Showing posts with label Pressure. Show all posts
Showing posts with label Pressure. Show all posts

Monday, December 27, 2010

Minggu yang aneh

Entry ni takde kaitan pun dengan sebarang ramalan luar biasa. Just nak sembang-sembang cerita-ceriti tentang minggu yang saya alami.

Minggu lepas memang aneh. Boleh dikatakan mencabar minda, kesabaran dan fizikal.

Bermula dengan gaji yang masuk lambat [yang bukan aku sorang alami]. Nasib baik setel pada hari yang sama juga [tahniah kepada yang menjalankan tugas], kalau tak, melahu la nak tunggu kan. Buatnya memang berlaku kesilapan yang menyebabkan gaji aku ditunggakkan ke Januari 2011 (kononnnya nak kayakan aku la masa bulan Januari tu). Alhamdulillah [tula manusia, bila senang jer Alhamdulillah..eh, tu antara aku dengan Tuhan ok].

Then, setel pulak misteri mengandung tak mengandung…hahahaha…yg ni perasaan jer woiii…isi perut adala banyak. Isi kandungan jer x jadi2..Well, belum rezeki lagi kan…[bukan nak salahkan rezeki]. Anyway, hari seterusnya, aku senggugut dengan amat siksa sekali. Terpikir gak…ada penyakit ke aku ni. Mana la tau…kita ni manusia biasa, lemah. Anyway, cabaran mental dan fizikal ni, dalam sakit2 perut tu, aku harung jugak ke klinik dan balik seremban. Puas la berjoget dalam keta tu, menahan senak dan pening dan rasa nak muntah. Macam yang biasa aku fikir bila kena senggugut ni, “macam ni ke sakit nak bersalin? Ni baru satu persepuluh je kot..Ya Rabbi, ampunkanlah dosa-dosa aku”. [bila sakit baru nak ingat dosa pahala]. Setel satu hal lagi.

Bawak ke hari Jumaat, keta dah terhencot-hencot. Boleh dia kejap-kejap mati. Rasa macam bawak manual pulak hari tu. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan balik, hiway jammed plak..dah, kejap-kejap kena start keta. Tengah2 belok simpang, enjin mati. Gilo! Stereng pun jammed wooo..Tutup air-cond, ok sket. Pastu, hujan pulak. Masuk tol seremban, aku dah kuyup separuh badan. Mana taknya, kalau tutup tingkap, kelabu asap cermin keta. Sampai kat tol, mati. Nak jalan lepas bayar tol, mati. Kat lampu trafik, mati. Sumpah-seranah orang belakang aku tak tau dah berapa bakul. Hon takyah cerita la. Nak berenti, lagi takut, sebab hujan lebat, pastu kang aku lak lemas dalam keta tu. Basah pun, basah lah. Nasib baik skill bawak keta manual leh pakai lagi. So, imagine la, bawak keta auto tapi, skill manual. Bukan calang-calang oooo…sampai kat bengkel, nasib baik la cina tu tunggu. Rupanya, throttle body dia problem. Sekejap je pun nak baiki dia. Cina tu pulas tak sampai seminit pun. Tapi, dia punya azab, dari putrajaya sampai ke seremban aku harung.

So, Isnin ke Jumaat, aku dapat rasa terkejut, syukur, terkujat, lega, kuyup, bersyukur dan begitulah seterusnya…kesimpulannya, sabar separuh dari iman..

Monday, December 6, 2010

Penilaian Tahunan

Hmm...it's now time for evaluation..
I'll be evaluated..And I'll be evaluating person.
Where do I stand?
Adil? No Hard Feeling?Personal?

Bukan apa..bila menilai orang ni, ada bebarapa sudut yang perlu diberi perhatian. Lebih berhati-hati.. Kita menilai dari sudut individu? Baik ke, orang tu dengan kita? Adakah dia melawan? Adakah dia ada masalah peribadi?

Sepatutnya, kita menilai dari sudut profesional sahajakah? Sejauh mana kerjanya dilakukan dengan cekap dan berkesan? Melakukan kerja dengan betul? Mampu menyampaikan idea tapi kerja buat tunggang langgang?

