"Sepasang suami isteri terpaksa berpisah (bercerai) kerana kehendak ayah (si perempuan). Kerana apa? Kerana si menantu dan bapa mertuanya berbeza parti politik. Ayah mertua dia tak suka. Dah bercerai, satu hal la pulak. Anak diorang dah tentu la si emak yang jaga. Atuk dan nenek belah ayahnya rindu sangat dengan si cucu, maka pergila mereka datang melawat. Alhamdulillahh...pintu dibuka. Tetapi, tidak dijemput masuk. Buat muka tebal, masuk je la..jemput diri sendiri. Duduk pun di atas lantai. Tidak dibawa ke ruang yang ada kerusi. Dan dihidang air mineral..Ya...saya faham...Nak menjaga kesihatan. Si suami, nak jumpa anaknya, bukan main susah. Terpaksa merayu si isteri, jumpa di luar, baru boleh dapat jumpa anak"
Itu kisah benar. Melayu dengan Melayu. Islam dengan Islam. Hanya kerana parti politik berlainan, adakah kita layak memutuskan silaturrahim anak dengan ayah, suami dan isteri, datuk dengan cucu, islam dengan islam?
No comments:
Post a Comment