Wednesday, September 30, 2009

Rezeki Aidilfitri

Semalam saya mendapat panggilan untuk mengambil tawaran menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya..
Yahoo...
Tapi, saya telah menolak tawaran tersebut bila saya pergi ke pejabat BPH tadi. Hahaahahaha...
Puas hati Mak Ngah...
Kerana?
  1. Biasala...Dendam Kesumat...hehehe...ingat tak cerita I kat entry sebelum ni? dengan kerek nye, dia tak bagi I rumah teres sebab I belum kawen? Hmm..Padan Muka (dia dan aku sekali).
  2. I akan duduk sorang...taknak laaa....
  3. I mengelakkan diri dari mengeluarkan duit yang banyak. I ni, pantang dapat rumah atau ruang kosong. Mesti nak penuhkan. Kalau tak, macamana barang I boleh selori tatkala berpindah dari Melaka dulu sedangkan I duduk seorang diri. Hmm...dalam perjalanan ke kereta pun sempat berangan nak beli apa kalau dpat rumah ... Bahaya...
  4. Tak berbaloi pun habiskan elaun rumah dan COLA untuk rumah tu, down grade pulak tu...(Tak bersyukur...Tuhan marah).
  5. Alasan yang paling mulia sikit ialah begini: Sementara belum kawen dan gred dah naik ni, maka elaun rumah pun naik. So, duit lebih sikit tu, boleh la I simpan untuk persiapan kawen nanti. Harap-harapnya begitulah. Sementara masih sorang2 ni, duduk ala kadar je pun takpe. InsyaAllah, nanti ada rezeki, akan ada peluang lagi. Kalau tak kawen pun, duduk je terus rumah sewa tu..

Tuesday, September 29, 2009

Shaolin Soccer

Malam tadi saya menonton Shaolin Soccer..Entah untuk ke berapa kali ya...
Walaupun telah menonton beberapa kali, saya masih boleh rasa cerita tersebut lucu.
Dan tergelak tergolek-golek.
Mungkin saya mudah merasa lucu atau memang cerita itu lucu...
Tapi, bagi cerita Kung Fu Hustle, kali pertama tengok pun tak habis. Rasa muak dan tertidur..
Kenapa ya?
Sampai sekarang, saya tak pernah tengok Kung Fu Hustle sampai habis..

Toner Mata

Toner Mata P****** H***** atau mana-mana lagi toner mata yang kononnya membawa manfaat untuk mengurangkan rabun mata sebenarnya, tidak membawa kesan yang digembar-gemburkan. Kalau untuk menghilangkan selaput mata, mungkin ada kesan positifnya. Tapi, untuk menghilangkan rabun atau 'power' cermin mata, takde maknanya. Banyak lagi kaedah lain yang lebih memberi impak yang diingini. Yang penting, ongkosnya..hohoho..

Antara pilihan yang ada:
  1. Lasik - Kosnya tinggi. Risiko juga ada tetapi, peralatan yang ada sekarang, sudah mengurangkan risiko kesan sampingan.
  2. Latihan mata. Kosnya rendah. Tetapi, kesannya mungkin lambat atau tidak memberi kesan langsung. Ahahaha

Monday, September 28, 2009

25 September

This entry was supposed to be written on the intended date, which was 25th of September. Why?

Kerana...14 tahun yang lampau, pada tarikh ini saya menduduki PMR kertas yang pertama. Takde la 'spesel' sangat kan? Hahaha..

Yang 'spesel' nya, ialah, ia mengingatkan saya kepada rakan-rakan sekelas dalam tingkatan 3 tersebut. Kami kelas 3 Hijau (tak glamer langsung nama kelas). Kelas kami adalah gabungan beberapa pelajar dari kelas-kelas lain (kecuali kelas Merah yang dah sedia terer), berdasarkan keputusan akhir Form 2. Entah, macamana aku leh terselit..rezeki.

Disebabkan kebanyakannya baru bertemu dalam kelas yang sama (15 lelaki, 15 perempuan), maka berbagailah ragamnya. Luckily, kami berjaya 'get along'. Macam-macam aktiviti kami buat, memekak dalam kelas, borak2, study, meniaga sama2, mengecat kelas, memelihara kura-kura (apakah relevannya dengan perkataan BELAJAR?) dan bergadoh dengan pelajar senior (sebab kami bising dan cun2). ahahahaha.

