Tuesday, February 2, 2010

Hujung Minggu

Saya telah berjaya demam...alhamdulillah...Terlantar keseorangan di Putrajaya, dengan suhu badan yang nasib baik tak panas sangat...Kira ok la. Sebelum ni asyik la kejap mcm nak demam tapi, tak demam..Badan jadik letih bila demam tak jadik ni...

Itu pun, nasib baik housemate saya ada bersama saya hari siang sabtu. Maka, takdela keseorangan sebenarnya...Hehehehe...Cuma, banyak perkara yang di target nak siapkan, tak tercapai. Satu je berjaya dibuat...Iaitu...membuat pesanan penghantaran (delivery order) Domino's Pizza Puff Crust...Yeahhh... I like...
Hehehehehe....

Hari Ahad berlalu dengan perlahan kerana masih demam dan hingus meleleh-leleh.

Hari Isnin cuti lagi!!!Yahoo...dan beberapa perkara selesai dan sebagai manusia yang daif, masih ada lagi beberapa perkara yang tak selesai..hmmmmm...

Baju saya nak pergi bertandang ke Kuala Pilah, tak siap lagi. Bukan tak siap pun, tak buat pun lagi. Isnin pegi amik kat Seremban, tukang jahit tu dengan tesengih-sengih bagitau...
"Eh...la...anak sedara Fauzana (bukan nama sebenar) ya...Baju tak boleh buat la...Saya dah bagitau Fauzana semalam."
Saya masih tersenyum...sambil kepala mengingat kembali bila tarikh saya hantar baju tu..Yaa...1 Januari 2010. Sekarang 1 Februari 2010. Sebulan..janjinya, amik 30 Januari 2010..Takpe...belum sampai setahun lagi...Dia sambung lagi...sambil tersenyum kebodoh-bodohan...
"Haritu tak amik no telefon ek...Macamana ya?"..Sambil menutup muka menunjukkan kekesalan, tapi masih kebodoh-bodohan...
Hmmm...dia dah cakap dan tanya skrip yang sepatutnya jadi line aku ni...senyum lagi. Sambil memandang mak kepada makcik tu yang tangannya menggigil-gigil..Dahi aku dah mula berkerut ni. Tapi, senyum lagi...Maintainnnn..
"Fauzana tak bagitau ya?" Dia tanya aku sambil tersenyum dan mula menunjukkan muka kerisauan. Sebab dahi aku dah berkerut dan muka aku dah tak senyum. Aku tak pandang dah muka dia....
"Tak". Aku jawab sambil tak pandang pun muka dia. Memikir-mikir, apa patut aku buat ni? Baju ni nak letak atas hantaran..adoiiyaiii...
"Aa...Nanti saya kirim dekat Fauzana la ya. Bila dia balik kampung"..Uihhh...BERNAS nya idea dia...
"Emm...kak, baju tu saya nak bagi kat pengantin lelaki. Buat hantaran" aku memang dah tak senyum dah..
"Laa...yeke..alamak, baju pengantin ye", Muka tersengih-sengih kebodohan balik...[sabar jannah...sabar]..
"Habih, macamana?"...Aik...dia buat muka marah kat aku pulak? Ini dah terbalik...
"Bila akak bagitau makcik saya?"...aku bertanya dengan sopan.
"Emm...2 hari lepas"...
Aik??? Tadi kata semalam bagitau. Ni, jadik dua hari lepas..Kalau aku tanya lagi karang jadik 2 minggu lepas pulak.
"Bak sini la baju tu"...Maka dia pun terkocoh-kocoh mencari kain tu. Masa mencarik tu pun dah nampak dahpotensi baju tu takkan berjahit. Dalam banyak2 kain tu, kat bawah duduknya kain aku tuh. Kalau aku tak datang, mau makan setahun. Dapat je plastik tu, aku tengok baju tu dalam plastik tak berusik. Kalau dah potong, bolehla aku suruh dia jahit, dah siap kang bagik makcik aku. Then, leh suruh syahril amik kat makcik aku... Senang je...bukan susah pun.Tapi, berusik pun tak...macamana?
"Aik...satu apa pun tak buat?"
"Kalau saya dah potong, lagi susah..." Oooo..ada hati nak menjawab dan menampakkan kebodohan yang sebenar yaa...
"Kalau dah potong, tinggal jait je...boleh la tunggu sehari dua..." dan terus belah...Itu lah 'great closure' namanya...dia takde peluang nak balas cakap aku.
Dan aku masih dengan kain yang tak siap itu...Uwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

No comments:

Post a Comment