Thursday, October 21, 2010

Sebelum Dia...Match-Making punya hal

Ni sajala saya nak citer kisah-kisah match-make yang saya sendiri lalui.
Takdela menarik sangat tapi, just untuk kongsi cerita sebab rasanya macam seronok dapat kongsi dengan kawan2..So, sapa2 yang rasa menyampah / tak suka / meluat / rasa nak termuntah dll, sila...saya silakan secara baik...beransur lah yer, dari page ini..Patik tidak memaksa sesiapa untuk membacanya...
Kepada yang nak membaca...silakan...

Alkisah, aku ni, tak ada couple. Bila balik kampung jer, biasalakan...org kampung dah nampak kita ni lanjut benor umurnya, tak kawen lagi. Usahkan nak menyebut kawen, boipren pun tak ada lagi..
Yang havoc nya, makcik2..Mak aku tak de hal punya. yang penting, keje, dapat duit. Kang kawen, duit tak ada lagi haru...kan...

Makcik aku yg sorang ni, memang suka match making. Dia rasa tak sedap hati kalau ada orang keliling dia yang tak kawen2..

Match-Make yang Pertama:
Ini, anak murid punyer kejer la ni. Di baginya nombor aku kat abang dia..
Kejer engineer. Dekat jer. Overall, ok laa...tak der pulak negative side kan...manusia mana ada sempurna. Kita pun bukan hebat sangat..Bila dah kenal, baik macam kawan2 pulak. Xleh pegi lebih dari tu..Hehehe...
Actually, bila dah makin lama kenal, mmg tak ngam ar kitorg. Dia kata aku baik sangat ..[ada ke??] Ellehh...kalau dah taknak tu, cakap je la taknak kan...Yg penting, aku pun x mengharap kat dia nih. Kawan aku jer yg sibuk2 tanya..haiyyyaaa...

Sebabnya, dia tu ada style..Macam tak masuk jer dgn aku yang selebet ni. Err...Ada yg tak kena la...hahahahha. Pastu, aku kononnya nak match kan dia dgn sorang minah sama tpt kejer ni, tapi, x jd jugak...lagi haru.

Matchmake ke-2:
Kawan tempat keje aku yang kenalkan. Tula, aku yang gatal2 mulut announce lum ada boipren. Dia dgn jujurnya terkejut, aku takde boipren, terus nak kenalkan dengan budak nih. Tapi, alamak...umurnya muda setahun..Aku pun, dengan separuh hati go on je. Jaga hati kawan. Mana tau, hensem mcm Keanu Reeves ke..hahahaha...
So, no. phone aku dah disampaikan. Tak ingat2, tak tunggu masa, terus jer dia set nak jumpa. Aduiii...masa tu pulak kebetulan aku bz..ada kursus la, mcm2. Dia insist jugak nak jumpa. Budak ni, belum apa2 lagi, dah hanginkan aku satu badan. Macam bad omen jer...So, akur juga, jumpa malam, bertiga [aku ditemani kawan aku yang prekenalkan kitorg].
Dipendekkan cerita, mula2 borak, ok...Pastu, ada slect dalam perbualan [tak perlula aku detailkan dialog] kitorang. Dia punya lawak, aku tak leh blah ar...Muka boleh tahan, macam hindustan, hidung mancung.. Tapi, menyakitkan hati aku. Ada ke...harga makan malam tu yang seciput RM5 [jer], disuruhnya aku yg bayar. Memang nak kena reject mamat nih..Sakit kepala aku menahan marah malam tu. Balik2 jer, tak sempat aku nk hilangkan sakit kepala dan sakit hati, dia call.."macamana? Jumpa dah jumpa, hati macmana?"
Hek elleh...aku tengah hangin ni, nak tanya hati pulak. Pigi dahhh...tapi, ia hanya berkumandang dalam hati. Yang akujawab cuma, "bincang esok leh tak? Saya sakit kepala la.."
Esoknya, tak sempat aku pegi kerje, dia dah call, tanya pasal hati. Aku jawab:
Hmm...macam nila..kalau nak berkawan, saya tak de masalah. Tapi, kalau nak lebih dari tu, tak boleh
Kenapa? Kenapa tak boleh?
Takde chemistry la. Saya tak rasa kita sesuai.
Kenapa pulak tak sesuai?
Adduiii...budak ni taknak paham ke, memang tak paham bahasa?

