Saturday, June 27, 2009

27 June 2009

Today is my birthday. My 29th years of life.

Terima kasiih Mak kerana melahirkan aku (aku keluar ikut 'tingkap'), menjaga dan mendidik aku, bersabar dengan perangai aku yg perengus...:)

Terima kasih ayah, yang mendidik aku menjadi orang yg berdikari. Memberikan nasihat bila orang dah bosan dengan perangai aku, mencari rezeki untuk membesarkan aku.

Terima kasih untuk kakakku yang selalu memberi idea yang kadang2 aku taknak ikut tetapi terpaksa ikut sebab idea yang bernas, yang selalu menasihat dari pelbagai perkara terutamanya pasal kewangan, yang menjadi contoh kakak yang pandai berjimat dan memberi anak2 sedara yang comel..

Terima kasih adikku yang selalu menolong dalam hal ehwal komputer, yang sehingga masa aku menulis ini, dia belum lagi wish aku selamat hari lahir..Ceh..hampeh punyer adik..

Terima kasih anak2 sedara yang pagi2 dah telepon aku, nyanyi 'Happy Birthday to you'...(nyanyian Zahra, exclusive)...

Terima Kasih Sha, org first yg hantar msg ucapan birthday..

Terima kasih Ima, yang menjadi org kedua bagi msg birthday selepas Sha..

Terima kasih Abg S*** yang menjadi org keempat bagi msg birthday..Ini tahun pertama kami sambut birthday sebagai tunang. Tahun kedua sambut birthday sebagai couple...Bagi msg je ke? Cehhh...taknak wish melalui telefon konon...control macho la tu...

Terima kasih kepada semua yang pernah mendoakan kebajikan aku, sama ada waktu birthday aku atau tidak. Semoga kiter semuer bahagia dunia dan akhirat....

Thursday, June 25, 2009

Mana pokok dia?

Have u ever been dumbfounded by a simple question? I usually come across this question, from a child (my nieces), not my students..hehehe...


Pada suatu hari, setelah selesai menyiapkan anak sedara, aku terdengar bunyi letusan bunga api. Sempena apa ntah, 'New Year' or 'Chinese New Year'. Tak ingat dah. So, aku ajak anak sedara aku kuar tengok..


"Kakak, nak tengok bunga api tak?"

"Nak. tengok kat mana, Mak Ngah?"

Kat luar umah. Jom"


Kat luar umah, kitorang berdiri tengok bunga api tu. Cantik...


"Kakak, tengok tu, kat atas tu. Cantik tak?"

"Chantik. mak Ngah, tu ke bunger api?"

"Haah.."

"Mak Ngah, mana pokok dia"


Alamak!spoil! Apa aku nak jawab ni? Agak2nyerla, kalau aku speaking english dengan dia, musti soalan ni tak kuar kan?..cth: "Kakak, look at that FIREWORK. Isn't it beautiful?". "Yes it is".

So, aku pun jawab..


"Namer jer bunger api. Dier macam mercun la kakak. Bukan tumbuhan. Jadi, dier takder pokok".

"Oo..Kalau dier tumbuhan, dia ada pokok?"

"Haah".

"Tumbuhan tu aper Mak Ngah?"


Ayoyoyo..Padayappa..


"Tumbuhan tu, pokok la, ada daun, ada bunga..(walaupun ada tumbuhan yang tidak berpokok, tidak berdaun, tidak berbunga). Esok siang, kiter jalan kat luar, Mak Ngah tunjuk tumbuhan yer.."

"Ok"


Sebab nak simple kan jawapan aku, takder ler jadi macam lecture kat dalam kelas pulak...tapi, dari soalan dier ler aku ader idea nak buat set induksi dalam kelas kuliah aku..kebetulan aku ajor topic Biodiversity..


"Bunga apa tiada pokok?". Aku berbahasa Melayu dalam kuliah maser ni semata-mata sebab nak sesuaikan dengan soalan.


Ader la budak yang jawab : "Bunga tayar"..

Hmm...betul jugek (dalam hati). "Lagi?"

"Bunga api". Ader jugek yg dapat jawab...


Next, aku terus ler tanya soalan2 berikut:

What plants do not have flowers?

Hmm...tergagau nak carik..Baru ler sebuk2 nak semak buku...



Wednesday, June 24, 2009

Transformers...Robots In disguise

Kawan-kawan...Saper2 yang belum tengok Transformers: Revenge of The Fallen (suara robot yer), pegilah tengok...Best..best...best..

Kalau dah tengok yg first nyer dulu, n rasa best, yg kedua ni jauh lagi lagi lagi best!

Semua unsur ada:
Suspens (of course ler kan), humour, erotic (ngehngehngeh...sket2 jer..nak show off body Megan Fox tu), Techy (yeler, keje ngan robot kan..), sedih, irritating pun ader tau...Bagi kita kan, setanding ler dengan perasaan maser tengok LOTR. Kecuali unsur pemandangan cantik agak kureng sket. Yela, LOTR kan shooting kat New Zealand. Yg Transformers ni lak shooting kat Bandar Petra, Piramid, Mesir. Ada perasaan macam...Wau...SEVEN wonders of the WORLD..

Part paling best yg kiter rasa + kelakor ler skalik kan..(nanti korang tengok citer ni carik part ni kay) :

"I've changed side. I am no longer serving Decepticon"

"What? We can change side? We don't have to work with the evil Decepticon?
I wanna change side! I wanna change side! (running to Mikaela and holding tight to her left leg). Please, take me! Take me! I wanna go with you..Please...My name is..."

"Hey!...Let go of her, You Pervert Robot!"

Hehehe...carik tau scene tu..kiut....Nanti kiter carik gambo yg berkaitan eh...Alaa...tapi, pegi la tengok dulu...

Tuesday, June 23, 2009

Hantaran kahwin..

Aku dapat website ni dari Azie 'My Crappy Life'...
Menarik gak ek...heehehehhehe...thanx to you azie..

http://www.ridzwan.com/cgi-bin/survey/sfesurvey.cgi?hantarancalculator2007

Interview

A few faces turned this morning, having an interview. I did catwalked in front of them, maintaining a 'macam-bagus-still-smiling' look. And they (interviewee) returned my smile.

Having a look at their faces, I remembered my time 7 years ago. But differently, my interview was held at Jalan Kampung Attap. And as a non-Kl girl, Jalan Kampung Attap sounds like...[urghh...wehere was that?].

I couldn't quite remember who gave me the direction. That someone (i think it was MAZA that got the information from his mom) told me the intended office was at KWSG building. And i was..."What the **** is KWSG? I knew KWSP...".

I was accompanied by Sufee. A simple (maybe sempoi) girl as I was, I was not used to wear Kebaya and the last kebaya that i wore was during my graduation (covered with the 'jubah'). And in addition, my Kebaya was a flaming Red Kebaya.. What a gorgeous young lady...Muahahaha..

The real thing that made me suffer was...
  1. Getting myself into the crammed commuter train [don't forget the Red Kebaya, full-covered shoes and a rainbow-coloured sling bag]. Enough with the stare. I ignored them because *thanked to God* Sufee was with me.
  2. We walked gracefully from the train station of Central Market to the KWSG (dekat dengan Hotel Midah), crossing road and roundabout.. The best part was, at the roundabout someone in a van whistled at us..[ignore...ignore...].

Enough with the suffering, we finally reached the intended building and registered. While waiting for my turn, everybody was reading and discussing like they were attempting to sit for an exam. But, why didn't I? Hehehehe...

In The Room, my interview went on smoothly. Except for the part that i confessed I couldn't answer the question which was:

"Can u differentiate between Prokaryote and Eukaryote?"

And my answer was:

"Prokaryote is a primitive cell. While Eukaryote is a more advanced cell like us. And...and...I'm sorry sir, I couldn't recall anymore of their differences".*eyes looking straight to their faces*.

Then, they asked me to teach a class with any topic that I want. So, I taught Food Pyramid. hehehe..my passion ma...always about food...hihihi.

At the last part of my interview, they asked me if I have any particular college that I wanted to choose to teach. I said..

'No, I accept any college that U assign me to'.

'So, U are still available?'

And with confidence [this was so embarrassing] i answered. No, I'm not.

"Oh. You are married?"

"No, I'm still single"

"So,You are engaged?"

"No, I'm still single"

" But u said, u are not available"

OMG!!! What was I thinking? I was thinkinh about 'UNATTACHED' but they were talking about 'UNAVAILABLE'. Adussss...

*blushing*..."Sorry sir..I didn't know what got into me..I'm single and available".

That was then. Now, ironically, I'm single but not available. Hahaha..that answer of mine had become true..If God wills it...

Monday, June 22, 2009

Bukan kena bayar pun kalau senyum...

Huh...people recently have lost their sense of appoligizing. Cewwah...
Adalah satu makhluk di kaunter Bahagian S***** M******, Kementerian tuttt...***..

Kalau ada la Borang aduan Pelanggan, memang aku dah isi pun...
Dah la kejap pegi tingkat 4, kejap tingkat 5, balik ke tingkat 4. Pastu, salah gak..tingkat 5 jugak...

Yang paling aku hangin kan...not even a word of sorry...atau at least, muka kesal (sorry face that had caused trouble for me).

Punya la hangin sampai perut aku masuk angin..
Benciii...

Usaha tangga Kejayaan

Hari ni blank dan blur...mata asyik terngenyit2 jer...Malim tadi mimpi ntah sapa2...

Tapi, hari ni dapat belaja benda baru tentang photoshop..sapa lagi nenek gurunyer...hehehe..

Dreamfight3r...hohoho...tapi, still tak excellent lagi..

At least, aku tau dah nak merge visible, nak tampal gambar atas gamba lain..

Hmmmm...baru nak tau ke?????

Thursday, June 18, 2009

Ex- Girlfren? Abang Umar...?

Aku call tunang aku pagi tadi...macam takde mood je.. Dahle tak call aku mlm td..Duk sibuk jolok bola...nasib baik dapat cakap dengan 'Abang Umar' malam tadi. Terubat sket bangang aku sblm tido..

"Mak Ngah, mak Ngah kat mana?", Abang Umar dengan suara control macho dan perlahan ngalahkan orang romantik.
"Mak Ngah kat Kolumpo. Abang Umar dah makan?.
"Dah. Makan sup. Mak Ngah, kita dah mandi".
"Ooo..patutlah bau wangi je". Pastu, aku tak dengar dah suara dia. Yang aku dengar suara jerit-jerit, suara mak aku, suara budak menjerit termasuk suara aku menjerit "Hello! Hello! Abang Umar! Ceh, dia dah letak gagang telepon tu ntah kat mana ntah. Nak cakap dengan aku ke tak?

Berbalik pasal tunang aku ni lak...Dalam pukul 10 dia call aku. Bagitau aku, ex-gefren dia call, bagitau keje kat KL, dah kawen.
Ceh..Normal tak aku nak HANGIN? Apahal lak nak call bagitau sumer bende tu? Hnss...hnsss...hans up!

Emo Pictures, Images and Photos

Friday, June 12, 2009

Ikan Kembong Pedas, Air Suam

hmmm...here, again, in my hunt for satisfaction...asking for sup cendawan... This time, I went to an open resraurant, but still in Bangi..To be exact, at Fasa 4 Tambahan. Actually, my purpose that evening was to go to Jalan TAR, KL. Looking for goodies for my Bunga Pahar...hehehehe... Instead, with so many holding back thought, I stroll (driving my car :)) slowly down the Fasa 4 Tambahan and saw the restaurant.

Actually, it was not my first venture though. As a UKM student a few years back (good old time) we had had quite a good time spending our money at that restaurant. As a Mamak restaurant, so, i expect that the 'Teh Tarik' would be satisfying. I felt a crave in my mouth just thinking about it. Yummie...

Still with my diet, so I asked for a bowl of 'sup cendawan', 'Ikan Kembung Pedas', and air kosong...hehehehe...diet maaaa...





Feeling a bit guily, I asked for a half plate of 'nasi' but i ate only half of it... The soup was fantastic! It had fresh cendawan and the cendawan itself was thick (montok)...sedap woooo... Hehehe...And the 'Ikan Kembong'...delicious. So, in the next visit, I promised myself to order 'Teh Tarik'..

Tuesday, June 9, 2009

Cerita Solat Jumaat...

Adopted from "The Bliss of Solitude", bzmum.blogspot.com

Aku pun pelik...sekarang ni semakin ramai orang lelaki yang berkeliaran pada waku jam 1.00 pm 2.00 pm Hari Jumaat. Dan yang lebih menyekitkan hati ialah, tiada apa yang boleh dilakukan terhadap mereka?

maksud aku bukan untuk menghukum kerana hukuman Allah itu lebih adil. Maksud aku, tiada pandangan tajam, sinis atau yang seumpamanya daripada masyarakat (perempuan lah kan???). Apatah lagi untuk menasihati dan menegur.