Well...this is my first time evaluating my co-worker, clerk or maybe I could call colleague. So, I hope that I could be natural. Despite him being ignorant and hard-headed, I hope I could justify his work clearly, without any grudge clouding my judgement. 


Sunday, October 24, 2010

Hari Yang Sejuk

Hari ni, hari Ahad...
Hujan turun dari malam tadi [tak ingat sejak pukul berapa]
Dan berterusan sampai petang..
Nak ikutkan, semalam dah rancang hari ni nak kuar, pegi window shopping..
Tapi, as usual..kalau WS sesorang, boring la..so, in the end, jadik couch potato jer..
Hari ni, berjaya masak asam pedas. Tapi, sebab takde ikanyg sesuai, masak asam pedas ayam jer..
Hmmm...kalau ada mi siput kan bes...leh makan mi siput dgn asam pedas....huhuhuhu...sedappppnyaaaa....
Rumah pun, lebih kemas dari biasa..Petang ni, kena jugak kuar ada urusan...Nak tengok sample t-shirt..
Huhhh...Isnin sok, kelam kabut lagi..urusan pakej tak setel lagi..
Ok...here we go...

Sampai hati si polan ni, dah la dia tak luluskan lagi pakej aku yang dah aku hantar sejak bulan lapan dulu, boleh dia cuti...PTD really suckss...
That's all that I could right now..
Aku memang tgh nyumpah2 dalam hati nih...
Kalau la aku boleh tadah kata2 pujangga yg aku nak sampaikan orang yg berkenaan ni, mmg dh berbakul2...

Tak payah lah cemarkan ruangan indah ni dengan perkara2 tak manis nih...hehehe

Makcik sebenarnya cemas...anyway, I miss my hubby too...

Thursday, October 21, 2010

Kalau Hidup Nak Nyusahkan Orang...

I temper dalam seminggu dua ni..
nasib baik drama berakhir dengan baik..
Alkisahnya, pegawai yang menguruskan permohonan buat pakej ni..
Awak tu, sepatutnya, membantu orang, bukan nyusahkan orang.
kalau la nak follow the book sangat, follow la betul2...Bagi buku tu skalik kat kita yang tak tau apa2 ni...
*sighing*

Urusan kita yang sepatutnya, lebih awal lagi dah setel, x setel2 jugak. Dari minggu lepas lagik..dok query.
Satu...satu di query...Hello, ko buat keje ke idak ni? Aku dah antar sejak sebulan lagi, ko baru nk query. itu pun, sebab kitorg pg push...*special thanx to my colleague*

Manusia ni, memang la...kalau ada kuasa tu, esp kalau dia yg sain bg lulus or tak lulus, mula la...macam2 karenah. Yang aku dok pelik sangat2 tu, pakej bulan tujuh haritu, dia jugak yang luluskan. Takde pulak minta bukan2. Yang aku mohon ni, pulak dia mintak waran itu la, nombor kad pengenalan la.. mentang-mentangla, haritu, org laki2 yang mohon...dia pun kekwat la  [sangkaan buruk aku semata-mata].Aku check dalam pakej lain, takde pun jadah2 tu sumer...Hanginnn....Macam la, duit yang nak diluluskan tu, duit poket dia or, duit bahagian dia...Oppss..itu duit kerajaan...yer...saya akur...tapi, program tu buat untuk pelajar kita jugak...anak2 kita. Bukan la aku buat program tu untuk aku bersantai2 kat tepi pantai, berlari2 di gigi air...hnssss....

Actually, aku pun hinsap (insaf) atas kejadian ini. Pengajarannya, we could not expect that everything could go on smoothly every time. Macam-macam masalah akan timbul sebab kita keje dengan manusia. Semoga Allah memaafkan segala salah-silap aku memaki hamun mereka2 yang berkaitan dan juga memaafkan kesalahan dia kerana menyusahkan kerje org lain....huhuhuhuhu...kena mintak maaf ke???

P/s: permohonan yang aku hantar dari bulan 8 lum lulus lagi, amacam?

Friday, October 1, 2010

Nak Balik ke Tak?

