Wednesday, December 23, 2009

Red Alert!

Kecemasan! Kecemasan! Neng nong neng nong....
Saya rasa hampir tidak dapat bernafas...ada sesapa nak hulurkan bantuan?
Ada orang kabor J Card's member's Day kat JJ Cheras...ini tidak boleh jadi...
Saya melarang diri saya daripada pergi! Masa akan terbazir, duit apatah lagi...

Monday, December 21, 2009

Sembonia berkualiti rendah..

Beg ini baru seminggu dibeli...saya tak letak pon, botol susu, atau ditarik oleh peragut yang membolehkan ia putus dsb..tengoklah hasil beg sembonia yang kualitinya rendah ini...

Ada nampak apa-apa yg pelik? Maaf la ye..pakai kamera phone dan x pro pulak..

Nampak tak TALI tu? ha...asalnya berpintal-pintal, mcm yg sebelah  tu...
Tengah jalan buat keje (sambil vogue dengan 'veg varu'), nasib baik tak tercampak segala isirong dalam beg tu..Hawau betul...sedih pun iyer...bukan senang tau...nak carik handbag dalam keadaan berjaga2 sekarang ni...mahal tu...lebih la dari RM200...(bukan nak nyombong ek..). Bagi sesetengah orang kalau 200 tu, x mahal sangat nak banding dgn Coach yang harga ribu riban tu...tapi, sob...sob...aiseh...nak tunjuk lagi, gambar yang lebih dramatis...

Ok, gambar berikutnya adalah gambar bukti yang aku kata sembonia ni low quality (untuk beg berkenaan ek)...


Ya...itu adalah kesan tampalan dan tempekan kulit tali itu dengan menggunakan selotape (anak panah).
Gambar yang telah dikotakkan menunjukkan kerja ikatan tali yang tidak kemas dan ditunjuk-tunjukkan kepada pemilik (iaitu saya) disebabkan oleh lapik tali itu yang telah bergerak2 akibat dari selotape yang kehabisan gam.

Genap seminggu saya beli beg ini, ia ranap. Disebabkan saya outstation pada minggu berkenaan, saya telah dengan penuh kesabaran menggendong beg tersebut kerana tak dapat balik ke rumah, mengganti beg lain serta menghantar beg berkenaan ke bengkel untuk dibaik pulih...

HARI INI.. Saya akan ke sembonia Alamanda untuk menyelesaikan ketidakpuasan hati saya sebagai pelanggan. Tunggu la apa Sembonia nak kata...

JANJI SAYA...Untuk beg hantaran, saya takkan beli Sembonia..beli beg kat Petaling Street pun OK..sebab tak sampai ratus-ratus pun...boleh belasah sampai lunyai...

Monday, December 7, 2009

Wedding on the GO

Oh..oh...saya rasa macam kesuntukan masa...
Baju tak siap dimanikkan lagik...
Bunga-bungaan tidak bercantum kelopak lagik...
HIV test...huhuhuhu
Permohonan ke jabatan agama lagik...
Tunang saya kata lama lagik...Menci...

Friday, December 4, 2009

Pegawai Makan Tanah

Heh...Kalau balik kampung, isu ni memang isu yang sedang hangat diperkatakan.

Kalau aku berdosa cakap ayat ni:
"Antara orang yang paling banyak makan suap adalah orang yang kerje kat Pejabat Tanah"
maka aku memang rela berdosa....Astaghfirullaah...

