Monday, July 20, 2009

Manusia...

Hari ni, beberapa org [yg aku dah agak] ketawakan aku. Kenapa?
  • Aku pakai kebaya
  • Kain baju kebaya aku kain batik, kain belah.

Well, well... Who could have thought? Sepanjang aku kerja kat putrajaya ni, ini bukan kali pertama aku pakai kebaya. Tetapi, kali pertama pakai kain belah. Sebelum ni, aku pernah berkain pareo so, lebih kurang je kan?

Baju ni dah lama aku ada, tapi baru sekali aku pakai (kat KMM). Pakai kat KMM susah sket sebab kena turun naik tangga. Dah lama baju ni duk dalam kotak sebab aku pindah haritu (dari KMM ke Putrajaya then ke Bangi). Pastu, haritu badan naik pulak, tak muat nak pakai baju ni. Bila balik kampung weekend lepas, aku nampak baju ni, try, muat pulak...apa lagi...here I come! Hehehehe...

Back to the story. Beria-ia diorang gelak kat aku. Kesian diorang kan...tak penah tengok aku macam ni. Tu la aku...biasa berbaju kurung, jalan bersepah. Bila berkebaya, pakai kasut tumit, orang dah nampak lain. Siap kata aku "nak practice kahwin la ni".

Kira sabar gak la aku ni kan??(berkata kepada diri sendiri)..Rupanya, orang kat sini lagi teruk dari yang aku hadap kat KMM..Sabor je la anyah..[panggilan amru pada aku]

Thursday, July 16, 2009

New Addiction

I'm quite addicted to TRUE BLOOD right now.. Boy, weren't they sweet in books? I like Vampire Bill in book more than seeing him in flesh (drama). That is maybe because he literally sounded more passionate and yet unhumanly dangerous.. Moreover, I sympathize Sookie more while reading than watching her dealt with all the tragedies. Eric...Nontheless...literally or visually, he is so ..........ERIC. heheheerichalf

Wednesday, July 15, 2009

Kalau bukan rezeki...

Hari ni perasaan excited langsung tak ada walaupun surat yang dinanti-nanti akhirnya terpacul depan mata. Badan rasa tak sedap, tekak bengkak dan hingus meleleh-leleh (yucks). Tapi, suara rasa macam seksi jer..hehehehe..

OK, fine. Tiba-tiba! Jeng..jeng..jeng...
"Tawaran menduduki Kuarters Kelac C Kepada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan"

Yeay!!!
Kena cepat-cepat ni. Mesti ramai orang mohon ni. Surat yang berkenaan dah dapat pulak tu. Tapi, boleh tak kalau fax jer surat ni? Ok..call dulu la nombor yang dia bagi ni.

"Hello. Boleh saya kemaskini permohonan kuarters saya? Saya bla...bla...bla...bla..."
"Cik masih taraf bujang ke?"
"Ha ah."
"Kalau macam tu, kami memang takkan bagi"[kelepek! hamik ko]
"Tapi, saya dah nak kahwin hujung tahun ni"
"Ya. Selagi cik tak kahwin lagi, memang kita takkan bagi. Kalau Cik mohon untuk Kelas D pun , rumah teres pun memang kita tak bagi. Cik cuma akan dapat apartmen je"
"Kalau saya nak bawa keluarga (mak ayah) saya pun tak boleh ke?"
"Memang tak boleh"
"Kalau macam tu, takpelah"

Kecewa...badan yang rasa macam nak demam terus demam. Ceh, semua janji-janji palsu. AKu mohon dah berapa lama, apartmen pun belum dapat-dapat lagi. Sedey!!!!!!

Hmmm...apalah nasib...kalau tentu kahwin. Kalau tak kahwin macam mana? Hohohoho

Monday, July 13, 2009

Indahnya zaman kanak-kanak

Seronok...hohoho..
i had a wonderful weekend last Sunday...

