Friday, August 21, 2009

Ramadhan....

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.
Kali ini, kali kedua berpuasa di Putrajaya. Rindu suasana berpuasa di masjid Tanah. Tapi, berpuasa di mana-mana pun, yang penting adalah amalannya.

Huuu....teringat kawan-kawan lama masa belajar dulu...
Farie..ko ingat tak, last day kita puasa kat Taman Tenaga dulu? Kita redah pagi2 sepiee tu, pegi makan kt Fasa 1? Dengan saper ek? Dilla, Helen...tak ingat la saper... Naik motor. Masa tu, Sufee dah balik kampung dah. Eh...ke, ada lagik maser tu? hahahaha...Sufeee, sorry aaa. Aku bawak ko (Farie), siap exercise atas motor sebab sejuk, kaki menggigil. Hahahahaha....

Kat Masjid Tanah, kengkawan aku tak se adventure macam tuh..Maklum la, usia dah di tingkat tertentu...Waktu buka je la pelbagai sikit. Tapi, x adventure la..hehehe...sori beb...

Monday, August 17, 2009

Sex determination..

This is something new...at least for me.

Besides having XY sex-determination system, we do have other system - ZW sex-determination system.

Unlike XY system, gender is defined through its ovum. Which means, the female. Ok, so far, none of the web said this system determine mammals' gender [which includes us; homo sapien]. It determines the sex of offspring in birds, some fish, and some insects (including butterflies and moths), and some reptiles, including Komodo dragons. Huh? No wonder female comodo is more dominant...hohoho

While XX [homogametic] means female, XY [heterogametic] means male, in this system ZZ [homogametic] defines male and ZW [heterogametic] defines female. Could you see the reciprocation? the contradiction? Hehehehe...

Thursday, August 13, 2009

Saya dalam DILEMA

Ok...saya ada masalah..

Kad Kahwin

Saya dah bayar deposit (RM50 jer) kat satu pencetak di Bangi. Design dah bincang dan harga around 70sen sekeping utk 1500 kad. boleh tahan kan? Tapi, 1 atau 2 kaler jer..

Baru dapat call from my photographer (juga dah book) dari segamat, offer kad kawen around 65sen untuk 4 kaler. Walawey.... So? Pilihan saya:
  • Teruskan tempahan di Bangi
  • Burn RM50 dan tempah di Segamat? Org di Bangi mungkin akan marah tapi, Customer is always right…betul? Hmmmm…

Mak Andam

Selamanya saya memang berharap dan berhajat untuk mendapat mak andam perempuan yang mekap nya tidak keterlaluan. Kalau boleh, nak elak dimekap oleh orang lelaki. Namun begitu, dalam pencarian saya yg lepas bersama emak saya, berdasarkan portfolio kedai Andaman (tgk album), saya berkenan dgn andaman org lelaki yg tak berapa tegap (paham2 sendiri ya). Saya rasa separuh hati tapi, saya dah konpemkan dengan membayar deposit (juga RM50).

Juga call dari org yg sama (seperti kes kad kawen tadi), dia offer andaman + baju French lace + pelamin (anganku) + hiasan bilik tido + hiasan meja makan dengan harga yang lebih rendah dari di atas. Yang lebih PLUS ialah, andamannya perempuan…hmmm…pilihan yg saya ada juga dua seperti di atas.

Seolah-olah, Allah telah memakbulkan doa saya. Dan memudahkan urusan tetapi, saya terpaksa hangus (RM100) dan mengambil risiko dimarah org dan risiko bahawa mak andam itu baru tetapi PEREMPUAN…

Tuesday, August 11, 2009

1 dari 3 perkara...

5 Ogos yang lepas, genaplah tujuh (7) tahun aku memegang ijazah (sarjana muda). Sekarang ni, tengah sibuk nak buat proposal untuk buat master (pendaftaran kali kedua).

