Tuesday, October 6, 2009

Masuk Kuching, Mengiauu..

Baru balik dari Kucing.

*Buat apa pergi sana? Amboi amboi amboi...dah takde keje la tu. Sempat jalan-jalan*


Saya pergi kerana menjalankan tugas laa..Kena buat promosi untuk program matrikulasi. Ramai lagi orang sik tauk tentang matrikulasi.

Ini perbincangan awal sebelum pelanggan sampai.Strategi nak habiskan leaflet yg dibawa.

Nampak tak leaflet yang melambak atas meja tu? itu baru 1/5 dari yang dibawa. 
Kena habiskan semua.

*Best ke Pergi sana? Banyak shopping?*


Best? Halaaa...Pergi tempat baru, teruja la, nak menyemak2 carik benda2 yg takder di semenanjung. Contohnya?

Haaa...lauk yg tengah2 tu, mmg tak jumpa kat semenanjung kecuali ada org sarawak sendiri yang nak buat.
Nama dia UMAI . Sedap, dari ikan segar (TAK MASAK)

Shopping? halaaa...tgh save budget la...apa sangat yang saya beli..hmmm...itung kira, banyak jugek ringgit habis..Iskkk...apa yg saya beli ek?
ERR...org kirim terubuk masin...kek lapis sarawak...yang saya punya ada la alas meja corak Pua Kumbu, T-shirt dan kain pelekat untuk ayah dan B-I-L. Aik...itu ajer? Ohh...ada beras bario, sos lada hitam..keychain untuk sahabat seopis.

Nak tau duit habis tang mana? Pergi urut refloxology...Lengoh kaki oooo...Berdiri sepanjang pagi, jalan pulak sekitar kucing, nak carik laksa sarawak, sourvenir dan bagai-bagainya...sepanjang 4 hari pegi ni, 2 kali kitorg berurut..bestnyer...kalau dapat urut satu badan mesti lagik best...Sebelum pergi lagik duit abih dah..Persiapan org first time pegi promosi...


apakah relevannya kasut ini dengan perjalanan saya ke Kucing? Banyak relevannya...Inilah persiapan paling penting untuk tugas saya sebagai "Promoter! Promoter". Kasut tumit flat dan lembut.


Oleh kerana akan berdiri lama, maka apabila terjumpa kasut ini di 'SALE'kan di SOGO, maka saya menyambarnya tanpa berfikir kali ke-empat (fikir 3 kali jer). 80% maaa...
 
Yg ini..penting untuk mengangkut semua keperluan semasa berkerja, berjalan dan menebeng di lapangan terbang. Supaya segala maknika (spt HP2 dan kad2 penting) mudah dicapai jika diperlukan.
Berbaloi-baloi...RM47 jer..kat SOGO gak..ahahahaha...


Macam gaya wartawan Harian Metro, buat liputan Bagaimana Pemandu Kapal Terbang memarkir kenderaan masing2?



Sempat kacau kucing kat waterfront...I mmg pantang nampak kucing.
Belakang tu, sungai Sarawak.


Pandangan dari Muzium Kucing (Cat Muzium) di atas bukit.
Kurus tak I? Tak?...tau...


Haa...pilih...pilih...kucing mana paling comel..
Dua dari kanan ya...




Gemok saya, gemok lagi kucing ni, walaupun dia tak makan..:)



Penat jalan. 
Bot takde, duk menebeng tepi sungai walaupun bon*** panas..



No comments:

Post a Comment