Friday, January 29, 2010

Tak Tentu Arah

Sudah dapat kereta. Dan didenda RM50. Takpe...takpe...amal jariah. Salah sendiri kannn..
Satu hal algi tak setel. Handphone tertinggal kat umah Makcik kat Kajang. Beria-ia la suruh si Farid simpankan, suh off kan hp tu la...bagai-bagainya. Sekali pagi tadi, aku bawak keta aku, tetiba aku terdengar kucing mengiauuu...

Hoh...kucing mana pulak ada dalam keta aku nih?
Takkan bayar denda kena clamp keta dapat kucing free pulak kan?
Teringat la pulak, alarm hp aku [yang kononnya tertinggal kat Kajang tu, bunyi kucing].
Lahh....ada dalam keta rupanya. Mati-mati la aku ingat aku tertinggal kat sana...Cehhh...
Maknanya berapa hari dah kucing aku tu mengiau dalam keta tu..huhuhuhuhu...

Cehh...sian sahabat-sahabat ku yang memanggil. Termasuk tunangku yang kecoh aku tak amik lagik hp tu. Dia tak tau lagi ni. Kalau dia tau.....

Aku pun takleh nak kabor kan bab tak tentu arah aku ni...mereng dah agaknyaaa....ya ampunnn

Thursday, January 28, 2010

Kereta ku..

Saya masih tak dapat amik kereta saya...Yaaa...ia masih tersadai kena clamp bodoh tu...
Nak claim kena pegi Parcel C ya..... Halalaaaaa...saya takde kenderaan.
Yang geramnya, pagi tadi, ada jer kereta parking kat tempat yang tidak dibenarkan. Tak pulak kena clamp. Saya rasa, kereta kesayangan saya jadik bahan eksperimen...hohohoho.

Urusan hanya semasa waktu pejabat...8.45 pagi hingga 4.00 petang sahaja. Beza betul waktu pejabat di 'negeri' sana. Mak tak kuasa nak fikir. Banyak kerja tergendala akibat dari tindakan yang dilakukan. Sebagai rakyat, apa saya boleh buat ye, untuk kesejahteraan diri tanpa dianiaya sebegini?

Yaaa....jawapannya...Parking kereta di tempat yang sepatutnya. Kalau dah takde parking tu, ko pusing je balik, pegi parking kat pejabat ko pastu, balik jalan kaki. Pedulik hapa jauh ke, dekat...yang penting, duk kat putrajaya ni, kalau boleh jangan pakai kereta langsung. tunggu je la bas yang kalau sejam pun belum tentu lalu tu...
Atau paling tidak pun, dah parking di tempat yang sepatutnya, ko tido je dalam kereta tu. So, nanti masa dia wat keje2 clamping tengah malam buta waktu orang dah tentu tido, tak lalu lalang, ko leh kawtim dengan diorang, or alihkan kereta ko tu.
Yaaa....diorang sangat rajin berkerja pada waktu  tengah malam. Orang lain sedap tido, diorang belek tayar kereta orang.Cehhhh...Aku hangin betol nih...

Wednesday, January 27, 2010

Keinginan Baru

Saya sebenarnya sedang melengkapkan novel siri Sookie Stackhouse (True Blood). Yang terbaru adalah A Touch of Dead..Buku ke 10.
...
.....
...

Ya...walaupun ilustrasi yang dilampirkan seperti buku kanak-kanak, ia tetap best.. Tengok la mini siri dia...dewasa sungguh..ahahahahha...
So far, I have book 1 , 3, 4 and 5. To me, bok no. 4 is the best. Fun, sad, thrilling. Macam biasala, kalau I baca cerita yang best-best ni, mesti golek2 ketawa, mata berair2 kesedihan dan tak sabar nak abihkan.

Saya mencari buku yang ke sepuluh (belum baca) ni, belum jumpa lagi. So, ada hati nak pegi KLCC ataupun Mid Valley sebab carik kat Alamanda ni tak jumpo. Nak beli online...maleh a nak pakai kad kredit. Ada tak yang nak bagi hadiah buku ni kat I? Hehehehehehehehehehe......

Berikut saya senaraikan tajuk buku dalam siri ini:
  1. Dead Until dark [Menceritakan permulaan Sookie jumpa Vampire Bill and fall in love]
  2. Living Dead in Dallas [Sookie kenal pulak Eric (OMG!!!!) yg lagi hensem dr Bill...hahahahha...]
  3. Club Dead [Sookie nak selamatkan Vamp. Bill dan kenal Alcide The Werewolf yang hensem]
  4. Dead To The World [Sookie dah clash dgn boyfren dia, baik dgn ERIC (OMG!!!!) yang hilang ingatan, ada Witch War]
  5. Dead As A Doornail [Sookie goes solo. Ada orang nak bunuh Were Animal dan Sookie, kenal Quinn, The Were Tiger]
  6. Definitely Dead [Sookie kenal dengan Amelia The Witch, involved in Vampire war, ]
  7. All Together Dead [Sookie couple dengan Quinn]
  8. From Dead To Worse [Sookie kenal atuk dia The Fairy]
  9. Dead And Gone [Fairy War. Sookie couple dgn ERIC???]

Saya rasa, saya kena ulang baca semua buku2 itu...yeah...sapa2 nak soft copynya, boleh lah bgtau saya ya...



Cerita Putrajaya

Iyer...nak cerita mende yang sakit hati la...
Atas kesalahan sendiri..
Pagi ini, saya tidak dapat pegi kerja naik kereta sendiri. Nasib baik la kuar sama-sama dengan housemate, boleh tumpang kereta dia.

Punca utamanya ialah, kat kawasan apartment ni, tempat parking kereta dah tak cukup dah. Saya balik ke rumah jam 11 malam, dah takde dah tempat parking. Maka, saya pun parking la di tempat yang mengikut kriteria berikut:
  1. Tidak menghalang laluan (blocking) kereta orang lain yang dah cantik parking di tempat sepatutnya.
  2. Tidak menghalang laluang kenderaan, atau lebih mudahnya, bukan di tengah jalan.
  3. Saya akan keluar seawal 6.45 pagi, maka, takdela kereta tu akan menyusahkan mana-mana pihak.
  4. Tempat yang saya letakkan kereta itu, pernah digunakan oleh pemilik kereta lain yang menghadapi masalah yang sama seperti saya.
Namun begitu, kereta saya tetap di kunci tayar pagi tadi..huaaaaaaaaaaa..........Bila nak claim balik eh? Sudahnya, kalau seminggu tak claim, apa dia nak buat ek? hahahahahah...Padan muka dia dan aku jugak.
Untuk makluman, bukan kereta saya saja yang kena clamp ya....Tapikan, di blok sebelah, tak pula di kunci...APAKAH?????
Mungkin juga, mereka telah kehabisan clamp yang digunakan. Apakah maksudnya itu???? Fikir fikirkan ya, Putra**** Hold***...

Tuesday, January 26, 2010

Tekanan ok...

Hmmm...tekanan paling utama bila orang tanya..."nanti lepas kawen nak duduk mana?"....
Uihhh...tekanan tau. Lagi-lagi pulak bila dia bagi komen terhadap jawpan aku tu berserta dengan mimik muka yang menggambarkan betapa teruknya pilihan yang aku buat tu. Cehhh... Pilihan jawapan adalah:
  1. Duduk kat Seremban.
  2. Duduk kat Putrajaya.


Masalahnya, kedua-dua jawapan yang aku bagi (pada orang yang berlainan), jawapan dia tetap sama reaksinya..."Eh?kenapa tak duduk....?"

Serba salah dibuatnya. Jawab duk sana salah, duk sini salah. Suka aku la nak duduk mana kan...tak mintak pun orang duit nak bayar minyak dengan tol. Paling bes punya support yang aku terima dari beberapa kawan2 ialah:
"Issyyy...jangan duduk jauh-jauh. Bahaya. Jangan bagi laki ko peluang" [peluang apa, aku pun x tau, tapi dapat agak laaaa...hahaha]...Belum apa-apa dah menjadikan aku suspicious...hahahaha...itu xyah org ajar pun sejak azali boleh tau...
"Bukan apa Jan...tempat perempuan di sebelah laki dia..." [ maka, xyah keje la pulak kan..]

So, kesimpulannya, aku mmg tak boley nak jawab soalan ni secara mutakhir. Biasala kan...orang yang hidup merantau macam aku ni (cewah), agak-agak tak larat duk jauh kang, aku duk dekat putrajaya jerrr...Agak-agak nak jadik isteri solehah yang berada di sebelah suami dia, kenala aku mintak duit tol dengan minyak kat laki aku nanti...Ikut mood la...hahahha...sebenarnya, ikot nak save duit ke, save tenaga...Pilih, jangan tak pilih.


