Thursday, January 28, 2010

Kereta ku..

Saya masih tak dapat amik kereta saya...Yaaa...ia masih tersadai kena clamp bodoh tu...
Nak claim kena pegi Parcel C ya..... Halalaaaaa...saya takde kenderaan.
Yang geramnya, pagi tadi, ada jer kereta parking kat tempat yang tidak dibenarkan. Tak pulak kena clamp. Saya rasa, kereta kesayangan saya jadik bahan eksperimen...hohohoho.

Urusan hanya semasa waktu pejabat...8.45 pagi hingga 4.00 petang sahaja. Beza betul waktu pejabat di 'negeri' sana. Mak tak kuasa nak fikir. Banyak kerja tergendala akibat dari tindakan yang dilakukan. Sebagai rakyat, apa saya boleh buat ye, untuk kesejahteraan diri tanpa dianiaya sebegini?

Yaaa....jawapannya...Parking kereta di tempat yang sepatutnya. Kalau dah takde parking tu, ko pusing je balik, pegi parking kat pejabat ko pastu, balik jalan kaki. Pedulik hapa jauh ke, dekat...yang penting, duk kat putrajaya ni, kalau boleh jangan pakai kereta langsung. tunggu je la bas yang kalau sejam pun belum tentu lalu tu...
Atau paling tidak pun, dah parking di tempat yang sepatutnya, ko tido je dalam kereta tu. So, nanti masa dia wat keje2 clamping tengah malam buta waktu orang dah tentu tido, tak lalu lalang, ko leh kawtim dengan diorang, or alihkan kereta ko tu.
Yaaa....diorang sangat rajin berkerja pada waktu  tengah malam. Orang lain sedap tido, diorang belek tayar kereta orang.Cehhhh...Aku hangin betol nih...

No comments:

Post a Comment