Thursday, January 26, 2012

Bank Islam...

Bank Islam ada satu servis yang bagus, yang aku rasa tak dibuat oleh mana2 bank.. Opppss..mungkin ada, tapi ai tak tau..eheheheh...

Servis yang dimaksudkan adalah TAP servis. Servis ni membolehkan kita dapat makluman bila2 ada transaksi di akaun kita dan servis ini tak menggunakan kemudahan internet. 

So, disebabkan  tak mahu ketinggalan dan rasa sangat berguna servis itu, [terutamanya utk maklumkan kepada daku apabila gaji sudah masuk] maka saya pun tergedik2 la nak daftar TAP. Baru ni je pun sexcited, sebab baru ada akaun Bank Islam yang gerenti aktif setiap bulan..hahahaha..especially, masa withdraw money kt ATM, ada maklumat ttn pendaftaran TAP: "Go to the nearest branch"..

Kebetulan, aku ada di Segamat, dan kebetulan lalu dan tak payah parking kereta [sebab ayah aku yg bawak keta], so, aku pun tergedik2 sekali lagi nk daftar TAP. So, kaedah nya adalah seperti berikut:

  1. Lapor diri dulu dengan JAGA bank kat kaunter depan.
  2. JAGA bank akan bagi borang. SO, isi borang tersebut.
  3. Then, ambik nombor and wait..
  4. Ok..nombor dipanggil..so, bawak la badan tu ke kaunter, serahkan borang dan kad pengenalan [walaupun diorang belum minta Mykad tu].
  5. Pegawai kt kaunter akan terus..: "Mintak telefon!"
  6. "Ha? M.I.N.T.A.K telefon?" *sambil akur mengeluarkan telefon*.
  7. "Ya, bagi telefon puan.."sambil mengambil telefon anda dan pandai2 membelek telefon macam dia dah biasa sangat dengan telefon ittew. Sedangkan, aku yakin dia belum lagi reti nk unlock keypad hp aku...MUAHAHAHAHA...
  8. "Tekan yg atas tu encik", beri arahan apabila melihat pegawai masih lagi terkial2.
  9. "Boleh ke?" Tanya dengan penuh prihatin *bukan nak sombong*.
  10. Berikan pegawai tersebut masa untuk mengeset *buat apa2 yg patut* sambil rakan2 nya menjengah hp anda. [Pastikan tiada gambar telampau kt wallpaper hp anda].
  11. Selepas beberapa minit, pegawai masih lagi mencari 'Sim Tool Kit' dan telah membuat beberapa pengubahsuaian kepada paparan/susunan icon hp anda, sambil merungut menunjukkan dia tak dapat cari apa yang hendak dicari.
  12. Pegawai tersebut akan minta anda keluarkan simkad anda dari telefon tersebut [mungkin nk pindahkan ke hp yang boleh].
  13. Kemudian, rakannya akan maklumkan kepada pegawai tersebut "HTC tak boleh woi. HTC memang tak boleh"
  14. Apabila hp pertama tidak boleh, beri option nombor yang lain, yang menggunakan hp lain yg lebih dikenali [seperti NOKIA].
  15. Sekali lagi, pegawai tersebut akan tercari2 setting yang diperlukan mungkin kerana hp yang sangat tidak biasa digunakan..
  16. Dan sekali lagi, pegawai minta anda keluarkan simkad apabila setting tak dapat dibuat di hp anda.
  17. Penukaran nombor perlu juga dibuat di dalam borang.
  18. Sambil anda mengeluarkan simkad, pegawai akan masukkan nama dalam sistem dan....
"Oh...buat akaun kat Putrajaya ya?"
"Haah. Kenapa".
"Kalau macam tu, nak kena verify tandatangan puan. Lambat sikit la. Dalam 40 minit".
"La..macam tu pulak"
"Ya, puan. Nak kena org di Putrajaya verify tandatangan puan, baru boleh proceed".


Mykad ko yang beria-ia ko jaga selama kini tu, takde dipandangnya. Apa yang aku pelikkan, takkan la, option untuk pengesahan hanya guna tandatangan? Apalah salahnya ko gunakan option yang lebih relevan iaitu cap jari? Ada sepuluh jari kat tangan aku ni. Kalau semua dah, habis, boleh la ko guna tandatangan pulak kan...ehhh...kalau dah habis semua jari, macamana pulak aku nak tandatangan? Sampai sudah la, aku takleh nak verify? Cuba jawab BAnk Islam Oiiiii...Geram aku nyahhh...

Dalam keta, aku tengok, susunan icon aku kt wallpaper mmg berubah..pandai2 betul. Kalau tak tau, tanya la. Sombong pulak tu kan..pastu, jakun benor tgk hp aku. Tau la, hp aku x glamer, bukan blackberry, bukan Iphone...huhuhuhuhuhuhu...


1 comment:

  1. Hahahah kelakar je hujung post tu. Actually saya pun ada masalah la dengan TAP ni, saya transfer duit haram jadah duit tak masuk langsung kat akaun si penerima, memang setan betul lah

    :(

    ReplyDelete