Wednesday, April 21, 2010

"Takut dey ko oghe..."

Saya ingat dulu, saya je ada penyakit sasul ni, esp bila ada sorang kawan baik saya ni...bila dia ada, mesti ada syasyul...tapi sebenarnya, mmg sendiri yang kalut sgt nak bercakap, takut dan ke oghang...takut org sampuk cakap kita, tu yg sampai sasul tu...

Antara kejadian2 "takut dang ke oghang" yang saya ingat la....

Masa Matrik dulu...
Kami masing2 tengah berehat2 hujung minggu, sementara menunggu tengah hari. Ada yang bergelimpang atas katil, ada yang tido, ada yang duduk kat lantai. Ada yang tak ada kat bilik, dan ada yang berkumpul kat satu sudut, tengah berborak2. Di keheningan pagi itu, tiba-tiba Lynn, kawan kitorang yang tengah duduk atas lantai, termasuk dalam kelompok yang sedang berborak bangun. Terus menjerit, 'Mosek Manyuk!!!Mosek Manyuk!!!', sambil tangan lurus ke depan menunjuk-nunjuk sesuatu.
Tanpa berfikir panjang, kami terus bertempiaran lari. Sekonyong-konyong dari atas katil, kami nampak ada seekor monyet yang besar sedang terpinga-pinga [mulia sikit la terpinga2. Padahal, muka ngeri gila] dan menyeringaikan gigi untuk menakutkan kami. Di sisi dan belakangnya, terdapat beberapa ekor monyet kecil yang tanpa menunggu arahan terus berkeliaran di serata bilik kami. Ada yang melompat atas katil, dari hujung dinding sebelah kanan ke hujung dinding sebelah kiri bilik kami. Ya! Mereka berpesta dan semakin rancak apabila mendapat sorakan dari kami [yang sebenarnya menjerit-jerit ketakutan]. Dalam keriuhan itu, ada antara kami yang berani, terus mengambil sebatang besi penghadang pintu dan menghayun-hayun besi tersebut untuk menakutkan ketua monyet yang masuk tadi. Akhirnya, apabila serangan monyet itu berakhir dan beredar dari bilik kami, kami terdiam keletihan tetapi sempat ketawa kerana walaupun disebut terbalik, kami tetap dapat faham, Monyet Masuk!Monyet Masuk!

Yang paling terbaru adalah melibatkan perbualan saya dengan suami..
Sedang memandu, suami sedang membincangkan perkara yang serius, iaitu tentang perkembangan terkini.
"Eh. Sekarang ni, lampu chandelier tu pun tak elok pakai tau"
"Kenapa pulak bang?"
"Orang kata boleh sebabkan kanser"
"Oh, ya ka? Kenapa pulak?"
"Sebab Ramma Gay"
"Hah? Apa kaitan antara lampu chandelier dengan org gay?"
"Eh...Abg kata apa?"
"Ramma Gay. Ke Gamma Ray?"
"Wahkakakakakakakakakaaaaaaa" saya ketawa sampai terangkat-angkat kaki..
"Ala, silap la. Abg memang ada kawan nama Rama"
"Abih, Rama tu gay tak?" kahkahkahkah...ketawa lagi.
Suami di sebelah dah buat muka toya...

Thursday, April 15, 2010

Kenangan terindah

Sebenarnya, nak tulis tentang perkara ni awal2 lagi...saya baru tulis edisi pertama je...
So, ni nak sambung ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap berlangsungnya majlis perkahwinan saya tempoh hari.

Memang dh basi pun...tapi, tak kira la kan...as a momento...dan tambahan pulak, now ni saya rasa syahdu di dalam lubuk hati...isk...isk..