Ok, senarionya ialah....
Orang kampung mencari-cari tanah kerajaan yang masih kosong untuk permohonan pemilikan. Kemudian, bagitau ketua kampung. Ketua kampung bawak permohonan ke Pejabat Tanah.
  1. Penghulu mungkin minta "duit tepi" untuk membolehkan dia tolong mohon tanah tu. Maksudnya, dia memang ada kaki la kat pejabat tanah tu. So, mungkin duit tu dia bagi2...
  2. Penghulu tak minta pun duit, sebab dia nak tolong orang kampung dia. Tapi, orang di Pejabat Tanah minta duit. Yang terjadi kat kampungku ialah dia minta sorang RM500 sorang. Ada 10 orang berapa dia dapat? Cuba bayangkan kalau orang kampung, mana pulak nak cari RM500. Pun belum tentu dapat...sebab senario ketiga paling banyak berlaku...
  3. Disebabkan dia dah tahu tanah mana yang kosong (dan org kampung tak bayar pulak tu), maka dia la yang mohon atau anak-anak beranak, suku-sakat dia disuruh mohon. Makanya, dia dan keluarga dia la yang dapat tanah tu.
Aku risau...tempat kita akan menjadi antara kawasan yang dihilangkan dari peta [muka bumi]. Proses membanteras rasuah belum menyeluruh. Sedar tak sedar, negara kita ni rasuah dan duit tepi memang berleluasa. Belum lagi cerita kat imigresen, pasal pengambilan pembantu rumah yang mencecah RM7k. Dapat maid yang berdedikasi takpela jugak...dapat yang gedikasi, parah.

Wednesday, December 2, 2009

Soalan yang Tak Ingin Kita Jawab...

Haiyyooo...dah seminggu tak melihat meja yang serabut ni..Serabut serabut pun, meja ni la yang menyimpan segala tohmahan yang aku lemparkan, menyimpan tugas2 dan perasaan yang aku ada selama kerja kat sini. hahahaha...

Sebelum raya, pegi ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian...Kagum aku dengan pensyarah-pensyarah yang bertugas di sana. Disebabkan kolej itu masih di peringkat permulaan pelaksanaan maka, pegawai yang ada sangat la sikit. Lebih kurang macam ni la...1 pensyarah memegang hampir 5 jawatan. Just name it...Felo, Ketua Unit, Timbalan Pengarah, PEK (nak order barang ya), pensyarah, Ketua jabatan..Haaa...jgn tak caya... Memang aku tabik sprin...anyway, tahniah kepada tenaga kerja yang terlibat...Kalau I, mungkin I tak berjaya di situ...But, belum cuba belum tahu ye tak...

Hehehe...Lepas raya bertugas pulak di KMM. Kali ni, pegi tempat lama beb...Best jumper kengkawan lama tapi, yang tak best nya...

Soalan-soalan yang telah aku kumpul dari KMM...sila jawab kalau buleh jawab ya..

  1. Eh..Jan! Buat apa kat sini? O....org bahagian ya...(soklan ni mmg aku tak jawab dah...buang masa je).
  2. Eh...Dah berisi ( atau ada yang guna perkataan lain seperti gemuk, tembam, bulat dsb)...Bahagia eh kat sana....-jwpn: Biasa la....sambil sengih dan dalam hati, "aikk...org bahagia kena jadik bulat ke? Kalau tak, merana la agaknya aku ni?" Kih...kih...kih...maknanya dulu aku duk kt KMM ni, aku merana la...cetttt!!!!
  3. Eh..Jan!!!Berseri2....-jwn: (walaupun belum berbentuk soalan, aku jawab terus)..."Bahagia kak"...Muahahahaha....
  4. Jan..seronok tak keje kat sana? - yang ni, susah sket aku nak jawab...mana2 tempat keje mana ada seronok? Kalau buat keje dengan gembira aku terima la...Bagi aku seronok masa berseronok la...contohnya, pegi tgk wayang dgn best fren, pegi shopping dengan supi, aini bespren, pegi makan2, balik kampung main2 dengan anak2 sedara aku...Kadang2, waktu shopping pun x seronok apa...bila takder duit...nak beli beg coach pulak tu...hahahaha...merepek.....so, apa jawapan aku?...."Seronok.. (dalam kepala fikir..mencabar jugak soklan ni). Biasa la...pengalaman kerja lain dari pensyarah. jadik pensyarah pun, kadang2 ada gak stress dia kan...sama aja..rutin kerja je lain." Fuhhh...diplomasi siottt..
  5. Macamana keje sana? Rindu tak nak ngajar? Aku mmg la stress dengan soklan nih..."Memang la rindu mak oiii...Tapi, dah keje, pengalaman baru, berbaloi la duk sana (putrajaya).." Ayat ni, mcm nak sedapkan hati aku gak ni...
  6. Eh..bila nak langsung?...Langsung apa? Siaran langsung? Tengok la jadual kat surat khabor? Hnsss... 
  7.  Eh...muka dah elok la...pakai apa sekarang?...Pakai baju la kak oiii...hahahahahaha. Aku bagi 3 petua pada orang yang bertanya ni iaitu:
    • Jangan duduk di Melaka.
    • Duduk dalam pejabat berhawa dingin 24 jam.
    • Bahagiakan hati...
Tercengang jugak la orang yang menerima jawapan aku tuh..Aku nak mengulas soalan terakhir tu...Pasal muka aku ni yang katanya dah makin elok...alhamdulillah..Sebenarnya, set off yang betul2 mula kulit aku elok sket dari jerawat yang menggerutu dulu adalah selepas aku pegi pakar kulit kat Melaka. Aku tak ingat nama jalannya..Nama klinik tu aku ingat ler...Klinik Subra...Doktor perempuan yang tengok muka aku tu, dia kata masalah muka aku ialah excessive oil production...

Nih aku recite apa dia cakap kat aku...ingat lagi wehhh..."when u sweat, the dirt or your cosmetic will be trapped in your pores. That's why ada acne on your skin...So, I'll give u medication to help control your oil production. But, these pills will make your body dehydrated. So, make sure that you drink enough water. Bila U nak kahwin?" Hehhh...jgn terkejut eh...mmg doc tu tanya soklan tuh kat aku...ikuti sambungan perbualan ini...


"Saya belum nak kahwin lagi doktor" (3 tahun yang lepas ok...aku xder skandal dengan sapa2 pun masa tu). "Betul ni? Make sure aaa u tak kahwin dalam masa terdekat ni. I bagi ubat ni untuk u try dalam 3 bulan. Lepas 3 bulan, u datang balik, kita tengok progress mcmana. Dalam tempoh u ambil ubat ni, u tak boleh pregnant tau..sebab tu I tanya bila u nak kawen.."
"Tak boleh pregnant ke, dilarang pregnant doc?"
"Tak dibenarkan mengandung. U have to sign the form. Kalau tidak kita tak boleh release ubat ni"
Ok...ini serius (nyanyian wonderpets)
"Ok...saya memang belum nak kahwin pun"



So, lepas tu aku dibekalkan dengan ubat pill yang melarang aku mengandung tu, 2 ubat sapu (yang boleh dibeli di farmasi dgn harga yg lebih murah). 1 sapu kat jerawat (C-Mycin from T tree), 1 lagi sapu kat seluruh muka 2 malam sekali (Differin). 
Mmg aku follow arahan doktor tu, ubat tu mmg mengeringkan badan.. Bibir pecah2 so, mmg kena minum byk air. Tapi, lepas tu, aku tak tahan, aku amik ubat tu 2 hari sekali, kurang skit kering. kalau tak 1 biji satu hari..tak lama lepas tu, mmg muka kurang berminyak dan jerawat mula kering. Patutnya, lepas 3 bulan aku  jumpa doc tu...Aku tak pegi pun...Mahall.....sekali pegi RM 200...masa pulak susah nak dapat cuti... Lagipun, the next year aku kenal dengan tunang aku...maka lupa lah segala maslah yang melanda...hahahaha



Tapi, alhamdulillah, lepas tu muka ok la sket...tapi, sebab air kat KMM tu, mmg jaki sangat dgn muka mulus aku ni, so, gatal2 gak la jerawat aku naik kat muka. Bila pindah dari Melaka, muka jadik makin elok. Pengeluaran jerawat dah tak meriah macam nak keluar bunga api...cuma macam cendawan tumbuh bila hari hujan jer...maksudnya, ada musim la...hahahaha....Dan mungkin juga faktor hati yang bahagia tu menyumbang kepada keserian wajah kita...eheheheheh...malu pulak...