Friday, November 20, 2009

Jauh Perjalanan....

Sempit la poket...

Penat...tak yah cerite...tapi, nak cerita gak.

Penat tapi, masih lagi aku terpacak kat Seventhheaven (nama laptop) ni. Berapa lama dah tak update?
Dari mingu lepas dok merayap...

Penat...tapi, seronoknya tetap ada...banyak pengalaman dapat. Pengalaman apa?

Hari pertama perjalanan:

  1. E ticket yang dinanti2 sejak hari khamis (sebelumnya) belum dapat. Jam 7.30 pagi dah nak kena naik teksi sebab flight dari KLIA jam 8.15 pagi. Apa jadahnya...6.50 am sampai opis, try buka emel tapi, disuruhnya kik link itu la, inilah...bagi je la nombor e-tiket tu kan...punyer la panjang ayat dalam emel tu, nak tulis nombor tu pun susah ke? Bangang betul...[sumpahan yang jujur lahir dari hati yang kalut]. Sudahnya, nombor tak dapat jugak sebab internet down...POYO.
  2. Teksi sampai lambat 5 minit. Tiba di KLIA jam 8 pagi. So, tak terlewat check in. Nasib baik leh retrieve nombor e-tiket kat sana dan wat self check in. Okey...settle...soru.
  3. Jeng..jeng...jeng...distracted kat bahagian sye shadow Lancome. OMG!!!! Tiba2 jer aku jadik glamer kat KLIA. Namaku yang berjela org susah nak ingat tu, diumumkan untuk panggilan terakhir. Tak pasal2 aku berjoging dalam KLIA. Hawau punyer Lancome.
  4. Selamat menaiki pesawat dan dapat duduk sesorang dalam kapal terbang. Tak pernah2, aku pening dalam flight. Semua benda aku rasa busuk. Kerusi busuk, laki2 kat depan aku aku rasa berbau, yang kat belakang, aku rasa wangi sangat. sampai kat airport penang, cari tandas,Uwekkkk!!! fuh, lega sket.
  5. Tunggu beg, sampai ke penghabisan beg, beg aku tak muncul2. Aik!!toleh2, ada 5 orang lagi tengok aku. beg diorang pun takde. Lega sket, bukan aku sorang. Maknanya, bukan sebab aku berjoging tadik la kan... So, buat report, kena la tunggu beg tu dikesan. Orang kolej Perlis dah tunggu, aku cabut jer. Ada majlis perasmian jam 2.45 pm. Tengok bawah, JEANS!

    Takkan aku nak hadir majlis rasmi pakai jeans? Yang lain semua ok, kasut bertutup. Tudung cun, baju korporat, ok la, rasmi la jugak walaupun tak ayu. Hnsss...apa nak buat ni? Apa lagi, suruh la driver singgah mana2 kedai beli seluar slack. dengan duit yang ada dalam tangan, nak beli satu set [baju kurung sampai kain dalam], tak sempat aku nak uruskan. Akhirnya, dalam masa 15 minit aku dapat selai slacks. Alhamdulillah. Sampai kolej Perlis jam 2.15 pm. Sampai rumah tamu, mandi sejirus, solat, buat regangan badan sekilas dua, kena pegi balik ke dewan untuk majlis perasmian. Huhhh...
  6.  

Tamat la kisah yang meletihkan aku. Itu baru separuh hari pertama...yang hari lain2, takyah la aku citer....


No comments:

Post a Comment