Yang menggembirakan pada 14hb februari 2010...
  • Sudah pastilah kerana majlis berlangsung dengan aman...cerah dan benderang...
  • Baju2 pengantin saya siap dan masih muat dipakai...ahahahaha...itu adalah trauma ok...
  • Saudara-mara saya boleh dikatakan semua ada dan rasa meriah sgt rumah 2-3 hari sblm kenduri.
  • BIL berjaya menghadirkan diri walaupun dia sendiri sibuk kahwinkan orang...
  • Ayam golek yang dicita-citakan berjaya diadakan...hehehehe...
  • Tema warna yang diimpikan direalisasikan...mak suka, nyahhhh...
  • Pelamin walaupun tak seperti yang dihajatkan, berjaya direpair serba sedikit dan hasilnya, alhamdulillah...yang penting, pengantin tak jatuh kat pelamin ya...mampu menampung berat....wakakakaka
  • Ini lebih penting...pengantin lelaki datang...saya mmg ada rasa takut kerana saya hanya hamba yang merancang...alhamdulillah...jodoh saya sampai...thanx to my beloved [maluu] husband..[rasa nak muntah ke?]
Paling saya suka, bila kawan-kawan yang dijemput menghadirkan diri...
My best buddies masa kt UKM dulu;
  • Mak Tun sekeluarga datang...dapat nengok anak kedua dia yang betul 'copy n paste' muka qorie...hehehehe... Faire tak berubah ok...maintain..
  • Sufee sekeluarga serta Mummy...I terharu, walaupun anak dia demam, dan ada family day kt tpt lain, dia datang jugak...sob...sob...sob...thanx pal...I won't forget it..yeahhh...
Kawan2 kat KMM...
  • Aini...hoh...dia wajib la datang. Kalau tidak, harus aku pegi tuntut kat umah dia. hahahaha...Masa dia kawen dulu, aku berkampung kt umah dia. Masa aku kawen, anak dia pulak tak sihat...siannn...tapi, dia dtg gak skalik dgn adik dia dan anak dia sorang. Laki dia kata nak balas dendam kat aku tapi, x dtg pun...perghhh...selamatt....
  • Kawan2 yg lain: Jama [aku frust sebab x dpt amik gambar dgn dia], Piyan + Jai n son, Kak Ita + Abg Nik and children, Ima, awal2 masa aku nikah dia dah sampai skalik dengan kak anita...Hajar, Nuar + Madie+ Jibril [takut ok, nama anak diorang...jibril dtg kenduri aku], Megat [aku x sempat jumpa dia], sapa lagik ek...errrr....yg lain, sampaikan salam...

Kawan2 aku masa kat Matrik Mozac dulu.
  • Adala beberapa org yg datang. Yang datang tu, org jauh2 pulak tu: Dija [tengah sarat mengandung tau..aku kagum], Weeswee [dari JB], Yan [dari Batu Pahat, sekali 1 keluarga]. Rasa-rasanya, itu je kwn Mozac aku. Yang dekat2 mcm kat durian tunggal, bukit serindit, tak datang. Dah la tak datang, wish pun idak...padahal dlm facebook aku nengok slalu je ada comment..Tapi, biasala, masing2 dah kawin, dah keje, dah ada macam2 hal..dah lupa kat kawan..haaahahha...bluesss...

Kawan2 sepejabat pun datang gak...Tajul, abg hanzi, Nuha dan kawan dia, E. Jeffry, En. Yus sekeluarga, Sha yang jadik my 2nd photographer...hehehehe....

Sebenarnya, saya segan dengan solekan saya yang saya rasa nampak over...tapi, dlm gambar ok je...cumanya, masa ptg nk bersanding, mata di over do pulak...hohoho...sudahnya, muka bulat, mata bulat, husband pun bulat...paling tak best ialah, bila pengantin lelaki muka mcm terpaksa...cehhhhhh....

Tuesday, April 13, 2010

Weekend Getaway

Yeay...berjaya pegi holiday dgn hubby.
Sekali dengan abang ipar saya dan kakak ipar hubby...hehehe
kakak saya dan suaminya laaa...
Mak saya pun ada, dua anak sedara saya pun ada...
Asalnya, pegi mencandat sotong...skali pegi, bot uzur gila..

