Monday, September 13, 2010

Raya sebagai orang baru

Alhamdulillahh...selesai sepurnama berpuasa.


Yeayy...selesai juga saat kritikal berhari raya...
Kenapa kritikal ya?
Hmm...macam2 hal yang berlaku nak menghadap hari raya ni..
Mana nak sedia duit raya..2 belah pihak. Bank pulak asyik habis duit kecik. Nak bagi duit besar mana la larat.
Bajet maaaa....
Nak bahagi giliran berhari raya.
Nak ambil cuti pulak berapa lama.
Mana nak service kereta pulak.
Nak save duit untuk kegunaan lepas raya.
Baju raya pulak satu hal. Baju raya suami tak beli baru pun, sebab baju hantaran hari tu ada. Tapi, sampai sekarang, x jumpa2. Mana pulak peginya. Mandom saya...sebab semangat nak sedondon, baju pulak buat silap mata.
At last, pada hari Rabu, saya ajak suami mencari sekali lagi kat umah dia...
Saya: Bang, meh cari baju tu.
Suami: Haa...cuba lah carik kat sini. Abang dah cari, takde. Ha, tengok...tengok..
Saya: Hmmm...eh..tu. Ni haaaa...
Suami: Bukan..Tu bukan tu..
Saya: Ni lah dia...
Suami: Bukanlahhhh...
Saya: [mengerutkan dahi, mata dah separuh]
Suami: Eh...yalah...yang ni lah..Laaa...abang ingatkan kaler lain..Hahahaha...dalam kepala bayangkan kaler lain.
Saya: [muka kemenangan...dan tersenyum puas hati]..dalam hati gembira kerana boleh raya sedondon...yeayyyy...setel satu masalah.

Kesudahannya, berakhir dengan baik.
Tahun ni kali pertama beraya dengan orang baru...suami dan keluarganya.
So, atas persetujuan bersama, raya pertama di kampung suami.
Tapi, esok raya, hari ni saya masih kerja. Siap bertolak ke pejabat dari kampung suami...
hehehehehe...poyo...macam penting sangat awak kat pejabat tu..
Anyway, 2-3 hari sebelum raya adalah hari yang paling menggembirakan untuk ke pejabat. Kenapa?
Sebab lalu lintas sangat lah lenggangnya...Kaki saya tak krem lagi menekan clutch. Tempat parking tak berebut2...Jalan kat hiway pun x perlu laju2...seronoknyaaaa....

Beraya di tempat orang untuk pertama kali...Not bad.. Saya tak mengalir air mata pun..hohoho..Semua adalah peranan suami tersayang yang memang tarak romantik langsung...hahahaha...Bersalam-salaman pun gayanya macam lepas pinjam duit kat Ah Long..Hmm...itulah suami saya...Bukan perkara tak baik. Tapi, dia berjaya menghilangkan rasa syahdu yang saya mula rasa bila teringat emak kat kampung yang gerenti punyelah kelam kabut siapkan rendang di pagi2 raya. Malamnya, dia tido lambat. Bangun seawal pagi yang mungkin.
Berbeza dengan di Tg. Ipoh, hari khamis masa saya balik dari kerja dah buleh dah makan rendang cili api ayam kampung. Sedap ooo...Adalah perbezaan juadah berbanding kalau raya kat Johor.Lemang pun, main order je...Jadik, tak delah berkecah macam kat Johor.

Kalau di Johor, Ketupat daun atau nasi himpit dah pasti wajib ada. Seminggu sebelum raya dah sibuk2 nganyam ketupat. Lauk-pauk yang ada macam-macam. Rendang daging, ayam masak merah, kuah lodeh, sambal kacang. Tambahan makanan Kedah, iaitu ketupat daun palas yang disediakan oleh ayah + emak.

Di Tg. Ipoh pula, makanan wajibnya adalah lemang dan rendang serta sup tulang....s.a.h.a.j.a..Pagi lomang, tengahhari sup. Petang kang lomang balik..hohoho...lama dah tak makan lomang. Nasib baik sedap.

Suasana...meriah jugak di Tg. Ipoh. Adik beradik suami ramai dan anak sedara jugak ramai. Tapi, menjelang malam raya baru la bertambah bilangan umat kat rumah tu. Itupun, saya dah tido berdengkur, tak sedar orang sampai. Bertuah punya menantu! Walaupun meriah suasana kat Tg. Ipoh, meriah lagi di Johor. Tahun ni, mak dan adik beradiknya berkumpul di rumah arwah Atok, so, gerenti la meriah. Makcik2 saya kalau dah berkumpul, gegak gempita..Yang berlawak lain. Yang marah anak lain. Yang mengumpat satu grup. Yang mengenakan orang satu grup. Belum lagi kumpulan orang lelaki. Ada je sembang diorang. Pastu tak pasal2 ketawa. Berlawan-lawan mercun..Opppsss....takleh citer lebih. Nanti kena tangkap. Budak2 punya hal lagi havoc. Main berkejar2. Tak pikir penat. Main kat dalam rumah kena marah, sambung kat luar rumah. Pastu bersangkut ke belakang rumah. Kali ni, belakang rumah Atok tak berapa lapang, so, diorang tak pegi pun main kat belakang. Agaknya....

Raya kedua baru balik ke Johor. Tak sempat pun jalan2 kat rumah suku sakat atok. Kereta suami buat hal...tersemput2..Kejap2 kena berhenti. Saya dah suruh bawak keta saya, dia taknak..sebab tak basuh lagi katanya...Ceh...underestimate my car...Yela...org workaholic kan...mana nak sempat basuh keta...Mana lagi bisnes...kahkahkahkah...

Sampai2 je umah Atok, satu lauk raya pun tak ada!!!. Kecewa betul. Yang ada, ketupat jerrr...haiyaa...Pastu, kelaparan, kena masak sendiri pulak tu. Sudahnya, raya kedua dah makan sardin..Mantap...Maka, saya kecewa kerana tidak dapat memaksa suami makan lauk orang Johor walaupun dia sebenarnya hanya suka lauk rendang...Takpe...tahun depan ada lagi...

No comments:

Post a Comment