Wednesday, November 24, 2010

TM sucks..that's not fair

Pergh...It feels REAL good when we're on the winning side.

Bayangkan perasaan, baru balik dari yahu-yahu kat London, balik-balik, lepas yahu-yahu pulak sambut raya kat kampung, baru perasan telepon umah kena potong. Maka, internet pun tidak buleh la kan...hadoii...

Berdasarkan sikap percaya kepada kepakaran 'service provider' iaitu TM, maka saya carik bil, dan menyalahkan diri sendiri yang terlupa membayar bil sebelum berlepas ke UK tempoh hari. Eh..jumlah bayaran RM200++. Hisyy...byk nyer aku pakai [Masih tidak sedar kepincangan yang berlaku]. Ditambah pulak desakan adik yang hidup dan nyawanya bergantung kepada sambungan internet, maka saya pun, dengan akurnya, membuat bayaran melalui cimbclicks pada keesokan harinya.

Naluri yang mengatakan ada sesuatu yang tak kena. My concsience says that:
Kenapa pulak sampai 200++? Berapa bulan dah aku tak bayar? Sedangkan, tiap gaji, aku bayar bil online...
Sebulan patutnya 70 je..phone skali dgn internet. Ni kalau dah 200++ maknanya, aku tak bayar 3 bulan???

Yang paling bodoh bagi saya ialah...bila phone kita disconnected, ada satu suara yang akan mengingatkan kita bahawa: "Harap maaf. Talian anda telah ditamatkan buat sementara. Sila jelaskan bayaran dan hubungi 100 untuk penyambungan semula". Inilah yang bangang nya...The problem is...kalau talian dah kena potong, bukan buleh call pun 100. Padahalnya, nak call 100 tu, percuma. So, apa jadahnya ko suruh call 100 untuk penyambungan semula, kalau talian tak leh nak guna?  Tarak Guna punya...

Ok...cool man...cool...

Seterusnya, bercampur dengan bengang sebab naluri mengatakan, tunggakan aku tak sepatutnya sebanyak itu, berserta adik yang nyawa macam nak terputus sebab tak ada internet, dan kalau ko menggelupur sangat, tak payah la ko duduk sini..harusla perkara ini disiasat dengan penuh hemah dan ketelitian. Segala jenis fail bil dan resit dikeluarkan dan disemak. Inilah masanya untuk mengguna pakai segala kemahiran pemantauan dan mengaudit yang ditimba selama ini.

Semak...semak...belek...belek...
Hohh...apsal ada bayaran aku yang tak appear dalam bil nih? Bukti dah ada...maka, haruslah gado kan...berkobar-kobar ai...napas mendengus-dengus, dan hidung kembang-kempis dek semangat keperwiraan yang tertanam dalam diri ini..heh...nak call mcm mana? Nasib baik adik pakai celcom. Kalau Maxis, xleh dail 100.

Baru pembukaan, telephonist mintak no tel, nama dsb. Terus jer dia buat declaration.."Ya, nombor cik ni, dah kena sekat sebab ada tunggakan sebanyak bla..bla..bla.."

Cis...aku tau la, sebab tu aku call ni...
"Cik..pertamanya, saya nak tanya...bla...bla...bla.."
"Oh..ikut pada rekod, cik mmg ada buat bayaran sebyk bla..bla..pada 25 Ogos. Bil kita keluar pada 25 Ogos, sebab tu dia tak keluar dalam bil"
"Ya..saya faham..Tapi, dalam bil bulan September pun dia tak deduct. Sedangkan sepatutnya, lepas tolak bayaran tu, saya dah terlebih bayar tau" Suara dah mula naik. 

Nak ikutkan, perbualan tu panjang lagi. Malas aku nak wat transkrip perdebatan sihat kitorang ni. Sebabnya, aku terpaksa ulang skrip yang sama beberapa kali sampai suara aku dari tahap barritone, dah jadi soprano dah...baru dia nak paham. Cehh...

Kesimpulannya, nak gadoh, mesti buat persiapan rapi. Bukti mesti cukup dan valid. Jangan main ingat jer. Gunakan balik bukti yang dia gunakan ke atas kita. Kenal pasti kekuatan kita dan point yang menjadi kelemahan pihak lawan ok. Selain itu, cuba point out sekali cadangan dan penambah baikan kepada pihak lawan..hehehe...supaya nampak kita berniat murni dan jujur..

