Wednesday, December 29, 2010

Malu...Malu..

Saya merasa malu kerana telah menjadi antara orang yang terlupa dengan ajaran fizik masa sekoleh dulu. Hisyyy...penat-penat belajar, sudahnya kena tipu. Anyway, [untuk menyedapkan hati], saya tak rasa rugi pula beli Premium Beautiful kerana pemakaian korset [mana-mana korset pun sebenarnya], akan membantu membentuk kelenturan badan dan postur. Dan at least, membuatkan kita beringat apabila saiz yang biasa kita pakai sudah tidak muat lagi...hohoho..Satu hal lagi, PB itu adalah sangat mahal maaa...macamana aku buleh kena pujuk beli, aku pun taktau. masa tu, takde pulak berhajat tinggi nak paksa orang beli kan [padahal memang takde skill persuade org beli barang sendiri]. cehhh!!!

Sesiapa yang nak cuba faham apa yang saya perkatakan  ni, silalah menjenguk ke blog http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/corset-premium-bloodyfool-buat-jerut.html

Janganlah mudah terpengaruh dengan janji-janji MLM...Go to hell!!!

5 comments:

  1. Kebenaran tentang FIR dalam Premium Beautiful

    Salam,
    Setelah membaca soalan2 dan keraguan orang tentang FAR INFRA RAYS dalam korset PB, kini saya cuba meleraikan persoalan anda~~

    Bagaimana Korset Premium Beautiful dapat mengeluarkan gelombang FIR (Far Infrared)??

    Jawapan saya adalah BIOCERAMIC.

    Apa itu BIOCERAMIC?
    Bio-ceramic adalah produk yang diperbuat daipada pelbagai campuran ceramic dengan mineral oxide seperti Silica Oxide (SiO2), Alluminium Oxide (Al2O2) dan banyak lagi. Campuran daripada material-material ini akan memancarkan gelombang FIR. Untuk menghasilkan pakaian kesihatan yang memancarkan FIR ini fabrik pada pakaian akan diimpregnasikan (impregnated) atau dalam bahasa mudahnya setiap urat benang akan disadurkan dengan bioceramic.

    Terlalu banyak kajian antarabangsa termasuk negara Amerika Syarikat sendiri telah dibuat untuk mengkaji fungsi FIR pada pakaian yang diimpregnasikan (impregnated) dengan bioceramic. Antaranya yang boleh saya bagi contoh adalah :

    http://www.invel-usa.com/images/06_banner_unicamp_dores.pdf
    http://sec.adtevento.com.br/tribecaeventos/cdrom/resumos/TC0133-1.pdf

    Dan untuk bacan lebih lanjut silalah klik pada link website-website dibawah ini untuk memahami lebih lanjut tentang FIR pada pakaian.

    http://www.ceramics-directory.com/CERAMIC-INDUSTRY/Distributors/2-52-0-144-3-0-Kong-Jou-Co.,.html
    http://www.firheals.com/catalog/fir_fiber.php


    Keterangan di atas telah dipetik dari blog rakan saya iaitu DR. HAFIZ , Tenkiu Doc!! Great Job!!

    ReplyDelete
  2. JAWAPAN PENIPUAN BIO AURA
    PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING
    ( iyo ko DSM ?? try bg bukti sahih sikit.makcik blakang umh i pun blh ngaku dia dsm.ko guan o ? )

    Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??
    JWP
    (Anyway, MLM lain ada lagi lebih mahal daripada perniagaan Hai-o.Knp nak highlight Hai-o jer? Adakah penulis ini dengki dgn kebangkitan hai-o @ gagal dlm hai-o? Pasal 'mark-up ' harga. kalau tuan si penulis ini ada BANYAKKK DUIT untuk beli water filter bio-aura yg tuan kata 'murah'. dipersilakan pergi sendiri kat taiwan @ china.make sure beli tiket pergi balik ye, dan jgn lupa wat passport sbyk rm 300, cari la jugak hotel utk pengindapan.xkan la nak gi sehari je...iye dak?beli tiket mahal2 semata-mata nak beli water filter murah kan kat china @ taiwan tu... Si penulis kalau minat kereta Toyota ke,BMW ke...kat negara asal mereka lagi murah..apa kata anda pergi sana.beli kat sana je.KAT SINI MAHAL KAN... :p)

    ReplyDelete
  3. Ni apsal pulak ko nak ngamuk kat blog aku nih? Stakat paspot skang dah buleh buat RM100 jer baiii...Nak dengki apa nya? Org ca ya nun alip punya tu la mangkok...ko nak banggakan sangat buat apa?Kalo ko dh buleh buat marketing, mestila ko boleh beli borong kat sana, amik skali banyak...even kpd ahli pun, hrga riban2...then, siap suruh org carik downline...yg aku marah tu,buat style MLM tu, wat kemendernyer?Tak boleh ke,ko jual retail kt pasaran? naper lak nk kena beli kt ko jer?Nk bg untung kt tekak director2 tu? buleh amik gmbar kt sebelah keta besar?

    ReplyDelete
  4. Sapa pulak DR.HAFIZ ni? doktor uni mana ni?Meh citer sket latar belakang dia...kajian2 dia meh...aku nk gak bangga dengan kredibiliti org Melayu nih...Kalu dh pandia, of course, silala buat produk sendiri pulak...lagi baguih dok ada...takyah nk buat MLM jual org punya..boleh???

    ReplyDelete
  5. Suka hati lah, pada yg tak suka...well...terima kasih atas segala nasihat..tq. Segala nasihat well noted.

    ReplyDelete