Hari Ahad lepas dimulakan dengan mimpi yang meletihkan tidur aku. hahahaha..Yela, pukul 1 pagi ada orang telefon:
"Tengah buat apa?"
"Tido la"
"Aik...dah tido dah?"
"Abih tu, nak buat apa? Kul baper dah ni..."
"Esok nak pergi rumah abang pukul berapa?"
"Ha? Nak pergi rumah abang? Buat apa?"
"Yela, nak amik manggis. Pukul berapa nak?"
"Ikut abang ar..pukul berapa" [aku tengah mamai, dia nak suruh pikir temu janji lak]
"Kul 9, boleh?tunggu kat Tesco"
"Ha, pukul 9? Ok lah..kul 9. Tesco"
"Sok kalau nak gerak call abang tau"
"Ha, yelah"..[yang aku dengar kalau nak gerak bagitau abang. Lupa lak tu, kul 9 tu, waktu jumpa ke, waktu aku nak bertolak dari umah aku?]
ZZZZZZZZZZZ....

Sampai umah dia, aku nampak warna kuning dgn merah jer...wahhhh...bestnyer!!!Aku yang agak ke'darat'an rasa macam nak lompat dan terus panjat pokok2 rambutan...hehehe..dgn gaya sopan berbaju blaus kain syifon [lupa nak bwk t-shirt dgn track suit], aku pun petik rambutan tu dari poko satu-satu.

Sambil2 tu, berfikir..."bila agaknya kali terakhir aku petik rambutan dari pokok, kupas buah dan campak kulit dia ke tanah ek?"...Ish...dah lama sungguh. Last pokok rambutan yang aku ada, masa kat Felda Sg. Lui dulu. Masa tu, keliling umah ada pokok rambutan, pokok jambu air (sedaaaaaaap), pelam telur (lagi sedaaaaap), kelapa (wajib ada), jambu takdek bijik, pokok orkid (mak aku bela) dll. Semua pokok tu aku panjat (kecuali pokok orkid mak aku..mana leh panjat pokok orkid kan) termasuk pokok jambu air yg ada kerengga. Hoh...tak caya? Caya la, siap sangkut terbalik kaki kat atas, kepala kat bawah lagik.

Hehehehe..tetapi itu semua tinggal kenangan....Zaman 'kecik' dulu. Sekarang dah 'besor', pokok pun tak tahan nak menampung aku kalau aku panjat. Hahahahaaha.....

Adegan semalam dimulakan dengan adegan mencemaskan oleh Syahril...Kono penyongek maso nak manjek pokok manggis. Sudah eh, jolok yola buah manggis tu kek pokok lain. Gilo! 10 songek dio kono. Telingo bosa sebolah, jadi macam cendawan yang warna cokolat tu.. Ngeri gak aku nengok kan...Sian....

Disebabkan dia hero kampung, dia manjat lak pokok rambutan (setelah berehat dalam 20 minit dan mendapat sokongan padu dari aku) hehehehe...

Sebenarnya, semalam tu, sawan memanjat aku ada jugak datang. Tapak tangan dengan tapak kaki aku rasa gatal dan menggerutu jer...aku tahan kan ajer. Yela, masa tu, mak dia ada. Lum kawen lagik lak tu. Kalau dah kawen, aku layan kan gak sawan manjat aku tu. Ahakss...

Mak dia kata... "Kak Dah ko,kuek manjek eh, Jannah"
"Dio pun gomar yo manjek tu mak" [syahril nyampuk dari atas pokok]..
"Saya ni, sebab ada makcik jer...Kalau makcik takder, lamer dah saya sampai atas pokok tu..hehehehe"

Thursday, July 9, 2009

PPSMI

Mendengar berita tentang pemansuhan PPSMI, ada sedikit rasa sayu dalam hati. Bukan kerana ia adalah hasil cetusan idea Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, tapi lebih kepada kenapa peluang untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris itu dilepaskan setelah beberapa tahun dilaksanakan.

