Thursday, January 26, 2012

Bank Islam...

Bank Islam ada satu servis yang bagus, yang aku rasa tak dibuat oleh mana2 bank.. Opppss..mungkin ada, tapi ai tak tau..eheheheh...

Servis yang dimaksudkan adalah TAP servis. Servis ni membolehkan kita dapat makluman bila2 ada transaksi di akaun kita dan servis ini tak menggunakan kemudahan internet. 

So, disebabkan  tak mahu ketinggalan dan rasa sangat berguna servis itu, [terutamanya utk maklumkan kepada daku apabila gaji sudah masuk] maka saya pun tergedik2 la nak daftar TAP. Baru ni je pun sexcited, sebab baru ada akaun Bank Islam yang gerenti aktif setiap bulan..hahahaha..especially, masa withdraw money kt ATM, ada maklumat ttn pendaftaran TAP: "Go to the nearest branch"..

Kebetulan, aku ada di Segamat, dan kebetulan lalu dan tak payah parking kereta [sebab ayah aku yg bawak keta], so, aku pun tergedik2 sekali lagi nk daftar TAP. So, kaedah nya adalah seperti berikut:

  1. Lapor diri dulu dengan JAGA bank kat kaunter depan.
  2. JAGA bank akan bagi borang. SO, isi borang tersebut.
  3. Then, ambik nombor and wait..
  4. Ok..nombor dipanggil..so, bawak la badan tu ke kaunter, serahkan borang dan kad pengenalan [walaupun diorang belum minta Mykad tu].
  5. Pegawai kt kaunter akan terus..: "Mintak telefon!"
  6. "Ha? M.I.N.T.A.K telefon?" *sambil akur mengeluarkan telefon*.
  7. "Ya, bagi telefon puan.."sambil mengambil telefon anda dan pandai2 membelek telefon macam dia dah biasa sangat dengan telefon ittew. Sedangkan, aku yakin dia belum lagi reti nk unlock keypad hp aku...MUAHAHAHAHA...
  8. "Tekan yg atas tu encik", beri arahan apabila melihat pegawai masih lagi terkial2.
  9. "Boleh ke?" Tanya dengan penuh prihatin *bukan nak sombong*.
  10. Berikan pegawai tersebut masa untuk mengeset *buat apa2 yg patut* sambil rakan2 nya menjengah hp anda. [Pastikan tiada gambar telampau kt wallpaper hp anda].
  11. Selepas beberapa minit, pegawai masih lagi mencari 'Sim Tool Kit' dan telah membuat beberapa pengubahsuaian kepada paparan/susunan icon hp anda, sambil merungut menunjukkan dia tak dapat cari apa yang hendak dicari.
  12. Pegawai tersebut akan minta anda keluarkan simkad anda dari telefon tersebut [mungkin nk pindahkan ke hp yang boleh].
  13. Kemudian, rakannya akan maklumkan kepada pegawai tersebut "HTC tak boleh woi. HTC memang tak boleh"
  14. Apabila hp pertama tidak boleh, beri option nombor yang lain, yang menggunakan hp lain yg lebih dikenali [seperti NOKIA].
  15. Sekali lagi, pegawai tersebut akan tercari2 setting yang diperlukan mungkin kerana hp yang sangat tidak biasa digunakan..
  16. Dan sekali lagi, pegawai minta anda keluarkan simkad apabila setting tak dapat dibuat di hp anda.
  17. Penukaran nombor perlu juga dibuat di dalam borang.
  18. Sambil anda mengeluarkan simkad, pegawai akan masukkan nama dalam sistem dan....
"Oh...buat akaun kat Putrajaya ya?"
"Haah. Kenapa".
"Kalau macam tu, nak kena verify tandatangan puan. Lambat sikit la. Dalam 40 minit".
"La..macam tu pulak"
"Ya, puan. Nak kena org di Putrajaya verify tandatangan puan, baru boleh proceed".


Mykad ko yang beria-ia ko jaga selama kini tu, takde dipandangnya. Apa yang aku pelikkan, takkan la, option untuk pengesahan hanya guna tandatangan? Apalah salahnya ko gunakan option yang lebih relevan iaitu cap jari? Ada sepuluh jari kat tangan aku ni. Kalau semua dah, habis, boleh la ko guna tandatangan pulak kan...ehhh...kalau dah habis semua jari, macamana pulak aku nak tandatangan? Sampai sudah la, aku takleh nak verify? Cuba jawab BAnk Islam Oiiiii...Geram aku nyahhh...

Dalam keta, aku tengok, susunan icon aku kt wallpaper mmg berubah..pandai2 betul. Kalau tak tau, tanya la. Sombong pulak tu kan..pastu, jakun benor tgk hp aku. Tau la, hp aku x glamer, bukan blackberry, bukan Iphone...huhuhuhuhuhuhu...


