Monday, January 17, 2011

London review

Well..well...well...
Semalam pergi amik barang-barang hasil lawatan ke UK last year..
Uhuh...tengok balik beg itu, terasa nak peluk..
hehehe...And, unfortunately, a few of my things, couldn't be retrieved right away..
Plus, having a grumpy old man with me yesterday,
I had to be satisfied with that bag..the rest, thanx to CWK, I could have it today...

Tengok balik barang2 tu, membuatkan I terkenang-kenang perjalanan di sana..
Seronok...Priceless...
So, here I attached the summary of the time I spent in London (not thoroughly though),
ehemm...the pics that I think would represent my true feelings during my time then..yang lawa..hahaha


Friday, December 31, 2010

Year End Entry

This is my last entry for this year.
 Been spending this end of the year with my folks..minus sister, minus brother, minus husband.

Yeah...only the 3  of us..macam masa pegi Tawau, 2 tahun lepas.
In fact, this photo was taken at the Tawau airport, right after landing. 
*Dengan bangganya menyatakan, saya bawa mereka jalan-jalan kat Tawau*

What? Where's my hubby? Pegi mancing. Hari Senin baru balik.
We should be celebrating our 1st New Year together, and he's somewhere on boat..*sigh*
Adik? lepak kat rumah...citer panjang pun tak guna...
Anyway, it's good that you still have the opportunity to spend time with your parents.
And I felt blessed. Forgot about having husband, forgot about not having anything. I still have time for my parents...that's big dude...

'Harap-harap, nanti bila dah tua, anak masih nak luangkan masa dengan saya...insyaAllah..'
Oh ya...azam utk tahun baru?
Macam-macam. Tapi, yang paling utama adalah, tingkat prestasi, kurangkan emosi...yeahhh..

Wednesday, December 29, 2010

Malu...Malu..

Saya merasa malu kerana telah menjadi antara orang yang terlupa dengan ajaran fizik masa sekoleh dulu. Hisyyy...penat-penat belajar, sudahnya kena tipu. Anyway, [untuk menyedapkan hati], saya tak rasa rugi pula beli Premium Beautiful kerana pemakaian korset [mana-mana korset pun sebenarnya], akan membantu membentuk kelenturan badan dan postur. Dan at least, membuatkan kita beringat apabila saiz yang biasa kita pakai sudah tidak muat lagi...hohoho..Satu hal lagi, PB itu adalah sangat mahal maaa...macamana aku buleh kena pujuk beli, aku pun taktau. masa tu, takde pulak berhajat tinggi nak paksa orang beli kan [padahal memang takde skill persuade org beli barang sendiri]. cehhh!!!

Sesiapa yang nak cuba faham apa yang saya perkatakan  ni, silalah menjenguk ke blog http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/corset-premium-bloodyfool-buat-jerut.html

Janganlah mudah terpengaruh dengan janji-janji MLM...Go to hell!!!

Monday, December 27, 2010

Minggu yang aneh

Entry ni takde kaitan pun dengan sebarang ramalan luar biasa. Just nak sembang-sembang cerita-ceriti tentang minggu yang saya alami.

Minggu lepas memang aneh. Boleh dikatakan mencabar minda, kesabaran dan fizikal.

Bermula dengan gaji yang masuk lambat [yang bukan aku sorang alami]. Nasib baik setel pada hari yang sama juga [tahniah kepada yang menjalankan tugas], kalau tak, melahu la nak tunggu kan. Buatnya memang berlaku kesilapan yang menyebabkan gaji aku ditunggakkan ke Januari 2011 (kononnnya nak kayakan aku la masa bulan Januari tu). Alhamdulillah [tula manusia, bila senang jer Alhamdulillah..eh, tu antara aku dengan Tuhan ok].

