Wednesday, April 21, 2010

"Takut dey ko oghe..."

Saya ingat dulu, saya je ada penyakit sasul ni, esp bila ada sorang kawan baik saya ni...bila dia ada, mesti ada syasyul...tapi sebenarnya, mmg sendiri yang kalut sgt nak bercakap, takut dan ke oghang...takut org sampuk cakap kita, tu yg sampai sasul tu...

Antara kejadian2 "takut dang ke oghang" yang saya ingat la....

Masa Matrik dulu...
Kami masing2 tengah berehat2 hujung minggu, sementara menunggu tengah hari. Ada yang bergelimpang atas katil, ada yang tido, ada yang duduk kat lantai. Ada yang tak ada kat bilik, dan ada yang berkumpul kat satu sudut, tengah berborak2. Di keheningan pagi itu, tiba-tiba Lynn, kawan kitorang yang tengah duduk atas lantai, termasuk dalam kelompok yang sedang berborak bangun. Terus menjerit, 'Mosek Manyuk!!!Mosek Manyuk!!!', sambil tangan lurus ke depan menunjuk-nunjuk sesuatu.
Tanpa berfikir panjang, kami terus bertempiaran lari. Sekonyong-konyong dari atas katil, kami nampak ada seekor monyet yang besar sedang terpinga-pinga [mulia sikit la terpinga2. Padahal, muka ngeri gila] dan menyeringaikan gigi untuk menakutkan kami. Di sisi dan belakangnya, terdapat beberapa ekor monyet kecil yang tanpa menunggu arahan terus berkeliaran di serata bilik kami. Ada yang melompat atas katil, dari hujung dinding sebelah kanan ke hujung dinding sebelah kiri bilik kami. Ya! Mereka berpesta dan semakin rancak apabila mendapat sorakan dari kami [yang sebenarnya menjerit-jerit ketakutan]. Dalam keriuhan itu, ada antara kami yang berani, terus mengambil sebatang besi penghadang pintu dan menghayun-hayun besi tersebut untuk menakutkan ketua monyet yang masuk tadi. Akhirnya, apabila serangan monyet itu berakhir dan beredar dari bilik kami, kami terdiam keletihan tetapi sempat ketawa kerana walaupun disebut terbalik, kami tetap dapat faham, Monyet Masuk!Monyet Masuk!

Yang paling terbaru adalah melibatkan perbualan saya dengan suami..
Sedang memandu, suami sedang membincangkan perkara yang serius, iaitu tentang perkembangan terkini.
"Eh. Sekarang ni, lampu chandelier tu pun tak elok pakai tau"
"Kenapa pulak bang?"
"Orang kata boleh sebabkan kanser"
"Oh, ya ka? Kenapa pulak?"
"Sebab Ramma Gay"
"Hah? Apa kaitan antara lampu chandelier dengan org gay?"
"Eh...Abg kata apa?"
"Ramma Gay. Ke Gamma Ray?"
"Wahkakakakakakakakakaaaaaaa" saya ketawa sampai terangkat-angkat kaki..
"Ala, silap la. Abg memang ada kawan nama Rama"
"Abih, Rama tu gay tak?" kahkahkahkah...ketawa lagi.
Suami di sebelah dah buat muka toya...

No comments:

Post a Comment