Wednesday, April 13, 2011

Cokolat Kegemaranku

Saya suka cokolat ini...

Especially yang berisi dengan 'Hazel nut'.
Ada orang buat lawak x semenggah...depa kata ini cokolat cote gajah...
Aku wat tak tau jer...tengok2 kandungan dia, tak ada yang meragukan...so far laaa...
Next time kalau ada org buktikan sebaliknya, wajiblah kau menerimanya..hohoho

Ada pilihan nak 'black chocolate' atau 'sweet chocolate'..
Saya tak kisah yang mana2. Nak kacang badam pun ada...tapi saya lebih suka yang Hazel nut..
Nyummm...
Ada lagi satu yang sedap...yang ini mmg kacang badam..

Almond Gold...ohhhooooiiii
Yang ini, saya cuma dapat jumpa kat Langkawi jerrr...
Cokolat Gajah atas tadi tu, kat Labuan dgn KLIA pun ada..tapi mahal oooo..
Harga cokolat gajah tu di Lapangan Terbang, mencecah RM20-an.
Kat jeti Kuah, harga dia RM12.90.
Di Labuan pula, saya jumpa harga dia RM14.
Di Langkawi????RM9.90..pernah saya jumpa harga dia RM9.50.
Boleh???

Yang Almond Gold ni pulak, harga dia sebungkus RM5.90. Ada 3 bungkusan kecil.

Paying Tax

Have you done your part?

I did..

Yeahh...for those who wants to take the same action, please go to this site...
https://e.hasil.gov.my/

You forgot your password? Do not worry, k...
Just click at "Terlupa kata laluan" button..
Or call their help desk at 03-42893535.
They have been very helpfull.

Paying tax is ok...but what bothers me most is...how many tax should i pay? Home phone line...6%. Astro:6%. Handphone line...6%. So, in total..I have to pay 18 % monthly [minimum].

**Hohohohoho...macam sudah salah...salah kira-kira ek...bila kira tadi mcm betoi...nasib baik kakak i betolkan kira2 ai...hmmm...soalannya...bil astro kita bayar 6%...cth: kalau jumlah RM100, kita kena bayar RM6. Betol? Tambah bil TM, kena bayar lagi 6%. Dgn figure yg sama, setiap RM100, kena bayar RM6. Tambah pulak bil Celcom..lagi RM6 daripada bil RM100..So, tambah semua, jumlah RM18 cukai kena bayar. Tapi, RM18 daripada jumlah semua RM300..bila kira balik, 6% jugak la...haiyyaaaa....sudah fail ini math...xpe...xpe...masih belum terlambat untuk belajar...**

Hmm....Berapa banyak lagi cukai nak bayar ni? Pergi makan kena cukai...atas jalan kena bayar..itukah bayaran akibat dari globalisasi yang nak tak nak kita kena terima dewasa ini?

Rasanya tagline "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" adalah juga sesuai untuk 'rakyat didahulukan untuk membayar cukai, pencapaian pungutan cukai diutamakan untuk memastikan duit tidak habis'...hohohoho.

Monday, April 11, 2011

Pakcik Saya dah Nikah

Tahniah kepada pakcik yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya pada 12 Mac 2011 tempoh hari..
Seronok menghantar pengantin ni..Walaupun jauh nun di Utara. Tambah seronok lagi, bila dapat ke Pulau Langkawi selepas itu. Pertama kali pergi dengan suami...walaupun dapat pergi semalam jer, berbaloi juga la dapat pergi sebab dapat riki harga Corelle...MURAHHHH...

Apa yang seronoknya, ke Langkawi tu? Hehehe...macam biasa la org Pompuan kann....Pinggan Mangkuk dan cokolat.

Saat mendebarkan pengantin lelaki, menjawab soalan-soalan dari Tok Imam.
Pengapit pengantin yang ditempah khas..sedang menganalisis situasi pengantin lelaki.
Saat paling kekok bagi pasangan pengantin..Kena 'pose' cium depan org..
Hissyyy...nasib baik aku dulu kena cium tangan jer...
Pengapit yang berpengalaman..Perempuan yang di sebelah tu, tumpang glamer jer...


Friday, April 8, 2011

Kebersihan Vagi** dan Bidet Pipe [13 SX,13PL]

Amaran! Entry ini banyak menggunakan perkataan yang tidak sesuai untuk dibaca oleh anak-anak yang belum belajar 'Sistem Pembiakan Manusia' atau Pendidikan Kesihatan.

Berdasarkan kepada bahan-bahan bacaan dan rujukan pelbagai seperti majalah-majalah dan internet, rata-rata menyatakan kebersihan vagina adalah sangat penting dan berkait rapat dengan cara dan teknik mencuci terutamanya selepas melepaskan hajat atau lebih mudah bahasanya, 'buang air besar'.

Berdasarkan artikel berikut, menyatakan:
  1. "Because infectious agents such as bacteria and yeasts are found in the intestine, after defecation a woman must wipe herself from front to back vaginal area first, rectum after" [Article Source: http://EzineArticles.com/346307].
  2. "After every bowel movement it is wise to clean the anus area from front to back and not from the back". [http://www.ayurvediccure.com/womenshealth/proper-vaginal-care/]
Sebenarnya, aku musykil dan tak selesa menggunakan tandas yang guna sistem Bidet Pipe. Yang pancut air dari bawah dan belakang tuuu...Rasanya, tak perlu la nak cerita detail kat sini kan. Kesimpulannya, bila kita siram bahagian anal atau vagina, menggunakan sistem Bidet Pipe, sudah tentulah siraman air akan dari belakang ke depan. Dan, tidak mustahil  kotoran dari anal akan terarah ke vagina jika tidak dikendalikan kaedah cucian itu dengan hati-hati. 

Hissyyy...kenapa la aku buat entry ini pulak kan...Sebenarnya, tertanya-tanya, apa motif Bidet Pipe itu disediakan. Kalau dalam kapal terbang tu, aku faham la, luas kawasan tak berapa besor benor. Kalau ada paip tu kang, menjela-jela pulak hos dia kan...Adakah aku jer yang tak pandai pakai Bidet Pipe ni? hahahahaha

CIMB...Tahniah

Selepas entry saya sebelum ini..."Again...about CIMB", saya cuba membuat transaksi untuk pembayaran bil Celcom Pasca Bayar dan telah berjaya. Tahniah kepada CIMB...