Monday, September 28, 2009

25 September

This entry was supposed to be written on the intended date, which was 25th of September. Why?

Kerana...14 tahun yang lampau, pada tarikh ini saya menduduki PMR kertas yang pertama. Takde la 'spesel' sangat kan? Hahaha..

Yang 'spesel' nya, ialah, ia mengingatkan saya kepada rakan-rakan sekelas dalam tingkatan 3 tersebut. Kami kelas 3 Hijau (tak glamer langsung nama kelas). Kelas kami adalah gabungan beberapa pelajar dari kelas-kelas lain (kecuali kelas Merah yang dah sedia terer), berdasarkan keputusan akhir Form 2. Entah, macamana aku leh terselit..rezeki.

Disebabkan kebanyakannya baru bertemu dalam kelas yang sama (15 lelaki, 15 perempuan), maka berbagailah ragamnya. Luckily, kami berjaya 'get along'. Macam-macam aktiviti kami buat, memekak dalam kelas, borak2, study, meniaga sama2, mengecat kelas, memelihara kura-kura (apakah relevannya dengan perkataan BELAJAR?) dan bergadoh dengan pelajar senior (sebab kami bising dan cun2). ahahahaha.

Kemudian, secara tak langsung juga, kami telah mendapat nama baru yang lebih canggih..'The Lennon' bersempena dengan ayat yang keluar dari mulut guru kelas kami Cikgu Shamsiah, merangkap guru Matematik kelas kami. Heh..Dia kata jadual kelas kami yang (cun melecun dan canggih) berbentuk kapal menyerupai Kapal LANUN.

Nak dijadikan cerita, dalam kelas tu juga ada budak lelaki yang aku admire. Cewwah. But, to tell u the truth, the attraction was simply and stricly physical. Tinggi, athletic. Tapi, mulut...hampeh..Walaupun bergelar tahfiz, ayat nyumpah dan menca*** adalah biasa keluar dari mulut dia. Sebab tu, kengkawan aku selalu tanya..keapa ko boleh minat dia ek? Hahahaha...aku pun tak tau. Yang pasti, lepas abih sekolah je, aku pun lupa langsung tak ingat pasal dia. Dia pernah conteng beberapa meja budak perempuan kelas kami (kononnya senior suruh) dan antaranya adalah meja aku. Contengannya bertulis BAS****. Melampau betol...

Selepas PMR, kami meneruskan kegembiraan kami meniaga, main bola tampar, dan beberapa aktiviti yang menyeronokkan kala itu. Tapi, kalau suruh ulang lagi, aku memang tak nak sebab sekarang dah control vogue. Hehehe..Buat rakan-rakan sekelas ku, semoga semua gembira dan berbahagia bersama keluarga tersayang...Jangan Lupa Daku...

Boleh tak cariku yang mana satu?

No comments:

Post a Comment