Sunday, October 11, 2009

Dato'Isa yang saya ingat

Saya membesar di Felda Lui Timur dan Sg. Lui. Sebelum itu ada juga di Felda Serting, Palong Timur dan entah mana lagi yang saya tak dapat recall.
Tanyalah kakak saya, masa saya kecik2 dulu, saya dah tahu Menteri Besar N. Sembilan adalah Dato'Isa Samad. Lama dia jadi MB kan...sejak saya darjah 1 lagi, saya dah dapat menyalami tangan dia sewaktu majlis penyampaian hadiah di sekolah. Teruslah darjah 2, 3. Tapi, darjah 4 saya tak dapat kerana sudah berpindah ke Felda Sg. Lui. Di Sg. Lui, para guru tak bersusah payah jemput MB kerana sekolah yang kecil.

Yang saya nak cerita, bukan kisah hidup saya pada ketika itu. Bukan juga kisah lamanya Dato'Isa menjadi MB. Semasa berbual2 dengan kakak dan emak saya, tentang hal ehwal negara (maklumlah, mak saya berpengetahuan lebih dlaam hal ini sedangkan saya yang berkerja dengan Gomen) hehehehe...ayatnya berbunyi begini..
"Lama dah Dato'Isa tu..orang nak lagi ke kat dia? "
"Bukan apa, walaupun dia ada kes dulu, tapi, orang n.sembilan suka dengan dia. Cuba ingat dulu...wakil rakyat mana yang kita senang2 nak jumpa, boleh salam2. Sebab tu orang n.sembilan suka."
"Haah ek..dulu kita amik hadiah berapa kali dia datang sekolah. Merasa rupanya kita salam dengan MB"

Haa...itulah dato'Isa yang kami kenal. Bukan nak berkempen ya. Mengikut sumber2 yang boleh dipercayai, pernah dia mengikut Dato'Isa, sehari sampai 6 jemputan berjumpa rakyat dia pergi. Sampai tak sempat nak makan pun. Memang dia tak suka hantar wakil. Seboleh-boleh dia akan pergi sendiri. Tak payah karpet merah pun. Simple je sambutan dia.

Mungkin ramai lagi wakil rakyat lain yang begini.  Saya yang tak jumpa kan...

Sepanjang saya 5 tahun berkhidmat di Masjid Tanah, Melaka, tak pernah pun Ketua Menteri dia memenuhi jemputan kolej kami untuk majlis bersama pelajar, atau apa-apa majlis yang seumpamanya. Adalah satu tahun tu, digembar gemburkan dia akan datang...Maka, gegak gempitalah seluruh rakyat menyambut khabar yang disampaikan. Yang buta datang teraba-raba, yang tempang datang bertongkat, yang kudung datang mengengsot. Sayugia, semua rakyat berusaha memperindahi tanah tumpah darah mereka bagi menyambut ketibaan KM yang dinanti-nanti. Jalan raya dilepa emas, supaya tidak patah roda pengangkutan, tiang yang bengkok di tegakkan, rumput ditarah menjadi indah saujana memandang.


Boleh bayangkan? Akhirnya, khabar itu menjadi angin yang lalu sahaja.beruntung juga si rakyat, mendapat jalan baru, tiang tegak dan lain-lain lagi.. Si ketua Menteri tak nampak bayang pun..apatah lagi, nak bersalam.Maka, nilailah sendiri...Alkisahnya...

2 comments:

  1. mengajar kat KMM ke?i was a student there,2004-2005.hehe.org kat kawasan die still terima die sbb dorang xkesah pn psl kes rasuah tu.bagi dorang,cukup mkn minum dh la..eventhough they can get more if they choose someone who is less corrupted...but,its their choice right...

    ReplyDelete
  2. Org bukan tak kisah..org kisah. Tapi sebab org kita pemaaf dan pelupa, tambahan pula, kita kan ada istilah 'saya menyesal', bertaubat dan lain-lain. Siapalah kita nak menghukum..Hehehe..saya Cik Jannah. Kenal ke?

    ReplyDelete