Monday, May 24, 2010

Mengurus Berat Badan

Ada kawan saya kata saya dah makin gemuk [selepas sekali imbas pandang je...huhhh].
Suami saya pula makin kurus...hohohoho...

Sebelum saya kahwin, saya berjaya susutkan 3kg..[ajerrr???]
Segan juga nak mengaku, saya ke London Weight Management..
Just nak kongsi pengalaman...so, orang lain nanti bolehlah amik iktibar atau tauladan.

Sesi pertama percubaan, berat saya turun 1.5 kg!!!!Walaweiii...
Sendiri kagum maaaa...Maka haruslah diteruskan.

Masuk sesi kedua, penurunan berat masih berlaku tapi, dah tak signifikan..
bezanya, body shaping lebih jelas..so, kalau pakai kebaya nampak la signifikan sket...heehehe [berdosakah diriku...]
Pada sesi kedua itu juga, konsultan saya juga mula membebel...
"badan awak keras...susah mau turun...[cehh...]
U kena diet maaa..."
Makanya, diatur diet untuk saya serta pantang larang makanan yg perlu diambil dan elak..
Jangan ambil mangga la, oren la, pisang laa...
Ambik sandwich untuk sarapan, makan oat dan ambil lebih sayuran..buah apa nak makan, aku pun jam..
sebabnya, buah apa lagi aku nak carik dengan senang?
Hohohoho...
Kalau buleh, makan sup, jangan makan nasi...

Ok...bab tak makan nasi, aku mmg patuh...walaupun tak seratus peratus, tapi, dlm 1 hari, aku amik nasi paling banyak sekali, itupun x pernah 1 pinggan...biasanya, 1/4 pinggan jer kalu makan.
Sekarang dh terbiasa x mkn nasi...
Kalau jumpa sayur2, mmg aku tak tinggal.
Tapi, bab sarapan makan sandwich, aku susah sket...susah nk cari...
Dia kata leh makan sup, maka aku amik mihun sup makan pagi...
Tapi, dah kebiasaan kedai2 kalau buat sup, minyaknya bergenang2...maka, sedikit x relevan la aku punya diet tu...anyway, aku carry on...

Pada masa yang sama, saya pun berkobar2 nak jogging.
Apa dia kata?
"U jangan jogging maa...nanti badan u jdi lagi keras.."
hehhh???
"Kalau nk buat jugak, brisk walk aja.."
apakah???
Padahalnya, aku nak jogging untuk stamina dan kecerdasan aku..
Sehari suntuk dalam air-cond, duduk jer, bangun pun sebab nk ken****.
Sudahnya, benda pertama yang x muat adalah seluar jeans...ohhhh...
Mana buleh jadi kan...So, kuatkan semangat, teruskan treatment..

Macam2 diet la saya belaja...alfalfa diet la...no nasi diet and so on..
Lepas tu, dia suruh saya beli mcm2...antaranya, air oat berperisa buah, kopi ginseng dan bahan untuk sapu-sapuan..
Ermmm...dalam hati aku yg kedekut ni berkata:
Satu sesi aku bayar mahal2, takkan kopi pun taknak bagi free? Dah tu, kopi tu, takleh minum lepas kul 4 ptg, nanti susah nak tido malam..[sirius tau...mmg energy booster giler].
Saya pun, beli kopi, air oat tu, x beli sbb rasa mcm boleh buat senirik...hahahaha

Setiap kali dtg, dia akan suruh saya beli air oat berperisa tu. Alasan dia:
Minum ni, dia dapat bantu U untuk lembutkan sikit daging, so, lagi senang mau kuruss...
What the hello???
So, keputusan mutakhir...menjelang sebelum perkahwinan saya, saya berjaya turunkan 3kg berat [setelah  6 bulan rawatan...hohoho]
Semenjak selepas kawen, saya tidak sempat lagi nak pergi buat rawatan di London... saya hanya dirawat di rumah ...hehehe
Sesekali, kami akan jogging...Dan saya juga tidak amik nasi waktu malam...berat x turun tapi, maintain j sudahnya...
Masalahnya ialah...masa kualiti saya bersama suami adalah lepas waktu kerja.
So, kalau saya tak makan malam, siapa pulak nak teman dia makan...
So, nak taknak, sesekali, saya harung saja nasi cuma, beringat la...
Selebihnya, saya masih lagi makan McD, Burger King, Nando's dll...ahahahaha..Macam xder perbezaan j...
Tetapi...apabila suami tiba2 datang dan memberi harapan berikut:
"Yang, ni dah kena excercise ni.. dah nampak gomok eh"
OooooOOOooooOoooo
Apa lagi yang perlu dilakukan?
Caiyuk!!!Gambate!!

Tuesday, May 18, 2010

wish list...cont..

Sobb...sob...

Saya mau..
Saya suka..
Kalau lah dapat...
Saya akan jadik org yg paling gembira untuk 3 bulan akan datang...
So, kalau saya boleh mimpi pun xpe...nak pakai beg ini...

Ada sesapa nk bagik hadiah??:) tocey...tocey..

Sunday, May 16, 2010

Saturday, May 15, 2010

Tentang Cinta Sufi..

Emmm...sedikit boring baca sequel yg ini. Tiada kelainan pada watak Saifudin. It's ok. Dan nampaknya, masih tiada kesudahan yang nyata. Apa maksud penulis bila novel ini diakiri dengan kisah tentang masa sekarang. Macam nak buat lagi satu sequel sambungan.

Berdasarkan prebiu kat blkng buku, macam ada kaitan penting dengan kisah cinta tiga segi tapi, tiada pengakhiran yang signifikan.

Kesudahan taghut juga begitu sahaja. Mudah.
Overall, tidak seperti yang saya harapkan...hehehe...
Saya harapkan lebih romantik, mendebarkan dan pertempuran lebih sengit..

Anyway, tahniah kepada penulis kerana pesanan dan mesej ketuhanan tak lekang dalam perjalanan cerita. I like...insaf bila membaca cerita ni..

Peek a bit

Ahakksss...
Dah baca 12 muka surat pertama...boring...sebab?
Sunan tiada di mana2..

Menarik...sebab?
Hang Tuah muncul kembali...Puteri kaki Gunung Ledang waiting 4 u...

Teruja...sebab?
Melibatkan sejarah Melaka jatuh ke tangan Albuquerque...nnngggg (walaupun sejarah boring, ia tetap lambang jati diri org Melayu)...

Anyway...Story of the day, I'm trying to draw a blouse pattern...
Hnssss...hnsssss...

Friday, May 14, 2010

Ulang Bulan..hmmm

Ada dua sempena hari ini...
  1. Pada tarikh ini, genap 3 bulan saya jadik isteri Syahril...hmmm...fascinating! Intriguing! Tingtingting!
  2. Pada hari ini, entry ini, adalah entry ke-100 saya. Well done! Extravaganz! 
 Errrr...Apa pencapaian saya setakat ini?

Sebagai isteri:
Masakan apa paling hebat saya dh buat ek?...daging masak kicap masin, daging goreng kunyit masin, sotong goreng tepung masin...mmm...manyak yg masin jer...hohoho..ohhh...ada satu yg ok. Ikan goreng berlado.
Takpe...taakpe...suami den makan juoo...nnnngggggg....
Tak susah pon nak bagi makan kt Syahril ni. Tapi, demi untuk kepuasan sendiri, saya perlu melakukan sesuatu...fullamak..
Jahit baju suami? Belum ada satu pun. Tak sudah2, jahit baju saya. hehehe...

Itu jer KPI saya buat masa ni. KPI masakan saya ialah nk masak lomak cili api udang, daging salai dan masak rondang nogori.

Sebagai blogger:
Untuk blog pulak, kira ok la. Tapi, kalau diimbas balik, mula2 gaya bahasa mcm lain. Lepas tu, lepas bbrp entri, gaya bahasa dh bertukar jadik mcm skema ala2 bahasa proposal pulak. Pastu, sekarang, mcm dh tuning sket jadi gaya bahasa menceceh...rasa-rasanya, x lama lagi, jadik gaya bahasa membebel pulak...hehehehe...environmental factor, ok!

Hatiku digamit cinta...Laksamana Sunan kembali!!

Suka...suka...[joget di pinggir jalan]...
Dah lama tak beli buku. Dan saya selalu teringat Laksamana Sunan daripada citer Bagaikan Puteri (Ramlee Awang Murshid). Tapi, semenjak 5-6 bulan kebelakangan ni, saya lupa dah hero sorang ni sebab nak menguruskan diri yang nak dapat sorang hero untuk diri sendiri...apa punya ayat...haa???

Anyway, ceritanya, saya terjumpa buku cerita sambungan kepada trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta. Maka, genap la Saga ini sebagai Quadrologi [bukan Trilogi]...hehehehe...betul ke istilah ni...Tetralogi lebih molek lagi...


Ok lah...bersempena dengan ketiadaan hero saya, maka sudah pastilah saya dibenarkan untuk menghayati cerita baru ni...ooohhh...lupa nak bagitau, tajuk dia Cinta Sufee...ehh...Cinta Sufi. Hahaha...Bolehla berangan-angan Laksamana Sunan. Tapi, sudah pasti yang akan melakonkan watak Laksamana Sunan dan Heroinnya adalah saya dan hero saya...[sepak, mati!!!]
 Moga-moga cerita ini berjaya mengatasi 'kebes-an' triloginya sebelum ni...ok...ok...let's have a peek...

  • Emm...yang pasti watak Haryani dah tak ada...[saya sedih masa baca kesudahan cinta antara LS dan Haryani dalam Hijab Sang Pencinta...] ok...lagi...lagi..
  • Ada dua watak heroin baru...mmmm...:(
  • Watak Hang Tuah kembali...ok...teruja...:))

Thursday, May 13, 2010

Tekanan...

Apakah tekanan paling hebat setelah berkahwin?
Tettttttttttttttttttt!!!!
Salah...buat masa ini, saya rasa tekanan paling hebat adalah bila saya ditinggalkan kerana hubby outstation memancing. Ohh...bila saya balik umah nanti, kosong...[wahhh...mengada-ngadanya].
Hehehe...jangan marah ok...
Saya tau banyak lagi perkara yang lebih tensen [tapi, suka ati kita la nak tensen pasal mende ni sekarang, len kali tensen pasal mende lain la plak].
Maka, seharusnya saya pegi buat terapi menghilangkan tekanan akibat ditinggalkan suami...
Hehehe...namun begitu, sesi terapi saya telah ditetapkan pada 23hb nanti. lambat pulak lagik..Adoii...Nak cepatkan terapi ke hujung minggu ini, duit pulak tak mencukupi tapi, kad kredit boleh pakai..hohoho...
Tengok pulak wish list CWK, makin menggerutu la hati saya...uh uh uh...
Akhirnya, terapi terbaik untuk saya adalah balik kampung. Boleh saya jahit baju. So, nanti masa sesi jenjalan terapi dengan CWK, boleh la saya tambah koleksi fabrik bermutu dari J*kel...ngehngehngeh...

Wednesday, May 12, 2010

New venture

3 months married.
weight: 3 stones..
Hahahaha...imitating Bridget's diary.

Was it a universal phenomenon? increasing weight after u got married? If that's so, I have other symptoms too [as if it was a disease, hohoho]
Pot-married life...what had changed?
  • Of course...ur weight..
  • Taste buds...masak-masak, terlebih masin...hehehe...but that prove something...my hubby is a very supportive husband...[wakakakaka...]
  • Waktu tidor malam...automatik kul 10 mata dah separuh. Jam 10.30 mesti dah lolap..
  • Barang-barang yang perlu dibeli...This hasn't changed much...i've always loved to buy kitchen appliances.
  • Rancangan TV...Ya, selain bergilir menonton rancangan kegemaran masing-masing [me: Hallmark, AFC, AXN, Hubby: NatGeo, Disc,ESPN], kami juga berkongsi tonton program masing2. In the end, sama-sama tengok The Nanny, saya tengok Lobsterman etc. Kami juga ada rancangan TV bersama seperti CSI, House [even Glee!!] and Greek.
  • Macamana pulak kemahiran memasak? This is quite a challenge. I'm used to asam pedas, asam rebus, sambal sotong and so on. But hubby is more to soup, soup and soup..heh...selagi dia tak belikan aku dapor, tak maun nyer aku nak masak sup yang canggih2 tuh...hohohohoho

Monday, May 10, 2010

New Connection...well...

Hehe...just to share the excitement of having the greatest opportunity to connect to the world on my own effort..anytime, anywhere...hehehe..
The simplest word is this: Rumah saya sudah ada internet...YAHHOOOO...
[hek eleh....orang lain dh lama dah...]

Friday, May 7, 2010

Hati berbulu

Bila prosedur yangdibuat, kita sendiri yang tak ikut, apa nak jadi dengan pengurusan kita?
Satu hal kita berdepan dengan pelanggan, dah tentu pelanggan tak tau apa keributan yang kita hadapi.
Tapi, kalau org dalam sendiri yang buta mata, buta hati tak ikut prosedur yang sendiri cipta, haru bebbb!!!

Ok...imagine this...Kalau pasaraya kata, pada tarikh sekian....orang pempuan jer boleh masuk. Kalau lelaki nak masuk, kena hubungi pengurusan pasaraya seminggu sebelum tarikh yang dinyatakan tadi.
Ok, ramai lelaki yang call nak merayu nak masuk. Pastu, kalau last minute (sehari sebelum ke, 3 hari sebelum tarikh tadi) pun ada lagi orang yg buat rayuan, dah tentu la x boleh kan? Dah syarat kita seminggu sebelum. Kalau sorang kita bagi, yang lain, kenapa x bagi pulak???

Aku fed up nyahhh!!!