In the end, walaupun saya rasa puas hati dan berjaya buktikan bahawa saya benar, saya tetap telah terlebih bayar sebanyak RM100, yang mana dengan seratus itu, saya buleh buat makan Nando's, beli buku, komik, tengok wayang dan beli bra..huhuhu.

p/s: TM masih siasat aduan yang mengatakan saya dah buat bayaran melalui internet. Sebabnya, kalau melalui Cimbclicks, bayaran clear ambil masa 2 hingga 7 hari...????Giler lama...CIMBclikcs suckss also ok..Duit tu...duittttt....

Haryy Potter..sr7

Hehh...balik2, wat date dengan hubby...
Bang, weekend ni kita g tgk wayang nak?
Citer apa?
Mmm...Harry Potter ke...nada berhati-hati utk melihat reaksi suami..mana tau dia serik tgk citer ni..
Ok gak..kita wat marathon nak? tengok sekali Megamind..
"Wah..wah...pucuk dicita, ulam mendatang", kataku di dalam hati.
Haah ek..Megamind ada lagi ke?
Ada...

yeay...at last, sabtu mlm ahad, kami cuma berjaya tgk Harry Potter. Megamind lambat sgt. Midnight nyer tayangan. Tak mo la. Badan bukan cergas sgt. Sisa-sisa jetlag masih ada ok. Bayangkan, tengah buat keje, tiba2 ngantuk yang tak dapat ditahan2 walaupun padahal jarang menahan ngantuk nih, terus tidur. Hanyut. Mimpi pun tadak...haiyyaaa...itu mcm ka jetlag? Baru I tau.

Oppss...kembali kepada tajuk asal...Harry Potter.
Sequel kali ni, laaaaagi best dari yg lepas. And, memang tak berapa sesuai bawak anak2 bawah umur ni sebab banyak adegan ganas, walaupun ada jugak yang aku nengok ibu bapa yang selamba jer bawak budak2 kecik sampai terlentok2..of course budak tu tak paham, nasib baik tak jerit2 meragam. And lastly, rupanya, ada jugak keluarga org terdekat I buat perkara yang sama...bawak anak2 beliau tengok Harry Potter. Sedangkan ia adalah tayangan PG13...hahahaha...kakakku...kakakku.

Monday, November 22, 2010

Post-UK syndrome

"Ohhh...sangat panas la ini country.."

Hehehehe...buat pertama kalinya, saya berada di luar Malaysia.
Perasaan masa first time passport kena cop kat imigresen pun lain macam..Kalau orang kata gayat ke, ja*** ke, I tak kisah. Yang penting, I dah sampai UK...walaupun tak sampai dengan hubby, tapi I tetap gumbira..hahaha..
Best oooo, dapat pegi dgn member, best fren dan sebagainya...sokongan padu semasa pemilihan barang2, sangat dihargai. Kalau pegi dgn spouse, lum tentu ada sokongan. Peduli pun ntah..Pegi dengan duit sendiri yang tak berapa banyak ni, maka, nafsu pun kena la kontrol. Nasib baik telah terlatih mengawal diri di tempat sendiri,maka bila berada di kejauhan, nafsu shopaholic itu tidak menguasai diri sepenuhnya..Ulang, sepenuhnya....

Bila dah balik ni, mula terbayang-bayang handbag Radley, purse Ted Baker, Kasut Bally... Nyesalnye...nyesalnye...nape la tak kumpul duit banyak2 haritu...Bila dah sampai M'saia balik, mula la, nak beli online la, kirim kat kengkawan la....hisyyy...harus la kumpul duit lagi. Anyway, trip kali ini bukanla merugikan [in the sense of shopping lagi dan lagi], tetapi, banyak mende aku explore...

