Berhati-hatila kalau nak buat pinjaman. Biasanya, dari flyers yang diedarkan, bukan tulisan besar yang penting. Kena cari tulisan yang paling kecik, baru dapat 'the whole truth of the bargain'. Tulisan kecik yang menyatakan 'additional terms or condition'. Yang selalunya bermula dengan "tidak termasuk bla...bla...bla...dan RM++ sebagai bla...bla...bla". Itula yang dinamakan "hidden charges".
Of course la, cerita berdasarkan pengalaman kan...well..well..well..
Saya sgt teruja bila terjumpa flyers ini...3.98% flat rate!!! Too good to be true isn't it?
Walaupun sgt teruja, tapi, masih berlengah2..nak contact..x contact..Pastu, beria-ia war2kan kat kawan2...
Tak baca habis lak tu...Mana taknya..kebenaran hanya sebesar [lebih kecik dari butir beras]. Sila tengok or perhati bahagian yang bertanda merah..Ada nampak? Exactly!!!! Part yang baguih dok ada, sangat besaq. Yang nak kelepet org juga, kecik betul...kalau buleh, xnak bagi orang nampak lagsung.
Sebenarnya, yang buat saya meluat sangat-sangat ialah jawapan yang diberi apabila agent or pegawai dari bank tersebut nak bagi penerangan kat saya. Well...dia tak tau, kita ni dah lama berkecimpung dalam dunia perbankan [pinjaman peribadi sebenarnya], dan dah banyak riview serta rujukan dibuat untuk mendapatkan deal yang paling menguntungkan [itulah gunanya hobi 'window shopping']. Tau apa soklan saya?
Direct to the point:
"Apa hidden charges deal ni? Macam too good to be true jer"
"Ok kak...10% kita akan tolak dari pinjaman untuk bayaran proses. RM10 duty stamp, RM100 untuk saham koperasi blablabla..".
"Ha?Koperasi apa tu? Tak pernah dengar pun?"
"Ada koperasi ni. Biasa la kak, mana-mana pinjaman pun akan masuk saham koperasi"
"Ooo..Berapa dividen setahun [koperasi]?
"Takde."
"Ha???Tak ada? Kenapa tak ada?"
"Memang tak ada"
"Habih tu, apa guna masuk koperasi? Bila duit tu boleh ambil?"
"Dah abih bayar pinjaman baru boleh ambil duit tu".
"Takkan la koperasi tak ada dividen. Kalau bank R*****, saham dia sekurang-kurangnya, 15% setahun".
"Aaa...dia memang tak de bagi dividen bulan-bulan"
"Takkan la kalau saya masuk 100, lepas 20 tahun saya still ada 100 jer?"
"Dia akan meningkat. Cuma dia tak bagi la dividen tiap2 bulan"
[habih tu, apa yang aku tanya tadi?]
"So, macamana saya nak tau berapa duit saya dah ada dalam saham?"
"Tak ada. Memang tak tau."
"Ko biar betul dik...takkan penyata ke, makluman dalam surat khabar ke tak ada?"
"Dia ada bagi penyata.."
"Dia ada bagi penyata.."
[hmm...bangang betol]
"So, kalau saya pinjam RM100K, saya cuma akan dapat tak sampai 90k la kan? saya akan kena bayar ..bla..bla..bla..."
"Ya..kalau akak pinjam 100k, akak akan dapat bla..bla..bla...Then kena bayar sebulan bla...bla..bla.."
"Aik???kenapa tak sama dengan jadual yang awak bagi ni?"
"Memang kak...jadual tu tak termasuk 2% dan RM10 caj bulanan"
"Ada lagi 2 %?" [sambil belek kertas dengan mata yang lebih terbuntang kerana tak sangka telah terlepas pandang],
"Laa...apasal tak tulis jer figure yang betul...yang sebenar...tak ada la org salah paham"
[yang sebenarnya, tak baca habis]
"memang mcm tu kak [ayat feveret dia dalam kerjaya perbankan rasanya], nanti kang, ada jugak yang pandai, dia kira tak sama pulak"
Habis tu, yang sekarang aku komplen ni, apa kebendanya?
"Tak apalah, nanti kalau saya berminat, saya akan call awak"
"Eh??ingatkan terus nak proses jer"
"Tak pelah, saya nak bandingkan dengan pinjaman saya sebelum ni. Kalau berbaloi, saya buatla..Kalau tak, tak jadila"
Kesimpulannya, aku tak kira pun. Tak teringin pun nak buat perbandingan. Sebabnya, makluman yang diberi terang-terang nak di sembunyikan...Lepas tu, macam bercakap dengan org dungu jer. Yang paling aku musykil ialah...kawan dia yang sorang lagi, senyap tak mencelah-celah, tengok jer muka aku macam tengah kira jerawat yang ada kat muka. Tak selesa langsung. Aku benci org bank [yang promote produk mcm ni...yang suka berlagak mcm org macam aku ni terdesak sangat sampai sanggup buat apa saja tanpa ambil kira maklumat dan benefit yang sewajarnya aku dapat, macam aku ni bodo]
No comments:
Post a Comment