Tuesday, February 15, 2011

Tupperware dan MLM

Saya juga tidak pasti dia berasal dari 'Direct selling' atau based on MLM scheme..
Apa bezanya?
Well, sefahaman saya, kalau direct selling, dia menjual direct melalui katalog. Kalau org berminat dgn sesuatu produk, tunjuk, keluar duit, dan 'pooh!!' Barang itu kepunyaan anda. Tiada kaedah beli sepuluh, anda akan dapat RM500. Or, naik pangkat jadi director...bla..bla..bla. Ramai juga yang terperangkap dengan janji-janji manis untuk cari downline, so, nanti kalau downline banyak jual barang, dengan upline sekali dapat komisen.

Anyway, untuk konsep yang 'kalau kita banyak duit dan beli saham syarikat', of course kalau produk banyak terjual, komisen akan dapat kat kita. Then, konsep simple meniaga ialah, kalau kita banyak jual produk, banyak la keuntungan kita. So, MLM ni konsep dia yang utama bukanlah menjual barang sangat. Yang dia fokuskan pulak, adalah merekruit orang dulu, baru fokus pada jual barang. So, konsep ni memang aku tak berapa nak enjoy. Kalau org nak join, join la. Kalau tak, bayar jer barang harga penuh.

Purpose aku dengan Tupperware sebab aku mmg berminat dengan produk plastik dia. Cantik, berkesan [in terms of, air tak tumpah, practicality dan convinient]. So, for a year, aku cuma tolong orang beli barang2 Tupperware untuk org dan amik la sikit keuntungan...sebab jadi ahli, dapat less sikit. At least, upah penat lelah 'kulu kilir' beli barang antar barang, and most of the time, through my sister. It has been a pleasure bila dapat sikit token kerana penat lelah yang kita buat. 

Tupperware ni, dia mmg jenama dah lama dalam pasaran. Sejak dari kecik dulu kan. Tak tau la, kot dulu dia style direct selling jer, tak de konsep MLM ni. Tak de pulak mak aku dulu kecoh nak join Tupperware ni, nak carik downline ke apa kan. Mmg kalau jual beli barang2 plastik dia, aku rasa berbaloi la jadik ahli. Aku bagi contoh Cosway...banyak jer outlet dia kan...sesapa jer boleh datang beli barang dia. Kalau ahli dapat less. Kalau tak, harga normal. Sama la dgn Leno. Takde pulak aku dengar diorang kecoh2 cari upline. Sapa nak jadi ahli, pergi je kedai, isi borang. So, aku sedikit kecewa la dengan Tupperware ni. Sepatutnya dia dah jadi mainstream produk, dah tak perlu kes2 MLM ni.

Dan, selama ni, Tupperware tak ada pun produk penapis air, berbanding jenama2 lain mcm 'Hai-hai baibai', 'Aloken', 'Desmond' dll. Last week, beria2 ajak aku nengok produk baru dia nih...Mcm bes sangat...Aku datang sebab nak berbaik2 dengan komuniti Tupperware S2 ni, kiranya, dah selalu beli dgn dia, kita berbaik2 la, so, apa2 hal nk demand nanti senang kan.

Yang aku kecewa, ralat dan rasa nak termuntah ialah bila tukang bagi penerangan tu, banyak menggunakan fakta yang salah. For example...makanan beralkali adalah sayur [betul], buah [teeeeettttt...wrong]. At least, elaborate sket...And then, membanding dgn penapis2  air jenama lain yang dah aku senaraikan di atas, kononnya, dia punya lebih baik sebab ada 'Bakuhan Rock' dari Gunung Berapi Jepun. So, boleh enhance mineral content dalam air, tak macam air RO atau air tapis jenama lain yang dah  tak ada zat langsung. Maka, tak berguna la iklan mahal2 ambik Datuk Sheila Majid jadi duta.."ada manis-manisnya..."

Walawei...kita tak boleh tolak kemungkinan kalau kita minum banyak sangat mineral ni, buah pinggang boleh rosak teruk tau. So, in the case of kidney problem, air osmosis mungkin lebih sesuai. Even, air zamzam pun, bukan kita boleh minum banyak2 sekaligus pun...Itu, paling sedap punya air mineral tu.

Then, dia memperlekehkan penapis jenama lain asyik kena tukar penapis. Banyak pulak tu. Ada yang sampai 5 penapis. Mahal. Sekali, dia terangkan, penapis dia rupanya ada dua [lebih dari 1, ok], 1 cartridge berharga RM133 kena tukar 6 bulan sekali [twice a year= RM266], dan satu lagi cartridge berharga RM480 kena tukar setahun sekali. Harga first time beli sudah RM2590 [lebih murah berbanding penapis jenama2 lain?]. Then, tawaran yang membuatkan aku menyesal berada di situ ialah..."kalau u dapat buat jualan RM14000 within a month, you will be promoted to be director". Fuh...sapa yang aku nak suruh beli 7 buah penapis ni, yang aku sendiri tak rasa nak beli. Sebabnya, masa dia suruh aku try air yang telah dia tapis dalam demo tu,aku rasa biasa jer. Kebetulan, masa tu aku bawak air mineral [kedai mesra] piau punya, so, directly aku boleh bezakan rasa air mineral dengan air paip bertapis dan kononnya di tambah mineral. Beza sangat-sangat. Apa2 pun, jenama apa pun aku pakai, air yang datang dari paip, aku tetap akan masak dulu. Except air mineral dari botol bertutup biru atau hijau, air bertapis lain, Bakuhan ke idak, aku tetap akan masak dulu. 
Sapa yang berminat nak beli penapis ni, aku tak kisah nak tolong belikan. Aku bagi harga ahli terus. Tapi, nak suruh aku convince orang untuk beli sebab kalau tak beli rugi...aku takmo..Buy at your own risk ok...

Kesimpulan citer:
  1. Sapa yang mampu, belila penapis yang mana2 anda suka. Aku pakai penapis jenama Panasonic, Cartridge tukar 6 bulan sekali, berharga x sampai RM100 pun, dan air minum tetap dimasak sebelum minum. Airnya, tetap jernih.
  2. Kerajaan kena betulkan sistem penapisan air kita ni. Tak payahla rakyat susah2 beli penapis yang bermusim ni. Kalau habis musim jenama mahal2 ni, penapis dah tak jual, kena beli baru...Eh...napa mcm masuk bab politik pulak ni ek? hehehehe
End of story..dah malas nak taip...

No comments:

Post a Comment