Saya bukanlah pelajar yang berada dalam sistem English Medium. Malah, saya terpaksa berhempas pulas mempelajari da menguasai Bahasa Inggeris sepanjang pembelajaran saya di sekolah rendah dan menengah, dan menajdi bertambah sukar semasa saya dalam pengajaian sarjana muda. Sementelah, rujukan pada ketika itu adalah dalam Bahasa Inggeris. Tesis pula ditulis dalam Bahasa Melayu. Maka, kebanyakan masa dihabiskan untuk menyusun atur ayat supaya penterjemahan tidak menyebabkan kandungan ilmu tersasar.

Bukanlah saya tidak faham. Walaupun saya bukan belajar dalam medium bahasa Inggeris, kerana istilah yang jarang didengar dan di aplikasi semasa pembelajaran sains, maka saya mengambil lebih masa untuk mencari perkatan yang seumpama dalam Bahasa Melayu.

Memang simpati dengan pelajar-pelajar luar bandar. Tetapi, saya juga pelajar luar bandar. Tetapi, hasil usaha dan keterbukaan minda ibu dan bapa, maka say adiasuh dan dididik untuk menguasai Bahasa Inggeris. Maka, saya belajar bersungguh-sungguh untuk score UPSR, PMR dan SPM. Kesemua peperiksaan tersebut saya dapat A dan A1 dalam BI. Tetapi itu semua tidak membenarkan saya berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik dalam Bahasa Inggeris. Menulis dan bertutur adalah dua perkara yang sangat berbeza. malah ketika PPSMI mula-mula hendak dikuatkuasakan, saya terpaksa berhempas pulas mengarang skrip dan menyesuaikan diri dengan istilah-istilah sains [saya mengajar Biologi] untuk diterangkan kepada pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris dan mencari penerangan yang sesuai dalam Bahasa Melayu.

Dalam kelas saya akui, tergagau dan mendapat sepenuh pengertian daripada pelajar. Malah, ada pelajar yang lebih fasih. Tetapi, as time goes by, the effort did pay off.

Pada permulaannya, pelajar-pelajar juga mengalami masalah untuk memahami pengajaran dalam BI. Namun usaha yang diambil oleh saya dan rakan-rakan adalah dengan mengajar dalam kedua-dua bahasa. Bukan semua ayat Bahasa Inggeris susah difahami. Semuanya, bergantung kepada individu masing-masing.

Kalau ada kemahuan, semua boleh jadi. Kita orang Melayu lebih banyak mengeluh dari berusaha untuk menguasai sesuatu perkara. Belajar Sains dalam bahasa Inggeris tidak sepatutnya menjadi alasan menyebabkan Bahasa Melayu rosak atau tidak dikuasai. Kita masih belum ramai yang menjadi penterjemah untuk Sains dari Bahasa inggeris ke Bahasa Melayu. Hendak diharapkan Ungku Aziz sahaja tidak mencukupi. Mana munsyi-munsyi yang diberi gelaran? Nampaknya hanya sibuk membetulkan kesilapan penggunaan Bahasa Melayu, tetapi iklan-iklan di jalananan masih lagi berleluasa [cth: goreng pisang, Ani Restoran, penghawa dingin].
Sebagai orang yang berkecimpung dalam bidang sains, saya juga membaca buku Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, majalah dan komik. Tetapi, saya masih rasa saya lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris terutamanya dalam berkomunikasi dan berinteraksi. Dlam hati ada keinginan untuk menguasai lain-lain bahasa seperti Arab [hanya tahu balaghah, itupun tidak setinngi mana ilmunya], mandarin dan jawa [mak orang jawa tapi kerana tidak berkomunikasi dalam jawa di rumah, tidak seorangpun dari kami adik beradik fasih ber bahasa jawa]...
Hmmm...apa pun keputusannya, saya tetap akan usaha yang terbaik untuk mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar nanti. Insya Allah...sesungguhnya, aku tidak suka kerja-kerja pengurusan...MasyaAllah...Ya ampuuunn...
Photobucket

Wednesday, July 8, 2009

Hey...I need Blood!

