Sunday, May 15, 2011

Minyak dan Gula

Soalan Pertama:
Minyak (petrol) dan gula kita ni, siapa yg punya? Kita beli kt org ke, kita proses sendiri?

Soalan Kedua:
Kalau kita yg proses [myk], nape nk jual ikut hrga dunia ek? Lainla kalau kita beli kt Amerika, then jual kt sini, barula boleh kata ikut harga pasaran dunia. 

Kalau jual dgn harga murah kt Malaysia, mcm kt Brunei, sapa yg untung? Rakyat...So, suai tak dengan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Soalan Ketiga:
Kenapa minyak di Brunei boleh murah, tapi di Malaysia ikut harga pasaran dunia?

Jawapan2 yg kita sebagai rakyat perlu cari..Aku masih tercari2 lagi. Apa fungsi Petronas? Mencari myk utk siapa? Beli myk dari mana?
Gula pun sama...ladang tebu kt Cuping tu, utk proses gula kan? Ke, jual utk pasar malam? hohohoho

Saturday, May 14, 2011

DR. MIKI MOS

Aku ni, xnk la guna carutan2 yg melampaui batas itew..
Anyway, aku sebenarnya pelik la dgn orang2 yang mcm alim giler, konongnya, "jgn membuka keaiban orang", "umat islam tak boleh mencarut", dan mcm2 lagi la. Tapi, bila dia menipu orang boleh?

Macam sorang doktor ni, gila2 bahasakan entri aku, aku maleh nak sembang balas..{well, sebab mmg ilmu x berapa nak byk pun}...Tapi, bila dia bahasakan entri aidid mu'addib, mmg salah langkah la, pokcik weii...

Ko bagi la hadis, dalil quran mcmana pun, perkara paling asas yg ko belajar sejak kecik, mana2 agama pun, suruh jgn tipu org..aku rasa tak perlu keluarkan apa2 fatwa pun kan..kalo ko dah menipu orang, tetap salah. Mencarut pun, of cos la salah kan..And, aku takdela nk mengagungkan si blogger yang suka mencarut tu. Tapi, kena la ko sebijik, dua bijik, kekadang org yg mcm ko ni [belagaks alim. tapi, mata npk duit je bai...hilang dah, kepercayaan kpd Tuhan]...kena bahasakan mcm gini baru nk dengar apa org nk cakap..u know what I mean?

Entri aku pun tak pulak membuka aib dia. Aku cuma bertanya apa research dotor yg diagung2 kan nih? setakat bagik link, tapi, link dh x authentic, ape jadahnya bai oiiiiiii.....Dah takde dah link tu..Kalo nk buat research, buat reference, mmg tak laku laaaaaaaaa.........aku ngamuk pun boleh tahan gak...Tapi, ada tak aku mencarut di sini? ADA? TAK ADA?

Hohohoho............bak kata laki aku...Leko dek kau laaa.....

Thursday, April 28, 2011

MLM

Ramai betul yang sensitif dengan isu MLM ni. Siap ada yang buka hadis, cakap itu ini...Ada yang nasihat jangan buka pekong di dada orang..

Well...saya marah dengan orang yang ajak join MLM jika dia paksa kita carik orang lain utk hulur duit...BARU BOLEH DAPAT KEUNTUNGAN. Kalau la, join MLM then, jual barang, nampak la jugak keuntungan yang diusahakan. Walaupun ada orang tetap akan kata salah kerana syubahah..Tapi, lagi elok daripada ambil duit orang atas angin..
Contoh...Bagi saya 10 ringgit. Kalau awak nak untung, awak cari 2 orang pulak bagi 10 ringgit kat awak. Dua ringgit dari setiap orang, akan bagi pada saya. Awak dah untuk 6 ringgit. Then, suruh 2 orang tersebut, cari lagi 2, 4, 6, 8 orang, berapa dah awak untung?

Selebihnya, banyak orang kita yang suka tipu orang..Kalau kita pertikaikan, dan dedahkan, kita salah? Kalau betulla kita salah kerana itu, tetapi, ada orang dapat kebaikan, macamana pulak? Jadi, biasanya, kalau ada orang yang marahkan saya kerana menyatakan sesuatu yang mempertikaikan tentang orang lain, mungkin kerana ia melibatkan orang tersebut, kan? kan? kan? Siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya. 

Nampaknya, blog saya sudah mula dibaca oleh orang-orang berkaitan? Ada kemajuan?
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahhaahahahaha...Lantak ko lah labuuuuuu....

Sunday, April 24, 2011

Rasuah...siapa yang tak terlibat?

Ada la sorang mamat ni..dengan penuh semangat dan berkobar2 bertempik...

"Alahh...Ahli-ahli politik ni semua tak boleh harap...gemuk makan rasuah...Senangkan perut dia jer..Dia sedap la cakap...Yang buat kerja nya kita...Ngabihkan duit rakyat pandai...Saya dah tak percaya dengan semua ahli politik ni. Baik yang Pro, pembangkang pun sama ajer..."

