Wednesday, September 9, 2009

Menjelang Hari Raya

Alhamdulillah...Dah hampir sebulan Tuhan bagi peluang untuk menikmati rahmat Ramadhan... Dah nak raya pun. Tahun ni rasa tak berapa nak raya la. Selain bajet duit raya untuk anak2 sedara, bajet untuk baju raya sendiri pun tak ada. Bukan tak ada, tapi tidak diadakan.

Baju raya dengan baju pegi pejabat boleh dikelompokkan dalam 1 kumpulan yang sama. Baju kerja yang ada sekarang adalah kelompok baju 'belasahan'. Inilah nasib orang hidup NOMAD. Baju banyak2 pun, bukan boleh bawak semua. Kena asing2. Sebab tu tak ada mood nak beli baju raya. Menambah ruang hidup gelandangan ni. Hehehehe..Macam la hidup susah sangat.

Sebenarnya, mood raya ada tapi, sebab tak ada bonus, rasa macam tak raya la. Betul la. Kalau dulu, masa belajar, dapat duit raya dari orang tua2. Ni dah keje, dah tergolong dalam orang yang memberi, maka tak ada duit raya. So, kalau dapat bonus samalah macam dapat duit raya. Pastu boleh la bagi duit raya lebih2 sikit. Untuk sapa? Budak2 jugak...Kita?

Selamat menghabiskan Puasa ya kawan-kawan. Saya ada perhitungan yang nak dibuat sempena raya ni... Siap la...

1 comment:

  1. yey. yey makngah bagi duit raya.. boleh beli basikal.. yey.. yey!

    ReplyDelete