Sunday, December 18, 2011

Suka vs Tidak suka OMBAK RINDU

Trending now is Ombak Rindu..The latest collection that I heard (which was 2 days ago) was 9mills..

Apa yang syoknya tengok Ombak Rindu? Apa pulak yang tak bestnya tengok Ombak Rindu? Mahu yang mana satu dulu ni? Yang best ke, yang tak best?

Well..yang tak best dulu lah..Ada yang simply tulis pada wall fb: "Aku dah tgk Ombak Rindu. Tak best pun citer ni. Tengok Mission Impossible lagi bagus"...I don't blame them. Compared with a different genre? That's not fair..Terang-terang la menunjukkan yang anda bukan drama material. You opt for thriller, action and everything that explode, moving fast and suspense. 

Tapi, ada juga yang compare Lagenda Budak Setan lagi best...So, that's more fair..For me, Kalau compare dgn Twilight yang buatan orang putih tu, aku rasa mata aku cerah lagi tgk citer ni. Tgk Twilight, nak nguap pun aku tak sempat..terus terlelap jer...
So, for me....Yang tak bestnya Ombak Rindu ni:

  • Filemnya pendek berbanding novel. Banyak perangai Izzah dan haris yg tak dapat ditunjukkan. But, who to blame? Nak citer semua? Berapa lama nak melangut dlm panggung tu?
  • Technically, filem ni kualitinya kurennggg...sket. Ada beberapa scene yang tiba2 jer faded macam tengah nak imbas sesuatu or, Izzah tengah berangan tentang benda lain masa Datuk Sufiah bercakap. Siapa aku, nak cakap pasal technical dalam filem kan? Yang pasti, mengganggu okey..Tapi, bagus jugak sebab tak perlu nampak muka pelakon yang memainkan watak Datuk Sufiah (yg aku mmg x berapa nk gemar). So, kalau filem ni tak dpt anugerah filem terbaik aku tak heran la..
  • Watak Datuk Sufiah yang dibawa over..Tak seperti yang aku bayangkan masa baca novel ni. Bagi aku, Datuk Sufiah tu tak manja mengada-ngada dengan anak dia si haris tu saja-saja amik kesempatan nak peluk si Haris. Dia lebih kepada dingin dan tegas walaupun memang dia sayangkan si haris..(mungkin jugak aku yg terover bayang ek). Hahaha..
  • Adegan yang terlalu intim..hehehehe..mmg la mak suka tgk keromantisan Haris dan Izzah nyah..Tapi, kalau nak klasifikasi citer ni kepada UMUM, rasanya ada adegan romantik yang tak perlu diperincikan. Yes! Ada macam-macam teknik boleh buat utk orang assume yang adegan itu adalah intim antara dua pasangan..so, bab meraba-raba dan mencium2 atas katil itu, Tuan Pengarah boleh lebih kreatif sikit ye...untuk tontonan anak-anak. Sebab ada jugak rakan-rakan wanita di luar sana nak bawa anak-anak kecil menonton citer ini...sama ada terpaksa atau rela, I tak tau. 
  • Part Haris ugut mak dia bila dia dapat tahu yang mak dia tahu pasal Izzah tak ada. That part penting sebab menunjukkan yang Haris ni keras kepala dan tegas juga. 
  • Kening Izzah yang nampak sangat dicukur2. Rasanya tak berapa sesuai dengan watak Izzah yang cuba digambarkan dalam filem ni. Kalau buku, Izzah tak pakai tudung. Tapi, bila dalam filem ni, kening dia jadi buruk. Aku rasa kening Maya Karin pernah lebih lawa dan kemas dari itu. 
Yang bestnya???(tak sabar2 nak citer)..
  • Sebab pelakon dia adalah Aaron Aziz dan Maya Karin. Sorryla Fauziah Ashari...kalau filem ni bukan dibuat pada zaman ini, aku tak taula berapa kutipan dia. Dan, aku tak boleh nak bayangkan orang lain selain abg eron melakonkan watak Hariz. Ok..cuba bayangkan kalau Ombak Rindu dibikin dalam tempoh...
    • 10 tahun dulu: Hero mungkin Rosyam Nor? Norman Hakim? Hairi Othman?errkkk...mcm x boleh blah jer..Eizlan Yusof? boleh tahan sikit laaa..Heroin pulak? Kalau dah abg Rosyam, heroin tak lari la dari Eja?(itu kalau drama kot), Rita Rudaini? (kalau drama jugak), Nasha? (most probably)...Diorang tu buat adegan romantik? errkkk...no comment...Kalau Nasha, takde dah rupa org kampung. nehi..nehi..
    • Cuba kalau masa zaman filem azura...ahahahaha...sapa pulak ek? Masa tu yg top Azmil Mustafa, ebby saiful, Salleh Yaakob n Jamal Abdillah. Heroinnya pulak, Ogy, Liza Abdullah (mak Mertua Dhia) Suhana Yahya...hehehehe...Tapi, masa tu, cerita Ombak Rindu lom keluar lagi..just nak ajak berangan jer...hissyyy...
  • Watak Izzah yang pemaaf. Dari segi ekspresi muka, Maya Karin mmg best bawak watak ni. Macam Izzah ni penyabar sangat. Tapi, tak mustahil juga akan ada yang kata Izzah ni bodoh, menyerah sangat. So, terpulang pada cita rasa masing-masing. Dah dapat kawin dgn org macam Haris, nak lari watpe..ahahahaha...mterialistik, ok.
  • Abang Eron kenyit mata..hissyyy...rasa macam aku pulak yang kena ngorat ok...cair mak...
  • Filem ni tak meleret2 (in comparison with Twilight). So far, bahagian naratif pun tak panjang sangat. Dari satu scene ke satu scene tak meleweh2. 
  • Lagu dia pun best..
Ada jugak yang kata filem ni didokong oleh tragedi murahan..???? Aku pening nak pikir, apa maksud tragedi murahan? Ada ke tragedi yang mahal eh? Tak sangka pulak aku penulis dalam akhbar boleh ada pandangan mcm gitu. Nak buat macamana, pandangan masing-masing kan...

