Monday, April 11, 2011

Pakcik Saya dah Nikah

Tahniah kepada pakcik yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya pada 12 Mac 2011 tempoh hari..
Seronok menghantar pengantin ni..Walaupun jauh nun di Utara. Tambah seronok lagi, bila dapat ke Pulau Langkawi selepas itu. Pertama kali pergi dengan suami...walaupun dapat pergi semalam jer, berbaloi juga la dapat pergi sebab dapat riki harga Corelle...MURAHHHH...

Apa yang seronoknya, ke Langkawi tu? Hehehe...macam biasa la org Pompuan kann....Pinggan Mangkuk dan cokolat.

Saat mendebarkan pengantin lelaki, menjawab soalan-soalan dari Tok Imam.
Pengapit pengantin yang ditempah khas..sedang menganalisis situasi pengantin lelaki.
Saat paling kekok bagi pasangan pengantin..Kena 'pose' cium depan org..
Hissyyy...nasib baik aku dulu kena cium tangan jer...
Pengapit yang berpengalaman..Perempuan yang di sebelah tu, tumpang glamer jer...


Friday, April 8, 2011

Kebersihan Vagi** dan Bidet Pipe [13 SX,13PL]

Amaran! Entry ini banyak menggunakan perkataan yang tidak sesuai untuk dibaca oleh anak-anak yang belum belajar 'Sistem Pembiakan Manusia' atau Pendidikan Kesihatan.

Berdasarkan kepada bahan-bahan bacaan dan rujukan pelbagai seperti majalah-majalah dan internet, rata-rata menyatakan kebersihan vagina adalah sangat penting dan berkait rapat dengan cara dan teknik mencuci terutamanya selepas melepaskan hajat atau lebih mudah bahasanya, 'buang air besar'.

Berdasarkan artikel berikut, menyatakan:
  1. "Because infectious agents such as bacteria and yeasts are found in the intestine, after defecation a woman must wipe herself from front to back vaginal area first, rectum after" [Article Source: http://EzineArticles.com/346307].
  2. "After every bowel movement it is wise to clean the anus area from front to back and not from the back". [http://www.ayurvediccure.com/womenshealth/proper-vaginal-care/]
Sebenarnya, aku musykil dan tak selesa menggunakan tandas yang guna sistem Bidet Pipe. Yang pancut air dari bawah dan belakang tuuu...Rasanya, tak perlu la nak cerita detail kat sini kan. Kesimpulannya, bila kita siram bahagian anal atau vagina, menggunakan sistem Bidet Pipe, sudah tentulah siraman air akan dari belakang ke depan. Dan, tidak mustahil  kotoran dari anal akan terarah ke vagina jika tidak dikendalikan kaedah cucian itu dengan hati-hati. 

Hissyyy...kenapa la aku buat entry ini pulak kan...Sebenarnya, tertanya-tanya, apa motif Bidet Pipe itu disediakan. Kalau dalam kapal terbang tu, aku faham la, luas kawasan tak berapa besor benor. Kalau ada paip tu kang, menjela-jela pulak hos dia kan...Adakah aku jer yang tak pandai pakai Bidet Pipe ni? hahahahaha

CIMB...Tahniah

Selepas entry saya sebelum ini..."Again...about CIMB", saya cuba membuat transaksi untuk pembayaran bil Celcom Pasca Bayar dan telah berjaya. Tahniah kepada CIMB...

Wednesday, March 30, 2011

Again..About CIMB

Aku sangat tak paham apa yang sdg dilakukan oleh CIMB...

Kat 'Halaman Rumah' dia, tulis...dah boleh bayar bil CELCOM...Bukti? Ok...tadak hal..

Yang menjadikan kemusykilan di akal fikiran aku yg tengah semak ni, bila proceed payment celcom aku, yang keluar...
Padahal, semua perkara dah aku isi...Bila di telefon...dijawabnya, perkhidmatan untuk prabayar celcom tidak dapat dilaksanakan buat masa ini..Apakehenyer yeop? AKu bukan nak call pasal prabayar...tapi pasal postpaid...apsal sistem panggilan korang ni macam hampassss sangat...haaa?[gaya Nasir Bilal Khan]...Makin lama, aku makin fed up dgn Cimbclicks ni...semakin unreliable..

Aku sahaja kah?

Tuesday, March 15, 2011

'Resipi Rahsia' di Alamanda

Aku memang dah lama "current" dengan tempat makan yang satu ni...tapi yang kat Alamanda je la...Yang kat Sogo ke, kat Presinct Diplomatik ok jer...Lum penah lagi jumpa benda pelik2..