Berapa banyak lagi kekecewaan yang kita dengar dari orang keliling kita? Bukan mamat ni jer macam tu. AKu pun rasa macam tu juga..Tapi, manusia tetap manusia...Kita duduk di atas pun belum tentu selamat. Bila dah pegang kuasa ni, godaannya hebat..Paling tak boleh belah...kalau dah dapat pangkat jer, lupa orang bawah, orang kampung, kawan2 yang lekeh ni...yang dulu dok kempen dia untuk bertanding...jalan kampung lobang2 pun dah tak heran...sebab dok terbeliak mata tgk projek yang boleh dikontrol utk penuhkan periuk nasi dia..Dia ingat orang lain makan pasir ke hapa..dia sorang nak makan nasi...

Tak kurang juga yang mengambil langkah.."malas dah nak ambik tahu hal-hal politik nih"..Semua sama jer prangai..kesudahannya tak ada pun manfaat kat rakyat..
Ada separuh betul, ada separuh tidak benarnya.. Bagi saya, pergerakan politik tetap kita perlu tahu..Terpulang pada gerak hati kita untuk mengiyakan mana satu. Kerana kita tidak seharusnya lari dari berpegang kepada tali Allah..Setiap sesuatu perkara itu, Allah Maha Mengetahui..Wahwahwah...hahahaha macam baguih dok ada..

Bukan apa...siapa yang menipu atau benar, kebenaran tetap akan ditunjukkan..Agaknyalah, kenapa kita ni memperoleh ketua/wakil rakyat/menteri yang korup [seperti yang kita gembar-gemburkan]? Tak ke, bermula dari rakyat juga? Masa pemilihan di peringkat cawangan...Ada yang menolak calon yang jujur kerana calon tersebut takkan makan rasuah..tidak lantang mulut...sedangkan kerjanya bagus, ideanya bernas, selalu terlibat dengan masyarakat..amanah dalam melaksanakan tanggungjawab. Tapi, disebabkan ada kelompok yang tidak ambil pusing pergerakan politik, maka yang betul2 ambil tahu pula ada calon lain yang difikirkan layak. Calon yang telah dia sogok.Yang dh janji keje..

Dan...kebanyakan yang berjuang masuk parti ni, kerana nak pegang duit...Masyukk tuuuu...duit...esp kalau ada pilihanraya...kelabu asap la mata oiiii...Bajet dh dalam tangan...pastu, ko bukannya keje...Ko suruh budak2 ko yg buat keje..pacak bendera la...gantung gamba ko laaa...Tapi, bagi keje jer beb...duitnya, "ko pakaila duit ko dulu ya, jebon. Selesai nanti aku bagi...Yang penting, bagi aku menang.." Hmmm...dah menang? Habuk pun tarak...Bayang2 dah takde dah kat atas bumi ni...Kalau kita telefon..."Ha??sapa ni?" "Ni jebon la.." "Jebon mana ni?"..Dah tak ingat beb...dah lupa diri...Tak de hal....masa ni ko julang la langit tu...kempen akan datang..ko jangan harap nak menang..

Yaa....kita yang menentukan sapa kita nak calonkan...Di sinilah kuasa kita untuk memilih...BUkan sekadar semasa mengundi..Yang paling penting, masa nak mencalon. Itu sebab penting juga bila kita ambil tahu pergerakan politik ni...

Yang sebenarnya, paling dirisaukan adalah sogokan dan pujukan pihak2 tertentu yang kononnya memegang seseorang yang berjawatan semata-mata untuk kepentingan sendiri. Satu perkara biasa jika rakyat kebanyakan datang berjumpa wakil rakyat untuk dapatkan tempat belajar ke, biasiswa ke...Tempat mengadu kan...tapi, jgnla minta bayaran untk sesuatu pertolongan dan jangan jadi kan pertolongan itu sebagai satu propaganda politik utk ko glamer, kononnya ala2 pembela nasib...

Dalam keje aku ni, aku harap2 sangat tidak terjebak dengan perkara yang satu ini..Kalau nak membantu, janganlah sampai poket aku dipenuhi dengan wang yang akan menjadi api pembakar aku di neraka nanti...nauzubillahh...

Wednesday, April 13, 2011

Cokolat Kegemaranku

Saya suka cokolat ini...

Especially yang berisi dengan 'Hazel nut'.
Ada orang buat lawak x semenggah...depa kata ini cokolat cote gajah...
Aku wat tak tau jer...tengok2 kandungan dia, tak ada yang meragukan...so far laaa...
Next time kalau ada org buktikan sebaliknya, wajiblah kau menerimanya..hohoho

Ada pilihan nak 'black chocolate' atau 'sweet chocolate'..
Saya tak kisah yang mana2. Nak kacang badam pun ada...tapi saya lebih suka yang Hazel nut..
Nyummm...
Ada lagi satu yang sedap...yang ini mmg kacang badam..

Almond Gold...ohhhooooiiii
Yang ini, saya cuma dapat jumpa kat Langkawi jerrr...
Cokolat Gajah atas tadi tu, kat Labuan dgn KLIA pun ada..tapi mahal oooo..
Harga cokolat gajah tu di Lapangan Terbang, mencecah RM20-an.
Kat jeti Kuah, harga dia RM12.90.
Di Labuan pula, saya jumpa harga dia RM14.
Di Langkawi????RM9.90..pernah saya jumpa harga dia RM9.50.
Boleh???

Yang Almond Gold ni pulak, harga dia sebungkus RM5.90. Ada 3 bungkusan kecil.