Tuesday, August 9, 2011

KL-Bandung (part 2)

Bandung...Seronok la, tgk tempat orang..Tapi, compared to Malaysia, aku masih rasa sangat bertuah menjadi penduduk Malaysia. Walaupun korupsi oleh kebanyakan sektor, government dan individu kaya mentedarah rasuah masih berleluasa...menipu dan menganiaya...eheheh...ini dah jadi isu lain pulak ni...

So, back to cerita Bandung...
Alhamdulillah, hari kedua bermula dengan tenang dan cerah. Tiada tanda2 hujan. Dan perjanjiannya, kitorang akan ke Pasar Besar. Tapi, sebelum tu, isi perut dulu...

Aku boleh makan jer lauk pauk stail Padang ni...dilambaknya atas meja. Kena cuit sikit, harusssla bayar kan..so, sama ada tanya, sapa nak amik lauk ni, or tunggu kot2 ada orang nak amik lauk yg sama, baru la berbaloi nak makan... Air dia? Takyah la try...wajib beli air mineral, minum air mineral jer...takyah ngengada nak order. Sapa perut kebal, boleh la try...
Pengalaman naik keta kat sini rasanya, memang takkan jumpa kat Malaysia. Kecuali kat tempat yang ada jual nombor tikam. Contoh? Masjid Tanah jer...takyah jauh2. Yang menarik berbanding kat Malaysia, kat sekitar bandar ni, ada artis2 jalanan. Sementara menunggu traffic light, kita bisa dihiburkan nyanyian. Ada gak yang sedap suaranya..Ayu siap cakap..."Apsal tak masuk AF jer" hehehehe...Bak kata CWK, "terasa macam dalam video clip pulak [ada orang nyanyi kat tingkap kereta]"...hehehehe...siap gitar [ok lagi] siap deram tu yang tak tahan...menceriakan suasana...Tapi, walaupun sedap, nama nak turunkan tingkap hulur duit, mmg kitorg tak berani...huhuhu...Second time, ada cowok yg nyanyi, pastu, bila kitorg buat tak tau jer, dijeritnya..."Dasar monyet!!!"...Cisss....Bedebah!!!!


Masuk hari ketiga, CWK dah ulang Pasar Besar kali yang keberapa ntah. Aku dgn Ayu dok sibuk mengukur Jalan Dago, cari factory outlet. Maklumla...hajat di hati nak cari pakaian dan t-shirt untuk suku sakat di Malaysia...Namun, aku kesakitan perut dan hilang mood nak memilih...banyak jenama Burberry, CK, Hugo, Bebe,Polo, Lacoste dan beberapa lagi yg aku dah tak ingat dah..but, I mind U...kat sana saiz reduced 1 size. Andai kita pakai saiz L kat sini, sana kena cari XL baru ngam. Kalau tak, sama ada fit sexy atau muat2... Paling best bila pegi Pasar Baru...and regretfully, aku terlupa nak amik gambar tempat tu. Berbaloi betul beli telekung kt sana sebab banyak pilihan. Kalau berhajat nak cari Lace Solstiss, French Lace, Japanese Cotton, dan lain2 lagi yang Jakel jual mahal kt cni, pegi la beli kat sana [jangan lupa kos kapal terbang, ok]. Patutla Memey n Norman Hakim beli persiapan kawen kat sana [koff...koff...itu jer ker, standard artis glamer tu?], sama jer standar dgn aku ghopenyer...

Hari keempat, mode sakit perot + dah mula sakit kepala

Hari ni, kitorang mmg berhajat tak nak shopping (jenjalan) jauh2 sangat...nak  rest kononnya. Yang pasti, wajib pegi Kampung Daun, which is an infamous place for refreshment or dining. So, sampai sana dah gelap. Aku pulak dah poning kepalo tak hengat...makanan dah duk kat pangkal tembolok jer...yewwww...still can feel the throbbing...sejuk Kampung Daun ni, sebab dia duk atas bukit, macam Cameron Highlands.Tapi, aku dah tak terasa dah...sebab berpeluh2 menahan sakit kepala dan muntah berahaak kat sana. segala isi perut keluar....
Tgk tu, mode tak ikhlas AYU dan CWK..sebab aku rasa lauk tu mcm tak sedap sangat....hehehehe
Ayu dengan CWK try Nasi Luwet...sedap tak? kenala tanya diorang...aku tengah suffer masa tu...Konon, nak makan sup, mintakla Bakso Tahu...yang datang, rupa dan rasa macam wonton...sebiji rasa macam maggie punya...aduiiii....Malam ni, kitorang dah tidur sebilik berempat...sebab esok pagi2 nak bertolak ke airport...flight jam 6...



Tamatla kisah Bandung..walaupun ada story yang tak dapat aku nak sampaikan, sebab tak der gambar...tak syok la kan...nak story, kena ada gambar, baru feel...so, sapa yg nak pegi Bandung, harap story ni leh bantu korang. kalau tak banyak pun, sikit. Yang penting, bawak la bekalan Maggie ke, biskot ke, yang penting ada air mineral, check in dalam flight, sebab tak leh bawak air dalam hand luggage...bengong!!!

1 comment: