Tuesday, January 12, 2010

Subsidi Minyak

Saya sejujurnya tidak setuju dengan perbezaan harga minyak untuk pemilik kereta berlainan kuasa enjin.
Walaupun saya menggunakan kereta enjin berkuasa rendah (1300cc jer), saya masih rasa tidak patut ia dilaksanakan. Sebenarnya, thanx to my mum. Dia la yang berkobar-kobar kata tak patut ni. Tapi point dia betul dan tepat sekali iaitu:

  1. Orang yang pakai kereta besar dah bayar cukai lebih berbanding kereta yang cc rendah ni. dari situ dah beza dah kan.
  2. Lebih baik dia kecualikan subsidi kepada orang bukan warganegara dah tentu diorang tak layak dapat subsidi. Haa...tak bagus ke idea tu? Sekurang-kurangnya, orang yang bawak kereta2 besar ni, kalau kena saman pun, leh lagi nak cari kereta tu (kecuali kalau dia lari dengan kereta tersebut). Kemudian, mereka juga adalah warganegara Malaysia! Kita kenala jaga kebajikan orang kita!
  3. Contohnya la...orang2 S******** yang datang bawak kereta laju-laju kat sini. Dah la tak bayar saman, lepas macam tu jer...

Baru la ada makna penggunaan Mykad di stesen2 minyak...tak gitu?

No comments:

Post a Comment