Saturday, June 27, 2009

27 June 2009

Today is my birthday. My 29th years of life.

Terima kasiih Mak kerana melahirkan aku (aku keluar ikut 'tingkap'), menjaga dan mendidik aku, bersabar dengan perangai aku yg perengus...:)

Terima kasih ayah, yang mendidik aku menjadi orang yg berdikari. Memberikan nasihat bila orang dah bosan dengan perangai aku, mencari rezeki untuk membesarkan aku.

Terima kasih untuk kakakku yang selalu memberi idea yang kadang2 aku taknak ikut tetapi terpaksa ikut sebab idea yang bernas, yang selalu menasihat dari pelbagai perkara terutamanya pasal kewangan, yang menjadi contoh kakak yang pandai berjimat dan memberi anak2 sedara yang comel..

Terima kasih adikku yang selalu menolong dalam hal ehwal komputer, yang sehingga masa aku menulis ini, dia belum lagi wish aku selamat hari lahir..Ceh..hampeh punyer adik..

Terima kasih anak2 sedara yang pagi2 dah telepon aku, nyanyi 'Happy Birthday to you'...(nyanyian Zahra, exclusive)...

Terima Kasih Sha, org first yg hantar msg ucapan birthday..

Terima kasih Ima, yang menjadi org kedua bagi msg birthday selepas Sha..

Terima kasih Abg S*** yang menjadi org keempat bagi msg birthday..Ini tahun pertama kami sambut birthday sebagai tunang. Tahun kedua sambut birthday sebagai couple...Bagi msg je ke? Cehhh...taknak wish melalui telefon konon...control macho la tu...

Terima kasih kepada semua yang pernah mendoakan kebajikan aku, sama ada waktu birthday aku atau tidak. Semoga kiter semuer bahagia dunia dan akhirat....

1 comment:

  1. ingat ndak wish lagik awal, tapi zzzzzzzzzzzzzzzzzz~

    bgn2 br tersedar :)

    anyway sist, happy (belated) birthday! sambut lps sy dpt gaji ek, hehehe

    ReplyDelete