Saya konpius..
Rasa macam nak balik kampung tapi...
Bajet maaa...strict budget nih. Almakluma...dah berangan2 nak menyejukkan diri ke UK next month.
Lagipun, minggu lepas dah balik...Minggu depan, nak balik lagi..Adik pulak konvo..Dia dah sound suh pegi..
Kononnya dulu saya konvo dia datang...Lagipun, dia konvo ijazah sekali jer...memang la saya nak pegi.

Akan tetapi, kalau saya balik minggu ni, suami x dapat ikut sekali. Hmm..
Kerja beb!!! Actually, next week pun dia takleh ikot.
Nasib la, kawen dgn org bukan gomen ni. Hujung minggu pun kena jadik penyelia.
So, balik tak balik?

Kalau balik, leh bawak stock tupperware yg org order...leh dapat duit..
Hehhh...Pastu, leh potong baju, jahit baju.
Amacam? Banyak berat ke balik jer nih...
Kalau x balik? Leh pg jamuan raya umah org...Leh berehat-rehatan..leh jimat duit..Jimat minyak.
Hmm...

Lama dah x jalan2 rumah kawan...Rasanya, aku tak beraya lagi mana2 umah kawan pun. Not even 1!!! Haiyyoo...

Thursday, May 13, 2010

Tekanan...

Apakah tekanan paling hebat setelah berkahwin?
Tettttttttttttttttttt!!!!
Salah...buat masa ini, saya rasa tekanan paling hebat adalah bila saya ditinggalkan kerana hubby outstation memancing. Ohh...bila saya balik umah nanti, kosong...[wahhh...mengada-ngadanya].
Hehehe...jangan marah ok...
Saya tau banyak lagi perkara yang lebih tensen [tapi, suka ati kita la nak tensen pasal mende ni sekarang, len kali tensen pasal mende lain la plak].
Maka, seharusnya saya pegi buat terapi menghilangkan tekanan akibat ditinggalkan suami...
Hehehe...namun begitu, sesi terapi saya telah ditetapkan pada 23hb nanti. lambat pulak lagik..Adoii...Nak cepatkan terapi ke hujung minggu ini, duit pulak tak mencukupi tapi, kad kredit boleh pakai..hohoho...
Tengok pulak wish list CWK, makin menggerutu la hati saya...uh uh uh...
Akhirnya, terapi terbaik untuk saya adalah balik kampung. Boleh saya jahit baju. So, nanti masa sesi jenjalan terapi dengan CWK, boleh la saya tambah koleksi fabrik bermutu dari J*kel...ngehngehngeh...

Friday, May 7, 2010

Hati berbulu

Bila prosedur yangdibuat, kita sendiri yang tak ikut, apa nak jadi dengan pengurusan kita?
Satu hal kita berdepan dengan pelanggan, dah tentu pelanggan tak tau apa keributan yang kita hadapi.
Tapi, kalau org dalam sendiri yang buta mata, buta hati tak ikut prosedur yang sendiri cipta, haru bebbb!!!

Ok...imagine this...Kalau pasaraya kata, pada tarikh sekian....orang pempuan jer boleh masuk. Kalau lelaki nak masuk, kena hubungi pengurusan pasaraya seminggu sebelum tarikh yang dinyatakan tadi.
Ok, ramai lelaki yang call nak merayu nak masuk. Pastu, kalau last minute (sehari sebelum ke, 3 hari sebelum tarikh tadi) pun ada lagi orang yg buat rayuan, dah tentu la x boleh kan? Dah syarat kita seminggu sebelum. Kalau sorang kita bagi, yang lain, kenapa x bagi pulak???

Aku fed up nyahhh!!!

Friday, January 29, 2010

Tak Tentu Arah

Sudah dapat kereta. Dan didenda RM50. Takpe...takpe...amal jariah. Salah sendiri kannn..
Satu hal algi tak setel. Handphone tertinggal kat umah Makcik kat Kajang. Beria-ia la suruh si Farid simpankan, suh off kan hp tu la...bagai-bagainya. Sekali pagi tadi, aku bawak keta aku, tetiba aku terdengar kucing mengiauuu...

