Monday, December 27, 2010

Minggu yang aneh

Entry ni takde kaitan pun dengan sebarang ramalan luar biasa. Just nak sembang-sembang cerita-ceriti tentang minggu yang saya alami.

Minggu lepas memang aneh. Boleh dikatakan mencabar minda, kesabaran dan fizikal.

Bermula dengan gaji yang masuk lambat [yang bukan aku sorang alami]. Nasib baik setel pada hari yang sama juga [tahniah kepada yang menjalankan tugas], kalau tak, melahu la nak tunggu kan. Buatnya memang berlaku kesilapan yang menyebabkan gaji aku ditunggakkan ke Januari 2011 (kononnnya nak kayakan aku la masa bulan Januari tu). Alhamdulillah [tula manusia, bila senang jer Alhamdulillah..eh, tu antara aku dengan Tuhan ok].

Then, setel pulak misteri mengandung tak mengandung…hahahaha…yg ni perasaan jer woiii…isi perut adala banyak. Isi kandungan jer x jadi2..Well, belum rezeki lagi kan…[bukan nak salahkan rezeki]. Anyway, hari seterusnya, aku senggugut dengan amat siksa sekali. Terpikir gak…ada penyakit ke aku ni. Mana la tau…kita ni manusia biasa, lemah. Anyway, cabaran mental dan fizikal ni, dalam sakit2 perut tu, aku harung jugak ke klinik dan balik seremban. Puas la berjoget dalam keta tu, menahan senak dan pening dan rasa nak muntah. Macam yang biasa aku fikir bila kena senggugut ni, “macam ni ke sakit nak bersalin? Ni baru satu persepuluh je kot..Ya Rabbi, ampunkanlah dosa-dosa aku”. [bila sakit baru nak ingat dosa pahala]. Setel satu hal lagi.

Bawak ke hari Jumaat, keta dah terhencot-hencot. Boleh dia kejap-kejap mati. Rasa macam bawak manual pulak hari tu. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan balik, hiway jammed plak..dah, kejap-kejap kena start keta. Tengah2 belok simpang, enjin mati. Gilo! Stereng pun jammed wooo..Tutup air-cond, ok sket. Pastu, hujan pulak. Masuk tol seremban, aku dah kuyup separuh badan. Mana taknya, kalau tutup tingkap, kelabu asap cermin keta. Sampai kat tol, mati. Nak jalan lepas bayar tol, mati. Kat lampu trafik, mati. Sumpah-seranah orang belakang aku tak tau dah berapa bakul. Hon takyah cerita la. Nak berenti, lagi takut, sebab hujan lebat, pastu kang aku lak lemas dalam keta tu. Basah pun, basah lah. Nasib baik skill bawak keta manual leh pakai lagi. So, imagine la, bawak keta auto tapi, skill manual. Bukan calang-calang oooo…sampai kat bengkel, nasib baik la cina tu tunggu. Rupanya, throttle body dia problem. Sekejap je pun nak baiki dia. Cina tu pulas tak sampai seminit pun. Tapi, dia punya azab, dari putrajaya sampai ke seremban aku harung.

So, Isnin ke Jumaat, aku dapat rasa terkejut, syukur, terkujat, lega, kuyup, bersyukur dan begitulah seterusnya…kesimpulannya, sabar separuh dari iman..

No comments:

Post a Comment