Bayangkan perasaan, baru balik dari yahu-yahu kat London, balik-balik, lepas yahu-yahu pulak sambut raya kat kampung, baru perasan telepon umah kena potong. Maka, internet pun tidak buleh la kan...hadoii...
Berdasarkan sikap percaya kepada kepakaran 'service provider' iaitu TM, maka saya carik bil, dan menyalahkan diri sendiri yang terlupa membayar bil sebelum berlepas ke UK tempoh hari. Eh..jumlah bayaran RM200++. Hisyy...byk nyer aku pakai [Masih tidak sedar kepincangan yang berlaku]. Ditambah pulak desakan adik yang hidup dan nyawanya bergantung kepada sambungan internet, maka saya pun, dengan akurnya, membuat bayaran melalui cimbclicks pada keesokan harinya.
Naluri yang mengatakan ada sesuatu yang tak kena. My concsience says that:
Kenapa pulak sampai 200++? Berapa bulan dah aku tak bayar? Sedangkan, tiap gaji, aku bayar bil online...
Sebulan patutnya 70 je..phone skali dgn internet. Ni kalau dah 200++ maknanya, aku tak bayar 3 bulan???
Ok...cool man...cool...
Seterusnya, bercampur dengan bengang sebab naluri mengatakan, tunggakan aku tak sepatutnya sebanyak itu, berserta adik yang nyawa macam nak terputus sebab tak ada internet,
Semak...semak...belek...belek...
Hohh...apsal ada bayaran aku yang tak appear dalam bil nih? Bukti dah ada...maka, haruslah gado kan...berkobar-kobar ai...napas mendengus-dengus, dan hidung kembang-kempis dek semangat keperwiraan yang tertanam dalam diri ini..heh...nak call mcm mana? Nasib baik adik pakai celcom. Kalau Maxis, xleh dail 100.
Baru pembukaan, telephonist mintak no tel, nama dsb. Terus jer dia buat declaration.."Ya, nombor cik ni, dah kena sekat sebab ada tunggakan sebanyak bla..bla..bla.."
Cis...aku tau la, sebab tu aku call ni...
"Cik..pertamanya, saya nak tanya...bla...bla...bla.."
"Oh..ikut pada rekod, cik mmg ada buat bayaran sebyk bla..bla..pada 25 Ogos. Bil kita keluar pada 25 Ogos, sebab tu dia tak keluar dalam bil"
"Ya..saya faham..Tapi, dalam bil bulan September pun dia tak deduct. Sedangkan sepatutnya, lepas tolak bayaran tu, saya dah terlebih bayar tau" Suara dah mula naik.
Nak ikutkan, perbualan tu panjang lagi. Malas aku nak wat transkrip perdebatan sihat kitorang ni. Sebabnya, aku terpaksa ulang skrip yang sama beberapa kali sampai suara aku dari tahap barritone, dah jadi soprano dah...baru dia nak paham. Cehh...
Kesimpulannya, nak gadoh, mesti buat persiapan rapi. Bukti mesti cukup dan valid. Jangan main ingat jer. Gunakan balik bukti yang dia gunakan ke atas kita. Kenal pasti kekuatan kita dan point yang menjadi kelemahan pihak lawan ok. Selain itu, cuba point out sekali cadangan dan penambah baikan kepada pihak lawan..hehehe...supaya nampak kita berniat murni dan jujur..
In the end, walaupun saya rasa puas hati dan berjaya buktikan bahawa saya benar, saya tetap telah terlebih bayar sebanyak RM100, yang mana dengan seratus itu, saya buleh buat makan Nando's, beli buku, komik, tengok wayang dan beli bra..huhuhu.
p/s: TM masih siasat aduan yang mengatakan saya dah buat bayaran melalui internet. Sebabnya, kalau melalui Cimbclicks, bayaran clear ambil masa 2 hingga 7 hari...????Giler lama...CIMBclikcs suckss also ok..Duit tu...duittttt....
akakakkakakak
ReplyDeleteyang pasti, no matter what institution, what services, what bizz.. tang byr balik mmg cam haram....