Hoh...kucing mana pulak ada dalam keta aku nih?
Takkan bayar denda kena clamp keta dapat kucing free pulak kan?
Teringat la pulak, alarm hp aku [yang kononnya tertinggal kat Kajang tu, bunyi kucing].
Lahh....ada dalam keta rupanya. Mati-mati la aku ingat aku tertinggal kat sana...Cehhh...
Maknanya berapa hari dah kucing aku tu mengiau dalam keta tu..huhuhuhuhu...

Cehh...sian sahabat-sahabat ku yang memanggil. Termasuk tunangku yang kecoh aku tak amik lagik hp tu. Dia tak tau lagi ni. Kalau dia tau.....

Aku pun takleh nak kabor kan bab tak tentu arah aku ni...mereng dah agaknyaaa....ya ampunnn

Friday, November 20, 2009

Jauh Perjalanan....

Sempit la poket...

Penat...tak yah cerite...tapi, nak cerita gak.

Penat tapi, masih lagi aku terpacak kat Seventhheaven (nama laptop) ni. Berapa lama dah tak update?
Dari mingu lepas dok merayap...

Penat...tapi, seronoknya tetap ada...banyak pengalaman dapat. Pengalaman apa?

Hari pertama perjalanan:

  1. E ticket yang dinanti2 sejak hari khamis (sebelumnya) belum dapat. Jam 7.30 pagi dah nak kena naik teksi sebab flight dari KLIA jam 8.15 pagi. Apa jadahnya...6.50 am sampai opis, try buka emel tapi, disuruhnya kik link itu la, inilah...bagi je la nombor e-tiket tu kan...punyer la panjang ayat dalam emel tu, nak tulis nombor tu pun susah ke? Bangang betul...[sumpahan yang jujur lahir dari hati yang kalut]. Sudahnya, nombor tak dapat jugak sebab internet down...POYO.
  2. Teksi sampai lambat 5 minit. Tiba di KLIA jam 8 pagi. So, tak terlewat check in. Nasib baik leh retrieve nombor e-tiket kat sana dan wat self check in. Okey...settle...soru.
  3. Jeng..jeng...jeng...distracted kat bahagian sye shadow Lancome. OMG!!!! Tiba2 jer aku jadik glamer kat KLIA. Namaku yang berjela org susah nak ingat tu, diumumkan untuk panggilan terakhir. Tak pasal2 aku berjoging dalam KLIA. Hawau punyer Lancome.
  4. Selamat menaiki pesawat dan dapat duduk sesorang dalam kapal terbang. Tak pernah2, aku pening dalam flight. Semua benda aku rasa busuk. Kerusi busuk, laki2 kat depan aku aku rasa berbau, yang kat belakang, aku rasa wangi sangat. sampai kat airport penang, cari tandas,Uwekkkk!!! fuh, lega sket.
  5. Tunggu beg, sampai ke penghabisan beg, beg aku tak muncul2. Aik!!toleh2, ada 5 orang lagi tengok aku. beg diorang pun takde. Lega sket, bukan aku sorang. Maknanya, bukan sebab aku berjoging tadik la kan... So, buat report, kena la tunggu beg tu dikesan. Orang kolej Perlis dah tunggu, aku cabut jer. Ada majlis perasmian jam 2.45 pm. Tengok bawah, JEANS!

    Takkan aku nak hadir majlis rasmi pakai jeans? Yang lain semua ok, kasut bertutup. Tudung cun, baju korporat, ok la, rasmi la jugak walaupun tak ayu. Hnsss...apa nak buat ni? Apa lagi, suruh la driver singgah mana2 kedai beli seluar slack. dengan duit yang ada dalam tangan, nak beli satu set [baju kurung sampai kain dalam], tak sempat aku nak uruskan. Akhirnya, dalam masa 15 minit aku dapat selai slacks. Alhamdulillah. Sampai kolej Perlis jam 2.15 pm. Sampai rumah tamu, mandi sejirus, solat, buat regangan badan sekilas dua, kena pegi balik ke dewan untuk majlis perasmian. Huhhh...
  6.  

Tamat la kisah yang meletihkan aku. Itu baru separuh hari pertama...yang hari lain2, takyah la aku citer....