Actually, dah lama aku rasa ralat sangat sebab makan kat sini caj perkhidmatan dia antara yang tertinggi...sehingga 10% beb...banyak tu...Kalau makan harga RM100, kita kena bayar RM10..tak banyak tu? Belum lagi kira cukai kerajaan 6% kan..(dulu 5%)..Bab cukai ni satu hal lagi...nanti la aku bebel kat entry lain pulak. Sikit2 cukai..sikit2 cukai. Pakai telefon cukai, keta cukai, astro cukai..banyak benor duit rakyat ni skang. Padahal sykt tu, kaya dah bebilion...kita ni duit bulan2 ribu-ribu jer..bila dah tolak itu ini, tinggal la ratus2...
Eheh...kata nak bebel kat entry lain kan...hahahaha...


Berbalik kepada isu 'Resipi Rahsia' ni...yang kat Alamanda ni...
Bab service memang kelas C...buleh gak aku nak value kan kepada D sebab berapa kali dah kena kat aku n the gang, makanan dpt lambat gila. Tapi, sebab yang hantar tu, muka manis lagi, aku bagi C dulu. Yang paling aku tak tahan sampai bagi C kenapa?

Selain lambat [note: mungkin sesetengah orang je kena kan...maklumla, kebetulan mungkin waktu aku dan kawan2 pegi tu, waktu bz giler..Orang dalam kedai dah ramai, kitorang antara yang terkemudian..], tak de pulak dia bagi something seperti kudapan untuk kitorg buang2 masa tunggu makanan yang tak sampai2 tu... Adake, order yang dia dah amik, boleh dia tak tau nak bagi meja mana..Logik tak? Logik kot..
MAYBE:Yang amik order org lain, yang antor org lain. So, sama ada borang order tu, hilang, atau tulisan tak difahami atau nombor meja tak ada so, takleh nak cam. Maybe dia main tulis je, posisi meja tu kat mana. Cth: Meja tepi tiang, 4 orang perempuan tak lawa pakai baju tak cantik, tepi kolam.

Bila yang hantar order tu pulak, orang lain. So, bila dia datang cari meja tepi tiang ada dua orang jer [2 orang lagi, pegi Carrefour beli barang], LAWA pulak tu kan [ikut penilaian dia la]...maka dia pun KELIRU [salahkan ku...jangan salahkanku...]. Puas la budak tu pegi tanya dari satu meja ke satu meja, "ada order bla..bla..bla..tak?".. Adoi....takkan nak kena ajar pulak macamana nak manage order kan?...kang aku charge pulak perkhidmatan aku kan...

Pernah juga aku nampak kejadian depan mata...ada pekerja terjatuhkan sudu ke atas lantai. Sepatutnya, apa dia buat? Ya...ambil sudu tersebut dan hantar ke dapur atau tempat cuci. Yang penting, bukan masukkan balik dalam tempat sudu yang akan dicapai oleh pelanggan atau yang disediakan untuk aturan hidangan untuk pelanggan. Tetapi, itulah yang dilakukan oleh pekerja tersebut. Aku perhati, tengok kot bekas tu memang untuk sudu kotor..Tapi, tidak..sudu dalam bekas tu, semua dah bersih dan ready untuk digunakan. Waddehello...Salah aku juga. Hingga ke hari ini aku terbayang2 perbuatan pekerja tu..Kenapa la aku BODOH sangat, diamkan perkara tu dan tak tegur apa yang dia buat? Aku memang teruk...

Kejadian makanan lambat boleh dikatakan perkara biasa. Pernah, member aku dapat makanan lambat. Orang lain dah tinggal suapan terakhir, baru dia dapat...tomyam lak tu, nak makan dah tentu amik masa...Kawan aku ni, saja bertanya nak memecahkan suasana yang tegang akibat kelaparan dan kemarahan..
"Ni boleh dapat free ke?"
"hari ni semua orang dah gaji. Kenapa nak free pulak, lagi pun...[aku dah tak ingat dah apa dia cakap...angin dah naik ke kepala]"
Dah la ko lambat...Orang tak marah pun dah cukup bagus. Orang tanya elok2, jawab la cara baik. Nak ceramah kita pulak.
Aku terus jer sound mamat tu.."Encik...tak payah banyak cakap. Kalau tak boleh, cakap jer Tak Boleh..Tak payah nak membebel"
"Apa pulak..saya kan dah cakap minta maaf tadi.."
{Ntah bila masa dia cakap ntah..)
"Takde...kalau tak boleh, cakap jer TAK BOLEH..Tak payah panjang2 kat sini!" Mamat tu pun blah..
Sakit hati aku [aku pulak tolong gado]. Kawan aku tu, tunduk jer makan tomyam dia. Bila mamat tu blah, baru la masing2 angkat muka..."Ntah apa2..dia yang lambat"
Cisss...kawan2 aku ni...takde semangat juang langsung!