Tuesday, August 11, 2009

1 dari 3 perkara...

5 Ogos yang lepas, genaplah tujuh (7) tahun aku memegang ijazah (sarjana muda). Sekarang ni, tengah sibuk nak buat proposal untuk buat master (pendaftaran kali kedua).

Adui...apa yang dah aku capai ni? Nak banding dengan dua kawan baik aku (Sufee dan Farie), aku memang jauh ketinggalan. Walaupun aku dapat kerja lebih awal dari diorang (1 dari tiga perkara yang menjadi penting dalam perancangan kitorang sebaik habis ijazah sarjana muda dulu), aku boleh anggap aku ketinggalan..Hehehe...apa dia tu?

  1. Sambung Belajar (Pasca Siswazah)
  2. Kerja
  3. Kahwin

Bab kerja, aku dulu. Ok...Tahniah Ani! (sedutan Roda Impian yang selalu jadi frasa lawak kitorang). Sebelum grad, aku sempat jadi cikgu ganti kat felda Jelai. Adala kerja dlam 3 bulan. Sebenarnya, nak terus sambung macam Sufee. Tapi, sebab masa tu, kakak aku nak kawen bulan sembilan, mak dengan ayah pulak masa tu macam kelam-kabut pulak (anak first la katakan), dengan duit takde masa tu (nak uruskan kenduri kakak), so, aku tangguh aku punya perancangan nak buat master. Hujung tahun baru aku daftar..So, aku masuk hujung tahun 2002 (sekali dengan farie), Sufee dah abih1 semester...

Awal tahun 2003, aku dapat tawaran jadi pensyarah Kolej Matrikulasi. Hmm...rezeki. Tawaran yang tidak dapat aku tolak. Sambil kerja, kena pulak buat KPLI-KDC. So, dah berkecamuk Master dengan Dip.Ed. Hadoi...kan? Hehehehe...Tangguh 1 semester master, tinggal 1 semester lagi. Menyesal...kalau teruskan pun lagi baguih. Masa tu, kereta takde, nak ulang-alik (lesen pun xde lagik).

Last2, Sufee pun grad. Aku, masih berkerja. Dan dapat lantikan and so on. Then, Farie pulak Grad. Huuhuhuhu...Aku? Berkerja.

Lepas tu, Sufee kawen. Aku...berkerja. Lepas tu, pergi kenduri kawen Farie (dengan Sufee dan hubby dia). Aku? Masih berkerja. Master ntah tergolek ke mana. Waktu aku free, penyelia aku kat New Zealand, mesyuarat dan lain-lain. Waktu dia free, aku pulak, Majlis Apresiasi hapahapantah dll. Hadoi....last2, dengan deraian air mata, aku hantar surat lepaskan master....
Sob..sob...sob...Takpelah, adalah rezeki masa lain ya...

Sekarang ni, Nak usahakan perkara pertama yang aku ketepikan dulu (Master). Harap2 aku berjaya. InsyaAllah. So, 1 dari 3 dah dapat. Nak usahakan semula lagi 1 ni. Jodoh, nak usaha sangat pun, bukan boleh paksa2 kan. So, aku usahakan untuk Master ni. Yeah!!!

1 comment: