Tuesday, March 15, 2011

'Resipi Rahsia' di Alamanda

Aku memang dah lama "current" dengan tempat makan yang satu ni...tapi yang kat Alamanda je la...Yang kat Sogo ke, kat Presinct Diplomatik ok jer...Lum penah lagi jumpa benda pelik2..

Actually, dah lama aku rasa ralat sangat sebab makan kat sini caj perkhidmatan dia antara yang tertinggi...sehingga 10% beb...banyak tu...Kalau makan harga RM100, kita kena bayar RM10..tak banyak tu? Belum lagi kira cukai kerajaan 6% kan..(dulu 5%)..Bab cukai ni satu hal lagi...nanti la aku bebel kat entry lain pulak. Sikit2 cukai..sikit2 cukai. Pakai telefon cukai, keta cukai, astro cukai..banyak benor duit rakyat ni skang. Padahal sykt tu, kaya dah bebilion...kita ni duit bulan2 ribu-ribu jer..bila dah tolak itu ini, tinggal la ratus2...
Eheh...kata nak bebel kat entry lain kan...hahahaha...


Berbalik kepada isu 'Resipi Rahsia' ni...yang kat Alamanda ni...
Bab service memang kelas C...buleh gak aku nak value kan kepada D sebab berapa kali dah kena kat aku n the gang, makanan dpt lambat gila. Tapi, sebab yang hantar tu, muka manis lagi, aku bagi C dulu. Yang paling aku tak tahan sampai bagi C kenapa?

Selain lambat [note: mungkin sesetengah orang je kena kan...maklumla, kebetulan mungkin waktu aku dan kawan2 pegi tu, waktu bz giler..Orang dalam kedai dah ramai, kitorang antara yang terkemudian..], tak de pulak dia bagi something seperti kudapan untuk kitorg buang2 masa tunggu makanan yang tak sampai2 tu... Adake, order yang dia dah amik, boleh dia tak tau nak bagi meja mana..Logik tak? Logik kot..
MAYBE:Yang amik order org lain, yang antor org lain. So, sama ada borang order tu, hilang, atau tulisan tak difahami atau nombor meja tak ada so, takleh nak cam. Maybe dia main tulis je, posisi meja tu kat mana. Cth: Meja tepi tiang, 4 orang perempuan tak lawa pakai baju tak cantik, tepi kolam.

Bila yang hantar order tu pulak, orang lain. So, bila dia datang cari meja tepi tiang ada dua orang jer [2 orang lagi, pegi Carrefour beli barang], LAWA pulak tu kan [ikut penilaian dia la]...maka dia pun KELIRU [salahkan ku...jangan salahkanku...]. Puas la budak tu pegi tanya dari satu meja ke satu meja, "ada order bla..bla..bla..tak?".. Adoi....takkan nak kena ajar pulak macamana nak manage order kan?...kang aku charge pulak perkhidmatan aku kan...

Pernah juga aku nampak kejadian depan mata...ada pekerja terjatuhkan sudu ke atas lantai. Sepatutnya, apa dia buat? Ya...ambil sudu tersebut dan hantar ke dapur atau tempat cuci. Yang penting, bukan masukkan balik dalam tempat sudu yang akan dicapai oleh pelanggan atau yang disediakan untuk aturan hidangan untuk pelanggan. Tetapi, itulah yang dilakukan oleh pekerja tersebut. Aku perhati, tengok kot bekas tu memang untuk sudu kotor..Tapi, tidak..sudu dalam bekas tu, semua dah bersih dan ready untuk digunakan. Waddehello...Salah aku juga. Hingga ke hari ini aku terbayang2 perbuatan pekerja tu..Kenapa la aku BODOH sangat, diamkan perkara tu dan tak tegur apa yang dia buat? Aku memang teruk...

Kejadian makanan lambat boleh dikatakan perkara biasa. Pernah, member aku dapat makanan lambat. Orang lain dah tinggal suapan terakhir, baru dia dapat...tomyam lak tu, nak makan dah tentu amik masa...Kawan aku ni, saja bertanya nak memecahkan suasana yang tegang akibat kelaparan dan kemarahan..
"Ni boleh dapat free ke?"
"hari ni semua orang dah gaji. Kenapa nak free pulak, lagi pun...[aku dah tak ingat dah apa dia cakap...angin dah naik ke kepala]"
Dah la ko lambat...Orang tak marah pun dah cukup bagus. Orang tanya elok2, jawab la cara baik. Nak ceramah kita pulak.
Aku terus jer sound mamat tu.."Encik...tak payah banyak cakap. Kalau tak boleh, cakap jer Tak Boleh..Tak payah nak membebel"
"Apa pulak..saya kan dah cakap minta maaf tadi.."
{Ntah bila masa dia cakap ntah..)
"Takde...kalau tak boleh, cakap jer TAK BOLEH..Tak payah panjang2 kat sini!" Mamat tu pun blah..
Sakit hati aku [aku pulak tolong gado]. Kawan aku tu, tunduk jer makan tomyam dia. Bila mamat tu blah, baru la masing2 angkat muka..."Ntah apa2..dia yang lambat"
Cisss...kawan2 aku ni...takde semangat juang langsung!

2 comments:

  1. cth tu yang kelakar..
    diorg tak guna nombor ke yg ada kat meja tu??
    kalo tak tulis payahlah

    ReplyDelete