Itu, baru solat Jumaat yang kita boleh nampak kalau orang tak pergi ke masjid. Solat Fardhu apatah lagi...memang kita tak dapat nak detect orang dah tunaikan atau tidak.

Nampaknya, masayarakat Islam kita dah semakin maju tetapi menyendiri. Dah takda sifat 'berpesan-pesan dengan sabar, berpesan-pesan dengan kebenaran'...Wallahua'lam...

Monday, June 8, 2009

Kata Ayahku...1

"Ilmu yang paling sukar adalah Ilmu SABAR"

Memang pun. Aku akui kebenarannya. Akulah orang yang paling tak sabar. Aku selalu marah kakak aku, mak aku, adik, termsuk ayah aku. hmmm...kalau larangan untuk tidak berata "Jangan berkata Ahh".. Aku dah cakap lebih dari itu.

Sebenaranya, susah nak menjadi orang yang sabar. Bila kita bersaabr, orang akan kata: 'La...kenapa ko baik sangat? Kalau aku, dah lama aku sound orang tu'..
Bila kita sound pulak, orang akan kata...'Sabar...benda ni boleh settle'. Hmmm..sudahnya...

Dulu, kawan baik aku, Fa dan Su,pernah buat kenyataan begini:

"Antara kita bertiga, tengah tunggu bas, kalau ada orang nak tanya direction atau pukul berapa, orang mesti akan tanya ko (aku la tu)".
"Apasal pulak? Aku tak lawa ke?
"Bukan...ko muka ko baik...innocent.."

Fa pernah panggil aku 'Si Tenang'...Sempena nama dugong yang terdampar kat mersing dulu tu. Kononnya muka aku expressionless..

Then, a few years later, kawan aku Ai, komen pulak...
Aku bertanya "First impression ko kat aku apa ek?"
Ai jawab "Emmm...ko sombong"..

Hehehe...dah berubah la agaknya aku dalam tempoh beberpa tahun tu. Agaknya kenapa ek? Salah satu aku rasa sebabnya, aku taknak orang fikir aku baik sangat, sampai kena pijak kepala. Yelah...ada beberapa keadaan yang orang buat aku ssesuka hati je. Maklumlah, Si Tenang..Memang dengan kawan-kawan, aku jarnag nak mengamuk. Tapi, bila kawan baik aku Fa dan Su cakap macam tu, aku rasa macam nak berubah pulak.

Tapinya, bila kat umah, aku ni mudah tunjuk perasaan. hehehe...maklumla, anak yang rasa tersisih. Anak kedua mmg camtu ke ha? Hmm...

Seterusnya, kata ayah aku lagi, Nak mendidik sabar melaui solat...Makin lama kita dalam solat, makin terdidik lah sabar kita. Solat ibarat pemadam kepada api neraka atau api nafsu yang ada dalam diri kita. Sebab tu, bila aku rasa macam asyik nak mengamuk je, aku mesti teringat nasihat ni...agaknya, sembayang aku dah makin kucar-kacir. Yela, Kan ke Solat itu tiang agama, so, bila solat pun tak seteguh mana, makin goyang la iman kita. secara tak langsung, berkocak la nafsu AMARAH kita. Na'uzubillah...

Thursday, June 4, 2009

Teh tarik, Sup Cendawan...Yummm

Pada suatu petang (2 Jun2009) , hasil dari diet yang separuh hati, perut aku sangat lapar...berat tak turun2 pun..emmm...actually, adala turun tapi, masih belum mencapai target. Tunang aku buat tak tau je...(nasib la baik). Dengan hajat nak buat aktiviti menurunkan berat, dan nak meluahkan perasaan di The MInes, sekali tak terlaksana pulak.

Hujan turun dengan lebatnya. Setelah berpusing di sekitar highway Putrajaya-Kajang, aku pun masuk Bangi. And, lastly, aku masuk ke PKNS Bangi.

Ceritanya, aku nak masuk kedai makan ni..And, there goes my DIET..hahahha...I ordered a cendawan soup (sayur cendawan)..With an intention that, it has lower cholesterol. Ironically, I ordered a teh tarik..(tak serik-serik). I just couldn't resist it.

And, to my frustration, it turned out that, teh tarik tu mmg tak sedap. Out of 5 stars, I gave it 1 star only. If only I could make it half, I would.