Apasal pulak? Apasal tak leh lebih dari kawan?
Sebab awak tak matang..hambik ...aku dah tak tau nak cakap cara baik macamana lagi. Alasan2 di atas tak memberikan kesan. Bila aku bagi jawapan tu, baru dia paham tapi, sebenarnya, lagi dia takleh terima.
Selepas itu, berjela2 msg dia mempertikaikan penilaian aku terhadap kematangan dia. In the end, aku wat tak tau jer...Last2 dia paham jugak kot...hohoho...

Matchmake ke-3:
Jiran aku la yg excited ni..Ada cikgu kat melaka yang tgh carik calon isteri.
Dia pun, mintak izin bagi nombor aku kat cikgu nih. Akupun izinkan...
Latarbelakang nya yang disampaikan kpd aku: Tengah buat master, dah lama kerja, dah ada kereta.
Tup..tup...satu pagi, aku dapat sms:
Salam..saya kawan si polan, kalau nak tau maklumat dia, pegila website UKM bla...bla...bla...
Aku tak hingat dah apa yg ditulis sebab aku rasa mcm tengah baca iklan offer jawatan suami kat dalam surat khabar or dlm website...
Hisshhh...ko nak kenal ke, aku yg nak kenal ko? Apsal lak aku nak kena berusaha sangat pegi internet, tengok maklumat ko? Tak sudah2 betul...Malas aku nk g tengok kt internet..Pg Mam*** laaa...

Pada hari kedua, aku dpat 1 lagi sms: Salam...saya si polan. dah tengok maklumat saya kat website?
Jawapan aku: Belum.Tak pegi opis lagi, nak buka internet..
Kenapa? rumah U tak ada internet ke?
Haah...*rumah saya cikai jer*..[ayat tambahan dalam hati]. Awak org mana? [aku bertanya nak ice breaking la ni...sembang2, kenal2]
Takpela, nanti tengokla maklumat saya dalam website tu.
Cisss...bedebah!!!!
Rupa-rupanya, seramai2 org tolong carikan untuk dia. Byk kaki dia pasang sekitar melaka tu...sampaikan makcik aku yg kat pasoh tu, pun boleh nak match-make, padahal orgnya sama...apparaa...

Dan, selepas aku tengok website tu, aku memang takde rasa nak berkenalan dengan lebih lanjut. Sebabnya, tengok gamba, nampak mcm cengil dan sombong jer. Ditambah pulak perawakan yang ditonjolkan ketika berkenalan melalui SMS yang tidak menyumbang satu maklumat pun.
In the end, bila dia tanya, dah tengok maklumat dia? Aku jawab Ya..
Then, aku dapat panggilan...Macamana kita? saya taknak main2. Kalau sirius, kita on?
Heh????On? Apa? Ada butang on off ka?
Aku pun, jawab...Takpelah...saya tak bersedia lagi. 
Senang jugak kan...daripada layan si tak matang dan tak mumayyiz tu...takyah terang panjang lebar...hehehehe

Itula serba sedikit pengalaman diperkenalkan dengan orang. Aku ni takla perfect, dan masih tertakluk kepada adab dan tatasusila..hehehe...Bukan nak memilih tapi, kalau dah hati tak mau, macam2 alasan nak menolak. Rupa bukan segalanya, tapi...apa ek? aku pun tak tau faktor2 sebenar. Yang aku tau, bila sampai masa, Allah akan mudahkan urusan. Walaupun belum tentu pilihan kita tu tepat, tapi, kita cuba yangterbaik dari keputusan yang kita buat...InsyaAllahhh...

Laki aku jugak yang macho...Nak kawin tak dengan abang ni? Soalan maut....

2 comments:

  1. al-kisah nye..hehehe. yg kisah pertama tu, anak murid kt mana ye?!*dalam hati tertanya2*

    so, ape jwpan utk soalan last tu? mesti laju2 je jawab, "nak nak nak!!!" betul x? ngeh3...

    ReplyDelete
  2. hissyy...nak menjawab soklan last tu, puas jugak la putar belit...takkan nk jawab "nakk" direct...malu la aiii...

    ReplyDelete