Uhuh...it's a gloomy day...hey...I need true blood. Sha...takde true blood baru ke? I'm 'blood-thirsty' right now..oucchhh

LOS ANGELES, CA - JUNE 09:  (L-R) Actors Ryan ...Image by Getty Images via Daylife

Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, July 7, 2009

finally...I'd done it!

I donored blood today..yeay! Hehe...My first time tau...
I'm officially a blood donater.. opppsss...Blood Donor.
SMILE Pictures, Images and Photos

Monday, July 6, 2009

It's Update time!!!

Everything needs to be updated, isn't it? But what more crucial thing that should be updated daily? [other than virus scan]



I can think of some thing...My purse!!! haiyyaa...

So stuffed with bank receipts and cards...heh..

New Devotion..

Hmm..heh..a bit embarrassing to admit my new devotion. It started last month.

Yang sebenarnya [dragonball ada 7 biji kesemuanya...], minat aku yang baru ni (kalau boleh consider as minat) mula sebaik tunang aku selesai pegi kursus kahwin. Hohohoho...

Punyerla payah dia nak pegi kursus kahwin...berapa banyak nombor carik sekitar seremban. Tiap kali dia call, tak berjawab. Pegi la kat kedai yang selalu buat kursus kat Taman Tasik Jaya tu, opis tak bukak.

Heh..back to my devotion..I am trying to make my own Bunga Pahar. Aku guna Q-Dip. nak buat bunga Dip. Nak mencari bunga ready made yang kena dengan gabungan warna yang aku nak susah lak nak jumpa. So, aku pun menggatal cakap kat mak aku nak buat sendiri. Lengoh ooo...
Mula-mula, aku celup kelopak dia...
q-dip1

Pastu buat bunga reben..
bunga reben

Pastu, ikat kudup..
kudup baru
Sambil tunggu call dari tunang aku...sampai sudah, dia tak call..hampeh..

Mulanya, aku nak gabung jadik macam ni...
Photobucket
Tapi, aku rasa macam tak lawa jer...hmm...perlu pengubahsuaian dan susun atur...dan sedikit penambahan...

Wednesday, July 1, 2009

Hey...that’s my car, u fool!

“Bee, u will always be my first car...”[Sam to Bumblebee; Transformers].
Uhuh... someone was trying to steal my car. I’m not bragging. Just look at this.

Hmm..maybe i was being too harsh...mmm..maybe he loved this car as much as i do..
By the way, this is the real proof that my car is the real ‘BAT CAR’...I’m sorry man..



Alalalala...sayangnyer...

Hmm...pader umur 29 ni, ader lagik org nak bagi aku hadiah...takder ler nak menunjuk-nunjuk. Tapinyer, perasaan budak2 tu, ader lagik ghupernyer. Hehehehe...





Kemas tu, balutan dier...agak2 nyer aper ek?










Hoh...ader lagik pembalut..ehh..kotak..Mcm best jer.





Hm...agak2 agak jer ler yer aper isik dier...sebenornyer, aku xder ler harap aper2 hadiah. Tapi, dah jadik tunang, kena ler demand sket2..hehehe...maser besday dier aku bagik gak hadiah..tapi, aku bagik buku motivasi. Hahaha...kener kutuk lagik ader. Ye ar...dier suker beli perfume, aku maner biasa beli mender2 tu. Pastu, banyak songeh lak..bau tu sedap, ni tak sedap. Maleh aku nak layan. Aku biaser beli buku dengan makanan jer. Takkan nak bagik makanan lak kan...tak meninggalkan kesan. So, 1 jam aku duk dalam kedai buku, last2 aku tarik buku motivasi. Nasib badan...Maser tu, aku pikir “Lum kawen lagik, takyah ler nak berabih nor. Kot tak jadik kang, takder ler ralat sangat”. Wajar ker ek?