Wednesday, August 5, 2009

Perkara Yang tidak ingin Kita [Isteri] Hadap?

*Situasi*

Saya secara tidak sengaja telah terjumpa perkara yang tidak ingin kita lihat dalam telefon suami/tunang/boifren saya.
Apa yang dilihat itu sememangnya tidak sanggup untuk dilihat/dibaca. Apa yang akan kita buat?
Setiap tindakan kita terbahagi kepada yang 'sepatutnya' dan 'sebenarnya'. Jadi, kalau saya, apa yang akan berlaku? Apa tindakan saya?
Mari kita semak situasi-situasi yang mungkin akan berlaku.

*Situasi 1*
[Saya terlihat gambar suami/tunang/boifren saya bersama seorang perempuan lain]
Bengang giler! Amboi amboi, kemain mesra lagi! Perasaan marah, geli geleman, sakitnya hati, hanya Tuhan (Allah) sahaja yang tahu.
Perasaan ketika itu bukan lagi cemburu atau iri hati. Tetapi, perasaan yang hancur, terasa diri tidak dihargai.
Segala pengorbanan selama ini tidak dihargai.
[ok, cukup setakat itu, gambaran hati] Apa pula tindakan yang akan saya ambil?

Dalam keadaan normal, hati yang sakit tu, biasanya yang akan berlaku mungkin:

1. "Siapa perempuan ni? Apa hubungan awak dengan dia?" --> maknanya, kita terus konfrontasi dengannya, mendapatkan jawapan.
2. Terus tutup telefon bimbit tersebut, berlagak seolah-olah kita tidak jumpa apa-apa. Pada masa yang sama, hati menjadi curiga dan bertekad untuk menyiasat.
3. Terus padam gambar tersebut dan buat tidak tahu sambil memerhati tindak balasnya. Dia sedar atau tidak gambar tersebut sudah tiada. Kalau dia sedar, maknanya dia ambil berat tentang gambar tersebut.
Kalau dia buat tidak tahu, apa pula tanggapan yang akan saya buat? Adakah perkara tersebut akan senyap begitu sahaja? --> Kemungkinan saya dan dia sama-sama sedang berlakon tiada apa berlaku.
4.Biarkan telefon bimbit itu terbuka dan gambar itu terpampang, sambil hati menahan sabar, menunggu reaksi dia. Akan berlaku beberapa kemungkinan:
  • Dia mungkin perasan gambar itu terbuka dan kita mungkin telah terlihat gambar tersebut lalu memberi penerangan dan meminta maaf--> Puas hati tak?
  • Dia perasan gambar itu terbuka dan mungkin kkita telah terlihat gambar tersebut dan buat tidak tahu sahaja..[ceh...lagi sakit hati]
  • Dia sama ada perasan atau tidak perasan pun gambar itu terbuka, dia tetap tidak terfikir yang saya telah melihat gambar tersebut. Maka, dia buat tidak tahu sahaja. [Lagi hampeh!]

Apa agaknya tindakan saya ya? Belum berlaku, tidak dapat lah dijawab. Na'uzubillah...
Persoalan yang paling utama yang hendak difikrkan adalah, bukan tentang apa tindakan yang akan kita ambil, tetapi lebih kepada:
  • *Mungkin kita langsung tidak sepatutnya memeriksa telefon bimbit tersebut. (Do not ever explore the handphone in the first place)

Saya pernah mendapat nasihat ini dari seorang kawan PEREMPUAN:
  • "Kita jangan baca atau tengok hp laki kita ...hp kita pun jangan bagi laki kita tengok. Itu hak privacy masing-masing...Kita mesti ada rasa percaya pada pasangan kita"

Tetapi, dari seorang perempuan yang lain, menyatakan begini:
  • "Saya check hp suami saya, sebab dia yang ajar saya. Dia yang check hp saya dulu. Ko kena tengok hp dia..."

'Aduiyaiii...' *scratching head*. Mano nak ikut ni?

3 comments:

  1. huhu..mintak2 dijauhkan dr menda2 macam ni..

    ReplyDelete
  2. sometimes we have to.. bkn sbb tidak percayakan dia.. tp mencegah dia dari diganggu perempuan lain.. like what i did to u know who... kan ada perempuan gatal cuba ngorat a*** dulu yg bernama NORMAH. remember? I know that my husband won't do that to me, but I don't trust other women.

    ReplyDelete
  3. Kaklong:
    betul jugak kan..emm..sesekali kena jugak buat virus scanning. hahahaha.

    ReplyDelete