So, walaupun filem ni tak sepenuhnya menceritakan perjalanan sebenar Ombak Rindu (novel), sebagai filem berunsurkan drama, bagi aku cerita ni memang boleh mengundang ketawa, menangis dan marah. Dan tak boleh nak tolak faktor terpenting adalah abg eron (bias ok). So, disebabkan oleh Abg Eron, aku telah bias cerita ini. Mungkin pandangan aku akan berbeza kalau org lain yang melakonkan watak Haris, mungkin juga tidak. Contohnya, Aku tak boleh nak habis tengok Lagenda Budak Setan (LBS movie) kerana heronya adalah Farid Kamil, sedangkan, aku follow novel ni sampai ke sequel Katrina. 

Dengar cerita, kononnya Ombak Rindu nak dibuat drama. Harap2 pelakonnya tak membuatkan aku turn off nak tengok cerita ni. Lagi sekali, contohnya LBS. Pelakon perempuan dalam drama LBS membuatkan aku tak terasa langsung nak tunggu drama ni..Novel Ombak Rindu pun ada sequel dia, mungkin ke filem ni nak dibuat sequel gak? Rasanya, lebih baik dibuat dalam drama jer..tak gitu? Tapi, kalau cerita Fauziah Ashari yang baru tu...yg Bisik-bisik ....tu. Rasanya tak payahla buat filem or even drama. macam merepek jer cerita tu..

Oklah..ciow dulu. Kalau suka, baca. Kalau tak suka, tutup jer page ni, ok? No one force u to read this. Babai...

Saturday, December 17, 2011

My most favorite from "Thepoplook.com"

Cik Wan Kembang introduced thepoplook.com to me..
And I love most of the dresses and tops, especially its blouses..But the one that really caught my eyes are these:...well, at least to suite my size and style...hehehe

Tara Blouse
http://thepoplook.com
...and matched with this skirts
http://thepoplook.com
So, Why don't yall take a look at Thepoplook.com and have your own favorite too?

Saturday, October 29, 2011

Tupperware Sale 2

Lagi, Tupperware Sale!!!


FreezerMate Medium II - 1.5L
6 - Available
Dimension: 22.5cm (L) x 14.9cm (W) x 7.7cm (H)
RM 20 each
Normal Price: RM29




FreezerMate Medium III - 2.3L
4- Available
Dimension: 22.7cm (L) x 15.1cm (W) x 11.4cm (H)
RM23 each
Normal price: RM36
Buy 2 at only RM40

Any inquiry, please emel me: ajandaus@yahoo.com. Or you can just ping me at the Shoutbox.

Saturday, October 22, 2011

Tupperware Sale

Stock clearance, everybody...never used Tupperware...New With Plastics (NWP)
Low price guaranteed

Harga tak termasuk kos pengeposan
Dimension stated are approximate
So, if interested, emel me at ajandaus@yahoo.com

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Just Restock!!!
1. FreezerMate Small II - 650 ml  
RM10 each

2 x sold to W.ayu
4 x available 
Dimension: 14.3cm (L) x 11.0cm (W) x 7.7cm (H)

Normal Retail Price: RM 20.70 each

Buy 2 at RM18!!!

2. Square Round - 500 ml
RM 11 each
Dimension: 12.8cm (L) x 11.5cm (W) x 5.5cm (H)
Normal retail price: RM13.20 each
4 colours available: Yellow, Blue, Green, Red
Buy all 4 at RM40

3. Rectangular Shelf Saver - 2L
RM18 each
2 x available

Dimension: 44.0cm (L) x 20.0cm (W) x 39.5cm (H)
Normal retail price: RM21.90

4. Special Edition: RM6 only!!!
2 x available
Dimension: 10.0cm (diameter) x 5.1cm (H)
only 2 available