Tuesday, October 20, 2009

Managing Management

I did not know which one is worse. Having to leave some work behind because you have to start something (work) new or having to start a new one because you have to leave the recent work. Hmm..You get me?
Nope? Me neither. Hahaha...

I've been given a new portfolio which is totally different from the recent one I was handling. Okay..But it made my goal even more clearer. I have yet to feel an excitement, or remorse or afraid or even doubt on my ability to handle this.

So, as positive as I could be, I'm telling myself to gather my faith so that I won't fall even though I might once in a while staggered on the rough lane that I've chosen. But, in case of a fall...???

Tuesday, September 1, 2009

Tension oooo

Perkara paling membencikan kerja di Putrajaya:
  • Parking kereta (giler susah dan berterabur).
Aku terpaksa bertolak seawal 6.30 am, selewat2nya 6.45am untuk membolehkan aku parking. Tiba di bangunan pejabat sekitar jam 7.00am.
Nak parking boleh dalam bangunan, so, tak kena hujan-panas. Cuma, kekadang ada masalah kena block dengan keta lain. "Hello, kalau dah tau orang nak balik jam 4.30 or 5.30, turun la sekejap, alih keta tu. Tak pasal2 kena tolak sana, tolak sini. Kalau parking tayar elok lurus, takper. Ada pulak jenis, dah le block kereta orang, dia tarik hand brake pulak..."Atau parking tepi bangunan. tak kena block kereta orang.

  • Kesesakan Lalu lintas.
Kalau keluar lambat sikit jer, araound 7.15 mesti dah tersenggut2 bawak kereta nak masuk Parcel E ni. Itu barui citer nak datang kerja. Balik kang satu hal pulak...
Apa la yang boleh dibuat untuk mengatasi perkara ni? yang aku buat ialah:
datang seawal mungkin, balik on the dot.
Maka aku telah digelar POLKA DOT..

  • Kesejukan dalam Pejabat
Sejuk la dalam pejabat ni. Lurus kaki pun melantun kaki bengkok balik sebab tak tahan sejuk. Bulu2 kaki pun tak mampu menahan kesejukan. Banyak dah ikhtiar...joging dalam bilik sendiri, baring bukan cadangan yangbaik. Keluar dari pejabat? Nak carik nahas. Pakai baju sejuk? Dah 4 lapis baju dah pakai. badan boleh lah tahan. Kaki? Takkan nak pakai berlapis2 kain or seluar kat dalam kain? Buruk benar nampaknya..Nak kata takde lemak, dah berkilo2 aku ternak sejak datang sini..Hmmmm...Dah setahun, x biasa2 lagi...

Wednesday, June 3, 2009

ewah...ewah...cakpong...cakpong...2

Hehehe...I can't stop blaming myself over having "short-term memory".

I did received the documents (fotocopied). Sian 'abang' aku...betul la dia ada bagi. I salute his confidence. And as for me? Learn from this incident.

I called the insurance office. And unfortunately, my record was not even there!!!!!! Argghhh...tension again. This Mr. Suresh promised to check on my record from his collegue and promised to call em back. I've been waiting for him until now...He really broke my heart like no other man have ever done to me...sob...sob...sob... Tak nak ar naik mahkamah...

Photobucket

Tuesday, May 5, 2009

Such a Pessimist, Not an Opportunist.


these past two days proved to be a lagging phase that I'v to go through once in a year. Or, maybe twice a year or, could be once a month? Hehehehe... I got up early in the morning, feeling restless, walking the miles to the office and spend the day on my chair, in the cold room. A part of it, feeling more restless. My mind don't exactly energized to think about works. All I could manage was a few letters to sort things and a few scratches to make plans. But, that's all about it. What's happening to me? Is this the lifestyle that I have to go through at this phase of age or, was it because of me, being sick and all that, I was not meant to this kind of job? Half of my heart would say yes but part of it, the heroes part says that I've given up.

No more Optimism, selalu merungut...Saying negative things such as..."Entah...Dia yang buat tak betul, kita yang kena."

Why would people become like this? I could put the blame on surroundings. What choice do I have? Blame me? Me? Me?