Then, setel pulak misteri mengandung tak mengandung…hahahaha…yg ni perasaan jer woiii…isi perut adala banyak. Isi kandungan jer x jadi2..Well, belum rezeki lagi kan…[bukan nak salahkan rezeki]. Anyway, hari seterusnya, aku senggugut dengan amat siksa sekali. Terpikir gak…ada penyakit ke aku ni. Mana la tau…kita ni manusia biasa, lemah. Anyway, cabaran mental dan fizikal ni, dalam sakit2 perut tu, aku harung jugak ke klinik dan balik seremban. Puas la berjoget dalam keta tu, menahan senak dan pening dan rasa nak muntah. Macam yang biasa aku fikir bila kena senggugut ni, “macam ni ke sakit nak bersalin? Ni baru satu persepuluh je kot..Ya Rabbi, ampunkanlah dosa-dosa aku”. [bila sakit baru nak ingat dosa pahala]. Setel satu hal lagi.

Bawak ke hari Jumaat, keta dah terhencot-hencot. Boleh dia kejap-kejap mati. Rasa macam bawak manual pulak hari tu. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan balik, hiway jammed plak..dah, kejap-kejap kena start keta. Tengah2 belok simpang, enjin mati. Gilo! Stereng pun jammed wooo..Tutup air-cond, ok sket. Pastu, hujan pulak. Masuk tol seremban, aku dah kuyup separuh badan. Mana taknya, kalau tutup tingkap, kelabu asap cermin keta. Sampai kat tol, mati. Nak jalan lepas bayar tol, mati. Kat lampu trafik, mati. Sumpah-seranah orang belakang aku tak tau dah berapa bakul. Hon takyah cerita la. Nak berenti, lagi takut, sebab hujan lebat, pastu kang aku lak lemas dalam keta tu. Basah pun, basah lah. Nasib baik skill bawak keta manual leh pakai lagi. So, imagine la, bawak keta auto tapi, skill manual. Bukan calang-calang oooo…sampai kat bengkel, nasib baik la cina tu tunggu. Rupanya, throttle body dia problem. Sekejap je pun nak baiki dia. Cina tu pulas tak sampai seminit pun. Tapi, dia punya azab, dari putrajaya sampai ke seremban aku harung.

So, Isnin ke Jumaat, aku dapat rasa terkejut, syukur, terkujat, lega, kuyup, bersyukur dan begitulah seterusnya…kesimpulannya, sabar separuh dari iman..

Wednesday, December 22, 2010

Kalau dah rezki tu..

Syukur...segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam..

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada mereka (individu2) yang terlibat dalam memastikan gajiku dan mungkin ramai lagi yang senasib denganku, masuk ke dalam akaun CIMB pada petang 20hb yang lalu. Memang kalau dah rezeki, akan sampai juga ke kita.

Ada sorang klik saya, kenaikan gaji yang sepatutnya diterima sejak 2008, sampai sekarang masih belum terima. Gaji dia masih statik. Dan ada juga tiba-tiba, tak terima gaji selama 5 bulan. Alasan? Dia baru pindah. Macam-macam cara dugaan datang ya. Saya ni, baru delay gaji beberapa jam dah libang-libu..hehehe..Actually, pada hari berkenaan tak berapa pikir sangat tentang gaji tu. Sebabnya, dok sibuk pikir pasal rezki yang satu 'tu'. 

Dan, kesimpulannya, saya telah terbukti BELOM pregnen lagi. Confirm dah period..hahahaha..buek comeh yooo...CWK...nasib baik x test lagi...ahaksss...

Ralat juga sebenarnya. Memang saya x guna apa2 kaedah control pregnancy nih. Control cun ada la... Tapi, as I've said before, belum rezki kan..Allah lebih mengetahui apa yang sesuai untuk kita. Anyway, saya dan suami masih meneruskan 'usaha'. Tidak syak lagi...[apsal rasa macam entry PG or 18SX nih?].

Mudah-mudahan, berkat doa rakan-rakan dan keluarga, akan ada rezeki kami untuk sambung keturunan kami. InsyaAllah.