Adui...apa yang dah aku capai ni? Nak banding dengan dua kawan baik aku (Sufee dan Farie), aku memang jauh ketinggalan. Walaupun aku dapat kerja lebih awal dari diorang (1 dari tiga perkara yang menjadi penting dalam perancangan kitorang sebaik habis ijazah sarjana muda dulu), aku boleh anggap aku ketinggalan..Hehehe...apa dia tu?

  1. Sambung Belajar (Pasca Siswazah)
  2. Kerja
  3. Kahwin

Bab kerja, aku dulu. Ok...Tahniah Ani! (sedutan Roda Impian yang selalu jadi frasa lawak kitorang). Sebelum grad, aku sempat jadi cikgu ganti kat felda Jelai. Adala kerja dlam 3 bulan. Sebenarnya, nak terus sambung macam Sufee. Tapi, sebab masa tu, kakak aku nak kawen bulan sembilan, mak dengan ayah pulak masa tu macam kelam-kabut pulak (anak first la katakan), dengan duit takde masa tu (nak uruskan kenduri kakak), so, aku tangguh aku punya perancangan nak buat master. Hujung tahun baru aku daftar..So, aku masuk hujung tahun 2002 (sekali dengan farie), Sufee dah abih1 semester...

Awal tahun 2003, aku dapat tawaran jadi pensyarah Kolej Matrikulasi. Hmm...rezeki. Tawaran yang tidak dapat aku tolak. Sambil kerja, kena pulak buat KPLI-KDC. So, dah berkecamuk Master dengan Dip.Ed. Hadoi...kan? Hehehehe...Tangguh 1 semester master, tinggal 1 semester lagi. Menyesal...kalau teruskan pun lagi baguih. Masa tu, kereta takde, nak ulang-alik (lesen pun xde lagik).

Last2, Sufee pun grad. Aku, masih berkerja. Dan dapat lantikan and so on. Then, Farie pulak Grad. Huuhuhuhu...Aku? Berkerja.

Lepas tu, Sufee kawen. Aku...berkerja. Lepas tu, pergi kenduri kawen Farie (dengan Sufee dan hubby dia). Aku? Masih berkerja. Master ntah tergolek ke mana. Waktu aku free, penyelia aku kat New Zealand, mesyuarat dan lain-lain. Waktu dia free, aku pulak, Majlis Apresiasi hapahapantah dll. Hadoi....last2, dengan deraian air mata, aku hantar surat lepaskan master....
Sob..sob...sob...Takpelah, adalah rezeki masa lain ya...

Sekarang ni, Nak usahakan perkara pertama yang aku ketepikan dulu (Master). Harap2 aku berjaya. InsyaAllah. So, 1 dari 3 dah dapat. Nak usahakan semula lagi 1 ni. Jodoh, nak usaha sangat pun, bukan boleh paksa2 kan. So, aku usahakan untuk Master ni. Yeah!!!

Wednesday, August 5, 2009

Perkara Yang tidak ingin Kita [Isteri] Hadap?

*Situasi*

Saya secara tidak sengaja telah terjumpa perkara yang tidak ingin kita lihat dalam telefon suami/tunang/boifren saya.
Apa yang dilihat itu sememangnya tidak sanggup untuk dilihat/dibaca. Apa yang akan kita buat?
Setiap tindakan kita terbahagi kepada yang 'sepatutnya' dan 'sebenarnya'. Jadi, kalau saya, apa yang akan berlaku? Apa tindakan saya?
Mari kita semak situasi-situasi yang mungkin akan berlaku.

*Situasi 1*
[Saya terlihat gambar suami/tunang/boifren saya bersama seorang perempuan lain]
Bengang giler! Amboi amboi, kemain mesra lagi! Perasaan marah, geli geleman, sakitnya hati, hanya Tuhan (Allah) sahaja yang tahu.
Perasaan ketika itu bukan lagi cemburu atau iri hati. Tetapi, perasaan yang hancur, terasa diri tidak dihargai.
Segala pengorbanan selama ini tidak dihargai.
[ok, cukup setakat itu, gambaran hati] Apa pula tindakan yang akan saya ambil?