Kemudian, secara tak langsung juga, kami telah mendapat nama baru yang lebih canggih..'The Lennon' bersempena dengan ayat yang keluar dari mulut guru kelas kami Cikgu Shamsiah, merangkap guru Matematik kelas kami. Heh..Dia kata jadual kelas kami yang (cun melecun dan canggih) berbentuk kapal menyerupai Kapal LANUN.

Nak dijadikan cerita, dalam kelas tu juga ada budak lelaki yang aku admire. Cewwah. But, to tell u the truth, the attraction was simply and stricly physical. Tinggi, athletic. Tapi, mulut...hampeh..Walaupun bergelar tahfiz, ayat nyumpah dan menca*** adalah biasa keluar dari mulut dia. Sebab tu, kengkawan aku selalu tanya..keapa ko boleh minat dia ek? Hahahaha...aku pun tak tau. Yang pasti, lepas abih sekolah je, aku pun lupa langsung tak ingat pasal dia. Dia pernah conteng beberapa meja budak perempuan kelas kami (kononnya senior suruh) dan antaranya adalah meja aku. Contengannya bertulis BAS****. Melampau betol...

Selepas PMR, kami meneruskan kegembiraan kami meniaga, main bola tampar, dan beberapa aktiviti yang menyeronokkan kala itu. Tapi, kalau suruh ulang lagi, aku memang tak nak sebab sekarang dah control vogue. Hehehe..Buat rakan-rakan sekelas ku, semoga semua gembira dan berbahagia bersama keluarga tersayang...Jangan Lupa Daku...

Boleh tak cariku yang mana satu?

Tuesday, September 15, 2009

Menjelang raya..Sudahnya...

Ingatkan takde la baju yang nak dijahit last2 minit ni..
Tapi, instinctku menyatakan, sesuatu bakal berlaku..
Permintaan jahitan last minit kakakku untuk menjahit askar2 dia, berjaya ditepis..hahaha...
So, aku menanti2 dengan perasaan kosong, kot2 ada last minit bila balik nanti.
Sekarang ni, tengah siapkan jahitan manit baju makcik ku...

Dia pesan yang simple2 jer...So, I buat yg simple je la ...hahaha..
Tapi, sendiri rasa tak puas ati.
Dia pun baru bagi 2 minggu lepas. haksss...
Biasala..amatur. Cuba style ni, tak lawa, aku cabut.
Style lain, cabut gak...
Cuba style lain pulak...nak match kaler lagik...haiyyooo..
Amatur...
 
hmmm...gambar blur...maklumla, gambar hp..hehehehe

Monday, September 14, 2009

Mencuba sesuatu yang baru...

I'm setting up a new project. Hahaha...Still under construction.

Actually, I've got bundles of T-Shirt right from its vietnam factory. And the quality is satisfying. Hey, I compared with the retails in Al-******. There are other kind of shirts too for those who wanted to go for something more formal. Ahakss... Emm...trying to have more stocks of other brands.

For those who have gone to all the troubles of flying to Jakarta and Bandung, U will find the shirts worth buying. Give me  some times, I will have the setting of a blog to display all the shirts for your pleasure of shopping (online of course).

Actually, a bit of 'segan' did cross my mind. Not much of a salesperson of me. But, I wanna give full opportunity for us to have a more affordable price for our outfit. Cost is still a cost.. Orait...keep in touch..

"Pecah kaca, Pecah gelas,
Sudah baca, Harap balas"

Friday, September 11, 2009

Menjelang Hari raya (siri 2)

Hati sangat berkobar-kobar nak membuat Almond London..Aku akan namakan sebagai Almond Segamat..hahaha...

Berbeza tahun ni, rasanya macam tak ada baju yang perlu dijahit last2 minit. Kalau tahun2 sudah, ada jer...sekecik2 baju (anak sedara aku sebatalion) ke sebesar2 baju. Penah tu, aku siapkan baju betul2 sebelum nak pegi beraya umah moyang...

Tahun ni beza sikit sebab nenek dah tak ada...Walaupun tak rapat sangat dengan nenek, terasa jugak kehilangan. Semoga 'ATUK' ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihiNya..

Tahun ni pecah rekod..lum sekali pun buka puasa dengan tunang aku. Hahahaha...hampeh.

