? Masih berkerja. Master ntah tergolek ke mana. Waktu aku free, penyelia aku kat New Zealand, mesyuarat dan lain-lain. Waktu dia free, aku pulak, Majlis Apresiasi hapahapantah dll. Hadoi....last2, dengan deraian air mata, aku hantar surat lepaskan master....
Sob..sob...sob...Takpelah, adalah rezeki masa lain ya...

Sekarang ni, Nak usahakan perkara pertama yang aku ketepikan dulu (Master). Harap2 aku berjaya. InsyaAllah. So, 1 dari 3 dah dapat. Nak usahakan semula lagi 1 ni. Jodoh, nak usaha sangat pun, bukan boleh paksa2 kan. So, aku usahakan untuk Master ni. Yeah!!!