Wednesday, December 2, 2009

Soalan yang Tak Ingin Kita Jawab...

Haiyyooo...dah seminggu tak melihat meja yang serabut ni..Serabut serabut pun, meja ni la yang menyimpan segala tohmahan yang aku lemparkan, menyimpan tugas2 dan perasaan yang aku ada selama kerja kat sini. hahahaha...

Sebelum raya, pegi ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian...Kagum aku dengan pensyarah-pensyarah yang bertugas di sana. Disebabkan kolej itu masih di peringkat permulaan pelaksanaan maka, pegawai yang ada sangat la sikit. Lebih kurang macam ni la...1 pensyarah memegang hampir 5 jawatan. Just name it...Felo, Ketua Unit, Timbalan Pengarah, PEK (nak order barang ya), pensyarah, Ketua jabatan..Haaa...jgn tak caya... Memang aku tabik sprin...anyway, tahniah kepada tenaga kerja yang terlibat...Kalau I, mungkin I tak berjaya di situ...But, belum cuba belum tahu ye tak...

Hehehe...Lepas raya bertugas pulak di KMM. Kali ni, pegi tempat lama beb...Best jumper kengkawan lama tapi, yang tak best nya...

Soalan-soalan yang telah aku kumpul dari KMM...sila jawab kalau buleh jawab ya..

  1. Eh..Jan! Buat apa kat sini? O....org bahagian ya...(soklan ni mmg aku tak jawab dah...buang masa je).
  2. Eh...Dah berisi ( atau ada yang guna perkataan lain seperti gemuk, tembam, bulat dsb)...Bahagia eh kat sana....-jwpn: Biasa la....sambil sengih dan dalam hati, "aikk...org bahagia kena jadik bulat ke? Kalau tak, merana la agaknya aku ni?" Kih...kih...kih...maknanya dulu aku duk kt KMM ni, aku merana la...cetttt!!!!
  3. Eh..Jan!!!Berseri2....-jwn: (walaupun belum berbentuk soalan, aku jawab terus)..."Bahagia kak"...Muahahahaha....
  4. Jan..seronok tak keje kat sana? - yang ni, susah sket aku nak jawab...mana2 tempat keje mana ada seronok? Kalau buat keje dengan gembira aku terima la...Bagi aku seronok masa berseronok la...contohnya, pegi tgk wayang dgn best fren, pegi shopping dengan supi, aini bespren, pegi makan2, balik kampung main2 dengan anak2 sedara aku...Kadang2, waktu shopping pun x seronok apa...bila takder duit...nak beli beg coach pulak tu...hahahaha...merepek.....so, apa jawapan aku?...."Seronok.. (dalam kepala fikir..mencabar jugak soklan ni). Biasa la...pengalaman kerja lain dari pensyarah. jadik pensyarah pun, kadang2 ada gak stress dia kan...sama aja..rutin kerja je lain." Fuhhh...diplomasi siottt..
  5. Macamana keje sana? Rindu tak nak ngajar? Aku mmg la stress dengan soklan nih..."Memang la rindu mak oiii...Tapi, dah keje, pengalaman baru, berbaloi la duk sana (putrajaya).." Ayat ni, mcm nak sedapkan hati aku gak ni...
  6. Eh..bila nak langsung?...Langsung apa? Siaran langsung? Tengok la jadual kat surat khabor? Hnsss... 
  7.  Eh...muka dah elok la...pakai apa sekarang?...Pakai baju la kak oiii...hahahahahaha. Aku bagi 3 petua pada orang yang bertanya ni iaitu:
    • Jangan duduk di Melaka.
    • Duduk dalam pejabat berhawa dingin 24 jam.
    • Bahagiakan hati...
Tercengang jugak la orang yang menerima jawapan aku tuh..Aku nak mengulas soalan terakhir tu...Pasal muka aku ni yang katanya dah makin elok...alhamdulillah..Sebenarnya, set off yang betul2 mula kulit aku elok sket dari jerawat yang menggerutu dulu adalah selepas aku pegi pakar kulit kat Melaka. Aku tak ingat nama jalannya..Nama klinik tu aku ingat ler...Klinik Subra...Doktor perempuan yang tengok muka aku tu, dia kata masalah muka aku ialah excessive oil production...

Nih aku recite apa dia cakap kat aku...ingat lagi wehhh..."when u sweat, the dirt or your cosmetic will be trapped in your pores. That's why ada acne on your skin...So, I'll give u medication to help control your oil production. But, these pills will make your body dehydrated. So, make sure that you drink enough water. Bila U nak kahwin?" Hehhh...jgn terkejut eh...mmg doc tu tanya soklan tuh kat aku...ikuti sambungan perbualan ini...


"Saya belum nak kahwin lagi doktor" (3 tahun yang lepas ok...aku xder skandal dengan sapa2 pun masa tu). "Betul ni? Make sure aaa u tak kahwin dalam masa terdekat ni. I bagi ubat ni untuk u try dalam 3 bulan. Lepas 3 bulan, u datang balik, kita tengok progress mcmana. Dalam tempoh u ambil ubat ni, u tak boleh pregnant tau..sebab tu I tanya bila u nak kawen.."
"Tak boleh pregnant ke, dilarang pregnant doc?"
"Tak dibenarkan mengandung. U have to sign the form. Kalau tidak kita tak boleh release ubat ni"
Ok...ini serius (nyanyian wonderpets)
"Ok...saya memang belum nak kahwin pun"



So, lepas tu aku dibekalkan dengan ubat pill yang melarang aku mengandung tu, 2 ubat sapu (yang boleh dibeli di farmasi dgn harga yg lebih murah). 1 sapu kat jerawat (C-Mycin from T tree), 1 lagi sapu kat seluruh muka 2 malam sekali (Differin). 
Mmg aku follow arahan doktor tu, ubat tu mmg mengeringkan badan.. Bibir pecah2 so, mmg kena minum byk air. Tapi, lepas tu, aku tak tahan, aku amik ubat tu 2 hari sekali, kurang skit kering. kalau tak 1 biji satu hari..tak lama lepas tu, mmg muka kurang berminyak dan jerawat mula kering. Patutnya, lepas 3 bulan aku  jumpa doc tu...Aku tak pegi pun...Mahall.....sekali pegi RM 200...masa pulak susah nak dapat cuti... Lagipun, the next year aku kenal dengan tunang aku...maka lupa lah segala maslah yang melanda...hahahaha



Tapi, alhamdulillah, lepas tu muka ok la sket...tapi, sebab air kat KMM tu, mmg jaki sangat dgn muka mulus aku ni, so, gatal2 gak la jerawat aku naik kat muka. Bila pindah dari Melaka, muka jadik makin elok. Pengeluaran jerawat dah tak meriah macam nak keluar bunga api...cuma macam cendawan tumbuh bila hari hujan jer...maksudnya, ada musim la...hahahaha....Dan mungkin juga faktor hati yang bahagia tu menyumbang kepada keserian wajah kita...eheheheheh...malu pulak...

No comments:

Post a Comment