Actually, why i said 'tak serik-serik' is...I've had that moment before when I ordered an iced tea, and it was so not drinkable. That time, frustatedly, I asked them to mend the taste, because it tasted only of sweetened milk. And, they really took my order very well..They add up plain water and, by taking a look at the color, I knew that the iced tea was tasteless...Less tea, less sweet, less creamy (milk).

teh tarik

And again, when i ordered teh tarik, I was hoping that it would be different from my previous experience (with iced tea). But, to my frustration (again), the tea was ia bit bitter (like old tea), with an imbalance taste of bitter and milk . Tak sedap. So, next time, I won't even consider to ask for any kind of milked or creamed drinks...TOBAT

Sup cendawan dia, boleh tahan...sedap. (The kind of soup that has 'pedas, masam' in it). So, if u like it, u will consider it ok. Besides having mushroom in it, they put chicken chunks, prawn and squid. So, ok la....I enjoyed the soup. ANd, while i was satisfyingly savouring the soup, a 'sotong goreng tepung' crossed my mind. So, I ordered 1. And, to my disdain, I just can't explain. U have to guess. Let's look at the picture. Guess what kind of food is that?


sotong??

Wednesday, June 3, 2009

Smoothies - Asian Food Channel Recipes

Try this...One of my Passion is Food...Oh Em Giii...have mercy on me..

Smoothies - Asian Food Channel Recipes

Shared via AddThis

My KPI, for life...My Passion

Really?

Talking about KPI in office makes me sat back and review may passion in life. Things that i had always wanted. Things that have been my real passion. I'm resetting my KPI (for life, not for work):

  1. Buy 1 book every month (at least). Any type of book can do. Buy only huh? Nop...of course...
  2. Read 2 book every month (at least).
  3. Hmmm...the best collection that I have so far, is reading the collection of Womens' Murder Club by James Patterson. I started buying the collection (if I'm not mistaken, the Fifth Horseman and followed by Seventh Heaven), but so far, my sister have the passion to finish collecting them. Thanks to u sis. worth the effort though.

Beside resetting my KPI, I'm now reviewing my purchasing aims...

  1. Have an SLR camera or a DSLR (more advanced). Hehehe...
  2. Have a business of my own..( secret...dah jadik nanti baru bagitau)
  3. Have a new CAR (Caldina or ACCORD). Heheheheheheheheheh..
In term of work...I'm setting my aim for Pensyarah Cemerlang...

Looking back at it...Materialistic of me...hehehehe...DUNIAWI!!!

ewah...ewah...cakpong...cakpong...2

Hehehe...I can't stop blaming myself over having "short-term memory".

I did received the documents (fotocopied). Sian 'abang' aku...betul la dia ada bagi. I salute his confidence. And as for me? Learn from this incident.

I called the insurance office. And unfortunately, my record was not even there!!!!!! Argghhh...tension again. This Mr. Suresh promised to check on my record from his collegue and promised to call em back. I've been waiting for him until now...He really broke my heart like no other man have ever done to me...sob...sob...sob... Tak nak ar naik mahkamah...

Photobucket

Tuesday, June 2, 2009

Ewah..ewah...Cak pong...cakpong...

Saman..first time in my life, I’vo got summoned to present in court. What a wonderful life…

Banyak yang aku nak bebel kat sini..yang bagi salah nombor telefon la…org laki-laki ni mmg susah tul la. Konfiden je pulak tu, dia ada bagi salinan dokumen kat aku..entah bila ntah…Pastu, aku lak, kalau ada la dia bagi, x ingat letak kat mana la…Itu masalah aku pulak..hmm…sudahnya, bila dah luah ni, aku rasa, tawakkal je la…

Monday, June 1, 2009

Old Folks Songs...Sep..sep...sep...bom..bom..bom..

Takde kerja dah agakmya aku ni. Duk tulis blog, duk teringat kisah lama. Sekali lagi aku nak mengimbas kenangan...lagu-lagu zaman kecik-kecik dulu.
Photobucket
Nak banding zaman sekarang, namanya Nursery Rhymes. Maklumla, banyak budak-budak duk kat nursery. Aku lebih suka panggil "Lagu dulu-dulu" hehehehehe...

Ni lagu yang paling aku ingat wordings dia..sampai sekarang:

1..Air Pasang dalam, (dulu aku nyanyi mcm ni, rupanya, yg sebenarnya: Air pasamng malam...eh, betul ke?)

Surut pukul lima, (tengok, kecik-kecik aku dah tau air surut pagi pukul lima)
Nyonya bangun pagi,
Siram pokok bunga,
Pokok bunga melur,
Tanam tepi kolam,
Itik bertelur,
Ayam mengeram, (pandai orang tua ajar anak diorang kan, dari lagu aku dah tau, ayam keje dia mengeram),
Cik Baba jatuh dalam parit,
Cik AMinah ketawa jerit-jerit (buruk perangai).

Dulu lagu ni aku nyanyi takat ni aje. sekarang ni, dengar anak sedara aku duk nyanyi lagu ni, rupanya baru tau ada sambungan...setelah 20 tahun baru aku tau...huhuhuhu...

sambungan:
naik kereta api, pergi Kuala Lumpur (dulu takde highway),
nampak adik comel, terselit bawah dapur.
Kit..kit...kit, kuih bangkit,
Sapa nampak gigi dia kena cubit.....


Lagu kedua ...2

Ola, Oli, kuberi nama,
saudara saudari,
cikebum...cikebum
siang-siang hari ...????? aku lupa daaa...
malam-malam gelita ...miaow..miaow,
siapa yang baik hati, cinderella...
halamak....aku tak ingat last dia...

Lagu ke-tiga...3

Air terjun, tepi gunung,
Tempat budak bermain,
Tempat tinggal tukang kebun,
Dan anaknya Rohani,
Sungguh cantik, paras ayu, hidung mancung seruling,
Batang padi, kuning pinang,
sungguh cantik dipandang,
tidur malam, mimpi-mimpi,
Ani datang ke rumah,
Tapi sayang sudah pergi,
Hati Ani berubah..

Lagu ke-empat..4..

Tak nak sudah, nama ko dolah, t**** ko sebelah...

Lagu ke-lima..5..Lagu yang akan berkumandang kalau korang nak main dalam kumpulan...ekadang, masa nak pilih geng ni lagi lama masa dari tempoh masa bermain..

Lat ta lat laili tamplom...

lepas tu, ada pulak budak buat sambungan dia...

Lat ta li lat laili tamplom, se fa un sai song, ana tanggung tak untung,
lat tali lat laili tamplom....

atau, versi ni pulak:

Lat ta li lat laili tamplom,
beranak dalam tong,
keluar anak patung,
rupanya macam sotong...

Aduss...macam-macam la...

Lagu-lagu berikut antara old folks songs yang masih berkumandang di rumah aku sebab nyanyian untuk anak-anak sedara aku...Biasanya, mak ngan ayah aku nyanyikan. Diorang nyanyi sedap sket, nak banding kalau aku nyanyi...diorang makin naik hangin ada le...

1..Lagu ni Ayah aku suka nyanyikan kat cucu-cucu dia...

Lang-lang butok, butok rawi-rawa,
dimana kampung datuk, di situ lang menyambar,

Ram-ram pisang, pisang masak layu,
Jatuh dalam kubang, sambar ikan puyu,

Umbut-umbut nyior,
belalang kodek-kodek,
sapa mulut banyak, orang itu, kita cobet...

2..lagu-lagu ni plak, feveret mak aku. Nyanyi kat buaian, nak kena dgn tema dia..

Buai laju-laju,
sampai pucuk sena,
apa dalam baju, sekuntum bunga cina,

Buai tinggi-tinggi,
sampai cucur atap,
belum tumbuh gigi, dah pandai baca kitab,

Buai laju-laju, sampai tepi parit,
apa dalam baju,
sekeping duit seringgit.

3...Ini lagu wajib budak-budak dengar masa kecik, sebelum diorang tumbuh gigi dan bercakap...

Pok amai-amai, belalang kupu-kupu,
tepuk bagi pandai, nanti malam upah susu,
susu lemak manis,
santan kelapa muda,
adik (biasanya, sebut nama baby) jangan nangis,
emak pegi kerja...(maklumla, ibu berkerjaya).

4...Lagu ni, mengajor anak gerak tangan...bagus kan???

Cak cekur, udang gamit,
minta cekur, bagi kunyit...
(dah besor sket baru aku tau, memeang ada pokok nama cekur, mmg mcm kunyit isi dia)...hohoho

So, do you have any other songs that had been stored in ur mind through out your life? That reminds u of those moments that we have without to think of other things except, getting scolded because we played too much or singging tooo loud? yeahhh..

Innocence


Sure, when we grow up, we couldn't even look at our own face if we look like this... But he really looks kinda verrryyy cuteee...