Thursday, August 13, 2009

Saya dalam DILEMA

Ok...saya ada masalah..

Kad Kahwin

Saya dah bayar deposit (RM50 jer) kat satu pencetak di Bangi. Design dah bincang dan harga around 70sen sekeping utk 1500 kad. boleh tahan kan? Tapi, 1 atau 2 kaler jer..

Baru dapat call from my photographer (juga dah book) dari segamat, offer kad kawen around 65sen untuk 4 kaler. Walawey.... So? Pilihan saya:
  • Teruskan tempahan di Bangi
  • Burn RM50 dan tempah di Segamat? Org di Bangi mungkin akan marah tapi, Customer is always right…betul? Hmmmm…

Mak Andam

Selamanya saya memang berharap dan berhajat untuk mendapat mak andam perempuan yang mekap nya tidak keterlaluan. Kalau boleh, nak elak dimekap oleh orang lelaki. Namun begitu, dalam pencarian saya yg lepas bersama emak saya, berdasarkan portfolio kedai Andaman (tgk album), saya berkenan dgn andaman org lelaki yg tak berapa tegap (paham2 sendiri ya). Saya rasa separuh hati tapi, saya dah konpemkan dengan membayar deposit (juga RM50).

Juga call dari org yg sama (seperti kes kad kawen tadi), dia offer andaman + baju French lace + pelamin (anganku) + hiasan bilik tido + hiasan meja makan dengan harga yang lebih rendah dari di atas. Yang lebih PLUS ialah, andamannya perempuan…hmmm…pilihan yg saya ada juga dua seperti di atas.

Seolah-olah, Allah telah memakbulkan doa saya. Dan memudahkan urusan tetapi, saya terpaksa hangus (RM100) dan mengambil risiko dimarah org dan risiko bahawa mak andam itu baru tetapi PEREMPUAN…

1 comment:

  1. how about this, check the kedai first, kasik dier demo andam ker. tgk the previous jobs, okay ker tak

    kalau okay and you really2 satisfied, better wat ngan photographer tu. I mean, this is your wedding. insyaAllah skali seumur hidup. $100 tu kalau ndak dibandingkan ngan kepuasan dengan our wedding day tu, priceless ;)

    ReplyDelete