Sunday, April 24, 2011

Rasuah...siapa yang tak terlibat?

Ada la sorang mamat ni..dengan penuh semangat dan berkobar2 bertempik...

"Alahh...Ahli-ahli politik ni semua tak boleh harap...gemuk makan rasuah...Senangkan perut dia jer..Dia sedap la cakap...Yang buat kerja nya kita...Ngabihkan duit rakyat pandai...Saya dah tak percaya dengan semua ahli politik ni. Baik yang Pro, pembangkang pun sama ajer..."

Berapa banyak lagi kekecewaan yang kita dengar dari orang keliling kita? Bukan mamat ni jer macam tu. AKu pun rasa macam tu juga..Tapi, manusia tetap manusia...Kita duduk di atas pun belum tentu selamat. Bila dah pegang kuasa ni, godaannya hebat..Paling tak boleh belah...kalau dah dapat pangkat jer, lupa orang bawah, orang kampung, kawan2 yang lekeh ni...yang dulu dok kempen dia untuk bertanding...jalan kampung lobang2 pun dah tak heran...sebab dok terbeliak mata tgk projek yang boleh dikontrol utk penuhkan periuk nasi dia..Dia ingat orang lain makan pasir ke hapa..dia sorang nak makan nasi...

Tak kurang juga yang mengambil langkah.."malas dah nak ambik tahu hal-hal politik nih"..Semua sama jer prangai..kesudahannya tak ada pun manfaat kat rakyat..
Ada separuh betul, ada separuh tidak benarnya.. Bagi saya, pergerakan politik tetap kita perlu tahu..Terpulang pada gerak hati kita untuk mengiyakan mana satu. Kerana kita tidak seharusnya lari dari berpegang kepada tali Allah..Setiap sesuatu perkara itu, Allah Maha Mengetahui..Wahwahwah...hahahaha macam baguih dok ada..

Bukan apa...siapa yang menipu atau benar, kebenaran tetap akan ditunjukkan..Agaknyalah, kenapa kita ni memperoleh ketua/wakil rakyat/menteri yang korup [seperti yang kita gembar-gemburkan]? Tak ke, bermula dari rakyat juga? Masa pemilihan di peringkat cawangan...Ada yang menolak calon yang jujur kerana calon tersebut takkan makan rasuah..tidak lantang mulut...sedangkan kerjanya bagus, ideanya bernas, selalu terlibat dengan masyarakat..amanah dalam melaksanakan tanggungjawab. Tapi, disebabkan ada kelompok yang tidak ambil pusing pergerakan politik, maka yang betul2 ambil tahu pula ada calon lain yang difikirkan layak. Calon yang telah dia sogok.Yang dh janji keje..

Dan...kebanyakan yang berjuang masuk parti ni, kerana nak pegang duit...Masyukk tuuuu...duit...esp kalau ada pilihanraya...kelabu asap la mata oiiii...Bajet dh dalam tangan...pastu, ko bukannya keje...Ko suruh budak2 ko yg buat keje..pacak bendera la...gantung gamba ko laaa...Tapi, bagi keje jer beb...duitnya, "ko pakaila duit ko dulu ya, jebon. Selesai nanti aku bagi...Yang penting, bagi aku menang.." Hmmm...dah menang? Habuk pun tarak...Bayang2 dah takde dah kat atas bumi ni...Kalau kita telefon..."Ha??sapa ni?" "Ni jebon la.." "Jebon mana ni?"..Dah tak ingat beb...dah lupa diri...Tak de hal....masa ni ko julang la langit tu...kempen akan datang..ko jangan harap nak menang..

Yaa....kita yang menentukan sapa kita nak calonkan...Di sinilah kuasa kita untuk memilih...BUkan sekadar semasa mengundi..Yang paling penting, masa nak mencalon. Itu sebab penting juga bila kita ambil tahu pergerakan politik ni...

Yang sebenarnya, paling dirisaukan adalah sogokan dan pujukan pihak2 tertentu yang kononnya memegang seseorang yang berjawatan semata-mata untuk kepentingan sendiri. Satu perkara biasa jika rakyat kebanyakan datang berjumpa wakil rakyat untuk dapatkan tempat belajar ke, biasiswa ke...Tempat mengadu kan...tapi, jgnla minta bayaran untk sesuatu pertolongan dan jangan jadi kan pertolongan itu sebagai satu propaganda politik utk ko glamer, kononnya ala2 pembela nasib...

Dalam keje aku ni, aku harap2 sangat tidak terjebak dengan perkara yang satu ini..Kalau nak membantu, janganlah sampai poket aku dipenuhi dengan wang yang akan menjadi api pembakar aku di neraka nanti...nauzubillahh...

No comments:

Post a Comment