Dalam keadaan normal, hati yang sakit tu, biasanya yang akan berlaku mungkin:

1. "Siapa perempuan ni? Apa hubungan awak dengan dia?" --> maknanya, kita terus konfrontasi dengannya, mendapatkan jawapan.
2. Terus tutup telefon bimbit tersebut, berlagak seolah-olah kita tidak jumpa apa-apa. Pada masa yang sama, hati menjadi curiga dan bertekad untuk menyiasat.
3. Terus padam gambar tersebut dan buat tidak tahu sambil memerhati tindak balasnya. Dia sedar atau tidak gambar tersebut sudah tiada. Kalau dia sedar, maknanya dia ambil berat tentang gambar tersebut.
Kalau dia buat tidak tahu, apa pula tanggapan yang akan saya buat? Adakah perkara tersebut akan senyap begitu sahaja? --> Kemungkinan saya dan dia sama-sama sedang berlakon tiada apa berlaku.
4.Biarkan telefon bimbit itu terbuka dan gambar itu terpampang, sambil hati menahan sabar, menunggu reaksi dia. Akan berlaku beberapa kemungkinan:
  • Dia mungkin perasan gambar itu terbuka dan kita mungkin telah terlihat gambar tersebut lalu memberi penerangan dan meminta maaf--> Puas hati tak?
  • Dia perasan gambar itu terbuka dan mungkin kkita telah terlihat gambar tersebut dan buat tidak tahu sahaja..[ceh...lagi sakit hati]
  • Dia sama ada perasan atau tidak perasan pun gambar itu terbuka, dia tetap tidak terfikir yang saya telah melihat gambar tersebut. Maka, dia buat tidak tahu sahaja. [Lagi hampeh!]

Apa agaknya tindakan saya ya? Belum berlaku, tidak dapat lah dijawab. Na'uzubillah...
Persoalan yang paling utama yang hendak difikrkan adalah, bukan tentang apa tindakan yang akan kita ambil, tetapi lebih kepada:
  • *Mungkin kita langsung tidak sepatutnya memeriksa telefon bimbit tersebut. (Do not ever explore the handphone in the first place)

Saya pernah mendapat nasihat ini dari seorang kawan PEREMPUAN:
  • "Kita jangan baca atau tengok hp laki kita ...hp kita pun jangan bagi laki kita tengok. Itu hak privacy masing-masing...Kita mesti ada rasa percaya pada pasangan kita"

Tetapi, dari seorang perempuan yang lain, menyatakan begini:
  • "Saya check hp suami saya, sebab dia yang ajar saya. Dia yang check hp saya dulu. Ko kena tengok hp dia..."

'Aduiyaiii...' *scratching head*. Mano nak ikut ni?

Tuesday, August 4, 2009

Apa yang saya tak buat, saya nak buat, saya kena buat...

Lama dah berhenti buat persiapan 'BESAR'. hehehe..Malu nak cakap persiapan kawen. Bukannya apa...mood hilang. Sebab-sebabnya, bia saya, keluarga dan Tuhan je tau..hehehe...

Semalam birthday emak..huhuhu...saya tak dapat sambut. Kecewa. Haritu, birthday ayah, saya buat puding karamel dgn beli kek. Kali ni, birthday mak, saya tak dapat buat apa2. Maybe weekend ni saya akan balik dan beli kek. Hmm...menarik jugak kan. mak suka KFC. Oklah...minggu ni balik kampung, beli kek dgn beli KFC. Baca blog kak long, dia anak beranak buat kek, nyanyi untuk nenek (mak), rasa jeles la...hnss..hnsss...wait haa....

Satu lagi perkara... Kak long dah masuk rumah baru, saya berhajat nak belikan hadiah untuk rumah dia. Rasanya, dah ada idea..yeay!!!