Semalam buka puasa dengan Sufee dan husbandnya...Setelah lama aku ngidam nak pegi SOGO dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, semalam telah terlaksana hajatku..
Buka puasa kat Restoran In***.. Rasa macam makan curi kat umah orang yang buat kenduri je..macam kena marah sebab makan..Hahaha..agaknya pekerja kedai tu, geram tak dapat buka2. Asyik kitorg je yg makan. Ceh...

Pastu, Sufee sebut pasal Nasik Lemak Antarabangsa...Wauuu....Pun tempat yg dah lama aku nak pegi...(Rasanya tak pernah pegi lagi sepanjang idup aku)...Tapi, sebab dah lambat, x jadik...hehehehe..lain kali la gamaknya.

Tak pasal2 aku beli kain yang mcm gaya leh buat baju raya...tapi, gerenti tak siap raya...hehehe...raya haji la gamaknya...walaweyyy...raya raya raya...

Wednesday, September 9, 2009

Menjelang Hari Raya

Alhamdulillah...Dah hampir sebulan Tuhan bagi peluang untuk menikmati rahmat Ramadhan... Dah nak raya pun. Tahun ni rasa tak berapa nak raya la. Selain bajet duit raya untuk anak2 sedara, bajet untuk baju raya sendiri pun tak ada. Bukan tak ada, tapi tidak diadakan.

Baju raya dengan baju pegi pejabat boleh dikelompokkan dalam 1 kumpulan yang sama. Baju kerja yang ada sekarang adalah kelompok baju 'belasahan'. Inilah nasib orang hidup NOMAD. Baju banyak2 pun, bukan boleh bawak semua. Kena asing2. Sebab tu tak ada mood nak beli baju raya. Menambah ruang hidup gelandangan ni. Hehehehe..Macam la hidup susah sangat.

Sebenarnya, mood raya ada tapi, sebab tak ada bonus, rasa macam tak raya la. Betul la. Kalau dulu, masa belajar, dapat duit raya dari orang tua2. Ni dah keje, dah tergolong dalam orang yang memberi, maka tak ada duit raya. So, kalau dapat bonus samalah macam dapat duit raya. Pastu boleh la bagi duit raya lebih2 sikit. Untuk sapa? Budak2 jugak...Kita?

Selamat menghabiskan Puasa ya kawan-kawan. Saya ada perhitungan yang nak dibuat sempena raya ni... Siap la...

Tuesday, September 1, 2009

Tension oooo

Perkara paling membencikan kerja di Putrajaya:
  • Parking kereta (giler susah dan berterabur).
Aku terpaksa bertolak seawal 6.30 am, selewat2nya 6.45am untuk membolehkan aku parking. Tiba di bangunan pejabat sekitar jam 7.00am.
Nak parking boleh dalam bangunan, so, tak kena hujan-panas. Cuma, kekadang ada masalah kena block dengan keta lain. "Hello, kalau dah tau orang nak balik jam 4.30 or 5.30, turun la sekejap, alih keta tu. Tak pasal2 kena tolak sana, tolak sini. Kalau parking tayar elok lurus, takper. Ada pulak jenis, dah le block kereta orang, dia tarik hand brake pulak..."Atau parking tepi bangunan. tak kena block kereta orang.

  • Kesesakan Lalu lintas.
Kalau keluar lambat sikit jer, araound 7.15 mesti dah tersenggut2 bawak kereta nak masuk Parcel E ni. Itu barui citer nak datang kerja. Balik kang satu hal pulak...
Apa la yang boleh dibuat untuk mengatasi perkara ni? yang aku buat ialah:
datang seawal mungkin, balik on the dot.
Maka aku telah digelar POLKA DOT..

  • Kesejukan dalam Pejabat
Sejuk la dalam pejabat ni. Lurus kaki pun melantun kaki bengkok balik sebab tak tahan sejuk. Bulu2 kaki pun tak mampu menahan kesejukan. Banyak dah ikhtiar...joging dalam bilik sendiri, baring bukan cadangan yangbaik. Keluar dari pejabat? Nak carik nahas. Pakai baju sejuk? Dah 4 lapis baju dah pakai. badan boleh lah tahan. Kaki? Takkan nak pakai berlapis2 kain or seluar kat dalam kain? Buruk benar nampaknya..Nak kata takde lemak, dah berkilo2 aku ternak sejak datang sini..Hmmmm...Dah setahun, x biasa2 lagi...