"biasala tu, tulisan doktor.."
Tapi, bila dah terkena kat batang hidung sendiri, barulah nak mikir sesungguh ye tak..[biasala manusia biasa]..
Anyway, saya sebenarnya, tak berapa setuju sangat la kalau doktor seharusnya kena tulisan cakar ayam ni.
[Read: Saya jarang la jumpa doktor yang tulisannya boleh dibaca dengan lancar]
The problem is...
- Kalau la tulisan itu mmg seharusnya dibaca oleh rakan sejawat dan seperjuangannya [spt jururawat, misi dan MA], takder la saya kisah sangat. Esp kalau ia melibatkan terms dan nama obat-obatan yang org biasser ni tak paham.
- Ini, kalau dah surat perakuan rawatan atau perakuan doktor untuk pesakit menjalani rawatan, dah tentu la yang akan baca bukan doktor sahaja kan. [ai la contohnya]. Esp kalau dia tau pesakit tu nak bagi surat tu ke siapa...orang yang tak belajar perubatan dan tak der kemahiran tinggi membaca tulisan orang [seperti FBI dan InterPol] macam ai ni...boleh tak kalau maklumat berkenaan tu di tulis elok sikit, atau pun buat macam hospital putrajaya...taip. So, kalau istilah seperti ophtalmology atau yang superb dan extravaganza saya tak paham, mmg la salah saya sendiri. Tapi, kalau perkataan (ayat) seperti "I hereby confirmed the above patient is undergoing continuous treatment for having fractured .........tibia. Hope she/he will be excused from her/his programme or postponed..........."
Eh...macam boleh baca la pulak kan...hehehe...itu contoh sahaja ok...sesetengah perkataan itu adalah perkataan ciptaan yang dicipta sendiri berdasarkan common sense [sambil membayangkan diri sendiri adalah doktor] yang mungkin. Kalau salah, maka, salahla.
P/S: Doktor, saya menyanjung tinggi your profession. Tapi, bila saya dapat surat pelajar untuk diuruskan dan terpaksa berkerut2 mata nak membaca surat akuan u, pening la makkk...hehehe...[ini luahan hati insan yang lemah ok. kalau tak suka, sila tutup saja page ini]...macam la ada doktor yg nak baca entri ini kan...kan...kan...
No comments:
Post a Comment