Thursday, January 21, 2010

sale!

Oh ya...aku terlupa nak cerita...hasil menjadi dato'bandar dalam beberapa hari ni...

Saya survey jam tangan di SOGO..beberapa jenama terkenal ada potongan...15%.
Kemudian, saya survey pulak jam tangan di The Mines, jenama terkenal yang sama..ada potongan 20%.

Jadi, yang mana satu HARUSS saya beli? hehehe...sudah pasti, yang 20%...Bijak membeli nyahhh...

Apa sudah jadi...

Haa...boleh tolong cerita, apa sudah jadi dengan saya?
Lama dah saya tak memblogging nih...bila mula menaip ni, idea satu pun tarak...
Takde kejadian menarik ke????

Actually, saya ketandusan pemikiran...hahaha...Ada org sibuk-sibuk tanya, "macamana persiapan?" and "tak takut ke?"

Jawapan saya..."macam tu laaa..." and "nak kena takut ke?"

Hahahaha....sebenarnya, dalam hati, libang-libu, Allah sahaja yang tahu....

Sebenarnya, permohonan nak menikah pun belum lulus lagik...hakhakhak...sebabnya, tak sempat lagik jumpa tok kadi...heh, sekarang dah brp hb ek???ayoyo....

Thursday, January 14, 2010

Masa yang tinggal

Bila toleh belakang, tak terkira banyaknya masa aku habiskan selama ni...Hidup sesorang...bergelandangan..hahahaha...

Diam tak diam...hari ni genap lagi sebulan aku nak tuka status...Emmm...takut ke? Macam tak fikir sangat. Lebih fikir apalagi yang tak siap ni...banyak nyerrr!!!hohoho..

Teringat Cik Wan Kembang kata, 'berapa lama pun persiapan, yang sebulan terakhir tu yang paling bermakna'..

Mekasih la CWK...hehehe...

Itula bahana semua benda nak buat sendiri..dari bunga pahar, kalau buleh, bunga telor yang banyak2 tu pun nak buat sendiri...gilor...ni barang2 tak beli lagik nih...yang plg teruk ialah, cincin kawen tak beli lagi!!Waaaaaaaaaaaaaa...Mak ngah tak reti nak pilih!!!!


Tuesday, January 12, 2010

Subsidi Minyak

Saya sejujurnya tidak setuju dengan perbezaan harga minyak untuk pemilik kereta berlainan kuasa enjin.
Walaupun saya menggunakan kereta enjin berkuasa rendah (1300cc jer), saya masih rasa tidak patut ia dilaksanakan. Sebenarnya, thanx to my mum. Dia la yang berkobar-kobar kata tak patut ni. Tapi point dia betul dan tepat sekali iaitu:

  1. Orang yang pakai kereta besar dah bayar cukai lebih berbanding kereta yang cc rendah ni. dari situ dah beza dah kan.
  2. Lebih baik dia kecualikan subsidi kepada orang bukan warganegara dah tentu diorang tak layak dapat subsidi. Haa...tak bagus ke idea tu? Sekurang-kurangnya, orang yang bawak kereta2 besar ni, kalau kena saman pun, leh lagi nak cari kereta tu (kecuali kalau dia lari dengan kereta tersebut). Kemudian, mereka juga adalah warganegara Malaysia! Kita kenala jaga kebajikan orang kita!
  3. Contohnya la...orang2 S******** yang datang bawak kereta laju-laju kat sini. Dah la tak bayar saman, lepas macam tu jer...

Baru la ada makna penggunaan Mykad di stesen2 minyak...tak gitu?

Friday, January 1, 2010

Aku dan ujung tahun

Menghadapi cuti yang menenangkan...tapi, aku terperuk kat rumah...Dan yang penting, aku telah berjaya bertemu dengan anak2 sedara ku yang tercinta...
Duduk di kampung, tangan rasa mengemit-ngemit nak menaip kat komputer...tapi, bila dah dapat internet ni, sumer citer ilang. Apa nak citer ek?
Selain daripada usaha nak mengurangkan berat badan, separuh kerja-kerja persiapan masih belum tercapai.
Paling menyampah, bila pergi kat kedai mak andam, baju yang nak takder..dari setahun dulu dah dtg..setiap kali datang, dia kata "Takpe kak...nanti mesti ada lagi baju baru. Mesti ada kaler yang akak nak tu" Sudahnya, hampeh....
Sekian...