  1. Scotland sangat cantik ok...[gambar I belum boleh upload]
  2. Nak kira perbelanjaan, jangan convert kpd RM ok...kalau tak meraung!!! Cth:Naik teksi 15 GBP=RM75
  3. Teh tarik di Ireland sedap (Kedai NYONYA, org Malaysia)..."jauh2 pegi, carik teh tarik jugakkk"
  4. Naik Tube di London, keretapi dan bas..kemudahan pengangkutan awam di England memang mudah.
  5. Perbelanjaan pengangkutan & penginapan, siap lebih awal, lagi murah. Online saja. Kalau walk in, mahal giler.
  6. Nak check in flight, awal2 ok...last minute kalu, beg tinggal...huhuhu
  7. Merasa makan Subway sehari suntuk. Perisa Tuna. Sendawa pun pun rasa ikan. hiiii..
  8. Beli buku kat kedai second hand sangat berbaloi...murah dan masih utuh. T-shirt bundle pun, tak masyam maaaa...
  9. Barang2 baby murah2...belum ada anak pun sibuk shopping barang baby..konon nak jual, tapi, simpan dlm almari sendirik...hehehehe
  10. Makan doritos...sedap...
  11. Solat dalam fitting room...hmmm...

Kesimpulannya, len kali, kalau I tercampak balik kat London tu, leh la I target nak beli mende..Tambahan pulak, sekarang ni dah tau dah sebut jenama2 barang2 yg standard. Selain handbag coach [err, coach tidak ada di UK ok...bayang tali pun takdek...hawhawhaw...], tau dah Iu, jenama lain yang terkenal, tetapi, tidak disebut2 di Malaysia..Kalau ada pun, rege dia riban-riban.

Dan yg penting sekali, atas jasa baik kawan2 CP dan CWK, I dapat melawat ke Istana Buckingham...yang tersohor...konon la...Gambar nanti I update ok...citer pasal g UK ni, takkan abih 1 entry jer...:)

Wednesday, November 3, 2010

PTPTN Blacklist???

Aduii...baru hari ni teringat warning my fren...
Pegi check kot2 nama ko kena blacklist..Kang, babai kat airport kang..
Hehehe...Betul gak tu...Rasa x confident pulak. Bukan ai tak bayar, ok.
Tapi, ai bayar tak banyak...

Tadi, turun dari kapal terbang, abih mesy kat Penang baru teringat macam2 yang tak prepare lagi...
Hayoyoyoyoyo...
En. Suami pulak buat lawak hangus...

Eh...Awak tu VISA dah siap lum?
Visa card (credit card) ada dah...Nak visa apa lagi?
VISA pelancong la moiii...kalau keluar ASEAN kena ada visa..Aiyooo...
Sudah mau jalan belum buat lagi ka????
Ha? Kena ke? Passport kan ada...Abang jangan main2 ....
Pegi call Supi, tanya dia kena VISA tak..
P...kena buat VISA ke?
Heh? Mana ada. Pegi sana tak payah laaa...
Kah!Kah!Kah! [ketawa besar dari En. Suami]. Haa...Comehhh!!!

Ciss...bedebah!!!Kena memain dgn laki aku sendiri.

ok...mari kita tengok...kena blacklist tak....

Jeng...jeng...jeng...

Lega...Saya boleh berlepas dengan tenangnya ke tempat yang dituju.
Terima kasih, PTPTN kerana tidak menghitamkan nama saya...
Syukurrrr...

Pengajaran: Dah pinjam duit tu, bayar laaa...duit rakyat tu weiii...biarpun sikit, yg penting....
B A YA R

Monday, November 1, 2010

Journey Preparations

Winter Jacket? Checked
Jumper? Checked
Glove? Checked
Socks? Checked
Cash?....checked?

Ohoho...I'm wondering, what I'm gonna miss most..Food? Family? pets?
And most of all, I'm wondering what it would be like to be in a foreign country, as this is my first trip outside. I'm going to be a tourist!A foreigner!
Uhuh...nothing to be excited about..accept that, I might bump into Hugh Grant, maybe? hehehe
What worry me most is time for solat..For a 12 hours flight, when is Subuh? and, with winter is on the go in UK, when will zuhr, Asr etc...ohh...this is a trip that would give me another insight of the world, and i'm looking forward to it..And I totally rely on my fren..Hope she won't leave me there...huhuhu

Somehow, my excitement is repressed with anxiety as I'm gonna handle a meeting starting today in Penang.
Hope that everything will be fine and marvellously perfect...
What am i scared of?????