Ya...bot ni dikagumi kerana masih mampu bergerak. Mmm..saya bandingkan dengan bot di Tioman..

Biar saya define uzur ya...
kemudi patah. perlu kemudi bot dari belakang...hahahaha...
 Ya..tekong duduk di belakang bot bersama2 penumpang...dlm hati masing2 aku tatau berapa panjang doa...
Tengok x apa yg tekong tu pegang? itula kayu yang sambungkn brek bot...
kaki dia kontrol kemudi...

takda toilet...wohhooo....Macamana setel? diam2diam dahla...hahaha

kepulan asap bot yg dikagumi krn mampu membuat bentuk lingkaran...
bau dia...takyah citer la...mcm duk blkg lori, bwk motor, x pakai helmet...
atau pun, mcm ekzos motor disambung terus kt hidung...minyak diesel ok...

Apapun, kitorg teruskan semangat yg membara nk mencandat..
suami kt sebelah dh membebel-bebel...
the worst bot la, tak penah mcm gini la...
the worst experience la...
lastly, abg ipar kata...
"asalkan mencandat"
hah...kalau dh gitu, mari kiter teruskn perjalanan...
Popeye the sailorman...poot..poot...
sabo je la ya...this is my first time. Hubby kononnya nk ek la dgn kemahirannya mencandat...hahaha
ini pasangan yang terpaksa melupakan anak2 mereka demi untuk mencari rezeki...hahaha
yang penting kita happy...

perjalanan ke tengah laut...kami optimis...

mari lihat tangkapan pertama kami oleh tok guru...

inilah sotong pertama tok guru...merangkap yg terakhir..
haahahahaha...aku yg first time ni pun dpt tangkap sekor...
kira sama taraf la dgn tok guru kan...so, pencapaian membanggakan laa...hahaha
sebenarnya, trip kali ni serba tak kena...
Anyway, kitorg tetap enjoy di akhir perjalanan...walaupun sebenarnya, cabaran paling besar adalah cabaran masa perjalanan balik...
mabuk laut? tak, mabuk diesel ada...
saya dan hubby sepakat nk pegi lagi skalik...kali ni, nk pegi yg kt Pulau Kapas punyer...
Naik kat Marang. Biar betul2 trip mencandat...

Masa balik, bot kitorg tersadai ya...harus kena tunggu jam 3 ptg baru air leh naik, bot leh jalan...nak mampus...
pundi kencing dah keras menahan kencing...
3 hero kitorg turun tolak bot la kononnya...
yihaaaa
hero saya di sebalik hero yg tengah tersengih tu ya...saya terpaksa cover n censor byk perkara,
maka saya siarkan gambar ini...
Ya, inilah wajah tok guru yg terpaksa mengakui ketidak hebatannya kali ini...hahahahaha


Rescue 911...bot penyelamat dh dtg...kami berdua masih belum lega krn pundi kencing masih menahan ...hehehe

akhirnya, yg tetap happy adalah mereka ini...

Kami duduk di resort Awang's. Sapa nk try mehla...ok jer resort ni..betul2 depan laut. Bilik ada ekon RM120...katil double bed 2...heh...mcm promosi pulak..
Ok, nanti kalau ada trip lg, sy update...

Friday, April 9, 2010

Buying a baby..

I visisted my fren last 2 days.
While waiting for her, I had a chat (big, loooong chat) with her daughter...

"Auntie, do u have a baby?"
"No, I don't"
"Why don't u have a baby?"
"I've just got married. I can't have baby this instant"
"Why don't u just buy one?"
"irkkk..." [brain cramped]...

Friday, April 2, 2010

You are boring

Saya bosan nengok blog saya sendirih...

aduiyaiii...

saya terkena penyakit CWK ya...rasa nak shopping...tapinya, skang saya tengah geram nak shopping wall decal...tapi, "mengapa bu?"
hahahaha...mari sambung keje.